Friday, July 15, 2011

Story Time!!

Miss Polka Dot

"Jua, Yun korang nak ikut aku tak?" Kyra tanya sambil tangannya ligat
mengira duit di dalam dompet. 'Seratus, dua ratus, tiga ratus. yang
nie simpan buat tambang, yang nie buat makan, nie buat beli barang.
nie.'

Senyap. sorang pun tak menjawab soalannya. Masing-masing asyik tengok
Super Junior menari.

"Yun, kau tengok Si Won aku. Hensemnya.!" Jua mata ke atas tangan ke dada.

"Eleh. tak boleh lawan kecomelan Dong Hae aku lagi. dah la cute, muka
baby face pandai menari pulak tu. Si Won kau ada?? Nan Adonyer." Yun
jelir lidah dekat Jua.

"Hei. Si Won aku pun tau menari la bukan 'Dahi' (Dong Hae) kau tu ja
yang tau menari. wekk." Jua balas balik.

Kyra yang dari tadi sibuk mengira duit di dalam dompetnya mengangkat
kepala melihat rakan-rakannya.

'Mangkuk hayun punya minah-minah. aku tanya bagai nak rak diaorang
boleh bertekak pasal artis korea!'

"WOI!!" Kyra bercekak pinggang. "Aku tanya korang, korang boleh buat
dek ja dengan aku? Boleh korang pergi gaduh pasal jantan-jantan tu"
Kyra tunding jari ke kaca tv. "Korang bertekak sampai tercabut trachea
korang pun bukan artis tu tau korang wujud." Kyra dah geleng kepala.

Jua tersengih, Yun garu kepala.

"Ala. kami nie kan peminat K-pop, die hard fans! Kau ni macam tak tau
Kyra." Yun menambah.

"Entah kau nie Kyra. Tak sporting lar. orang baru nak feeling-feeling
tengok pakwe hensem-hensem. kau dah potong line." Jua mencelah
menyokong Yun.

"Beragaklah cik kak berdua oii. kot ya pun minat kat K-pop tu. Aku
tanya nie, boleh korang buat donno je dengan aku. Ingat aku nie apa?
Agak-agak lah. Kecik hati aku. sikit-sikit K-pop, sikit-sikit K-pop!
Dah macam kepak aku dengarnya. Huh." Kyra tarik muka kononnya merajuk
la tu.

"Nak merajuk la tu. ala, bukannya kau tak layan K-pop nie. kau pun
layan jugak kan? kan? kan?" Yun menyendeng tepi Kyra.

"Hello? Tolong sikit. aku tak minat pun K-pop, K-pop nie ok. Setakat
4minute, SUJU, Girls Generations, 2pm, 2am, FT Islands, TVXQ, CN Blue,
After school, FX nie tak adanya aku minat ok. Apa barang aku layan
semua tu. SNSD tu harap muka ja lawa, pakai baju seksi-seksi tayang
kaki, yang macam dalam video klip lagu 'Gee' tu. tu pun orang nak
minat bagai nak gila. Tu yang kumpulan SUJU yang ahli dia sampai 13
orang tu. ramai gila tapi harap muka ja yang hensem pastu tau menari
sikit-sikit ja, pun orang nak kecoh. Aku ok ja pun."

Jua dengan Yun diam tak berkutik. Senyap sebelum saling berpandangan.

"Ooo. tak layan." serentak Jua dengan Yun cakap.

"Caih! Pigidah.. tak layan konon. Muntah hijau aku dengar ayat kau
Kyra. Dalam tak minat kau tu kan, boleh pulak kau listkan semua nama
group K-pop tu ye? Musykil aku. Huh, tak minat la sangat." Jua bidas.

"Entah! Tau pulak kau SNSD tu cun, lawa, kaki flawless, seksi lah,
SUJU pandai menari ek???" Yun angkat kening double jerk.

'Padan muka kau Kyra. Tak minat la sangat, yang malam-malam kau pasang
tu apa? Lagu mak yong? Lagu itik pulang petang? taknya. lagu K-pop
jugak! Tak minat lagi tu? Hay. Kyra. Kyra.' sempat lagi Kyra memaki
diri sendiri dalam hati.

"Err.. aku. urmm.. tu aku. err. aku." Kyra garu kepala. "Ala, dengar
orang cerita. Tv tu pun bagitau kat aku. hehe." Kyra tersengih macam
kerang busuk. Cover-cover!

"Yer la tu. yang kau pasang radio malam-malam tu sampai nak pecah
dinding rumah tu apa? Lagu Rahim Maarof? Ke tadarus al-quran, ayat
pendinding nak halau setan ek?"

Nah, sekali kena dengan Yun. Jua ketawa terbahak-bahak dah dengar ayat
sarkastik Yun.

Kan dah kantoi Kyra.

"Ish, kau nie Yun! Dah la sikit-sikit hentam aku. aku tanya tadikan
korang nak ikut aku tak nie pergi Giant beli barang dapur? Hujung
bulan nie kan baru dapat gaji, tak nak cari barang apa-apa ke?" Kyra
cepat-cepat ubah topik takut kena 'paku' dengan Yun lagi teruk.

"Malaslah. aku baru ja keluar dengan Zaim semalam, dah beli barang aku
dah. Hehe. ada orang nak tolong bayarkan, takkan aku nak tolak rezeki.
Iya dak teman?" Jua tersengih.

"Yer la, orang ada buah hati boleh lah. aku nie ada buah pinggang ja.
Mana ada nak tolong bayarkan. Kau Yun?" Kyra kalih menghadap Yun
pulak.

"Tak kot. Aku punya barang ada lagi. Lagipun malas lah nak jalan. Kaki
aku nie dah kena jampi suruh duduk rumah."

"Eii. penat ja aku bertekak dengan kau berdua nie. alih-alih aku kena
pergi sorang jugak. Baik tak payah tanya tadi buang masa ja. Huh."
Kyra merengus sambil melangkah keluar rumah.

"Siapa suruh kau tanya?" Yun buat muka selamba.

"Aku berbudi! Tu yang aku tanya. tapi silap la pulak, aku pergi tanya
orang yang tak tau berbahasa." Kyra memulangkan paku keras sambil
menyilangkan kedua belah tangannya.

"Dah lah aku chow dulu." Kyra mencapai kasut tumit tingginya 3
inchinya yang baru di beli 2 minggu lepas. Tu pun nasib baik sale
tidak tak ada maknanya dia nak beli.

"Hehe. jangan lah marah nanti cepat tua kak oii! Yang-yang jangan lupa
belikan I chewing gum ye!" Jua melaung dari dalam rumah. Yun ketawa
mengekek.

Kyra bagi jelingan maut sedas!

"A'ah nanti aku beli chewing gum banyak-banyak lepas tu lekat kau
dekat kipas syiling! Biar kau pusing-pusing atas tu sampai muntah yer
sayang!" Kyra melaung dari pintu kereta sebelum terus menutup pintu
keretanya tu.

--------------

"Hurmm. sayur, check! Udang, check! Serbuk kunyit, check! Tisu,
penyangkut baju, yogurt, check! Bla. bla. bla. check! Settle. Semua
barang dah beli. Eh jap, ouh. 'adik kecik' aku belum beli lagi. boleh
aku beli extra kali nie. duit ada lebih. hehe." Kyra senyum
sorang-sorang. List barang dimasukkan ke dalam handbag. Tiba-tiba
seorang budak lelaki menarik bajunya.

"Akak."

"Err. nape nie dik?" Kyra berlutut menyamakan paras kedudukan mereka.

"Akak gila ke?"

Kyra ternganga. 'What the?? Biadap gila budak ni.'

"Err. kenapa adik cakap akak macam tu?" penjelasan diperlukan sebelum
Kyra lipat empat belas budak nie.

"Akak cakap sorang-sorang lepas tu senyum-senyum, tersengih
sorang-sorang. mak saya cakap orang gila macam tu la."

Kyra garu kepala. 'Pulak! Rajin betul mak budak nie explain pasal
orang gila.. aku nak kelentong apa dekat budak kecik nie?'

"Akak tak gila la dik, akak nie sebenarnya pelakon. Akak tengah
practise berlakon tu tadi."

'Ah, gasaklah Kyra.'

"Ooo. nak mintak autograf akak! Nie sain kat tangan saya."

'Alahai, lurusnya budak nie. kau kejam Kyra.'

"Ok-ok, meh sini. adik nama apa?"

"Aiman."

"OK! Siap. dah sain." Kyra tersenyum.

"Cantik sain akak. tapikan akak, akak berlakon dalam cita apa yer? Tak
pernah nampak muka akak pun kat tv?"

'Sudahhh.'

"Err. akak berlakon filem ja dik. Filem Puaka Tebing Hijau!"

Aiman muka blurrr. 'ada ke filem tu?'

Tiba-tiba. "Aimannnn!"

"Eh, tak pa la akak. mak Aiman dah panggil tu. Aiman pergi dulu yer. bye."

Kyra hanya senyum dan melambai-lambai ke arah Aiman.

'Selamat buku kiri kau Kyra tambah satu lagi catit." Kyra geleng kepala.

Tiba-tiba Kyra terdengar orang ketawa. Perlahan ja tapi cukup la
sampai dekat telinga Kyra. Kyra memandang ke arah orang tersebut.
Lelaki tu hanya memakai T-shirt biru tua dengan jeans dan mengenakan
cap berwarna merah.

Kyra cantum kening. 'Apahal bro nie? gila agaknya.'

Kyra dah nak berlalu pergi. Tapi tiba-tiba.

"Orang tua-tua pesan dengan budak-budak jangan menipu. Siakap senohong
gelama berduri, bercakap bohong lama-lama mencuri."

Bajet cool ja mamat tu. cakap dengan sapa ntah, tapi muka menghadap
kat tin sardine! Macam mana tu?

Kyra terus cabut dari situ. 'Lantak kau lah nak cakap apa pun. ada aku kesah.'

--------------

Dekat kaunter pembayaran.

'Alahai, selamat hangus tiga ratus duit aku bulan nie. kopak lagilah
aku jawabnya.' Kyra merengus dalam hati.

Adat orang makan gaji. Biasalah hujung bulan duit masuk. macam-macam
nak kena bayar. Bil api, kereta, insurans, sewa rumah pastu nak hantar
ke kampung lagi. Barang-barang rumah, nak kena simpan duit dalam bank
lagi, nak tampung barang make up lagi! Berapa banyak lagi tinggal?
Duit nak berjoli memang haprak la tak cukup. Kyra garu kepala.

Kyra jalan menonong ja sambil tolak trolinya. Kepala serabut tengah
fikir nak survive macam mana bulan nie sementara tunggu bulan depan.

Tiba-tiba.

"Cik! Cik! Cik berbaju pink!"

Kyra pusing belakang. 'Dia panggil aku ke? Aku pun pakai baju pink nie.'

Cashier tadi mengangkat dua beg plastik lalu ditunjukkan pada Kyra.
Dia menepuk dahi.

'ALLAH! Cuainya aku. barang pun boleh tertinggal.'

Kyra tersengih lalu bergerak ke arah kaunter semula nak ambil barang
yang tertinggal tadi. Dia pun tinggalkan sekejap troli tu lalu ke
kaunter. Selesai semua urusan dia terus menolak troli ke parking
kereta.

"Cik! Cik! Tunggu."

Kyra rasa pelik lalu menoleh kebelakang.

Tiba-tiba seorang lelaki mengejarnya. Kyra panik dia ingatkan lelaki
itu orang gila, tunggu lagi? dia pun cepat-cepat memandu kereta
keluar. Siapa tak panik kena kejar oii!

Dia semakin takut, apa tidaknya lelaki tadi masih mengejarnya, tak
cukup dengan kaki dia kejar Kyra dengan kereta pulak!

"Ya ALLAH. Bala apa nie? apahal mangkuk tu kejar aku. Aku tak
bersalah. ya ALLAH selamatkanlah aku dari orang psiko nie. aminnnnn.."
sebelah tangan pegang stereng kereta, sebelah lagi mengaminkan doa.
Hay la Kyra.

Kyra menekan minyak sampai 160km/h! gila kentang. tu kalau tak sempat
tekan break mahu 'jalan' dia. Mati muda!

Sampai saja di rumah sewa, Kyra terus berlari masuk ke dalam rumah
tetapi lelaki tadi menarik tangan Kyra, apalagi Kyra menjerit sekuat
hati ada perogol bersiri.

"Tolong! Tolong! Jua!!! Yun!! Ada perogol bersiri..! tolong aku
Yun!!!" macam nak tercabut anak tekak Kyra menjerit. Air mata mengalir
tak henti-henti dah. Muka Kyra merah padam.

"Cik! Bawak bertenang cik. saya cuma nak." belum sempat pemuda tu
habis cakap Kyra yang tengah cuba melepaskan diri daripadanya tu terus
mengetuknya dengan kasut tumit tinggi yang dipakai ketika itu.

"Aduh! Sakit la pompuan oii!" pemuda tu cuba elakkan diri dari pukulan
Kyra tapi tangan tetap tak lepaskan Kyra.

'Gila gangster perempuan nie. pakai high heels! Mau terburai isi otak
aku nie.' dalam kena belasah tu sempat lagi mengata Kyra.

"Nah, ambik kau! Kau nak rogol aku kan. dasar perogol bersiri! Ambik
ni. rasakan. haiyaaa!" Kyra tiba-tiba bersemangat waja. Diketuknya
lelaki tu dengan tumit tingginya yang 3 inchi tu. Teruk jugak mamat tu
kena belasah dengan Kyra.

Jua dengan Yun yang terdengar jeritan Kyra kelam kabut keluar rumah.
Terkejut beruk mereka tengok aksi 18 tahun ke atas nie.

'Kyra tengah bergusti dengan. dengan laki?? What! A guy? Kyra!!'

Mahu tak huru-hara jadinya petang tu.

"Kyra mengucap! Mengucap! Anak orang tu kang mati dia kau belasah,
Kyra." Yun dah peluk Kyra nak halang Kyra dari terus mengganas.

Jua dah siap sedia pegang batang penyapu. "Encik baik encik lepaskan
tangan kawan saya! Tidak saya belasah encik pakai penyapu nie. nie
batang penyapu besi encik jangan buat main, sakit ooo." Jua
takut-takut berani ja nak masuk campur pun, nak ugut pun suara
terketar-ketar.

"Lepaskan aku Yun biar aku belasah perogol bersiri nie!" Kyra dah naik gila.

"STOP IT!!!" akhirnya lelaki tu menjerit.

Semua orang terkejut. Semua terdiam tak bergerak tak berkutik walau
sedikit pun! Macam dah kena pause masa tu.

"Are you girls nuts?? Nak belasah saya kenapa? Apa salah saya!" lelaki
tadi dah mula tinggikan suara. 'Gila tiba-tiba belasah aku!'

"Hei! Boleh kau tanya apa salah kau? Kau nak rogol aku kan? baik kau
mengaku kalau tidak aku report polis." Kyra dah jegil mata. Tadi
penakut bukan main. nie tiba-tiba dah jadi hulk hogen pulak.

Lelaki tadi ketawa sinis. "Rogol kau? Kau?" dia menunding jari kearah Kyra.

"Yala!" Kyra menjegil mata.

Lelaki tu hanya mengeleng kepala.

"Dari aku rogol kau baik aku rogol nenek tua, hei. kau tau tak? tengok
kau nie entah laki mana la ada nafsu. Badan cekeding cam papan. Ingat
muka kau tu lawa sangat ke ha? Dah lah penyamun. Gangster high heels!
Nak bunuh aku ke apa pukul pakai nie?" lelaki tadi menunjukkan kasut
tumit tinggi Kyra yang berjaya direbutnya masa adegan bergusti tadi.

"Kau. kau. kau kurang ajar ye." Kyra menunding jari ke muka lelaki tu.

"Huh. kau ke aku yang kurang ajar?" lelaki tu mempersoalkan Kyra balik.

"KAU la perogol bersiri!"

"KAU yang kurang ajar gangster higheels!"

"Kau la mangkuk!"

Jua dengan Yun naik pening. kepala mereka terikut-ikut. kejap Kyra
kejap lelaki tu, kemudian Kyra kemudian lelaki tu.

"Kau." tak sempat Kyra nak cakap tiba-tiba.

