Sunday, March 25, 2012

Melodi Cinta


 
IRAMA gesekan biola dan petikan gitar berpadu, menghasilkan alunan harmoni dalam bilik muzik berkeluasan sederhana itu. Masing-masing yang berada di dalam
bilik tersebut ikut sama terbuai dalam pesona indah alunan yang dimainkan oleh seorang pemuda berkemeja kotak dan gadis yang mengenakan blaus lengan panjang
rona biru itu. Usai muzik berhenti, tepukan gemuruh mula menggamatkan bilik tersebut.
“Syabas! Saya yakin persembahan kita semasa karnival muzik minggu depan pasti dapat sambutan hangat. Azhar, Farida, kamu berdua sememangnya pasangan yang
ideal!” ujar Puan Najihah, pensyarah muzik bagi kelas tersebut.
Kata-kata Puan Najihah mendapat tepukan daripada para pelajarnya. Ada juga yang bersiul dan menjerit memanggil nama Azhar dan Farida, membuatkan kedua-duanya
tersipu malu.
“Baiklah, semua boleh bersurai. Jangan lupa minggu depan kita akan mulakan latihan koir pula. Jumpa lagi,” ucap Puan Najihah lalu melangkah keluar, meninggalkan
bilik muzik itu.
“Isha dah agak you all berdua mesti boleh punya. Best student katakan,” ujar seorang gadis berambut pendek separas bahu pada Farida yang sedang memasukkan
biolanya ke dalam sarung.
“Awak pun apa kurangnya Felisha... Tak ada siapa di fakulti ni yang boleh menandingi awak bila bermain piano,” balas Farida dalam senyum kecil.
“Iyalah tu. Jom, pergi minum. Hauslah...” ajak gadis yang dipanggil Felisha itu.
“Jom, saya belanja,” celah Azhar yang sejak tadi mendiamkan diri.
“Yes!” jerit Felisha lalu mula berjalan meninggalkan kedua-dua rakannya itu.
Azhar menoleh ke arah Farida. Mata mereka bertentangan. Dikenyitkan mata kanannya. Pantas, Farida berpaling, malu. Sarung biola di tangan digenggam erat.
Mereka mula berjalan beriringan, meninggalkan bilik muzik itu.
“Dengarnya awak tengah cipta lagu?” tanya Farida.
“Mana tahu?”
“Isha yang cakap. Dia nampak awak tulis lirik masa kat dalam kelas hari tu,” terang Farida.
Azhar mengangguk.
“Lagu apa?”
“Lagu cinta.”
“Iya? Apa tajuknya?” soal Farida lagi.
“Tajuk tak pasti lagi. Tapi kali ni lagu yang saya cipta tu special sikit,” ujar Azhar.
“Special? Kenapa? Untuk siapa?” bertalu-talu Farida bertanya.
“Adalah. Rahsia!” usik Azhar.
“Ala...” Farida sudah tarik muka, pura-pura merajuk.
“Sampai masanya, awak akan tahu juga. Awak akan jadi orang pertama yang tahu. Janji!”
“Janji?” Farida meminta kepastian.
Azhar mengangguk sambil mengangkat telapak tangan seperti sedang berikrar.
“Hei, lambatnya you all berdua ni jalan! Macam siput! Cepatlah, Isha dah haus ni!” jerit Felisha yang sudah jauh ke hadapan.
Farida menggeleng sementara Azhar ketawa kecil. Mereka mempercepatkan langkah. Tidak mahu Felisha yang dianggap tuan puteri dalam kelas itu merungut lagi.
* * * * *
FARIDA yang sedang tekun mengelap biolanya terganggu dengan bunyi keriuk pintu ditolak dari luar. Tidak perlu dia berpaling kerana sudah tahu gerangan orangnya.
Kawan sebiliknya itu memang tidak tahu mengetuk pintu dahulu sebelum masuk. Farida tidak kisah kerana bilik ini dikongsi bersama. Bukan hak miliknya seorang.
“Ida!” jerit Felisha lalu meluru ke arah kawan baiknya itu lantas memeluknya dari belakang.
“Eh, Isha! Kenapa ni?”
“I’m so happy! Mama Isha baru telefon. Katanya ada special dinner Ahad ni,” jelas Felisha, masih tidak melepaskan pelukannya.
“Wah, special dinner! Untuk apa?”
“Entah, tak ada pula mama beritahu. Tapi, rasanya Isha dah boleh agak.”
“Apa dia?” tanya Farida, penuh teruja.
Felisha meleraikan pelukannya. Kerusi kosong di sebelah Farida ditarik lalu dilabuhkan punggungnya di situ. Farida menatap wajah kawannya yang kelihatan
berseri, menanti bicara gadis tersebut.
“Seminggu lepas, mama pernah cakap nak kenalkan anak kawan baik dia pada Isha. A guy. And guess what? Lelaki tu memang Isha suka sangat,” ujar Felisha.
“Iya? Wah, saya tumpang gembira. Jadi, dinner tu untuk kenalkan awak berdualah ya?”
“Tepat sekali! Tak sabarnya nak tunggu Ahad ni...”
Farida mengukir senyum kecil. Sungguh dia gembira kerana kawan baiknya itu akan bertemu dengan kekasih hatinya. Pasti anak orang berada juga. Maklumlah,
papa dan mama Felisha dari golongan korporat. Pangkat Tan Sri dan Puan Sri. Sementelah Felisha adalah anak tunggal. Dilayan bagai tuan puteri pula tu.
Pasti ibu bapanya mahukan yang terbaik buat anak mereka.
Namun Farida bersyukur kerana Felisha tidak memandang darjat dan pangkat dalam berkawan. Buktinya, gadis itu adalah kawan baiknya. Gadis kampung sepertinya
dirasakan amat bertuah mengenali Felisha, seorang yang manja dan cantik.
“Eh, ceritalah sikit tentang lelaki tu. Mesti handsome, kan?” sambung Farida.
“Em nak kata handsome tu bolehlah. Orangnya tinggi. Kulit cerah. Mata sepet macam orang Cina. Dah lama sebenarnya Isha minat kat dia. Mula-mula Isha tak
tahu macam mana nak dekat dengan dia sehinggalah satu hari tu mama bawa kawan dia datang makan tengah hari. Tak sangka lelaki tu anak kawan mama. Isha
apalagi, terus beritahu mama yang Isha suka lelaki tu.”
Farida tekun mendengar. Kalau sudah namanya jodoh, pasti dipermudahkan Tuhan. Teringat pula kisah cintanya. Pertama kali jatuh cinta, syukurlah ia juga
tidak melalui jalan berliku. Ketika dilamar Azhar tiga bulan yang lalu, dia tidak terus menerima. Sebaliknya berfikir dan melakukan solat istikharah. Dan
setelah yakin dengan kata hati, barulah huluran kasih Azhar diterima.
Memang dia sudah lama menyimpan rasa pada lelaki itu. Kata orang, cinta pandang pertama. Kali pertama melihat wajah itu, hatinya diterpa debar yang menggila.
Jantung berdegup tidak sekata ketika mata mereka bertemu. Apatah lagi melihat senyuman manis yang terukir di bibir mungil Azhar, serasa mahu pengsan kala
itu namun cuba dikawal diri.
Ketika Azhar melamarnya untuk menjadi kekasih, sungguh dia terkejut. Terasa seperti berada di awang-awangan sewaktu lelaki itu melafaz kata cinta. Tidak
percaya lelaki itu turut menyimpan rasa yang sama dengannya. Dan kini, dua hari lagi, genaplah hubungan meraka tiga bulan. Kata Azhar, selepas tamat belajar
semester depan, lelaki itu akan menghantar rombongan merisik dan seterusnya mereka akan bertunang.
“Ida! Ida! Farida!”
Panggilan Felisha menyentak lamunan Farida. Ah, bila teringatkan Azhar, bagai berada dalam dunia sendiri. Sebuah senyum kecil menguntum di bibirnya. Tumpuan
kembali ke arah gadis berbaju T-shirt lengan panjang yang bercorak bunga kecil di depannya. Felisha mencebikkan bibir. Senyum Farida melebar.
“Orang tengah bercakap pun sempat dia mengelamun ya,” rajuk Felisha disambut dengan ketawa kecil Farida.
“Maaf, tak sengaja. Apa yang awak cakap tadi?”
“Tentang lelaki yang Isha suka tu. Farida kenal tau!”
Serentak, degupan jantung Farida terasa berhenti seketika. Kata-kata Felisha menerbitkan gusar. Dia kenal lelaki itu? Siapakah?
“Sa... Saya kenal?” soal Farida, gugup.
Anggukan Felisha semakin mendebarkan hati. Ligat fikirannya berputar. Mencari wajah-wajah kawan lelaki yang dia kenali. Tetapi hanya satu wajah sahaja yang
muncul. Tuhan, janganlah lelaki itu...
“Si... siapa?”
“Adalah. Nanti kalau dah confirm, Isha beritahu ya. Okeylah, nak pergi washroom kejap,” ujar Felisha lalu bingkas bangun, meninggalkan Farida dengan rawan
di hati.
Farida segera mencampakkan kain pengelap yang sejak tadi dipegang. Dia segera meluru ke arah katil, mencapai telefon bimbitnya. Keraguan yang bermaharajalela
dalam jiwa perlu segera diusir pergi. Jika tidak, hatinya tidak akan tenang.
Pantas jari-jemarinya mendail lalu menanti penuh debar. Beberapa saat kemudian, panggilannya dijawab.
“Assalammualaikum,” ucap pemanggil di talian sebelah sana.
“Waalaikummussalam,” mendengar suara itu, ada ketenangan yang menjalar ke kalbu.
“Ada apa Ida?”
“Em... Err... Em...” lidahnya kehilangan kata.
“Kenapa ni?” tanya pemanggil itu lagi.
“Azhar...”
“Ya?” sahut Azhar.
“Azhar ada pergi mana-mana tak Ahad ni?”
“Hmm... Rasanya tak ada. Kenapa? Hah, nak sambut anniversary tiga bulan ke?” tanya Azhar dalam gelak.
Farida meletakkan tangan kiri ke dada. Seperti batu berat yang menghempap dadanya diangkat pergi. Lega. Dalam masa yang sama, jiwanya dibuai indah. Lelaki
itu mengingati tarikh hubungan istimewa mereka terjalin.
“Awak ni... Baru tiga bulan nak anniversary apanya? Tak adalah, ingat nak ajak keluar makan,” dalih Farida.
“Boleh aje. Nanti Ida confirm nak makan kat mana ya. Okeylah, saya ada group discussion ni. Sleep tight. Good night!” ucap Azhar lalu mematikan panggilan.
Farida menghamburkan keluhan. Rawan yang menyelubungi kalbu sirna. Fikirannya mula diterpa sesuatu. Siapa agaknya lelaki yang disebutkan Felisha tadi?
Jam berbentuk segi empat yang dipaku pada dinding dikerling. Sudah menjangkau pukul 9.30 malam. Biola yang dipinjam dari fakulti untuk latihan sempena karnival
muzik nanti dimasukkan semula ke dalam sarung. Entah bila dia dapat memiliki biola seperti ini. Keluarganya bukan orang senang. Dapat melanjutkan pengajian
ke menara gading ini pun sudah cukup bermakna padanya.
Lebih-lebih lagi sebagai anak sulung, tanggungjawabnya besar dalam membantu meringankan beban keluarga. Adik-adiknya seramai dua orang itu masih perlu meneruskan