"STOP IT!" Jua dengan Yun menjerit serentak.

Kyra dan lelaki tu berhenti bergaduh dan memandang mereka berdua.

"Cuba duduk berbincang elok-elok. Kyra cuba kau tanya encik nie
baik-baik kenapa dia follow kau. Dan encik tolong jelaskan kenapa
encik kejar kawan kitaorang nie. Tak payah bergaduh macam samseng
kampung dusun." Yun menyilang tangan sambil memandang mereka berdua
bersilih ganti.

"Entah! Pening aku tengok korang bergaduh." Jua dah pegang kepala.

"Huh. memang pun kawan cik nie samseng! Gila punya orang." Lelaki senyum sinis.

"Tengkorak kau! Kau tu perogol bersiri tak sedar diri. pegang-pegang
anak dara orang tak tau malu." Kyra tak mau kalah.

"Sebelum aku tangan-tangankan korang berdua buat gulai lemak masak
tempoyak baik korang diam jangan bergaduh and start to have a nice,
cool and peace conversation! I really mean it now." Yun dah mula
tunjukkan aura guru disiplinnya.

Kyra dan lelaki tu saling berpandangan!.

'Hari-hari tengok drama bersiri, memang dasar kau perogol bersiri!'
Kyra bagi jelingan lipat maut.

'Eleh. Hisap rokok jenama dunhill, tak sedar diri dia gangster
higheels!' lelaki balas jelingan Kyra dah macam nak keluar petir dari
tenungan mata mereka.

--------------

Nasib baiklah Jua dengan Yun campur tangan, barulah situasi ribut tadi
reda sikit. Tidak mau tercetus perang armagadon agaknya kalau tak
dihentikan tadi.

Empat pasang mata saling bertentang. Kerusi batu yang memang sedia ada
di luar laman rumah sewa mereka disediakan oleh tuan rumah untuk
bersantai-santai pada waktu petang tapi sekarang dah jadi meja
persidangan pula.

Jua dengan Yun duduk bertentangan manakala Kyra duduk bertentangan
dengan lelaki tu. Kyra memeluk tubuh. Lelaki tu hanya duduk menyandar
santai. Jua pegang penyapu besi tak lepas-lepas. nak stand by katanya
takut-takut kalau lelaki tu tiba-tiba menggila! Yun membetulkan spek
matanya yang sesekali melorot ke bawah. Lagak gaya macam tuan hakim
pulak Yun tu.

"Ok. Sekarang bincang baik-baik. Kita nie manusia tuhan cipta fikir
pakai otak bukan kepala lutut. Siapa nak mula dulu?" Yun tanya.

"Perogol bersiri nie Yun. Dia yang kejar aku macam orang gila. Mana
aku tak panik." Kyra serang.

"Hello. Tadi masa dekat Giant aku panggil kau baik-baik dulu yer.
Bukan aku main serbu kejar kau ja. Kau tu yang tiba-tiba lari macam
orang sasau kenapa? Nak salahkan aku pulak." Lelaki tu membela
dirinya.

"Tipu!"

"Betul!"

Yun mengangkat kedua-dua belah tangannya tanda stop it!

"Kalau macam nie la punya gaya baik korang tak payah cakap. Huh!" Yun
merengus naik fed up dah dia pun.

"Aku tanya korang jawab ok?"

"Encik. err??"

"Megat Amru Nasabil. call me Am."

"Ok Encik Am, kenapa encik kejar kawan saya tadi?" Chewah, Yun kau nie
dah macam peguam pulak yer.

"Kan senang tanya dari mula. Nie tak! ketuk aku pakai high heels.
Ingat tak sakit ke?" lelaki tu mencebik.

"Encik. jawab jer lah soalan saya tadi."

"Cik. cik apa tadi?"

"Yun. panggil saja Yun."

"Err. saya Najwa. Panggil Jua jer." Jua tiba-tiba menyampuk
tersengih-sengih tapi batang penyapu besi tak lepas dari tangannya tu.

'Hensem! Lagi hensem dari Zaim. nie yang tergugat nie.' Jua dah
tersengih-sengih miang keladi dah.

"Ok. Cik Jua dan Cik Yun, saya sebenarnya tak da niat pun nak
apa-apakan kawan cik berdua nie. Sikit pun tak terlintas nak rogol
anak dara orang tengah-tengah hari rembang macam nie waima sebesar
zarah sekalipun tak teringin saya kat kawan cik berdua nie. saya."

Belum sempat Amru habis cakap tiba-tiba Kyra potong.

"Cakap jer la kenapa. Yang kau nak buat mukadimah panjang-panjang
apahal? Kau ingat nie pertandingan mari bercerita ke apa." Kyra hilang
sabar.

"Ok fine! Kau nak aku cakap direct kan? Kau tu dah ambik barang aku.
Tau tak. Penyamun!"

Kyra tersentak. "Bila masa aku ambik barang kau? Kau siapa ha? aku tak
kenal pun kau. macam mana aku boleh ambik barang kau pulak? Kalau dah
salah mengaku jangan nak menuduh!" Kyra tak puas hati.

"Baik kau tak caya ya. Tak pa kau tunggu jap. aku pergi ambik
buktinya. Jangan menyesal yer." Am bergegas bergerak ke arah keretanya

"Kyra betul ke kau ambik barang dia weh?" Jua tanya.

"Tak la. Masa bila aku ambik barang dia. kau nie." Kyra tarik muka.

Amru menghampiri mereka dengan selonggok beg plastik.

"Nie buktinya. Tengoklah."

Tiba-tiba riak wajah Kyra berubah. dia terdiam. "Err.kenapa
barang-barang nie nampak macam barang-barang yang aku beli tadi?"

"Bukan macam tapi memang barang kau pun. Kau tengok nie. Apa
kejadahnya aku nak beli benda nie ha? Cuba kau terang sikit dekat aku
pakai logik akal kau." Amru menanya Kyra.

Serta-merta wajah ketiga-tiga gadis tu merona merah. Panas! Apa taknya
Amru selamba badak tayang 'adik kecik' yang baru Kyra beli tadi. Dah
la warna merah ang-ang siap bercorak polka dot lagi! Sumpah Kyra tak
tau nak kata apa. Malu tahap yang dah tak bertahap dah dia rasa!

"Err. Kyra. betul ke kau punya tu?" Yun serba salah nak tanya.

Segan, malu, nak tergelak. bercampur baur tapi tak sampai hati tengok
muka Kyra dah merah macam nak pecah!

"Err. aku. aku."

Kyra terus blah dari situ dan bergerak menuju ke keretanya. Dia
membuka plastik barang yang baru dibelinya tadi. Dan ternyata. bukan
barangnya. Kyra rasa nak nangis dah. 'Macam mana nie. ya ALLAH malunya
aku rasa.'

Kyra terus membawa semua beg plastik yang ada dalam keretanya lalu
dihulurkan kepada Am.

"So?? You own me something miss." Amru tersenyum bangga, kemenangan
berpihak kepadanya.

Kyra tunduk tak angkat kepala. dikuisnya rumput karpet di laman tu. Malu!

"Sorry."

Pendek ja jawapan Kyra. Tanpa buang masa sesaat pun Kyra terus capai
barang-barangnya dan masuk ke dalam rumah. Langsung tak di pandang
wajah Amru.

Jua dengan Yun saling berpandangan. Kemudian mereka memandang Amru pula.

"Ermm. Encik Am, saya mintak maaf yer bagi pihak kawan saya tu. dia tu
pemalu sikit tu yang dia lari masuk rumah." Yun cuba cover Kyra sambil
tersengih-sengih. Jua pula jadi burung belatuk, tukang mengangguk
kepala.

Tiba-tiba.. Kyra yang dah masuk ke dalam rumah patah balik keluar.

Tiga pasang mata memandangnya.

"Kau kenapa Kyra?" Jua tanya.

Kyra diam tak menjawab.

"Encik saya nak mintak balik benda tu." Alahai. suara lembut macam nak
keluar tak keluar ja bunyi.. Kyra menunjukkan ke arah tangan Am.

Kali semua mata tertumpu ke arah Amru.

YA! 'Adik kecik' Kyra.

Amru tersenyum sinis. Tapi langsung tak menunjuk tanda-tanda nak bagi
dekat Kyra.

'Mamat nie pehal? Aku punya barang tu bagi la balik! Tak kan dia nak
pakai kot?' Kyra bengang. Dah bengang sangat tengok gaya Am yang buat
tak tahu ja tu, Kyra terus rampas 'adik kecik'nya tu dari tangan Am
dan terus blah dari situ.

Jua dengan Yun muka dah biru tahan nak gelak. tapi demi kawan
ditahankan jugak. hahaha.

Amru hanya berdiam diri sambil memerhatikan Kyra yang menapak masuk ke
dalam rumah sebelum.

"Saya mintak diri dulu. Assalamualaikum."

"Waalaikummussalam." serentak Jua dengan Yun jawab salam.

--------------

Malam tu Jua dengan Yun tak sabar-sabar nak dengar cerita dari Kyra.
Tapi Kyra buat-buat tak faham, dia diam ja sampailah Yun memulakan
topik.

"Macam mana boleh jadi macam tu Kyra?"

Kyra hanya menjongketkan bahunya.

"La. tak kan kau tak tau, kau yang ambik barang dia kan?" Jua interframe.

"Hei. aku tak ambik barang dia. Aku just TERtolak troli dia ja ok.
Beza tu." Kyra menjawab.

"Eleh. samalah tu." Jua menjuih bibir.

"Macam mana kau boleh tertolak troli dia Kyra? Pelik pulak bila aku
fikir balik. Musykil aku." Yun tanya lagi.

"Dah aku nak TERtolak nak buat macam mana. bukan aku sengaja." Kyra
sengaja tekankan perkataan TER tu menunjukkan yang dia betul-betul tak
sengaja.

"Tak kan kau tak sedar?"

"A'ah memang aku sedar. Sedar gila masa tu! Eiii kau nie sengal la.
kalau aku sedar tak kanlah aku nak pergi tolak troli orang, kau nie
pun satu la Yun. hishh."

"Mana la tau. hehe." Yun sengih.

"Kau fikir apa sampai boleh TERtolak troli mamat tu tadi?" Jua tak
puas hati lagi.

"Tak. cerita dia macam nie. aku tertinggal barang dekat kaunter
pembayaran. So, cashier tu pun panggil la aku. Aku tinggalkan la kejap
troli aku tu kat situ pastu aku pergi la ambik barang tu. Kemudian
lepas ambik barang, aku terus tolak troli aku tu. Mana lah aku tau ada
troli lain kat situ, aku pun time tu tak check barang dalam troli tu.
aku pakai tolak jer. pastu tiba-tiba ada orang kejar aku. Then story
lepas tu korang tau la jadi apa kan? tak payah aku describe lebih
lanjut. Sekian terima kasih."

"Mak aii, gila tak senonoh kau nie rupaya Kyra. baru aku tau." Jua
mengurut-urut dagunya. Macamlah ada janggut.

Kyra tarik muka.

Yun gelak terbahak-bahak dah.

"Kau apasal gelak dekat aku? Nie yang malas nak cerita nie." makin
panjang muncung Kyra.

"Tak. aku gelak sebab aku nak tergelaklah. hahaha. yala, dah la kau
TERtolak troli dia, lepastu kau panggil dia perogol bersiri satu hal,
kemudian boleh pulak kau pukul dia separuh mati! Tak boleh blah tu,
kau guna high heels! Kasut tumit tinggi tu 3 inci kot!. Ya ALLAH. mau
mati aku rasa mamat tu kalau aku tak halang kau tadi." Yun dah geleng
kepala.

Jua pun sama gelak sakan. "Entah. dah la tu serius part mamat tu
tayang 'adik kecik' polka dot kau tu aku tak boleh lupa. hahaha! Gila
betul, selamba badak ja dia tayang benda tu depan kita. adoi." Jua dah
pegang perut dia, muka Kyra dah bertukar warna malu bukan kepalang dia
rasa.

"Kot ye pun kau nie, beli lah yang mengancam sikit corak dia. nie
polka dot? Dah macam anak anjing. Hahaha!" Jua menambah lagi.

"Entah. boleh jugak ngorat mamat tu. Kot-kot la tengok 'adik kecik'
kau tu mamat tu boleh jadi angau kat kau ke? Tup Tup! Terus esok tu
dia datang masuk meminang. Ye tak Jua?" Yun angkat kening sebelah
ala-ala The Rock tu.

"Your right babeh. give me five!"

Kyra ketap gigi melihat Jua dengan Yun ber'give me five' tu.

"Biar lah 'adik kecik' aku bukannya 'adik kecik' kau! Sibuk jer.
Korang dah la. aku tau la aku salah. Kan aku dah mintak maaf kat dia.
Tutup kes la. Yang pasal 'adik kecik' polka dot aku tu tak payah la
ungkit. Sensitif! Malu tau tak!" Kyra dah tekup muka dengan kusyen
sofa.

Jua dengan Yun sengih ja. Kyra, Kyra.

--------------

Peristiwa paling memalukan pernah terjadi dalam seumur hidupnya tu tak
mungkin Kyra lupakan walaupun dah lama perkara ni berlalu, dah
berminggu-minggu. Satu ja doa yang tak pernah dia lupa setiap kali
sembahyang selain mintak dimurahkan rezeki dan panjang umur. Dia tak
nak jumpa Mr. Troli tu! Tu la satu-satunya doa dia yang tak lekang
dari bibir. Biarlah yang tu pertama dan terakhir. Kyra serik!

Mr.Troli??? tu la gelaran yang Kyra bagi dekat Amru.

"Mulakan hidup baru Kyra! Lupakan benda yang dah lepas, yang penting
pagi nie buka buku baru. You can do it babeh. yeahhh! Malaysia ROCKK!"
bersemangat waja Kyra pagi tu.

Kakinya diatur menuju ke arah bangunan tempatnya bekerja. Menonong ja
Kyra jalan tanpa memandang kiri dan kanan.

Tiba-tiba!

"Cik ke tepi! Kereta!" beserta dengan jeritan tu tubuh Kyra ditolak
dan dia dengan pemuda yang selamatkannya tu jatuh bergolek-golek.
Sekali tengok tak ubah macam hero dengan heroin tamil tengah bergolek
atas taman bunga yang bezanya cuma nie atas tar la.

"Cik ok?" prihatin betul pemuda nie.

"Err, saya ok terima kas." Kyra terkedu.

Doanya tak dimakbulkan Tuhan rupanya.

"Eh, Miss Polka Dot!" muka Amru teruja gila siap panggil Kyra, Miss
Polka Dot lagi.

'What? Dia panggil aku polka dot??'

"Apa khabar lama tak jumpa. Last kita jumpa masa dekat ru."

"Eh, tangan awak luka teruk nie encik. Baik pergi klinik." Kyra
cepat-cepat potong, dia tak mau ungkit dah pasal hari tu, sungguhlah
malu hari tu pun tak hilang lagi.

"It's ok, sikit ja nie. Awak luka lagi teruk dari saya." Amru menunjuk
ke arah lengan tangan Kyra.

"Darah." Sepatah ja yang sempat Kyra cakap sebelum.

"Eh, cik? Cik! Miss Polka Dot. bangun."

Kyra pengsan daa. dia pantang tengok darah. Tapi yang pelik tu, kalau
dekat orang lain tak apa tapi kalau darah tu keluar dari badan dia
sendiri. Ha! Sekali tengok pengsan terus.

--------------

"Puan dah sedar?"

"Saya kat mana nie?"

"Jangan risau, puan dekat klinik sekarang tadi puan pengsan. Suami
puan yang bawak puan ke sini?"

"Puan? Suami? Bila saya kahwin doktor?" Kyra bingung. 'Aik, takkan aku
pengsan tak sampai 2 jam pun aku dah ada laki? Macam mana aku boleh
tak perasan aku dah kahwin?'

"Err, yang tu saya tak tau la pulak puan. Tu di luar bidang ilmu saya.
Saya rasa puan dah ok, cuma jangan lupa makan ubat nanti ok."

Kyra hanya menganggukkan kepalanya.

--------------

"Macam mana? Doktor kata apa?" Amru terus mendapatkan Kyra sebaik
sahaja Kyra keluar dari bilik doktor.

"Eh, awak tak balik lagi?" Ada lagi rupanya mamat nie.