pelajaran. Ayahnya sudah semakin lanjut usia. Setahun lagi akan bersara. Emak pula sudah tiga tahun menemui Ilahi kerana kanser rahim.
Farida membuang pandang ke luar. Langit malam hitam pekat. Tiada kerdipan bintang mahupun sinaran rembulan. Baru sahaja dia hendak bangkit, telefon bimbitnya
berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Melihat nama yang tertera di skrin, Farida tersenyum. Namun senyumannya mati tiba-tiba apabila mendengar bait-bait
kata si pemanggil. Tanpa sedar, telefon bimbit terlepas dari pegangan.
“Maaf, mama saya baru call. Ahad ni saya kena balik rumah. Ada hal penting kata mama.”
Itulah kata-kata akhir yang sempat ditangkap telinganya. Serta-merta tubuh Farida menggigil. Tuhan...
* * * * *
DEBARAN dalam hati usah diteka. Setiap saat matanya tidak lepas dari melihat jam di dinding. Menanti dengan penuh gementar. Beberapa minit menunggu, pintu
bilik akhirnya ditolak. Pantas Farida bangun. Wajah ceria Felisha menyapa pandangan, membuatkan hati tambah berdebar.
“Hello!” sapa Felisha lalu duduk di atas katilnya sambil membuka kasut tumit tinggi yang dipakai.
“Macam mana dengan makan malam tadi?” Farida terus ke persoalan utama, tidak ada masa mahu berbasa-basi.
“Not bad.”
“Ceritalah, siapa lelaki tu?” tanya Farida lagi.
“Kalau Isha beritahu jangan terkejut ya,” ujar Felisha dalam senyuman.
“Siapa?” Farida menggesa walaupun dia seakan tahu nama yang bakal meniti keluar dari mulut gadis yang berblaus hijau ditaburi bunga putih itu.
“Azhar.”
Dup! Farida cuba mengawal tubuhnya dari terjelepok. Benarlah. Benarlah apa yang berlegar dalam fikirannya sejak Jumaat lepas. Tuhan, mengapa begini hebat
dugaan yang diberikan padanya?
“Ida! Hello! Are you okay?”
“Ah, maaf. Awak serius Isha?” soal Farida, cuba mencari ketenangan.
“Hah, terkejut, kan? Isha pun tak sangka mulanya Azhar tu anak kawan mama Isha. Tadi masa makan malam, mama Azhar ada usik Isha. Katanya, bertuah dapat
bakal menantu macam Isha,” terang Felisha.
Bakal menantu? Oh, kali ini Farida rasakan dia benar-benar mahu rebah namun segera dia duduk di kerusi belajar. Tidak, hal ini tak boleh dibiarkan. Azhar
miliknya! Tapi... Bukankah Felisha adalah teman baiknya? Argh! Kusut!
Bunyi deringan telefon bimbit menarik perhatian kedua-dua gadis itu. Farida hanya membiarkan telefon bimbitnya menjerit nyaring dan akhirnya berhenti sendiri.
Dia tahu benar siapa yang menelefon. Lagu “No Air” dari drama Inggeris ‘Glee’ itu merupakan kesukaan Azhar. Dia masih belum bersedia untuk bersemuka dengan
lelaki itu. Telefon bimbitnya sekali lagi berbunyi.
“Kenapa tak angkat?” tegur Felisha.
“Orang tak kenal. Dari tadi asyik kacau. Malas nak layan,” bohong Farida.
“Hmm... Isha nak salin baju dululah. Lepas tu nak tidur terus. Penat drive,” ujar Felisha lalu melangkah ke almari pakaiannya.
Farida merenung telefon bimbit di atas meja. Fikirannya celaru. Antara kekasih hati dan sahabat baik, yang mana satu perlu menjadi korban?
* * * * *
“IDA, kenapa ni? Saya ada buat salah ke?”
Farida tidak hiraukan pertanyaan lelaki berkemeja kotak rona coklat itu. Dia melangkah laju, bimbang terserempak dengan Felisha yang masih berada di dalam
bilik kuliah.
“Farida!” nada suara Azhar sudah naik satu oktaf.
Langkah Farida terhenti. Tanpa berpaling, dia bersuara, “Jumpa saya petang ni dekat taman mini pukul enam.”
Usai menyatakan ayat tersebut, Farida kembali menyambung langkah. Panggilan dari Felisha juga tidak dihiraukan. Setelah berfikir semasaknya, dia sudah membuat
keputusan. Dia yakin, keputusannya ini akan memberi kebahagiaan pada Felisha, Azhar dan juga dirinya sendiri.
Farida terus melangkah tanpa hala tuju. Akhirnya, dia berhenti melepas lelah di bawah gazebo kecil berhampiran bilik muzik. Lantas, dihalakan kaki ke bilik
tersebut. Pintu ditolak perlahan. Seorang petugas wanita yang duduk di kaunter dihampirinya. Selesai mendaftarkan nama dan meninggalkan kad pelajar, dia
ke bilik yang menempatkan alat-alat muzik. Matanya terus tertancap pada piano yang tersergam megah di sudut kiri bilik tersebut.
Perlahan-lahan Farida menghala ke arah piano itu. Penutup papan kekunci dibuka. Lalu, jemarinya mula menari di atas papan kekunci. Matanya dipejamkan. Lagu
bertajuk “Saat Terakhir” dendangan kumpulan dari seberang, ST12 dimainkan.
Tak pernah terfikir olehku
Tak pernah sedikit pun ku menyangka
Kau akan pergi tinggalkan ku sendiri
Begitu sulit ku menyangkal
Begitu sakit ku rasakan
Kau akan pergi tinggalkan ku sendiri
Inilah saat terakhirku melihat kamu
Jatuh air mataku menangis pilu
Hanya mampu ucapkan selamat jalan kasih
Satu jam saja ku telah bisa
Cintai kamu kamu kamu di hatiku
Namun bagiku melupakanmu
Butuh waktuku seumur hidup
Satu jam saja ku telah bisa
Sayangi kamu di hatiku
Namun bagiku melupakanmu
Butuh waktuku seumur hidup
Di nantiku
Belum habis lagu itu dimainkan, tiba-tiba Farida menekan kuat papan kekunci. Bergema bilik tersebut dengan bunyi piano yang kuat. Sekali lagi Farida membuat
perilaku yang sama. Tanpa sedar, ada manik-manik jernih yang berjuraian di pipi. Sakit. Perit. Itulah yang dirasakan saat ini.
* * * * *
BANGKU kayu yang dicat kuning itu menjadi tempat pertemuan Farida dan Azhar petang itu. Tidak ramai pelajar yang berada di taman mini tersebut. Rata-rata
lebih gemar ke pusat sukan untuk beriadah.
Semasa Farida sampai, Azhar sudah duduk menanti di bangku kayu tersebut. Pohon semarak api yang tumbuh berjajar di taman itu sudah mula rekah berbunga.
Jingga dan merah warna bunganya. Semilir yang berpuput sedikit pun tidak menghantar tenang dalam hati Farida. Sebentar lagi dia akan mencampakkan diri
ke lembah derita. Biarlah, dia rela. Asalkan mereka yang dia sayangi bahagia.
“Assalammualaikum, maaf saya lewat,” sapa Farida lalu duduk di bangku tersebut, sedikit jarak dari Azhar.
“Waalaikummussalam. Tak apa, saya pun baru sampai,” balas Azhar.
Sepi mula mengambil tempat. Masing-masing melayan perasan. Empat hari berlalu sejak Ahad lepas dan sepanjang empat hari itu Farida menjauhkan diri dari
Azhar. Walaupun belajar di dalam kelas yang sama, Farida menganggap Azhar bagai orang asing. Ketika sesi latihan pula Farida buat tidak endah sahaja akan
kewujudan Azhar. Apatah lagi melihat Felisha yang semakin mesra dengan kekasih hatinya itu.
“Kenapa jauhkan diri?” akhirnya Azhar memecah sunyi.
“Awak ke mana Ahad lepas?” soalan Azhar dijawab dengan soalan oleh Farida.
“Kan saya dah beritahu, saya balik rumah.”
“Buat apa di rumah?”
“Ada hal sikit,” jawab Azhar acuh tak acuh.
“Hal apa?”
“Ida nak tahu ke?”
“Kalau awak tak keberatan nak cerita,” jawab Farida, masih memandang ke hadapan.
Azhar menarik nafas lalu menghembuskannya perlahan-lahan.
“Saya ke rumah Felisha.”
Farida memejamkan mata. Dia perlu kuatkan semangat. Segala-galanya perlu ditamatkan.
“Kenapa tak cakap yang sebelum ni awak pernah ke rumah Felisha?” tanya Farida.
“Jadi, Felisha dah ceritakan semuanya?”
“Felisha bakal menantu yang baik. Mama awak sukakan dia,” ujar Farida.
“Tapi saya cintakan Ida.”
“Belum tentu keluarga awak terima saya. Keluarga awak dan Felisha dah kenal antara satu sama lain. Tentu mereka mahu hubungan persahabatan itu jadi lebih
erat. Lagipun, awak berdua memang sepadan. Masing-masing dari golongan korporat. Saya ni hanya pipit sahaja. Yang menumpang kasih dengan enggang,” jelas
Farida.
“Ida, kenapa cakap macam tu? Saya yakin keluarga saya tak anggap macam tu. Mereka beri kebebasan pada saya untuk pilih suri hidup saya sendiri. Saya dah
pilih Ida. Hanya Ida,” tegas Azhar.
“Cukuplah Azhar. Anggaplah kita tiada jodoh. Felisha adalah pilihan yang baik. Saya tahu dia sayangkan awak. Dia mampu bahagiakan awak.”
“Jangan merepek Ida. Saya sayangkan Felisha sebagai seorang kawan. Tak lebih dari tu. Kenapa Ida nak undur diri pula?”
“Saya tak nak kehilangan Felisha. Dia kawan baik saya. Kawan yang sentiasa berada di sisi saya semasa susah mahupun senang,” terang Farida.
“Jadi awak sanggup kehilangan saya? Rupanya saya tak penting pada awak...” lemah suara Azhar.
Farida bungkam. Azhar silap. Lelaki itu sangat penting padanya. Lebih penting dari nyawanya sendiri. Apakah Azhar tidak tahu menilai kasih sayangnya pada
lelaki itu selama ini?
“Maafkan saya. Walau apapun, kita tetap kawan, kan?” pinta Farida.
Azhar diam. Tidak sedikit pun memandang ke wajah gadis yang selalu menemani lenanya itu. Hatinya tercalar. Farida begitu mudah mengalah sebelum berlawan.
“Saya tahu saya dah lukakan hati awak. Saya juga terluka. Tapi percayalah, ini yang terbaik untuk kita. Saya sayangkan Felisha. Saya juga sayangkan awak.
Namun untuk menyintai awak, saya rasa Felisha lebih layak. Maafkan saya...” ujar Farida, sayu.
Bunyi ranting kayu yang dipijak menarik perhatian Azhar dan Farida. Kedua-duanya lantas berpaling ke arah batang pokok semarak api itu. Azhar bangun begitu
juga dengan Farida. Dapat dilihat seorang gadis sedang berlari meninggalkan kawasan taman mini itu. Mata mereka bertentangan. Azhar mengangguk. Farida
terjelepok ke atas rumput yang menghijau. Mereka kenal benar gadis itu walau dipandang dari belakang. Habislah, Felisha sudah dengar semuanya...
* * * * *