"Saya tunggu awak."

"Puan Nik Mazkyra Muslim." Tiba-tiba pembantu klinik tu memanggil Kyra.

"Biar saya ambikkan."

Kyra hanya tersenyum. Dalam hati. 'Bila masa aku dapat mandat bergelar
puan nie?'

"Jom saya hantar awak balik." Amru menawarkan diri untuk menghantar Kyra pulang.

"Eh, tak apa, tak apa. saya boleh balik sendiri. Berapa semua harga
ubat tadi?" Kyra dah mengeluar beberapa keping not sepuluh ringgit.

Amru hanya tersenyum penuh ikhlas tapi lain pula pada pandangan Kyra
dia nampak senyuman tu. macam nak menggoda dia. Kyra terkedu seketika.
Jantungnya tiba-tiba bergerak kencang. Rasa macam nak pengsan lagi
sekali.

"Kyra? Are you ok Kyra?" Amru memetik jarinya beberapa kali di hadapan Kyra.

Kyra tersedar. "Ya? Ya. saya ok." Kyra tersengih lagi.

"Tak payah bayar, saya ikhlas tolong awak. Jom saya hantar awak
balik." Amru terus membuka pintu keretanya dibahagian penumpang
hadapan.

"Eh, janganlah macam nie. Awak dah tolong selamatkan saya tadi tu pun
dah besar rahmat. Saya kenalah bayar balik duit awak. Betul nie, saya
boleh balik sendiri." Kyra tolak dengan berhemah sekali.

"Mak saya cakap tak baik tolak niat baik orang. Lagipun awak jangan
risau, niat saya baik nak tolong awak. Saya tak akan rog."

"Stop it! Jangan nak sebut perkataan tu." Kyra terus mencelah.

Amru hanya tergelak kecil. "Ok, ok. saya tak sebut tapi awak kena biar
saya hantar awak balik ok?"

"Ok." lemah ja Kyra jawab.

--------------

Kyra hanya mendiamkan diri dalam kereta. Dia sebenarnya rasa segan
dengan Amru tu.

"Kenapa diam?"

"Ha? Err. tak ada apa nak cakap." Kyra jadi kalut tiba-tiba.

"Awak tau. awak nampak lain hari nie?" Amru memulakan perbualan.

"Eh, ya ka? Saya pakai baju terbalik ke?" Kyra membelek dirinya berkali-kali.

Amru menggelengkan kepalanya. "Tak la. kali pertama jumpa awak dengan
kali kedua kita berjumpa nie memang lain. Saya rasa macam dua orang
yang berbeza tapi ada muka yang sama."

"Yang pertama kali jumpa tu terukkan?"

"Hahaha. tau tak pa. ada ke patut belasah orang pakai high heels 3
inchi. Tu nak membunuh namanya."

"Dah panik. rembat ja la yang sempat capai. Dah tu yang tu paling
dekat. tunggu lagi? Ambik yang tu ja la buat defence." Kyra dah
lemparkan pandangan keluar tak sanggup rasanya nak tengok muka Si Amru
tu.

"Ya. tapi comel." Amru terlepas cakap.

"Tapi apa." Kyra terus berpaling menghadap Amru.

"Tak. saya cakap baby kat tepi jalan tu comel. Cuba awak tengok."

"Mana? Tak ada baby pun."

"Mak baby tu dah naik bas kot." Amru oii, kot ye pun nak menipu.
carilah alasan munasabah sikit.

"Hah??" sungguhlah Kyra terasa sangat blurr masa tu. 'Apa yang mamat
nie merapu?'

Amru hanya tersenyum melihat muka Kyra yang blurr tu. 'Alahai
comelnya. geram aku tengok.'

--------------

"Terima kasihlah sebab hantar saya balik Encik Amru."

"Sama-sama, just call me Am."

"Nope, I like Amru better." Kyra tersenyum.

"Fine. mana pun boleh. nak panggil abang sayang pun boleh." Gatal
jugak rupanya mamat ni.

Kyra tersipu-sipu malu. Pipinya merona merah macam pakai blusher.

Tanpa mereka sedar. ada mata-mata yang sedang mengintip perlakuan mereka.

"Awak, saya nak mintak maaf lagi sekali sebab saya pukul awak dulu.
sorry sangat-sangat. tuduh awak bukan-bukan. sorry ye." Lembut ja
suara Kyra. Dia tak tau yang Amru macam dah nak cair dengar suara Kyra
mendayu-dayu tu.

"Err. it's ok benda dah lepas. ok lah Kyra jumpa lagi. Bye Miss Polka Dot."

Kyra mengetap bibir tak sempat dia nak balas balik. Amru dah memecut keretanya.

"Tak habis-habis nak panggil aku Miss Polka Dot! Benci!" Kyra merungut.

--------------

"Yun kau tengok. bukan main mesra lagi."

"Kau tak tak pa. hari tu bergaduh macam dah nak membunuh. Pelik aku
tiba-tiba boleh naik kereta sekali. Tak terbalik ke kereta tu?"

Jua yang terhendap-hendap di balik tirai tu hanya menganggukkan
kepalanya. "Eh, Kyra dah nak masuk. cepat serbu dia." Jua terus
melompat dari kusyen yang dia berlutut tadi semata-mata nak mengendap
Kyra dengan Amru.

Sebaik sahaja kaki Kyra melangkah masuk. Baru sebelah kiri melangkah
masuk. Terus badannya ditarik Jua dengan Yun!

Kejam sungguh kawan-kawannya tu.

"Wei. apa nie main tarik-tarik. tak mau lah bergusti masa nie. Hari
lain la, aku penat nie." Kyra nie memang sengal.

"Siapa nak bergusti dengan kau? Baik kau cerita cepat dekat kitaorang
tu Encik Amru kan? Macam mana kau boleh balik sekali dengan dia? Kau
dah baik dengan dia ke? Kau jumpa dia kat mana?" Yun terus menyoal
bertali-arus.

"Aku." tak sempat Kyra nak jawab.

"Kenapa kau jalan terhinjut-hinjut? Nie baju nie kenapa terkoyak? Dia
buat benda tak senonoh dekat kau kan? Baik kau cakap. dia buat apa
dekat kau? Korang pergi mana tadi? Dia culik kau ke tadi?" Jua tak
bagi can langsung dekat Kyra nak jawab.

"Dah? Dah habis tanya? Dah habis? Kalau dah habis aku naik atas dulu.
Aku penat."

Yun dengan Jua saling berpandangan.

"Pelik tapi benar." Serentak dua-dua cakap.

"Aku rasa dia nie dah kena mandrem la wei." Jua mengurut-urut dagunya.

"Choi! Mulut bau longkang. ada ke doa bukan-bukan dekat kawan
sendiri." Yun merengus.

"Aku cakap ja bukan doa."

"Aku cakap kau bodoh kau marah. tapi masalahnya memang dah tu
kenyataan dia." Yun menunjal kepala Si Jua.

"Mulut kau lagi teruk. Bau logi taik! Hahaha." Jua terus melarikan
diri sebaik saja Yun dah bangun nak terkam dia.

"Jua!!"

--------------

"Kyra kau tengah masak maggi ke?" Jua yang baru lepas mandi menegur Kyra.

"A'ah. Kau nak ke?"

"Nak! Aku nak. Jangan lupa letak telur dua biji tau."

"Ya. aku tau." Faham sangat Kyra dengan selera Jua tu.

Kyra mengambil telur dan memecahkannya.

"Kyra kau ok ke?" Jua dah berdiri sebelah Kyra.

"Ok la. kenapa tiba-tiba tanya aku nie?"

"Tu." Jua menjuihkan mulutnya ke arah maggi yang dimasak Kyra.

"YaALLAH!" Kyra dah menekup mulutnya. Kemudian memandang Jua.

"Kau nie genius melampau-lampau ya Kyra. Siapa ajar kau masak maggi
buang isi telur lepas tu letak kulit telur dalam maggi nie?"

"Err. sorry, sorry. aku tak sengaja."

"Kau berangan apa wei? Sampai kulit telur dengan isi telur pun tak tau
beza nie?"

"Mana ada berangan kau nie. aku tersilap letaklah. Aku buat lain."
Kyra terus membuang maggi tadi.

"Tak payahlah, biar aku yang masak, nanti kalau kau masak lagi aku
rasa kau letak sepapan telur terus dengan papan-papan tu sekali kau
bubuh."

"Hish, kau nie Jua!"

Jua dah mengekek. 'Kyra, Kyra apa kenalah dengan kau nie.'

--------------

"Kyra! Apa yang lama sangat kau nie siap? Kau pakai make up ke kau
proses make up?" Yun melaung dari ruang tamu bawah.

"Kejap! Nak siap dah." Kyra menjawab dari atas.

Petang tu mereka plan nak ke PWTC ada pameran buku. Niat dihati nak
borong bukulah.

"Ok dah siap. Jom!"

Yun memandang Kyra tak berkelip.

"Kau biar betul Kyra? Kau nak pergi pameran tu pakai macam nie ja?"

"Ye lah ok apa. Blaus putih, dengan tudung bunga hitam match dengan
skirt labuh hitam nie. cantik dah aku rasa."

"Kyra aku risau lah dengan kau nie. kau ok ke?

"Ok la. jomlah cepat." Kyra dah capai kunci keretanya.

"Kyra kau tunjuk dekat aku mana skirt labuh hitam kau tu." Yun menarik
tangan Kyra yang dah nak keluar rumah tu.

"Nie apa?"

"Tu skirt kau?" Yun menyoal tak puas hati lagi. "Kau tengok betul-betul Kyra."

Kyra pun memandang ke bawah dan. "Eh. silap, silap. aku pergi tukar jap."

Yun menggelengkan kepalanya. "Tu bukan skirt labuh. Tu tuala labuh
orang panggil."

"Hish, aku tersilaplah. kau tunggu kejap." Kyra terus berlari naik ke atas.

"Apa kena dengan kau nie Kyra? Takkan lah tak sedar diri tu tak pakai
seluar ke skirt ke?" Yun menggelengkan lagi kepalanya.

--------------

"Kau perasan tak dengan perangai Kyra sejak dua menjak nie Jua?"

"Perasan. Aku tengok dia tu macam orang sasau pun ada."

"Kau tak tak pa. Kau tau hari tu masa nak pergi pameran dekat PWTC
boleh dia tak perasan dia pakai tuala ja, siap ambik kunci kereta lagi
nak keluar. Tu kalau aku tak tegur mahu sampai sana baru sedar
gamaknya dia pakai tuala ja. Tak ke pelik tu?" Yun mengerutkan dahinya
memikir perihal kawannya yang sorang tu.

"Jangankan kau, aku pun naik sama pelik. Hari tu masa dia masak maggi
boleh dia pergi buang isi telur dalam tong sampah lepas tu bubuh kulit
telur dalam maggi. Tu kalau aku tak tegur dihidangnya aku maggi cap
kulit telur! Resepi baru tu." Jua dah menggelengkan kepala.

"Apa kena lah dengan Kyra nie. kau ingat hari tu lepas dia jumpa
dengan Mr.Troli tu, boleh dia lupa dia parking kereta Rush dia tu kat
mana? Padahal dia dengan Rush dia tu mana boleh berenggang!"

"Betul-betul. kau ingat tak masa kita tengok cerekarama sabtu lepas.
cerita tu punyalah sedih tahap gaban. Yang kita berdua nie menangis
macam kassim selamat dah. Dia? Boleh dia gelak terbahak-bahak tengok
cerita tu? Tak pelik ke?" Jua menggaru-garu kepalanya yang tak gatal
tu.

"Aku rasa ada something wrong somewhere." Yun angkat kening kiri.

"Dan aku rasa puncanya." Jua angkat kening kanan.

"Mr.Troli!" serentak mereka menjerit.

"Kita kena tanya dia nie. aku risaulah dekat minah nie." Yun dah
bangun dari kerusinya.

"Setuju! Jom."

--------------

"Kyra. kitaorang nak tanya sikit dekat kau nie." Yun sebagai pembuka mukadimah.

"Tanya apa?"

"Kau nie tengah bercinta dengan siapa-siapa ke?"

"Siapa-siapa siapa?" Kyra buat-buat tak tahu.

"Caih, kura-kura masak tauhu, pura-pura tak tahu pulak." Jua mencelah.

"Dah tu aku tengok kau angau semacam ja dua tiga hari nie? kenapa?" Yun menanya.

"Mana ada aku angau. Memandai ja korang nie."

"Iye kau tengah angau. kau mandi tak lencun, tidur mengingau, makan
mencekik. Sebijik macam orang tengah angau." Siap dengan gaya-gaya
lagi Jua nie memang over.

"Tak. aku tak angau." Kyra masih menafikannnya.

"Ye. kau tengah angau." Yun membalas.

"Tak angau."

"Kau angau." Jua pulak.

"Hey. aku taulah, aku tuan punya badan! Aku tak angaulah dengan Amru
tu. Tak faham bahasa ke?" Kyra dah bercekak pinggang.

"Bingo!" Jua bertepuk tangan.

"Mengaku jugak kau akhirnya." Yun tersengih.

"Mengaku apanya?" Kyra megeluh.

"Kau tengah angau dengan Amru a.k.a Mr.Troli kau tu." Jua menambah.

"Mana ada."

"Acecece. tadi tu mana ada kitaorang sebut nama Amru pun. Kitaorang
cuma cakap kau tengah angau ja. tup tup kau sebut nama Amru! Dia dah
la tu. kau angau dengan dia." Jua nie kadang-kadang cerdik jugak
rupanya.

Kyra buat tak tau ja. malulah rahsia dia dah pecah!

"Sejak bila kau syok kat dia nie?" Yun menggiat.

"Entah. tiba-tiba ja TERsuka." Kyra memintal-mintal hujung baju tidur!
Gila gatal kau nie Kyra.

"Kau nie suka betul TER TER dengan Amru tu. kang TERkahwin. aku tak tau."

Tiba-tiba pipi Kyra merona merah bila dengar Jua cakap pasal kahwin.

"YaALLAH. gatal jugak rupanya kawan aku nie. hahahaha" Yun dengan Jua
dah gelak tak ingat dunia.

"Biarlah. macamlah korang dua tak nak kahwin." Kyra masih
memintal-mintal hujung baju tidurnya. malu-malu tenuk afrika lak minah
nie.

"Hahaha. Miss Polka Dot sudah tangkap cintan sama Mr.Troli." Kyra tersenyum.

--------------

"Assalamualaikum!"

"Uit, ada tetamu la. kau pergi la tengok Yun." Jua menendang perlahan kaki Yun.

"Apasal lak aku? Kau la." Yun menendang balik kaki Jua.

"Assalamualaikum! Ooo tuan rumah!"

"Woi. pergilah."

"Kau la pergi. kau lagi muda dari aku. So, kau lah pergi." Yun tak mau kalah.

"Siapa ajar kau kalau nak buka pintu kena tengok umur?" Jua dah
bercekak pinggang.

"Kau." Selamba ja Yun balas.

Jua ketap bibir. "Pemalas! Baloq Liat!"

Yun buat donno ja.

Jua pun mengalah bukak pintu.

"Eh, Mr.Troli! err. I mean Encik Am."

Amru hanya melemparkan senyuman. Dalam hati. 'Aku muka sikit punya
macho, diaorang panggil aku Mr.Troli? Panggillah Mr.Aeroplane ke. Up
la sikit. Nie troli? Hah!'

"Jemputlah duduk." Jua memperlawa Amru duduk di meja luar. Meja
persidangan mereka tempoh hari tu.

"Ada apa hajat ke mari?" Chewah! Berbahasa pulak Si Jua nie.

"Saya nak jemput cik adik bertiga nie ke majlis kahwin dekat rumah
saya hujung minggu nie."

"Siapa yang nak kahwin?" tiba-tiba Yun mencelah.

"Err.saya." Amru baru nak bukak mulut, tapi tiba-tiba.

"Yun, Jua mana korang nie?" Kyra muncul sambil memisat matanya. Baru
bangun tidur anak dara nie, padahal dah pukul 12 tengah hari! Memang
kena lah dengan time. Amru pulak datang. Cantik!

Tiga pasang mata memandang ke arah Kyra.