SABTU tiba jua. Hari ini bermulanya karnival muzik yang setiap tahun diadakan. Karnival selama dua hari ini dianjurkan oleh Fakulti Muzik. Pelbagai aktiviti
diadakan seperti pameran, pertandingan nyanyian, garage sale dan sebagainya. Sebentar lagi majlis perasmian akan disempurnakan oleh pengarah kampus bersama-sama
dekan fakulti. Usai majlis perasmian, persembahan dari pelajar-pelajar muzik tahun akhir akan diadakan.
Farida tidak punya semangat untuk meneruskan persembahan. Dua hari rakan sebiliknya tidak kelihatan. Felisha tidak pulang ke bilik mahupun menghadiri kuliah.
Sesi latihan koir apatah lagi. Tiba-tiba sahaja Puan Najihah mengatakan yang Felisha menarik diri kerana faktor kesihatan.
Dia tahu itu hanya alasan yang direka oleh Felisha. Telefon tidak berangkat, mesej tidak berbalas. Mungkin terlalu dalam luka di hati Felisha sehingga mengambil
masa sebegini lama untuk merawatnya. Sungguh Farida risau akan keadaan kawan baiknya itu. Pasti Felisha kecewa. Gadis itu akan menganggap dia sebagai pengkhianat.
Dia yakin, persahabatan yang terjalin hampir tiga tahun itu sudah berkubur. Felisha tidak akan mempercayai dirinya lagi.
Farida yang menunduk mengangkat wajah apabila dirasakan ada seseorang berada di hadapannya. Azhar menguntum senyum tawar. Ah, lelaki di hadapannya ini juga
tidak dapat diteka perasaannya. Ternyata dia tidak mampu menahan gelora rindu yang bermukim di pantai hati. Dia tidak dapat menipu dirinya, perasaannya,
jiwanya bahawa dia sangat merindui Azhar. Lelaki ini terlalu dekat namun sukar untuk digapai.
Tidak, dia tidak boleh lemah. Bukankah dia sudah nekad untuk melepaskan lelaki ini pergi? Tetapi, mengapa semakin jauh dia berlari, bayang-bayang Azhar
semakin menghampiri? Ingatan dan kenangan indah bersama-sama lelaki ini kerap kali bertali-arus terlayar di ruang minda. Sekaligus mencarik rakus luka
di hati.
“Bersedialah, sebentar lagi giliran kita,” ujar Azhar, mengembalikan Farida ke alam realiti.
“Felisha ada hubungi awak?”
Azhar hanya diam lalu berpaling pergi. Farida dicengkam rasa bersalah yang teramat. Kini dia bukan sahaja kehilangan kekasih hati, malah sahabat baik juga
sudah menjauh pergi. Salah diakah kerana tidak pernah memberitahu Felisha akan hakikat hatinya telah dimiliki? Bukan dia tidak mahu menyampaikannya tetapi
hubungan cintanya dengan Azhar masih hijau. Cadangnya, sebelum tamat semester, baru dia akan memberitahu Felisha. Tapi, nasi sudah menjadi bubur.
Suara pengerusi majlis kedengaran menjemput tetamu kehormat untuk memulakan majlis perasmian. Farida bangun dengan lemah. Dia menarik nafas panjang. Selepas
tamat persembahan, dia nekad untuk mencari Felisha. Pasti gadis itu berada di rumahnya.
“Baiklah, sekarang kita akan disajikan dengan persembahan dari para pelajar tahun akhir yang akan mendendangkan beberapa buah lagu secara medley. Dengan
segala hormatnya, dipersembahkan!” ujar pengacara majlis yang segak memakai kot hitam itu.
Semua peserta yang membuat persembahan bersiap-sedia. Farida mengikuti langkah Azhar ke atas pentas. Dewan besar itu kelihatan padat dengan orang ramai.
Ada gemuruh yang menjalar dalam hati Farida. Pertama kali dia membuat persembahan di hadapan orang ramai sebegini.
Bagai menyedari gelisah yang melanda Farida, Azhar memetik gitarnya perlahan, membuatkan Farida menoleh ke arahnya. Dikenyitkan sebelah mata pada gadis
itu lantas mengangguk. Farida mengukir senyum kecil. Matanya dipejamkan.Dia mula memegang biola di tangan kiri dan memulakan gesekan. Bergema dewan tersebut
dengan irama merdu dari gesekan biolanya. Tenang dan mendayu.
Kemudian, diikuti dengan petikan gitar dari Azhar, menghasilkan kombinasi alunan gemersik yang membuai rasa. Perlahan-lahan tirai di belakang diangkat dan
para peserta koir mula menyanyi.
Selesai membuat persembahan, Farida segera turun dari pentas. Dia mahu mencari sahabat baiknya. Biola dimasukkan ke dalam sarung lalu dia pantas belari
namun terhenti apabila lengannya ditarik. Farida berpaling dan matanya membulat.
“Tunggulah, persembahan masih belum tamat.”
“Sekarang, persembahan istimewa dari Azhar dengan lagunya ‘Melodi Cinta’. Saksikanlah!” suara pengacara majlis menyapa telinga Farida.
“Lagu ini saya tujukan buat satu-satunya gadis yang saya cintai. Sebuah lagu yang dicipta istimewa untuknya. Kepada Farida, jangan pernah berhenti menyanyi
lagu cinta kita,” ujar Azhar membuatkan seisi dewan kecoh.
Petikan gitar mula kedengaran. Farida rasakan jiwanya bergetar hebat. Suara Azhar terasa menusuk kalbu.
Kau bidadari terindah
Yang ku temu dalam lewat hariku
Kau yang satu antara seribu
Kau menawan hatiku