Kyra lagilah terkejut, tambah-tambah nampak Amru yang dia tengah
angaukan selama nie. Lagi laaaa. dahlah muka tengah sememeh, air liur
basi pun ada. nasib baik dia serkup kepalanya dengan tuala.
Terlindunglah auratnya yang satu tu.

"Errr. Amru. buat apa kat sini?" Kyra menanya.

"Saya nak bagi kad jemputan kahwin."

"Siapa nak kahwin?" Kyra tiba-tiba cemas.

"Nie tengoklah nama pengantin dekat kad nie." Amru menghulurkan kad
jemputan tu kepada Kyra.

Kyra yang pada mulanya segan dengan keadaan dirinya terus berubah! Dia
dah tak peduli. Bila terpandang ja nama yang terpampang di kad
jemputan tu. Mata Kyra terus berair. Kyra menangis!

"Nah! Ambik balik kad nie."

"Eh, kenapa nie Miss Polka Dot?" Amru bertanya.

Jua dengan Yun yang mendengar panggilan Amru tu, rasa nak gelak
berguling atas rumput kat luar rumah tu dah.

"Kyra?"Amru nak mendapatkan Kyra. tapi tiba-tiba Kyra lari dari rumah.

"Kyra!" Amru menjerit.

"La, pacak apa lagi kat sini? Pergilah kejar cepat!" Yun mengarah Amru.

"Ha? Owh. ok, ok!" barulah mamat nie terkocoh-kocoh berlari mengejar Kyra.

Jua hanya menjongketkan bahunya bila Yun memandangnya.

--------------

"Sengal! Buat penat ja aku angau dekat dia! Last-last dia kahwin jugak
dengan orang lain. Bodoh-bodoh!" Kyra mengetuk kepalanya sendiri.

"La, tak kan dah penat angau dekat saya? Saya tak pernah penat pun
angau dekat awak." Tiba-tiba Amru muncul.

Kyra menjelingnya dengan hujung mata.

"Penat tau tak saya kejar awak. Laju betul awak lari. awak dulu-dulu
masa sekolah atlit berlumba ek?" Amru saja nak menceriakan suasana.

Kyra diam.

"Err, tak lawak ke saya buat lawak tadi?"

Kyra buat tak tahu.

Amru dah mengesat peluh yang mula menitik di dahi. Penat gila kejar Si
Kyra nie, nasib baiklah tasik nie 200 meter ja jauh. tapi tu pun
mengah jugak di buatnya nak mengejar Si Kyra nie.

Amru menggaru kepalanya.

Tiba-tiba.

"Bila cinta kini. tak lagi bermakna. yang ku rasa kini, hanyalah
nestapa. Ditinggalkan cinta masa lalu."

Kyra dah cantum kening. 'Mamat nie kenapa?'

Amru sambung lagi. "Dulu kau tawarkan, manisnya janjimu, yang ku
sambut itu. Dengan segenap hatiku. Bila engkau pergi, tinggalkanku."

Kyra dah tongkat dagu. tiba-tiba dia rasa sedap pulak suara Amru nie
menyanyi lagu Bila Cinta, ost lagenda budak setan tu.

"Hilangnya cintamu. Menusuk hatiku. Hingga ku memilih, cinta yang fana.."

Kyra dah terpegun dengar Amru menyanyi.

"Perginya dirimu. merobek jantungku. Hingga ku terjatuh, dalam
harapan. uuuuuuuu."

Amru memandang Kyra.

"Hilangnya cintamu. Menusuk hatiku. Hingga ku memilih, cinta yang
fana.. Perginya dirimu. merobek jantungku. Hingga ku terjatuh, dalam
harapan. uuuuuuuu. dalam harapan."

Tiba-tiba Kyra bertepuk tangan. "Yeyy!"

Amru tergelak. "Dah ok? Tak merajuk dah?"

Kyra berdehem dua tiga kali. Dalam hatinya terdetik. 'Alamak
ter'excited' la pulak. malunya.'

"Siapa merajuk!"

"Entah siapa entah yang merajuk. lari rumah. Dah la tu dengan tak
mandi dia, baju pun pakai baju tidur lagi, dengan bau masam. air basi
pun bersisa kat tepi mulut lagi." Amru memandang Kyra, dia nampak Kyra
tengah curi-curi lap tepi bibirnya. 'Hahaha. comelnya.'

"Anak siapa la tu kan?" Amru sengaja mengusik Kyra.

"Biarlah! Dengki. pergilah balik kalau dah tau saya busuk. ikut buat apa?"

"Dah tu tak kan biar kekasih hati saya merajuk sorang-sorang? Kang dia
terjun dalam tasik nie saya jugak yang susah. menbujang sampai ke tua.
Tu yang kena kejar jugak tu. Tidak saya biar ja."

Kyra mengetap bibir. "Eleh, lelaki bila bercakap tu macam tanam tebu
di tepi bibir! Entah bukan tanam tebu ja. siap bukak kilang gula lagi!
Manis tak hengat!"

"Hahaha!" lawak betul peribahasa Kyra nie, suka-suka dia ja mengubah
peribahasa melayu.

"Awak. Miss Polka Dot saya yang comel. kenapa awak lari tadi? Cuba
cakap dengan saya? Tak payah lah nak pakai ayat-ayat tebu, gula segala
bagai. Saya nie tak suka makanan yang manis."

Kyra menjuling mata ke atas.

"Awak dah nak kahwin kan? Pergilah balik duduk dekat tepi bakal bini
awak tu! Buat apa duduk kat tepi saya yang busuk nie."

"La. nie saya tengah duduk kat tepi bakal bini sayalah nie. Nak balik
buat apa. busuk pun busuklah. Saya redha."

Tiba-tiba Kyra rasa nak tergelak. tapi ditahannya jugak sedaya-upaya.

"Yer la tu. sini cakap lain tapi dekat kad tu nama awakkan?" Kyra
akhirnya berpaling memandang Amru.

Amru yang masih setia menatap Kyra tersenyum. Cepat-cepat Kyra
mengalihkan pandangannya. Jantung dia masa tu rasa macam nak pecah!
Tiba-tiba berdegup laju semacam.

"Ya ke nama saya?"

"Habis tu takkan nama saya Megat pula?" Kyra dah naik menyampah dengan
Amru yang macam acuh tak acuh nie.

"Awak. memanglah nama dekat depan kad tu Megat."

"Ha, mengaku pun." Kyra mencelah.

"Tapi masalahnya. yang nak kahwin tu Megat lain. Megat Amir Nabil.
Bukan Megat Amru Nasabil."

Kyra dah berkerut seribu dahinya.

"Lain kali kalau orang bagi kat jemputan kahwin tu. buka dalam sekali,
baca bagi habis." Amru menggelengkan kepalanya.

"Tipu!"

"Laillah. nak menipu buat apa? Nah, tengok sendiri." Amru menghulurkan
kad jemputan kahwin tu.

Kyra membuka bahagian dalam kali nie.

"Ha, nampak tu. Eja tengok nama kat situ. saya nak dengar." Sengaja
Amru nak menggiat Kyra.

"Hurmmm. benci! Bukan nak cakap awal-awal masa kat rumah tadi. Buat
penat saya marathon ja tadi. Huh!" Kyra sebenarnya nak cover malu dia
tu.

Amru tersenyum. Ya, senyuman itulah yang menambat hati Kyra.

"Dah tu tak sempat saya nak cakap apa-apa awak dah start marathon,
saya pun tak pasal-pasal kena join sekaki marathon."

Kyra tertawa jugak akhirnya. "Ha, kan lawa tu kalau ketawa. ni muka
nak cemberut ja."

"Saya lawa ek?"

"Tak."

"Awak." Kyra dah buat suara manjanya.

"Miss Polka Dot. boleh tak jangan buat suara macam tu. saya takut
nanti bukan abang saya yang naik pelamin nanti. tak pasal kita yang
naik pelamin dulu."

Kyra ketawa. "Awak kenapa awak nyanyi lagu Bila Cinta tu? Ada kena
mengena dengan kita ke? Kan tu lagu sedih."

"Hehe. tak la. Tak ada kena mengena dengan kita pun. saya menyanyi
lagu tu sebab saya tengah sedih kena pujuk awak kot tadi."

Kyra menjeling manja ke arah Amru. "Amru."

"Ye. Miss Polka Dot saya."

"Hish. tak nak panggil nama tu. awak tau tak saya segan setiap kali
awak panggil saya macam tu." Sebabnya nama tu mengingatkan Kyra pada
pertemuan pertama mereka.

"Ya ka? Saya tak. lagipun sweet apa nama tu. buat saya terkenangkan
masa first time kita jumpa." Amru dah tersengih miang-miang keladi.

Sungguhlah masa tu Kyra rasa macam nak pelempang ja muka Amru.

"Awak. kita kahwin ya. saya rasa saya dah jatuh cinta dengan awak.
bukan setakat jatuh ja. dah tersungkur pun saya rasa."

Kyra yang baru bajet feeling-feeling Hindustan dah ketawa
terbahak-bahak. 'Orang baru nak bajet romantik boleh dia buat lawak
masa nie.'

"Tak kan saya nak cakap ya terus. tak macam gelojoh sangat ke bunyinya?"

"Tak. sebab awak memang gelojoh pun." Selamba Amru membalas.

"Hey!"

"Haha. I'll that as a big YES! Minggu depan turn kita pulak naik
pelamin ok sayang?"

Kyra hanya menganggukkan kepalanya.

"Miss Polka Dot."

"Hurmm." Kyra redha ja la bila Amru panggil dia guna nama pelik tu.

"Nanti bila kita dah ada anak. awak jangan menipu dengan diorang tau."

"Apa??"

Amru dah tergelak.

"Mana awak cekau nama Puaka Tebing Hijau tu? Kreatif betul. hahaha!"
Amru dah ketawa berguling-guling dah.

Kyra dah bangun bercekak pinggang sambil menunding jari telunjuk ke
arah Amru. "Rupanya awak mamat yang cakap dengan tin sardine tu!"

Amru hanya terdaya menganggukkan kepalanya sahaja. mulut dah bergetar
tak boleh cakap sebab banyak sangat gelak.

Kyra tak payah cakaplah. Muka macam nak meletup!

Sungguhlah Kyra nie suka memalukan diri dia depan Amru.

Orang cakap. kalau kita tak boleh nampak buruk depan orang yang kita
sayang depan siapa lagi?

"Awak dah la tu. janganlah gelak. malulah saya." Kyra hanya menguis
rumput dikakinya.

"Ok-ok. saya tak gelak dah. Tapikan awak. lepas nie kalau nak beli,
beli corak yang mengancam sikit tau."

Kyra terus mencubit lengan Amru. "Eii. Gatalnya. nah rasakan."

"Aduh. aduh. ok-ok. tak gatal dah lepas nie. tunggu lepas kahwin saya
gatal balik."

Kyra dah jegil mata. Tapi tak lama, melihat gaya Amru mengadoi sakit tu.

Kyra terus tertawa begitu jugak dengan Amru.

--------------

Dalam dua merpati sejoli tengah bermadu kasih, bergurau senda. rupanya
ada lagi dua ekor burung gagak tengah mengendap mereka. Siapa lagi?
Jua dengan Yun la! Tak kannya diorang dua nie nak biar Kyra
sorang-sorang dengan Amru tu. Terhendap-hendap mereka memerhati Kyra
dengan Amru disebalik kerusi rehat yang berdekatan tempat dengan Kyra
dan Amru.

"Jua. kau tau, bila aku tengok Kyra dengan Amru tu kan, terus aku rasa
nak pergi Giant sekarang jugak!"

"Kau nak buat apa pergi Giant?" Jua mengerutkan keningnya.

"Nak buat-buat TERtolak troli orang. Kot-kot la aku boleh jumpa prince
charming aku macam Kyra tu."

"Gila! Kalau kau TERtolak troli orang yang stok macam Amru tak pa la.
sekali kau TERtolak troli orang yang rupanya stok laki orang macam
mana? Menggelupur kau nanti."

"Hurmmm. dah tu kau macam mana?" Yun menyoal Jua balik.

"Macam mana apa? Si Zaim tu aku nak TERtolak ke mana?"

"Betul jugakkan. nasib kau lah Jua."

"Hay. merpati dua sejoli tak nak balik rumah lagi ke? Zohor dah nak
masuk. Yang burung merpati betina tu mandi pun belum." Jua dah
membebel. Tapi ada betulnya jugak.

"Entah. Nak kena nie." Yun terus keluar dari tempat persembunyian mereka.

"HOI! Si anak dara oiii! Tak ingat nak balik rumah ke?! Kau tu mandi
pun belum! Balik!!" Yun menjerit jauh sebatu boleh dengar suara guru
disiplin nie.

"Alamak! Mak dara dah mengamuklah awak. Saya nak kena balik nie." Kyra
terus berlari ke arah Yun dan Jua tapi sempat lagi dia berpaling
semula ke arah Amru.

"Awak! Kita jumpa atas pelamin nanti minggu depan! Bye!"

Amru hanya melambaikan tangannya.

"Alahai, Amru. macam manalah kau boleh jatuh hati dekat budak Kyra tu.
well, cinta tu kan buta."

Dia sendiri yang tanya, dia sendiri yang jawab.

Orang kata. cinta pandang pertama ni susah nak jangka. Kadang-kadang
tu macam bom jangka! Tak da dah 'clue-clue'. Tiba-tiba ja BOMM!!
Meletup.. terus jatuh cinta.

Saturday, July 09, 2011

Lyrics Time.

Kayano Masuyama - Happy Tinkle

Happy Tinkle!

Happi happi tobikirino
Happi happi yume wo mite
Tonde tonde mirai e

Ready Go!
Ready Go!
Ready Go!(Ready Ready Go!)

Happy tinkle!(Happy Happy Tinkle Tinkle X2)

Onanoko wa daremo
Sekaijyuu de
Tada hitotsu no jewel yo

Happi!
Happi!
Happi!Yay!

Jishin wo naku shitara
Kagami no naka
Jyuumon korae
Hashiri ga sou

Zen shin!(Yay!)
Hen shin!(Yay!)
Zen shoun!(Yay!)
Agemashou?(Yay!)

Sono yasashisa yuuki ga
Mahou ni naru wa
(Happi! happi! yay!)

Lucky Lucky
Omoi kite

Lucky Lucky
Habatai te

Kito kuru MIIRAKURU

Ready Go!
Ready Go!
CHANNSU koran

Happy! Happy!
Tobikirino

Happy! Happy!
Yume wo mite

Tonde Tonde mirai e

Ready Go!
Ready Go!
Ready Go!(Ready Ready Go!)
Happy tinkle
(Happy Happy Tinkle tinkle)
(Happy Happy Tinkle Tinkle)

Hito tsuzutsu kagayaku
Hoshi wo daite
Umaretayou ne
Minna ga
(Happi! Happi! Happi! Yay!)

Sorezore no kiseki wo
Okoseru hazu
Mugamuchuu ni na atanara

CHARENNJI (Yay!)
IMMEJI(Yay!)
REARU CHENN(Yay!)
DEKIRRU SHII(Yay!)

Tobira akete
Itsudemo soba ni iru kara
(Happi! Happi! Yay!)

Lucky Lucky
Doki doki de

Lucky Lucky
tokimeite

Yappa koi
Hatsu koi

Ready Go!
Ready Go!
Kiito koi

Happi Happi
Tobikiri no

Happi Happi
Yume wo mite

Tonde Tonde
Mirai e
Ready go!
Ready Go!
Ready Go!(Ready Ready Go!)
Happy Tinkle

(Happy Tinkle)
(Happy Tinkle)

Yuujo(Yay!)
Tanjo(Yay!)
Junnjo(Yay!)
Kore deshou?(Yay!)

Sono yasashi sa
Yuuki ga
Mahou ni naru wa
(Happi Happi Yay!)

Lucky Lucky
Omoi kite

Lucky Lucky
Habatai te

Kito kuru MIIRAKURU
Ready Go!
Ready Go!
(CHANNSU KORAN!Yay!)

Happi Happi
Tobikirino

Happi Happi
Yume wo mite

Tonde Tonde
Mirai e

Ready Go!
Ready Go!
Ready Go!(Ready Ready Go!)

Happy Tinkle!

Story Time!!