Saat bertentang mata denganmu
Seluruh jiwaku berlagu
Melodi cinta kucipta buatmu
Agar jadi pengubat rindu

Tiada kata yang mampu ku ucapkan
Untuk aku miliki seluruh isi hatimu
Agar dapat aku khabar pada dunia
Betapa kucinta kamu

Kau tercantik antara yang ada
Kau terhebat di dalam jiwa
Kau sempurna di pandang mata
Aku mahu kamu

Cintaku
Dengarlah lagu kucipta buatmu
Agar kau tahu
Rahsia hati ku
Betapa benar aku cintai kamu…
Usai petikan gitar berhenti, tepukan gemuruh kedengaran menguasai dewan. Farida memandang wajah di hadapannya penuh tanda tanya.
“Azhar hanya milik awak Ida. Melodi cintanya tidak akan merdu jika dinyayikan untuk Isha,” ucap Felisha, lembut.
Farida merangkul Felisha ke dalam pelukan. Air matanya lebat mencurah.
“Terima kasih Isha! Terima kasih!”
“Isha yang sepatutnya berterima kasih pada Ida. Kalau Isha tak ikut Ida hari tu, entah sampai bila Isha akan buat dua orang kawan baik Isha ni terseksa.”
“Ta... Tapi awak sukakan Azh...”
“Suka tak bermakna cinta. Mulanya Isha sakit hati, marah bila tahu kawan baik Isha turut menyayangi lelaki yang Isha suka. Tak dinafikan, Isha kecewa sebab
terlewat. Cinta Azhar sudah dimiliki oleh gadis lain. Tapi, Isha bersyukur kerana gadis itu adalah kawan baik Isha sendiri. Isha yakin, hanya Ida yang
dapat bahagiakan Azhar,” ujar Felisha lalu meleraikan dakapan Farida.
Farida menyeka air mata yang mengalir dengan jemarinya. Wajah Azhar menyapa ruang mata. Lelaki itu tersenyum lebar. Perlahan-lahan bibir Farida turut mengukir
senyum. Manis. Ya, seperti kata Azhar, dia tidak akan sesekali berhenti menyanyi melodi cinta yang ditujukan istimewa untuknya!

Sunday, January 15, 2012

let's sing!

Kana Hanazawa - Ashita Kuru Hi (The Day to Come Tomorrow) OST Kobato
Insert Song.