Chenta bus uncle

Bunyi bising di stesen bas langsung tidak menarik minat ana. Dia
terlalu leka dengan dunia khayalannya.
Seperti biasa ana memakai baju kurung,mengikat rambut ala ekor kuda
(gelaran dari mia from geng luxurious) tapi rambut depan ala ala budak
jepun tu.. berbeg galas polka dotsnya. Tidak lupa juga keropok jigs yg
hot peri peri tu sambil membaca novel dan mendengar lagu dari
earphonenya..
Pelik..? ana bukannya pelik tapi itulah yang sering diperkatakan oleh
mia and the girls. Dah yang penting ana selesa pakai baju kurung suka
baca novel and dengar lagu sambil makan keropok so apa bole buat
kan.kan..hehe.
Opah pernah kata 'orang perempuan kena buat cara perempuan. Walau
macam mana pun baju kurung ialah baju yang terbaik yang melambangkan
keperibadian seorang perempuan' lama-kelamaannya dia terbiasa memakai
baju kurung.
"hahaha." sesekali ana tertawa terbahak-bahak membaca novel.tangan
kanannya pula ralit mengambil keropok jigs di kerusi sebelahnya.
"ermm..miss..miss..?" tegur haqimi.
'hish minah ni..pekak badak betul. Lenguh betul kaki aku ni.' Omel
haqimi dalam hati padahal bukannya dia tidak nampak earphone di
telinga ana.
"hey miss.." tangannya di lambai lambai di hadapan muka ana.
Kening dia terangkat.
"what's wrong..?" Tanya ana sambil mengalihkan earphonenya ke leher.
'kacau mood betul.!' Marah ana dalam hati.
"cik bangku ni cik bayar kah..? kalau tak saya nak duduk." Sindir kimi.
Ana melihat kerusi di sebelahnya yang menempatkan beg galas dan
keropoknya kemudian dia mengalihkan perhatiannya keliling bas
tersebut.
'tempat lain sudah penuh.' Dia kemudian mengambil beg dan keropoknya.
Lelaki itu terus mengambil tempat di tepi ana. Ana menyambung semula
bacaannya, earphonenya diletak semula ke telinganya.
Sambil mengunyah keropok jigs dia ketawa mengekeh. Terasa lucu apabila
watak menghayati novel itu..
"hahahahha.." Sekali lagi dia ketawa terbahak-bahak.
"gila punya lelaki" komen ana.
Kening kimi terangkat pelik dia melihat perempuan di sisinya ni. Tadi
ketawa terbahak-bahak sekarang dah start naik angin.
"jangan jangan orang gila kot.." kimi bermonolog.
"hah..! awak cakap dengan saya kah.?" Tanya ana.
"eh takda.."
'boleh pulak dia dengar..padahal tadi bukan main kuat aku panggil
namaya tidak pulak dia dengar. Sah masalah telinga perempuan ni.'
Fikir kimi.
"oh okey." Selamba ana menjawab. Kepalanya bergerak mengikut irama
lagu di earphonenya.
Kimi mendengus geram. Perempuan ni betul-betul bikin panas..!
"cik.. boleh tolong senyap sikit ka..? ganggu lah" tegur kimi.
"hah..?" ana termangu.
"awak bisinglah"
"suka hati aku lah." Kemudian mata melirik kearah tingkap. Alamak dah terlepas.
"pakcik stop." Jerit ana.
Tetiba pakcik driver bas tu menekan brek . ana tertolak ke hadapan.
"mak oi sikit aku terjatuh." Latah ana. Lelaki di sebelahnya tersenyum mengejek.
"awak tepi saya nak lalu." Segera ana menarik beg galasnya.
"pakcik ambil bakinya. Terima kasih n sorry mori naik lori pakcik."
Ana memberi not rm50 sambil tunduk mintak maaf lalu berlalu. Pemandu
itu mengeleng-geleng kepalanya.
Ana sudah terlewat untuk menemui seseorang.

@@@@@

Ana masuk ke restoran ekslusif tersebut. Dia mengeluh sebelum
meneruskan langkahnya. Memang dia tidak suka untuk mengunjungi
mana-mana restoran mewah. Kelihatan kelibat abang amir fakrul dan amir
faizul sedang memandang kearahnya.
"hai along, angah."
"assalamualaikum" tegur angah. Ana tersengih.
"waalaikumussalam warabatullahi wabarakaaaaatu.." jawab ana megikut
lagak zaidiansyah dalam cerita qalesya. Dia mengambil tempat di
sebelah along.
"angah cakap along tak datang hari ni, tapi ni dah terconggok depan
ana ni apahal..?" Tanya ana sambil menghirup cappuccino abang longnya.
"ana ni..kalau ya pun haus..tu kan minuman along.pesanlah minuman
ana.ana nak apa?" Tanya along.
"skyjuice jak la long. Apahal ni, angah cakap urgent sangat sampai tak
boleh cakap dalam handphone..?"
"hehe.takda apa-apa penting pun sebenarnya. Angah saja jak tadi
tu..ana ni mengalahkan PM. Payah betul nak jumpa so kenalah buat
dramatik sikit."
"ceh..ingatkan along atau angah nak kahwin ke..apa ke.. Cuma hang out
je.assigment adik berlambak dekat hostel tau tak..kok ya pun nak hang
out biarlah weekand ke..ni hari selasa,nasib baik ana dah habis kuliah
tadi." ana buat muka geram. Mencebik..!
"elleh ana tu bila ada time free. kalah mak datin tau."
"ana..?" Tanya along
"yes long.."
"sampai bila ana nak merajuk dengan papa ni..?"
Ana terdiam seketika..
"ana papa tu sayang dengan ana, please baby balik rumah." Sambung angah.
"direct to the point brothers,korang nak jumpa ana bukanya setakat nak
jumpakan." Ana menyandar di kerusinya.
"ana balik rumah yaa.. along and angah nak ana tinggal di rumah, ana
boleh ulang alik dari rumah pergi kuliah. Tak pun along belikan ana
kereta ke atau kami hantar ana ke..?" pujuk along.Ana mengeluh berat.
"ana tak nak lah along. Menyusahkan. Sapa kata ana merajuk dengan
papa.? I'm fine okay.Cuma nak struggle study tu aje.."
"ermmm..ya lah tu. Kalau tak merajuk tapi balik rumah Cuma time raya
atau cuti sem je dah tu Cuma 2 minggu je dah nak balik hostel." Tegur
angah.
"laparnya nak makan..along dan angah dah makan ke..? ana belum lunch
lah tadi tak sempat.." ana cuba tukar tajuk.wajah along dan angah
sudah berubah 100%. Geram dengan perangai adik perempuan mereka.
"ermm.. pesanlah makanan." ujar along.

@@@@@@@@@@@@@

Usai makan ana minta diri untuk pulang ke hostel sendiri. dia menaiki
teksi agar abang-abangnya tidak risau. Sebenarnya tiada seorang pun di
kolej yang tahu bahawa dia seorang anak ahli perniagaan terkenal.
Setiba di bilik, dia terus menghempapkan badannya ke tilam.
"ana..!" terdengar suara sedang menjerit memanggil namanya.
"apahal.." Tanya ana.
"how dare kau arghh..!" marah tiara a.k.a best friend for ever ana.
"kau lupa pulangkan novel aku.. kan dah janji semalam nak pulangkan
aku kennn.." tiara mencubit paha ana.
"aduiii sakit lah.. hehe.. tengku tiara." ana cuba buat muka sposen.
"dah..dah..tak payah buat drama samarinda kau sini..your puppy face
tidak laku..aku dah pinjamkan kau dari minggu lalu punya minggu lalu
minggu lalu.."
"hah..?" dahi ana start nak berkerut dah.. tanda TERblurr..!
"maksudnya dah sebulan tau..! takkan lah belum habis baca lagi.." omel tiara.
"owww.kau ni cakap pun complicated betul.. ermmm ye la aku
pulangkan..dah habis baca pun tadi..jap aku ambik dulu." Ana mencapai
begnya di lantai lalu menyelongkar begnya.
Seminit..dua minit..tiga minit.haikkk..? berapa banyak punya minit
larr..hehe..okey dah sampai 10 minit masih zero..
Ana senyum meleret menghadap tiara. Kening tiara terangkat.."hah..!
jangan cakap dah hilang. Aku tak nak dengar jawapan tu.."
"jap..jap aku try ingat dulu mana aku letak.."
"hay..muda muda lagi dah nyanyuk" sindir tiara.
"hishh..jangan ganggu konsentrasi aku..tengah refresh otak ni.."
"hah..! aku dah ingat..ni semua pasal mamat terlebih poyo tu..!"
"mamat poyo..? mamat sombong budak law yang si mia tergila-gila tu
ka.? dia story mori dengan kau ke..? hish mia ada situ tak..kalau dia
nampak gerenti benggang tau perempuan tu" riak tiara berubah.
Walaupun tiara berketurunan tengku dia tidak suka perangai mia yang
sok berlagak kaya tu.
"hey macik. Kau nak tembak aku pun guna lah M16 ke revolver ke..?
sekurang-kurangnya tersasar dekat padang sasar je.. ni tembak aku
pakai soalan merapuh kau ni dah terlebih sasar sudah."
"hah..?"
"jap biar aku crite ngan kau sikit. First..yes mamat poyo..second
bukan mamat law tu. Kalau mamat law yang kaya tu mana naik bus..airbus
adalah."
"cehh.! Ingatkan mamat poyo tu..so ni balak mana pulak yang sampai
novel aku hilang."
Ana mencerita tentang pertemuannya dengan lelaki yang memakai tuksedo
mahal dengan briefcase tapi naik bus..tak ke pelik tu..kan..kan..pelik
kan..? and yang terlebih peliknya mamat tu baca buku komik.
Sehinggalah cerita dia kena tegur gara-gara ganggu mamat tu.
"ha..ha..ha..! mesti dia benggang kan..?" ketawa tiara.
"aku rasakan bukan setakat benggang tapi gunung berapi dah nak
keluarkan larva nya dah..lluuerrrkkk.." ana berlagak hendak
termuntah..
Tiba-tiba ketawa tiara berhenti. mukanya masam macam cuka terlebih
basi pulak..eh cuka boleh basi ka..???(writer pula yang terblurr
ni..hehe..)
"so novel ku macam mana..?"
"nanti aku ganti lah..yah..yah.." ana membuat muka sposen sambil
mengerdip matanya berkali-kali.
"haiya nasib baik lu manyak comei orrr..kalo tak ni amoi sua nahik
anyin larr." Kata Tiara loghat cina.
Ana tersenyum menampakkan barisan giginya..
"muah.muah.cayank tiyayah..hehe"
"novel punya pasal aku lupa mahu gossip pasal mia ni."kata tiara terhenti.
"pacai apa?..hish aku dah terikut-ikut dah lagak amoi tak jadi..pasal
apa?" kata ana. Tiara senyum mengekek.
"hehe..saja nak buat dramatik sikit pasal tu comma jap.."
"perrrgghhh lah..banyak la drama kau sini.hish cerita ler pasal minah
kerek rambut karat tu." Ana memperbetulkan duduknya.terasa lenguh pula
"kau tau ka.."
"tak tau..hehe.."
"hish kau ni..si minah karat tu inform 1 fakulti aku dia couple dengan
budak poyo kelas kau tu." pause jap yaa. Oh ya lupa nak bagitahu
korang, aku budak law..si minah tiara ni pulak budak psyiko tapi dia
bukannya psyiko Cuma study ilmu psychology je..okey start balik.
"si adib tu..?biar betik..?(stail zoey dalam drama KLIK)"ana
membeliakkan matanya. Tiara menganguk.
"pasal tu aku Tanya kau tadi pasal mamat poyo kau cakap tu. Aku
ingatkan si adib tu."
"hehe..hahahahaha." ana ketawa terbahak-bahak.
"eh minah..kau ni gila ka ape..?"
"mia dengan adib..?? hahahhaaha"
"eya beb..aku dengar dengan mata telingga aku sendiri dia dok kempen
satu kelas.kononnya tiap-tiap hari adib kol dia..date dengan dia.."
"so..?"
"so apa..? sos cili..?" Tanya tiara.
'hish budak ni buat-buat blurr pulak' getus ana.
"sos tomato..sos tiram..sos kicap ADABI..oh adabi.menyelerakan..adabi
sungguh e.."nyanyi ana.
"sorry..sorry..aku gurau je tadi tu..hehe..so kau tak marah ke..?"
"aku marah? buat apa..buang liur je..bukannya aku awek adib pun."
"ye..la.. adib baru minta kau jadi couple dia..tup..tup..dah couple
dengan minah tu."
"ada kau nampak dorang dua date..? baru je adib mintak tolong aku jadi
makwe olok-olok..sebab kebelakangan ni da perempuan dok syok dengan
dia.siap bagi ayat jiwang karat lagi tau..ada sekali tu dia call,aku
yang angkat handphone adib, eh..naik angin satu badan minah tu..dia
marah aku kacau pakwe dia konon.."
Tiara ketawa mengekeh..agaknya dah dapat tangkap sapa minah miang tu.
"so then..?"
"pa lagi weh..ni bakal lawyer tau..keluarlah ayat aku tu beb.."
"banyaklah loyar kau..so adib camna..?"
"happy lah dia..dah takda orang kacau dah.." jawab ana selamba.
"bukan tu lah..mesti dia nak kau jadi couple dia betul-betulkan.." ana
mengangkat keningnya..
'hehe.. I smell something fissy here.. cam aku tak tau ceh aku kenal
kau lah beb..hehe'

@@@@@

Takda angin..takda ribut.gempa bumi..tsunami.. tetiba jak budak mia tu
pi serang aku..aku..?
'agaknya dari mana perempuan tu tahu aku ni makwe(olok-olok) adib..?'
fikir ana sambil membersihkan minuman di bajunya.
"gila punya karat..dah lah rambut karat macam monyet..otak karat macam
besi buruk..!" marah tiara.
"dah lah yaya..aku malas nak cari gaduh dengan minah cerek..eh..kerek tu..
Tiara tersenyum..kawannya ni optimis betul. Dah lah kena hina oleh
minah karat tu. Ada hati lagi nak bergurau. Telingga nya
tergiang-giang kata-kata mia tadi.
"hei perempuan sundal..kampung girl..kenapa kau rampas adib dari aku
ah..!" jerit mia.
"tak tahu malu..ukurlah baju tu sikit weh.! Agak-agaklah nak balak
kaya..!!" sambungnya lagi.
"perasan lah diri tu dah lah takda baju lain selain baju kurung kau
ni, ada hati nak rampas adib dari aku.."
Mungkin benggang dengan riak selamba ana. Mia mengambil tindakan
menyiram milo kearah ana.nasib baik tadi ana memberi signal pedulikan
dia dari lirikan matanya..kalau tak dah sure si mia tu dapat penangan
high heels istimewa tengku tiara.hahaha..
"hoi jauh kau terbang..dah sampai sampai paris ke..?" sergah ana.
"hehe.takda lah." tiara tersengih macam kerang busuk..

@@@@@@

hakimi terlihat sebujur tubuh di bahu jalan. Kelihatan seorang gadis
yang memakai baju kurung sedang terdampar di tanah. Dia segera
memakirkan keretanya di bahu jalan.
"fiq jom tengok kepala perempuan tu berdarah.. " arah kimi sebelum
bergegas menuju kearah wanita itu.
"jom bantu aku angkat dia..kita bawa pergi rumah..sana ada first
aid..darahnya ni kena di hentikan. Jauh lagi kalau nak bawa dia ke
klinik ni."
"baik lah..jom.."
Mereka berdua kini berada berada di bangle kimi. Fiq hanya melihat
kawan karibnya membersihkan luka-luka di muka gadis itu. gadis itu
sudah dalam keadaan sedar.
"saya kat mana..?" Tanya ana tangannya memegang luka yang berbalut di kepalanya.
"awak kat rumah saya..rasa-rasanya luka awak dah okay tapi kena ke
klinik juga untuk buat lawatan lanjut." Ujar kimi.kepalanya masih
ligat berfikir di mana dia pernah jumpa gadis ni.
"korang sapa..?" Tanya ana.
"saya afiq ni kawan saya hakimi. Awak kena ragut tadi, kawan saya
tolong balut. Jangan risau kami takkan apa-apakan awak." Kata afiq.
"macam kenal.." ana melihat wajah kimi di hadapannya.
"huh..?"
"larr..baru ingat..!" kata kimi.
"ingat apa kimi..?" ujar fiq.
"budak novel tu kan..dalam bas hari tu.."Ana menganguk.
"awak kawan tiara..?"
Ana menganguk lagi.dahinya berkerut.
"dari mana awak tahu..? awak kenal tiara..?"
"saya ada simpan novel awak..hari tu awak lari sampai novel awak
terjatuh pun tak sedar.saya nampak nama dan penanda kat novel tu."
Tipu hakimi. 'tak payah lah dia tau aku ni abang tiara.'
"owwwhh.."ana mengangguk-angguk kepalanya..matanya melirik ke arah jam
dinding..pukul 7..apa..? PUKUL 7..?
'ALAMAK.! Mesti along dah lama tunggu aku ni..' fikir ana. Hari ni
sepatutnya dia kena pulang ke rumah memandangkan cuti sabtu ahad.
Ana bergegas berdiri .dia terduduk semula..sakitnya masih lagi terasa.
"awak tak apa-apa? kimi kita kena bawa dia ke klinik untuk rawatan susulan ni. "
Dek kerana terlalu lemah ana hanya menurut kata afiq dan kimi.