Haru ni saku hana
Natsu hirogaru sora yo
Kokoro no naka ni
Kizamarete kirameku

Asa ni furu ame
Mado wo tozasu hi ni mo
Mune ni afureru hikari wa
Kumo no ue

Yorokobi kanashimi
Subete daite aruiteiru
Watashi no te to
Kimi no te wo
Tsuyoku tsunagu mono

Aki wa mizube ni
Fuyu kozue ni hisomu
Sekai no oku no
Kagirinai yasashisa

Yoru ga kuru tabi
Inori wo sasageyou
Ashita kuru hi wo
Shizuka ni mukaeyou

Watashi wo michibiku
Tooi tooi yobigoe yo
Hohoemu youni
Utau youni
Hibiku kaze no oto

Yorokobi kanashimi
Subete daite aruiteiru
Watashi no te to
Kimi no te wo
Tsuyoku tsunagu mono

Flowers bloom in spring
Oh, the sky spreads in summer
They're engraved and sparkling
In my heart
Rain falls in the morning
Even on a day when I shut the window
The light overflowing to my chest
Is from above the clouds
Joy and sorrow
I hold everything close while I'm walking
They're things that firmly join
My hand
And your hand together
Autumn is at the waterside
Winter lurks at the treetop
There's a boundless kindness
Deep in the world
Every time when night comes
Let's offer a prayer
Let's quietly greet
The day to come tomorrow
Oh, a voice calling out from far, far away
Guides me
As if it smiles
As if it sings
The sound of wind echoes
Joy and sorrow
I hold everything close while I'm walking
They're things that firmly join
My hand

Friday, September 16, 2011

Story Time!!

Semua, Aku Jatuh Cinta!


"KAMILA, aku jatuh cinta!!"

Kamila yang baru sahaja hendak lelap tersentak. Kencang jantungnya

berdegup. Kacau betullah Kyah. Sudahlah dia susah nak lelap, sekali

kena terjah dengan suara Kyah, segar bugar matanya. Kamila memandang

Kyah yang sedang sengih ala ala lala kena goreng. Dia membuat muka

bosan.

Cinta? Apa tu? Kenapa korang selalu sibuk-sibuk cakap pasal cinta. Aku

tak tahu apa makna cinta. Pelik bila Kak Shima tiap-tiap malam angau

dalam bilik. Dengar lagu seorang diri. Kadang-kadang senyum sendiri.

Ain pula hampir tiap-tiap malam bergayut. Kalau handphone tu ada wayar

macam telefon meja, memang confirm leher dia dah terbelit sama. Itu

tak masuk lagi cerita Farra. Teman lelakinya tak benarkan dia berkawan

dengan lelaki lain. Itupun Farra ikut sahaja. Cinta punya pasal.

Apa tu cinta? Sayang? Aku sayang mak ayah aku. Itu maknanya aku

cintakan mereka? Ya la kot.

"Kau jatuh cinta dengan siapa Kyah?" Kamila kembali ke alam nyata. Dia

memandang Kyah yang masih tersenyum-senyum macam kerang kena bakar.

"Ila, aku rasa macam nak terbang. Baru aku faham maksud

diawan-awangan," Kyah masih lagi senyum-senyum sendiri. Kamilah

membaling teddybear hadiah Ain ke arah Kyah. Teruk betul angaunya!

"Cik Khairiyah sayang, kalau kau kejut aku semata-mata untuk tunjuk

muka angau kau, baik tak payah," Kamila membebel. Memang dia tak

senang. Sejak dari tadi dia memaksa matanya untuk tidur. Tapi Kyah

dengan senang memotong talian mengantuknya. Boleh macam tu?

"Rilaks lah Cik Ila oit. Aku nak kongsi cerita gembira ni," Kyah

tergelak kecil. Suka melihat muka Kamila yang cemberut. "Kau kenal

Putera Katak fakulti kita kan?"

"Putera katak? Tak, aku tak kenal," selamba Kamila menjawab. Tawa Kyah

meledak. Hadui, memanglah Kamila tak kenal, hanya dia yang memanggil

Haris dengan panggilan itu!

"Haris lah,"

"Kenapa dengan dia? Dah berubah jadi katak ke?"

"Sengal kau Ila, Dia..ehem..dia ajak aku couple!" Kyah malu-malu.

Perlahan sahaja perkataan couple yang terkeluar dari mulutnya. Kamila

senyum dua saat.

"Jadi, ada kaitan dengan aku ke? Dah lah kau kacau aku tidur, tak patut betul."

"Padan muka kau. I'm in love! Good night Ila!" Kyah keluar dari bilik

Kamila sambil menyanyi-nyayi. Kamila memandang kosong. Tambah seorang

lagi yang angau!

Kamila melangut atas katil. Dia bosan. Novel yang baru sahaja

dibelinya semalam sudah dua kali dia khatam. Dia memandang katil Kak

Azie yang kemas tersusun. Rindu pada Kak Azie bertandang. Kamila

sebilik dengan Kak Azie. Bilik paling besar. Kak Azie pun satu, hujung

minggu saja, mesti hilang. Tahulah kampung dia dekat. Aku juga yang

jauh diperantauan. Mak, Ayah, Ila rinduu..

Rumah banglo tiga tingkat itu diduduki oleh lima orang anak dara.

Kamila, Ain, dan Kyah satu universiti. Kak Azie dan Kak Shima pula

satu tempat kerja. Malam tu, cuma Kamila dan Kyah yang ada. Semua yang

lain entah kemana hilang. Kak Azie memang sudah dua hari balik

kampung.