@@@@@

"along mana adik..?" Tanya faizul.
"adik belum pulang ke?"
"takda.."
"mana adik ni..kata balik hari ni. Along dah call telefonnya dari tadi
tapi handphonenya off lah ngah.. along ingatkan dia balik sendiri."
"dah pukul 7 lebih ni long..angah tak sedap hati lah.."
"kita try cari dia kat hostel..mana tau dia kat sana ka..?" ujar along.
"tapi adik kan tak suka kita jumpa dia kat sana.."
"kenapa ni..? papa dengar bising-bising je dari tadi."papa tiba-tiba
keluar dari bilik bacaan.
fakrul dan faizul saling pandang satu sama lain.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Villa rumah dato rifqi diliputi keresahan dan kegelisahan.. jarum
sudah melirik ke arah 9.10 malam namun kelibat ana belum kelihatan.
Tiara juga berada di rumah tersebut. Pada mulanya tiara terkejut
apabila anis rakan sebiliknya datang berjumpa dengannya.
Konon-kononnya ada dua orang lelaki nak jumpa dia sebab hal penting.
Rupa-rupanya sorang usahawan muda dan sorang lagi arkitek terkenal..!
yang penting mereka abang-abang ana. 'pandai kau simpan rahsia ana..'
fikir tiara.
Setelah tiara dimaklumkan tentang kehilangan ana dia segera menelefon
adib sekiranya lelaki itu bersama ana namun jawapannya tetap sama.ana
tiada bersama adib.
Deruman kereta di halaman rumah melenyapkan lamunan tiara. Dato rifqi
segera ke pintu hadapan. Dia berasa marah dengan kecuaian anak
mudanya, dia risau sekiranya ana diculik seperti suatu ketika dahulu
sehingga dia terpaksa menghantar ana untuk tinggal di kampung bersama
mak mertuanya.
"ana.." jerit dato rifqi. Penghuni rumah itu bergegas ke pintu.
terkejut melihat kepala ana yang berbalut.
"papa.." bisik ana.
"abang" tiara separuh jerit. Pelik kenapa abang kimi ada dengan ana..?
ana menceritakan perihal yang terjadi terhadap keluarganya dan tiara.
Dia di ragut semasa mengeluarkan handphone dan dompetnya dari beg.
Secara tidak langsung hubungan antara hakimi a.k.a tengku hakimi
terbongkar. Hakimi sebenarnya anak ketiga dari adik beradik tiara yang
juga merupakan seorang peguam.
"tiyaya kau stay sini malam ni yaa..got something to tell you.." pujuk
ana..matanya di kerdip-kerdip.
"please." sambung ana apabila melihat rakan dia.
"I'm begging you for mercy..mercy" nyanyi ana separuh bisik. Takut
abang-abangnya dengar. Tiara tersenyum lucu. 'sumbing betul.. pitching
terlebih rosak..hahaha..'
"I think there's a lot my dear anaaaa." sengaja tiara menekankannya.
"erhmmm uncle.kami minta diri dululah dah lewat ni.. esok nak kerja.."
ujar afiq.
"terima kasih banyak-banyak yaa kimi, fiq sebab tolong ana tadi." Ujar
dato rifqi.
"sama-sama uncle. Urmm.. tiara nak abang hantar ka..?" pandangannya
beralih ke arah tiara yang duduk bersebelahan dengan ana.
"tiyaya stay sini malam ni..kan..kan..esok kami balik hostel." Ana
mengosok-gosok bahunya dengan bahu tiara.
"ermm.. tiara stay sini yaa.." kata tiara. Dia sebenarnya segan dengan
keluarga ana tapi ana kena berterus terang dengannya.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@

"tiyaya..kau marah aku ke..?" soal ana. Mereka kini berada di bilik tidur ana.
Tiara diam..
"tiyaya."ana buat muka sposen.
"kalau kau tak beritahu aku hal sebenar lagi aku marah. so better
start your story right now.." tegas kata-kata ana.
"okey..aku cerita kau dari A sampai sepuluh..hehe"gurau ana. Tiara
membeliak matanya tanda marah.
"okey..aku start..janganlah marah nanti adib tak suka..hehe.."
"STOP..STOP.. biar aku cerita..kau jangan nak mencelah.." sambung ana lagi.
"sebenarnya aku memang anak dato' rifqi tapi aku tak pernah rasa kasih
sayang ibu bapa yayah..aku sedih sebab papa dan mama tinggalkan aku
dekat kampung sedangkan along dan angah tinggal dengan mereka. Lepas
opah dan atuk meninggal, aku masuk sekolah berasrama penuh sehinggalah
aku sambung study aku jarang pulang ke rumah."
Tiara melihat kelopak mata ana berair..
"trust me yayah, aku takda niat nak rahsiakan ni dengan kau sebab aku
tak pernah rasa kegembiraan seorang anak dato rifqi.. aku cuma kampung
girl yang bernama ana rifqi..that's it.." sambung ana.
"there's no ana natasha farhana binti dato rifqi just ana..ana yang
tengku tiara kenal selama 4 tahun kat universiti.ana yang biasa pakai
baju kurung dan kaki novel.."sambungnya lagi.
"dan.dengar lagu.dan suka makan keropok jigs." Celah tiara..Tiara
memeluk rakannya..dia terharu dengan kata-kata ana.
"dah lah jangan nangis..buruk betul aku nampak muka kau begini. Dah
macam HANTU KAK LIMAH dah..hehe.." pujuk tiara.
Air mata dato rifqi terjatuh..sebenarnya dia hendak memanggil ana
keluar sebentar,tiba-tiba langkahnya tersekat apabila mendengar
tangisan anak bongsunya. Dia berhenti memulas tombol pintu ana lalu
cuba menangkap bait-bait kata ana.terasa sayu di hatinya mendengar
luahan ana. Ingin sahaja dia masuk mendakap anaknya itu namun dia
tidak berupaya hendak berterus terang.
"thanks yayah..kau lah BFF aku.."
"bukan minah karat ke..?" gurau tiara.
"yang tu madu kau.." ana dan tiara gelak..
"and one thing aku mahu bagitahu kau ni..tapi sebelum tu kau kena
terus terang dengan aku dulu yaa.."
Tiara menganguk lalu mengangkat tangannya seperti mengangkat sumpah..
"aku janji bahawasanya..apa lagi ikrar rukun Negara tu..aku dah lupa
la..hehe" gurau tiara.
Ana mencebik..orang serius dia bawa main-main pula..
"dah..dah..takyah nak muncung-muncung mulut tu..karang aku sangkut
hanger pakaian aku yang kekurangan sangkutan baju tu baru kau tau..
okey aku serius..janji..apa kau nak bagitahu aku pula lagi." Pujuk
ana. 'sensitif pulak minah ni hari ni..hehe' fikirnya.
"sebenarnya adib suka kau.!" tiara ketawa terbahak-bahak.
"adib suka aku..biar betul..!!"
"eellehhh..pieerrrghhh lah lawak kau tak laku sini." sambungnya lagi.
"YA ALLAH.aku cekiklah juga budak ni..orang serius lah.!" ana pura-pura marah.
Tawa tiara terhenti."hish kau ni jangan main-main benda ni..aku tak
suka lah.." kata tiara.
"hey macik.. aku tak main-mainlah..adib suka kau dari tahun pertama
kita lagi tau..tapi kau tu buat derkkk je.."
"dah tu suka sangat panggil dia mamat poyo lah..sengallah.tapi di mana
kepoyoan atau kesengalannya mamat tu berlaku aku pun tak tahu..sebab
tu dia ingatkan kau tak suka dia." kata ana separuh gurau.
"kau pun suka dia kan.." serkap ana.
"entahlah." jawab tiara..
"Tutup mata..tanya hati kau.." ana meletak tapak tangan tiara di dadanya.
"apa kau rasa..siapa kau nampak.."sambungnya lagi.
"adib.." Jawab tiara perlahan kemudian membuka matanya.
"thanks ana..kau bukan budak psyko tapi aku tabik dengan kau,kau okey
je..tenang dan selamba"
"kalau kau admit dari dulu kan senang.. tak payah aku tadah telinga
dengar luahan si adib tu.hehe..dah sekarang kau ambik ni..call dia
sekarang..dia tengah tunggu tu..tadi time aku call dia,aku dah janji
dengan dia nak bagitahu kau malam ni.. dia tengah tunggu kau bagi
keputusan tu.." luka di kepala ana tidak lagi memberi kesan padanya.
Mujurlah abang kimi tolong aku tadi..ABANG KIMI..? ceh poyo betul
ayat..ermmm..first dia tolong aku,selamatkan nyawa aku, second tiara
panggil abang kimi so aku ikut jak lah.hehe..
"tapi.esok jak lah.."
Ana membeliak matanya.."now tengku tiara.kau nak tengok si adib tu
jadi panda besok pagi gara-gara tunggu panggilan kau.."
"okey..okey.." Tiara melihat nama adib di telefon ana. Dia kemudiannya
menekan punat hijau.
"hello adib..."

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Maka bermulalah episode cinta tiara dan adib..hehe..antara aku dan
papa semakin rapat.. papa memberitahu aku cerita beberapa tahun
lepas..ketika aku berumur 9 tahun aku pernah diculik oleh musuh
perniagaan papa..oleh itu, papa terpaksa mengikut rayuan mama untuk
menghantar aku ke kampong so aku tak salahkan papa..walaupun terkilan
dengan tindak tanduk mereka tapi aku tahu mereka buat ni semua pasal
aku..demi keselamatan aku..

Dua tahun kemudian.

Ana berlari apabila terlihat bas melintasi pondok bas tempat dia
menunggu.Tercungap-cugap dia mengejar bas tersebut.
"terima kasih uncle lee.." ujar ana kepada pemandu bas tersebut. Uncle
lee hanya mengeleng kepalanya. Terbiasa dengar perangai ana yang kecoh
tu.
Ana segera duduk apabila terlihat sebuah kerusi kosong.
"penat..?"
"ya.huh..penat betul..nasib baik tak terjatuh tadi.." ujar ana yang
sedang membetul skirt baju kurungnya..kemudian dia terfikir sesuatu..
'aik dengan sapa aku bercakap ni..?' dia segera mengangkat muka,
membetulkan kedudukannya.
Pemuda itu tersenyum..
"abang kimi..!" kata ana separuh jerit. Cepat-cepat dia menerkup
mulutnya apabila terdapat mata-mata yang melihat dia.
"lah.lamanya tak jumpa abang."
"yeah, last time jumpa time tunang tiara last year kan." Ana menganguk.
'oh..bang kalau lah kau tau aku rindu menatap wajah mu tiap-tiap
hari..' jerit ana dalam hati.. "hai poyo betul ayat aku" kata ana.
"hah..?"
Ana membeliakkan matanya.. kemudian mengeleng takda tiada apa-apa.
'huh..! nasib baik tak terlepas cakap..ah..dah memang terlepas pun.hahaha..'
"ana nak pergi mana ni..?"
"kerja" jawabnya ringkas. Takut terlepas cakap lagi..haha.
"lah dah jadi lawyer lah ni.."
"kejap lagi abang kimi..hari ni first day.."
Kimi menganguk.."well good luck for yourself.."

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Ana segera turun dari bas terasa malu untuk berhadapan dengan hakimi.
Lagipun dia sudah terlewat untuk persediaan hari pertama.
Ana di perkenalkan kepada semua orang oleh kak liyana yakni setiausaha
bos. Tetapi dia masih belum bejumpa dengan bos firma guaman itu.
sewaktu temuduga hari itu, dia hanya di temu duga oleh penolong bos
sahaja.
"welcome to the firm ana." Tegur seseorang di belakangnya.
"abang kimi.."
"selamat pagi bos." Kata beberapa pekerja di situ. Ana melihat wajah
hakimi untuk penjelasan.
"hehe..i'm the bos here.." hakimi tersengih.
"lah.. bos kenal ana ke..?" Tanya kak liyana ramah.
"best friend adik saya.."jawab kimi.
"owhh.ingatkan girl friend.." usik hazif..
"kalau girl friend saya..?" balas hakimi.
ana mengangkat keningnya..namun dalam hati bagaikan terangkat-angkat
sudah.haha..
"lah bagus lah kalau girl friend. Tapi si nasha bos nak letak mana..?"
usik hazif lagi.. nasha..? kekasih abang ka..? ingin sahaja ana
bertanya namun mulutnya terkunci rapat..
"letak dekat sini.." hakimi menepuk-nepuk poket seluarnya..
"ermm.tak lucu." jawab ana lalu membuka langkah ke biliknya..tetapi
pautan tangan di lengannya memberhentikan langkahnya. Matanya
terpandang susuk tubuh di hadapannya itu.
"kita keluar lunch ye.? Celebrate ana punya first day.."
"ana dah janji dengan papa nak lunch dekat rumah..sorry yaa.." ana
menepis tangan hakimi pelahan.
"oh..okey.."

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Tiga bulan berada di firma H&N membuatkan ana tertanya-tanya, kalau H
untuk hakimi mesti N untuk nasha tapi selama ini dia tidak pernah
melihat siapakah gerangan gadis itu.
'haikk kalau N tu untuk Natasha okey juga..haha..jauhnya aku
melalut.mentang-mentanglah nama aku ana Natasha..haha'
"hai disturb..?"
Ana mengeleng. "masuklah.."
"ermm.."kata hakimi ingin memulakan kata..
"ermm.."
Ketawa ana menarik perhatiannya.
"why..?" Tanya hakimi.
"haaii.sejak bila peguam terkenal ni jadi gagap.." kata ana apabila
tawanya berkurang.
"abang nak ajak ana dinner malam ni.."
"okey.." jawab ana ringkas.. bukan pertama kali hakimi mengajak dia
makan malam, Cuma setiap kali keluar mesti bertiga atau berempat. Sama
ada dengan tiara atau adib.
"malam ni abang jemput dekat rumah yaa.."Ana mengangguk.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Ana hanya memakai baju kebaya berserta selendang, tiba-tiba sahaja
hatinya terdetik untuk memakai baju tersebut. Lawa..getusnya. dia
turun anak tangga perlahan-lahan.
"haik angah..along rasakan malam ni macam lain pula..takda angin,
takda ribut tiba-tiba jak monsoon datang." usik angah yang sedang leka
bermain dengan azif yang berusia setahun 2 bulan itu. azif ialah anak
along dengan kak lisa.
"wah..lawanya anak dara sorang ni.nak keluar dating ke..??" usik kak
lisa yang baru keluar dari pintu dapur.
Ana mencebik.. "papa.! Tengok tu dia orang usik ana." ana duduk di
sebelah papanya yang sedang membaca surat khabar..
Deruman kereta di halaman rumah menarik perhatian mereka.
"ermmm tu buah hati datang dah tu." usik dato rifqi.
"kawan je lahh paaa. okey ana nak keluar ni.." ana menuju ke kereta
hakimi setelah bersalaman dengan papanya.
Hanya lagu di corong radio yang mengisi kesunyian mereka.
Masing-masing melayan perasaan mereka..
"nak ke mana abang kimi..?" Tanya ana bagi mengelak denyutan jantung yang kuat.
Hakimi hanya mendiamkan diri.hanya senyuman di bibirnya.
Setelah beberapa minit. Hakimi berhenti di sebuah pondok bas. Pelik..?
kenapa bas uncle lee tersadai di situ..
"jom.." ajaknya.. bagaikan terpukau, ana hanya menurut langkah hakimi
menaiki bas tersebut.
"ermmm.duduklah.." hakimi menolak kerusi. Mahu tergelak ana melihat
dalaman bas uncle lee..kosong tanpa sebarang bangku. Hanya sebuah meja
dan dua buah kerusi yang terletak di tengah-tengah bas tersebut.
Hakimi menghidupkan lilin di atas meja.
"candle light dinner dalam bas..?" soal ana tersengih. Lucu bercampur romantik.
"hehe..ermmm titik perjumpaan kita di sini ana.. dua tahun lalu abang
kimi dah terpikat dengan awek yang duduk sebelah abang dulu." Ujar
hakimi romantis.
"jadi nasha..? abang nak letak dekat mana..?" soal ana.
Hakimi tergelak tak sangka ana masih ingat perkara tu."ermmm.nasha kan
abang letak dekat sini.." sekali lagi hakimi menepuk poketnya seperti
dulu.
"its not funny.." geram ana.
"ana sayang.. nasha tu kembar abanglah..hahaha.."
"kembar..? tiara tak pernah cakap pun dia ada kaka." percakapannya
terhenti. Baru dia teringat perihal kak nasha yang tinggal di
singapura.
"ermm.. ana jealous ke..?"
"mana ada..takda masa." tepis ana.
"ermm.. tapi ada orang tu sampai menangis dekat adik abang pasal
ni.."ujar hakimi.
'Tiara..! huhu..sangup kau bocor rahsia aku.'omelnya. beberapa hari
lalu ana ada memberitahu tiara tentang isi hatinya, sememangnya sejak
kejadian ragut dulu. Ana sentiasa meluahkan perasaannya kepada tiara.
"abang kimi harap ana boleh terima abang.." hakimi mengeluarkan
sekotak baldu merah.
"jadi suri abang." Ana menganguk. Terharu sebenarnya..huhu..
Hakimi menyarung cincin di jari ana..
"thanks ana."
"tapi macam mana abang pujuk uncle lee.. I mean this bus." Soal ana pelik.
"tau tak apa uncle cakap dekat abang time abang pujuk dia agar buka
kerusi-kerusi ni.."
"haiyaa..tu budak ana aaaa.. banyak kecoh lu manyak suka.
bulii..
bulii.lu
guna bas uncle lamar tu budak.." kata hakimi lagak
uncle lee..
Berderai ketawa ana terbayangkan uncle lee yang banyak bersabar dengan
perangainya itu..yang penting kini dia sah sebagai kekasih
hakimi..lagilah dia suka..

Monday, July 04, 2011

Do You Know??

Origami
Origami (折り紙?,
from ori meaning "folding", and kami meaning "paper"; kami changes to
gami due to
rendaku)
is the traditional
Japanese
art
of paper folding, which started in the 17th century AD at the latest
and was popularized outside Japan in the mid-1900s. It has since then
evolved into
a modern art form. The goal of this art is to transform a flat sheet
of material into a finished sculpture through folding and sculpting
techniques, and
as such the use of cuts or glue are not considered to be origami.

The number of basic
origami folds
is small, but they can be combined in a variety of ways to make
intricate designs. The best known origami model is probably the
Japanese
paper crane.
In general, these designs begin with a
square
sheet of paper whose sides may be different colors or prints.
Traditional Japanese origami, which has been practiced since the
Edo era. It
has often been less strict about these conventions, sometimes
cutting the paper or using nonsquare shapes to start with.

Akira Yoshizawa,
the father of modern origami techniques.
Japanese school children dedicate their contribution of
Thousand origami cranes
at the
Sadako Sasaki
memorial in
Hiroshima.

There is much speculation as to the origin of origami. While Japan
seems to have had the most extensive tradition, there is evidence of
an independent tradition
of
paperfolding in China,
as well as in
Germany
and
Spain
among other places. However because of the problems associated with
preserving origami, there is very little direct evidence of its age or
origins, aside
from references in published material.

In China, traditional funerals include burning folded paper, most
often representations of gold nuggets (
yuanbao).
It is not known when this practice started, but it seems to have
become popular during the Sung Dynasty (905-1125 CE).
[1]
The paper folding has typically been of objects like dishes, hats or
boats rather than animals or flowers.
[2]

The earliest evidence of paperfolding in Europe is a picture of a
small paper boat in Tractatus
de sphaera mundi
from 1490. There is also evidence of a cut and folded paper box from 1440.
[3]
It is probable paperfolding in the west originated with the Moors much earlier,
[4]
it is not known if it was independently discovered or knowledge of
origami came along the silk route.

In Japan, the earliest unambiguous reference to a paper model is in a
short poem by
Ihara Saikaku
in 1680 which describes paper butterflies in a dream.
[5]
Origami butterflies were used during the celebration of
Shinto weddings
to represent the bride and groom, so paperfolding had already become
a significant aspect of Japanese ceremony by the
Heian period
(794–1185) of Japanese history, enough that the reference in this
poem would be recognized.
Samurai warriors
would exchange gifts adorned with
noshi,
a sort of good luck token made of folded strips of paper.

In the early 1900s,
Akira Yoshizawa,
Kosho Uchiyama,
and others began creating and recording original origami works. Akira
Yoshizawa in particular was responsible for a number of innovations,
such as
wet-folding
and the Yoshizawa-Randlett diagramming system, and his work inspired
a renaissance of the art form.
[6]
During the 1980s a number of folders started systematically studying
the mathematical properties of folded forms, which led to a steady
increase in the
complexity of origami models, which continued well into the 1990s,
after which some designers started returning to simpler forms.

Sunday, June 26, 2011

Story Time!!

Suara
Hati Adik


Malam telah larut. Di luar, hujan masih lebat membasahi bumi.
Kedinginan mencengkam hingga ke tulang hitam. Aishah masih seperti
tadi. Dia menyendiri dalam kedinginan, memerhati ke arah kerlipan
cahaya neon yang berbalam didalam hujan. Jalur-jalur air yang menitis,
turun memanjang di permukaan tingkap menjadi santapan matanya.
Sesekali jemari halusnya mencorakkan tulisan dan lukisan pada wajah
cermin yang berkabus kerana cuaca yang sejuk. Waktu adik kecil-kecil
dulu, kalau hujan sahaja, pasti umi akan datang mencarinya. Pastinya
umi akan eratkan dakapan selimut tebal ketubuhnya. Tatkala guruh dan
kilat bersabung dilangit, umi tak pernah lekang mendakapnya hangat,
mencairkan ketakutan yang membeku dalam dirinya. Tiba-tiba dia disapa
rindu yang teramat. Umi, adik rindu. Aishah menarik langsir menutupi
ruang jendela. Dia merapati meja tulis, pena yang terbaring diatas
meja dicapai. Diloretkan diatas kertas kajang berwarna biru, warkah
terakhir untuk umi. Disuarakan segala yang bersarang dilubuk hati.
Rasanya, dia tak sempat menyampaikan hajat umi. Terlalu hampir rasanya
dirinya dengan noktah kehidupan.

Bahagian 1
"Adik jangan takut, umi ada sini, adik tidur baik-baik ya," kucupan
hangat dari bibir umi melekat didahinya.
Ketakutan yang beraja telah berjaya umi hambat. Dia lena dalam dakapan
kasih seorang umi. Dia lena hingga matahari mula menyuluh alam, dia
terjaga bila titis embun mula mengering dihujung daun.
"Umi tu selalu sangat manjakan adik, bila lagi dia nak berdikari?"
paginya yang ceria kembali suram tatkala mendengar kata-kata along.
Dia hanya mematikan diri di atas tangga, menanti bait-bait ayat yang
bakal dibahaskan berkenaan dirinya. "Adik tu kan kecil lagi, tak salah
umi temankan dia,"sambil sibuk menyediakan sarapan untuk abah, along,
angah dan adik, umi tetap melayan along bersembang. "Kecil apa umi,
dah tingkatan satu, dah besar," sampuk angah.
Dia perhatikan sahaja dari anak tangga, betapa along dan angah manja
dilayan abah dan umi. Rasa lapar adik hilang, terbantut langkah adik
untuk menyertai mereka.
"Adik, mari cepat, kejap lagi bas sekolah sampai," umi menggamit adik
dengan senyum manis. Langkah adik agak perlahan, adik tidak sanggup
menghadap rezeki dengan rasa benci dari orang semeja.
"Lewat lagi, hari-hari lewat, pemalas betul,dengus angah. Adik tidak
mengangkat wajah, adik takut membalas pandangan benci wajah angah.
"Sudah, makanlah cepat, tak habis-habis nak berbalah,"umi menuangkan
susu ke dalam cawan adik. Umi suakan pinggan berisi nasi goreng depan
adik. "Makan adik, nanti lapar dalam kelas,"sambil bercakap, umi usap
ubun-ubun kepala adik. Lapang rasa dada adik, sentuhan umi berjaya
mengambus kepiluan dalam jiwa adik.

Bahagian 2
Hari ni semua pelajar datang ke sekolah dengan ibu dan ayah
masing-masing. Meja di dalam kelas telah disusun ke tepi, hanya kerusi
disusun memanjang, supaya senang ibu dan ayah pelajar menanti giliran
berjumpa guru. Adik masih lagi bersendirian. Abah dan umi pergi ke
kelas along dan angah dulu. Ramai teman-teman adik yang telah pulang
dengan membawa kad laporan kemajuan masing-masing. Adik duduk
menghadap pintu masuk, dengan harapan agar abah dan umi cepat sampai.
Tinggal tiga orang sahaja lagi kawan adik menanti giliran berjumpa
dengan Cikgu Zul. Wajah adik cerah, umi yang memakai baju kurung pesak
berwarna biru laut melangkah masuk dengan senyum. Adik menerpa kearah
umi, adik salam dan cium tangan umi, macam biasa-biasa yang adik
lakukan. "Abah mana?"adik tercari-cari. Senyum umi berubah sedikit,
agak kelat. Adik dapat baca apa yang tersirat dibalik perubahan wajah
umi. "Tak apalah umi, umi datang ni pun dah cukup bersyukur bagi
adik," adik menarik tangan umi kesebuah kerusi berhampiran. Adik tak
mahu mendengar alasan umi, adik tak mahu umi berbohong, mereka-reka
alasan untuk menjaga perasaan adik. Adik tahu abah tak akan sudi
hadir, adik tahu abah tak mahu tahu apa yang tercatat dalam kad
laporan kemajuan adik. "Aishah," Cikgu Zul memanggil. Adik bangun,
berpimpin tangan dengan umi. "Anak puan ni pandai. Akademiknya bagus,
cuma dia agak kurang aktif dalam aktiviti sukan,"Cikgu Zul meneliti
report card adik. "Dia tak berapa sihat cikgu, doktor menyarankan agar
dia tak berapa aktif, sebab dia ada asma,"jelas umi, adik tahu Cikgu
Zul sudah sedia maklum tentang masalah kesihatan adik. Cikgu Zul
sekadar mengangguk. "Tahniah Aishah, awak berjaya lagi, nombor satu tu
macam kepunyaan awak seorang,"Cikgu Zul senyum, adik dan umi membalas
senyum Cikgu Zul dengan perasaan senang. "Terima kasih cikgu, ini
semua kerana dorongan guru-guru dan kerjasama kawan-kawan,"balas adik
merendah diri.
Hari itu, adik pulang sekolah awal, pulang dengan umi menaiki teksi.
Adik tengok kereta abah dah ada di dalam garaj. Adik tahu abah balik
dengan along dan angah, adik tak marah, adik lebih selesa begitu.
Asalkan ada umi, adik cukup bahagia.
"Anak manja umi dapat nombor berapa?" along menegur. Ada riak cemburu
dalam matanya. "Macam biasalah,"balas umi ceria. "Alah, nasib baik aje
tu," cebik angah pula. "Isk, jangan cakap begitu, anak-anak umikan
semuanya pandai-pandai. Along dah angah pun dapat nombor 5 ke ataskan,
umi bangga dengan semua anak umi,"umi mendekati along dan angah yang
sedang menonton televisyen. Adik tak nampak abah, mungkin berada di
dalam bilik, sedang tidur barangkali. "Umi, adik naik dulu ya," adik
lebih senang memerap dengan buku-buku di dalam bilik. Jarang sekali
adik berkumpul dengan ahli keluarga lain di ruang tamu. Adik tahu
kehadiran adik tidak dialu-alukan. "Iyalah, nanti lepas solat zuhur,
turun makan ya,"umi sempat berpesan.

Bahagian 3
Adik masuk tingkatan 3 tahun ini, along dan angah pula dah tamat
sekolah. Along berjaya menginjakkan kaki ke UPM selepas tamat STPM,
angah pula bejaya memasuki Politeknik Shah Alam, selepas mendapat
sijil SPM. Tahun ini, adik bertungkus lumus untuk menghadapi PMR. Adik
agak tenang, kerana along dan angah tiada di rumah. Adik bebas
bermanja dengan umi, adik riang duduk di setiap inci manapun ruang
dalam rumah banglo dua tingkat itu. Abah masih macam dulu, kurang
bercakap kalau bersama dengan adik, tapi adik tahu abah sayang adik.
Abah tak pernah susut menghulurkan duit belanja untuk adik. Abah
masukkan adik ke kelas tuisyen, abah hantar adik ke kelas mengaji
Quran, adik tahu, abah sayang adik. Cuma abah tidak banyak mulut kalau
bersama adik, tidak macam bersama along dan angah, abah cukup banyak
bicara. Kadangkala, adik terfikir, apa salah adik. Di mana kurangnya
adik berbanding along dan angah. Adakah kerana adik lahir dalam
suasana yang salah? Agaknya adik ni terlalu menyusahkan bagi mereka.
Adik tak mahu fikirkan sangat, kalau adik fikir banyak, kepala adik
akan sakit.
Adik rasa hari berganjak terlalu cepat, adik telah berjaya dalam spm.
9A1, umilah manusia paling gembira. Umi kucup wajah adik, umi peluk
adik kemas dalam dakapan. Umi tak sudah-sudah memanjatkan syukur
kehadrat Ilahi. Adik menangis dalam pelukan umi. Adik menangis kerana
usaha adik berhasil. Adik menangis kerana abah ucap tahniah, pertama
kali dalam hidup adik, abah tampil mengucap kalimat berharga itu.
Walau ucapan abah dalam nada agak dingin, mungkin kerana abah tak
biasa mengucapkannya, adik cukup rasa seronok. Adik seronok hingga
menitiskan air mata. Adik terlalu gembira dengan sepotong ayat dari
abah, "tahniah adik," adik cukup terharu.
Adik tak boleh bermanja-manja lagi dengan umi. Adik mendapat tawaran
menyambung pelajaran ke UUM. Adik terpaksa berjauhan dengan umi. Adik
korbankan kasih sayang adik demi memenuhi tanggungjawab adik sebagai
pelajar. Adik jarang balik kerumah. Adik tak mahu along dan angah kata
adik menghabiskan duit dengan tambang pergi balik. Adik tidak sanggup
mendengar sindiran tajam dari mereka. Tapi, adik ada alasan yang lebih
kukuh.
"Umi lebih sayangkan anak angkat dari anak sendiri,"sewaktu melintasi
bilik umi, adik terdengar along bercakap dalam nada kasar. Adik
berhenti seketika, anak angkat? Siapa anak angkat? "Umi sayang semua
anak umi sama rata. Bagi umi, adik dah umpama anak kandung umi
sendiri," sayu suara umi singgah di telinga adik. Adik hampir
terduduk, lutut adik lemah, tulang adik rasa rapuh, badan adik hampir
tidak dapat diampu lagi. "Apa yang adik nak, mesti dapat, along minta
sikit aje dari umi, semua umi kata akan bincang dengan abah," adik
benci mendengar along berkasar dengan umi. Adik tak suka hati umi
dicalari, lebih-lebih lagi kerana adik. "Umi tak ada duit sebanyak
itu, along mintalah dengan abah, umi pasti abah pasti bagi. Lagipun,
buat apa along nak pakai kereta, alongkan baru aje kerja, motor tu pun
baru lagi," adik tidak menanti lama. Adik tak mahu tahu apa yang
dibicarakan oleh umi dan along. Pokoknya sekarang, adik dah tahu
bahawa selama ini adik dicemuh kerana adik hanya anak angkat. Terusai
sudah segala persoalan di kepala adik sejak bertahun dulu. Adik tahu
kini mengapa adik tidak diterima sebagai ahli keluarga, adik mengerti
mengapa adik dilayan sebegitu rupa. Adik hanyalah anak angkat.
Patutlah adik ada sedikit perbezaan dengan along dan angah. Kulit adik
agak cerah, rambut adik pula beralun dengan warna keemasan, tidak
hitam dan lurus seperti along dan angah. Tapi umi kata, tak semestinya
adik beradik kena sama. Dalam setandan kelapa, tak semuanya sama.
Ramai lagi orang lain adik-beradik rupa tak sama. Adik percaya, adik
lupakan sahaja persoalan itu. Hari ini, adik telah mengetahui kisah
sebenar. Sampai hati umi merahsiakan dari adik. Kalau adik tahu dari
awal, adik tak akan melebih-lebih mengharap kasih umi. Adik tidak akan
bermanja dengan umi hingga along dan angah cemburu.
Umi menangis bila adik persoalkan status adik. Adik rasa berdosa buat
umi menitiskan air mata. Tapi adik perlu tahu, adik mahu segala yang
samar diperjelaskan. Adik tidak mahu hidup dalam kekeliruan. "Adik,
umi sayang adik macam anak kandung umi," umi peluk adik. Bahu adik
basah dengan air mata umi. "Adik tahu, terima kasih umi," adik turut
menangis, malang sungguh hidup adik, dah lah terbuang, hidup menumpang
pula tidak disukai orang. "Umi jumpa adik depan pintu pagar. Masa tu
umi nak pergi pasar, umi jumpa adik dalam balutan kain batik. Umi
pujuk abah, umi rayu abah agar ambil adik sebagai anak angkat,"hati
adik tersayat luka. Sampai hati ibu adik membuang adik. Dari lembah
manakah adik dilahirkan? Dari salur manakah adik tercipta? "Umi
ceritakan pada along dengan angah bila mereka dah mula faham. Umi mahu
mereka sayang adik seperti adik sendiri,". Tapi adik tak diterima, kan
umi? Adik tahu, siapalah adik, entah dari mana asal usul, entah darah
dalam badan adik ini bersih ke kotor. Adik tak salahkan along dan
angah kalau mereka membenci adik. "Adik, jangan tinggalkan umi, umi
tak boleh berpisah dengan adik,"rayuan umi membuatkan hati adik
bertambah sedih. Alangkah bahagianya adik kalau umi adalah umi kandung
adik. Bersyukur teramat adik kerana dipertemukan dengan umi, umi yang
pengasih, umi yang penyayang. "Adik janji, adik akan sayang umi, kasih
sayang adik tak akan tersukat dengan luasnya lautan, tak akan dapat
diukur dengan tingginya gunung atau banjaran,"adik cium wajah umi.

Bahagian 4
Adik meneruskan pengajian adik, matlamat adik hanya satu, adik nak
lulus. Adik nak hadiahkan kejayaan adik untuk umi. Satu-satunya insan
di muka bumi ini yang sudi mengasihi adik seikhlas-ikhlasnya. Adik
selalu diserang asma, tapi adik biarkan. Adik tidak mahu khabarkan
pada umi, adik tak mahu umi susah hati. Kepala adik pun selalu sakit,
adik diamkan juga. Bagi adik, adik sakit kepala kerana migraine,
kerana terlalu banyak membaca, kerana adik gila studi. Adik pendamkan
rasa sakit dan adik hanya akan menelan panadol, selebihnya, adik
jadikan umi sebagai penawar segala penyakit. Adik akan call umi,
bercerita dengan umi, adik akan luahkan segala rasa kasih adik atas
muka kertas, adik coretkan betapa bahagia adik di tanah Sintok ini.
Segala khabar adik adalah yang indah-indah dan baik-baik belaka. Adik
mahu umi senang hati, adik mahu umi bahagia. Adik bariskan pelbagai
alasan bila umi tanya kenapa adik tak balik bercuti. Adik senaraikan
aktiviti yang adik kena ikuti untuk menambah point permarkahan gred
adik. Umi memujuk adik untuk pulang sehari dua. Adik berjanji akan
pulang, adik akan pulang juga satu hari nanti. Umi hanya perlu tunggu.
Kesakitan adik rasanya telah meruncing. Di hari akhir peperiksaan
terakhir, adik pengsan dalam dewan peperiksaan. Adik dikejarkan ke
hospital. Adik didapati menghidap barah, peringkat akhir. Adik minta
doktor rahsiakan, adik merayu doktor agar jangan diberitakan perkara
tersebut kepada ahli keluarga. Adik akan khabarkan sendiri berita itu
pada mereka. Adik sebenarnya tak mahu umi menangis lagi. Cukuplah
tangisan umi yang lepas-lepas sewaktu mempertahankan adik di rumah
itu. Adik tak mahu umi terluka lagi. Pada umi, adik memberitahu, adik
dapat tawaran kerja yang baik di bumi Kedah. Adik akan balik bila ada
cuti, ada sendu pada suara umi. Maafkan adik umi, adik sebenarnya kena
menjadi tetamu hospital. Adik harus menjalani rawatan. Adik tak mahu
umi lihat badan adik yang susut, adik tak mahu umi menangis melihat
kesan jarum suntikan di lengan adik. Adik tak mahu melihat umi sedih.
Adik harus kuat menghadapi derita ini, kerana itu adik tak mahu
melihat derai air mata umi, kerana air mata umi hanya akan merobohkan
kekuatan adik.

Bahagian 5
Assalamualaikum,
Buat tatapan umi yang tercinta,
Umi, terlebih dahulu, ampunkan adik kerana tidak dapat berjumpa dengan
umi seperti yang umi hajatkan. Adik tetap pulang, cuma pulang dengan
jasad, tanpa roh dan nyawa. Kesatlah air mata tu umi, adik tak tahan
tengok umi menangis. Umi sayang adikkan, umi jangan marah adik kerana
tidak pulang ke pangkuan umi dengan segera.
Umi, maafkan adik kerana tidak memberitahu perkara sebenar dari awal.
Adik tak mahu, dengan pendedahan penderitaan penyakit ini, along dan
angah akan menuduh adik sengaja memancing perhatian abah dan umi.
Umi, adik terlalu rindukan umi. Adik rindu kucupan hangat umi, adik
rindu untuk tidur dalam dakapan kasih umi. Adik rindu untuk menatap
wajah bersih umi, senyum manis umi, adik rindu belaian lembut umi.
Umi, adik sakit. Adik terlalu derita, umi. Perit umi, adik dah tak
tahan lagi. Ubat yang doktor bagi pahit, tak seenak masakan umi, tak
sesedap kuih tepung pelita kegemaran adik yang umi selalu buatkan.
Pagi tadi, adik pergi hospital lagi, doktor beri adik suntikan, hancur
lengan adik dengan tosokan jarum, umi. Adik ingin menangis, adik ingin
merayu kepada doktor agar jangan cucuk tubuh badan adik. Adik tak
sanggup lagi. Telah bertiub darah dari urat adik doktor ambil. Kalau
masa kecil dulu, umi ada untuk tuamkan lebam di lengan adik, kini adik
sendiri, menghadapi segalanya seorang. Memang patut pun begitukan umi,
bukankah adik sebenarnya hanya sendirian dimuka bumi ini. Bukankah
dari awal lagi adik telah terbuang, adik tidak diterima sesiapa.
Umi, adik ingin meminta pertolongan umi. Adik tahu, hanya pada umi
adik dapat hamparkan secebis harapan. Adik tak punya sesiapa, adik
hanya ada umi. Satu-satunya insan yang adik sayang, yang adik kasih
dan adik junjung cinta hingga kehujung nyawa adik.
Umi, minta adik, sampaikanlah salam adik, salam penuh kasih sayang,
salam yang sarat dengan penghargaan dan terima kasih, buat abah, along
dan angah.
Umi, khabarkan pada mereka, adik terlalu kasihkan mereka. Beritakan
pada mereka, adik tidak pernah menyimpan sebarang dendam atau rasa
marah dihujung hati ini terhadap mereka. Yang ada dalam hati adik,
hanya rasa kasih, sayang dan cinta yang tak pernah padam walaupun
telah ditiup dengan pelbagai tohmahan, tuduhan, hinaan dan kebencian.
Adik tetap anak umi yang umi susukan sejak kecil, adik tetap adik yang
pemaaf, pengasih dan penyayang.
Umi, jelaskan pada mereka, adik telah ampunkan segala ketelanjuran
mereka, samada bicara atau perbuatan mereka terhadap adik. Adik faham,
kehadiran adik telah merampas kemakmuran dan kebahagiaan mereka. Adik
mengerti, perbuatan mereka didorong rasa terancam dengan kehadiran
adik.
Umi, katakan pada abah, adik terlalu menghormatinya. Tanpa abah adik
tak akan belajar sampai pandai. Cuma, adik tak sempat menghadiri
konvokesyen, adik tak sempat mendengar ucapan yang teramat adik rindu
dari bibir abah, "tahniah adik". Adik harap abah akan tetap ucapkan
tahniah, walau tanpa adik didepan abah. Tanpa abah, adik tidak mampu
berdikari diatas kaki sendiri. Hulurkan salam peluk cium dari adik
untuk abah. Sujud sembah ampun adik untuk abah, rayulah bagi pihak
adik umi, agar abah halalkan segala makan, minum dan perbelanjaan abah
dalam membesarkan adik.
Umi, adik terlalu sakit umi. Setiap hari adik pohon dalam doa, agar
Allah leraikan penderitaan ini. Adik tak lupa juga panjatkan dalam doa
adik, agar Allah pelihara umi, abah, along dan angah. Adik minta Allah
berkati hidup kita sekeluarga. Adik memohon agar andai nyawa yang
dipinjamkan diambil semula, biarlah ada orang yang sudi hulurkan walau
hanya sepotong ayat Al-Quran untuk adik. Rayu adik pada umi,
hadiahkanlah surah Yassin untuk adik. Mesti adik akan senyum, adik
pasti bahagia walau adik pergi dalam derita yang teramat. Adik suka
dengar suara umi melagukan bacaan Al-Quran. Adik tenang mendengar
setiap kalimah yang umi baca. Adik akan terus rindukan suara umi yang
lemak merdu itu. Tolong ya umi, sampaikan pada abah, along dan angah,
hadiahkanlah adik bacaan Yassin, adik tak minta banyak. Tak perlu
keluarkan wang, tak perlukan tenaga yang banyak, sikit aje adik minta,
minta dengan penuh harap, hadiahkan lah adik dengan sesuatu yang adik
suka.
Umi, adik rasa Allah sayangkan adik. Mungkin hari ini, Allah akan
makbulkan doa adik. Mungkin hari ini adalah pengakhiran derita adik.
Allah akan mansuhkan penyakit adik umi. Adik pernah bermohon, andai
kematian adalah pengakhiran derita ini, adik sedia menerima. Adik
sedia pergi dulu walaupun usia adik masih muda. Adik sedia
meninggalkan muka bumi ini walaupun adik masih belum puas bermanja
dengan umi. Lagipun, tiada siapa yang akan meratap pemergian adik
nanti. Yang adik pasti, hanya umi seorang yang akan merasa kehilangan
adik. Umi seorang yang akan bersedih dengan pemergian adik. Tapi, adik
yakin, sedih umi hanya sekejap. Kepiluan umi akan terubat dengan
adanya abah, dengan kehadiran along dan angah dalam hidup umi.
Pastinya warna kehidupan umi indah, ceria walau tanpa adik.
Umi, di pengakhiran warkah ini, adik dengan rasa rendah diri, dengan
penuh kasih, memohon ampun dan maaf dari umi. Adik pinta halalkan
seawal titis susu yang umi suapkan hinggalah segala apa yang adik
makan atau minum. Setiap kelakuan adik, setiap kesilapan, pinta adik,
ampunkanlah. Rayu adik pada umi, sayangilah adik walau adik telah
tiada. Pada abah, along dan angah jua, maaf adik pinta, dari hujung
bilah rambut hingga kehujung jari kaki, sepuluh jari adik susun,
relakan pemergian adik. Jangan ada sebarang kesalan, jangan simpan
rasa kecewa dalam hati. Biarlah apa yang terjadi, dibawa angin lalu,
yang lepas biar jadi sejarah.Terima kasih yang tak terhingga kepada
umi dan abah kerana sudi mengasuh adik, walaupun ibu kandung adik
sendiri menolak kehadiran adik dibumi ini. Hanya Allah yang akan
membalas jasa umi dan abah. Adik redha dengan ketentuan yang
diturunkan Allah ini. Segalanya punya hikmah yang tersembunyi.
Umi, sayang rasanya untuk pergi, ralat rasanya tidak dapat menatap
wajah umi sebelum adik berangkat. Teringin sangat adik mendakap tubuh
umi, mencium seluruh wajah umi. Izinkan umi, adik mengucup tangan dan
wajah umi dalam khayalan.
Umi, abah, along dan angah, adik minta izin untuk pergi. Lambaian
akhir ini, adik harap sudi disambut oleh kalian. Jangan iringi jasad
adik dengan air mata. Rugi membazir air mata untuk seorang anak dan
adik yang tak pernah bersinar dalam keluarga. Iringilah adik dengan
doa agar adik tidak dicampak kedalam relung panas menyambar,
InsyaAllah.
Salam kasih, salam penuh kecintaan untuk umi tersayang, abah, along
dan angah terkasih, ampun kan adik, redhalah dengan takdir ilahi.
Assalamualaikum.

-suara hati adik-
Nur Aishah Abdullah.

Bahagian 6
Air mata umi luruh, laju membasahi seluruh wajah. Umi kesal, kerana
tidak dapat mendakap Aishah. Umi tak dapat penuhi impian dan
permintaan terakhir adik, anak umi yang amat jarang membuat
permintaan.
Abah hanya kaku di sisi umi, air mata abah yang mengalir, telah
membuktikan yang abah turut terasa pemergian Aishah. Tapi abah tau,
abah telah terlewat. Kali ini, adik pergi bukan dekat, kalau ke hujung
dunia pun adik membawa diri, abah masih boleh mencari, boleh memujuk
agar adik pulang kerumah, tapi, perjalanan adik kali ini jauh, terlalu
jauh untuk abah jejak. Penyesalan abah tidak berguna. Abah menyesal
hanya setelah adik tiada, abah terjaga hanya setelah mendengar suara
hati adik.
Along dan angah turut menangis. Mereka kesal, hati selembut dan sebaik
adik tidak sepatutnya dirobekkan. Adik tidak pernah mengharapkan
apa-apa, mahalkah harga sebuah kasih sayang?
Jenazah adik yang baru tiba, umi mandikan, umi kapankan. Umi bersihkan
seluruh tubuh adik, penuh kasih, umi cium ubun-ubun adik. Itulah
kucupan terakhir umi. Umi tahu adik dapat merasa kasih sayang yang
keluar dari seluruh hati, urat dan jantung umi. Umi mahu adik tahu umi
terlalu kasihkan adik, walau adik bukan lahir dari rahim umi. Adik,
Nur Aishah Abdullah, adalah anak umi dunia akhirat. Khidmat terakhir
umi untuk adik telah umi laksanakan. Umi sedekahkan bacaan Surah
Yassin sepeti yang adik minta, walau tidak dimintapun, umi tetap akan
lagukan bacaan itu untuk adik. Umi ingin adik ditempatkan di dalam
syurga bersama dengan anak-anak solehah yang lain. Umi iringi
pemergian adik kepusara aman dengan pandangan mata yang masih berkaca.
Bibir umi terkumat-kamit beristighfar, memujuk hati agar tidak
menangis. Umi tak mahu adik melihat umi menangis, umi mahu adik pergi
dengan tenang. Adik, umi sayang adik, sebagaimana dalamnya kasih
sayang adik buat umi.