Telefon bimbit Sony Erricson berwarna kuning dicapai. Dia menaip

nombor telefon yang memang sekian lama dia hafal. Dua minit menunggu,

panggilannya terjawab.

"Assalamualaikum," Suara dari hujung talian sedikit serak. Mungkin

tuan empunya diri dah tidur.

"Wa'alaikumussalam. Kau dah tidur ke beb? Tak kira, kau kena bangun

juga, aku tak boleh tidur ni,"

"Kenapa tak boleh tidur?"

Kamila senyum. Akhirnya dia ada juga teman untuk berbual.

**************************

"BEB, kau kat mana? Kereta aku buat hal," Sudah hampir satu jam Kamila

mencuba untuk menghidupkan keretanya, namun, masih lagi tiada

tanda-tanda untuk hidup. Sudahlah hujan, habis lencun bajunya.

"Kau kat mana tu?" suara dari hujung talian kedengaran bimbang.

"Aku depan Shell, depan pintu pagar belakang."

"Okey-okey, tunggu sampai aku datang."

Kamila menekan butang off. Kereta ni memang nak kena, aku tak bagi kau

makan minyak lagi baru tahu. Eh, kalau aku tak bagi minyak, macam mana

kereta ni nak hidup? Aku jugak yang susah. Okeh, aku dah gila! Hujan

sudah beransur-ansur hilang. Makin ramai orang yang lalu lalang di

kawasan itu. Kamila dah naik segan. Mata-mata asyik memandangnya yang

bersila di tepi kereta.

Dia memandang kosong Kelisa berwarna kuning itu. Memang sudah lama

keretanya tidak meragam. Time ada hal penting pulak lah dia nak buat

hal. Dia menjeling jam di tangan. Juga berwarna kuning. 'Penyakit

kuning masa baby tak hilang lagi' dia senyum sendiri. Macam terdengar

kata-kata Mimi, kawan sekolahnya. Memang hampir semua barang-barangnya

berwarna kuning. Macam dah sebati dengan jiwa. Nak buat macam mana?

Dari jauh sebuah motosikal LC hijau laju memecut ke arahnya. Berdecit

bunyi tayar apabila tuan punya motor itu menekan brek.Fayyad!!

"Lama tunggu?" Fayyad membuka topi keledarnya. Terserlah wajah bersih

yang disulami dengan lesung batu. Eh, bukan, lesung pipit!. Rambutnya

yang sedikit panjang dikuak ke belakang.

"Tak pun, cepat kau sampai. Dari mana tadi?"

"Dari kelas. Aku curi-curi keluar," Fayyad sengih. Tangannya sibuk

membelek bonet depan kereta Kamila. Kamila hanya memandang. Memang dia

tidak tahu apa tentang enjin kereta. Fayyad masuk ke tempat pemandu.

Sekali start, kereta Kamila sudah berfungsi seperti biasa. Kamila

menarik nafas lega. Memang kau superb la Yad. Huuuuu~

"Apa masalahnya tadi?" Melihatkan Fayyad yang bermandi peluh, Kamila

mengulurkan sapu tangannya. Fayyad menyambut.

"Tak payah tahulah. Kalau aku cakap bukannya kau faham," Fayyad

sengih. Dia kembali menghidupkan motosikalnya.

"Bagitahulah. Aku nak belajar. Rosak lagi nanti senang aku nak betulkan,"

"Kau nak betulkan?" Fayyad gelak. "Tak payah, biar aku je lah yang

betulkan. Kau just bawak kereta tu elok-elok." Fayyad menyambung.

Kamila yang dia kenal memang selalu berdepan dengan masalah. Kunci

kereta tertinggal dalam keretalah. Handphone hilanglah. Beg kena curi

lah. Macam-macam

Kamila mencebik. Fayyad mengangkat tangan membuat tanda Peace. Terus

dia memecut laju ke arah fakulti. Kamila senyum sendiri. Kalau

difikirkan, dia memang bernasib baik dapat berkawan dengan Fayyad. Dah

banyak benda yang Fayyad buat untuk dia. Banyak. Ya. Memang banyak.

Huuuu~

Dia kembali mendapatkan keretanya. Jam di tangan dikerling lagi. Sudah

15 minit lambat. Harap-harap test belum lagi bermula.

********

"ILA DENGAN Fayyad okey?"

"Okey je kak. Kenapa?"

Kak Azie senyum. Wajah Kamila yang dari tadi asyik memandang TV

dipandang. Putih. Mata sepet, rambut yang tak berapa nak panjang.

Namun selau dilindungi dengan tudung bawal. Pernah Shima hulurkan

selendang. Ikut fesyen sekarang katakan. Namun ditolak mentah-mentah

oleh Kamila.

"Nak kena lilit macam mana ni kak? Mahunya terbelit leher Ila dalam

kelas nanti. Tak nak lah kak."

"Kak Azie sayang..." tangannya diawang angkan tepat di muka Kak Azie.

Jauh sungguh berfikir. Dah la pandang orang macam nak makan. Heeee~

"Akak nak minta hutang ke? Sorry-sorry, Ila belum withdraw lagi."

Kamila sengih. Duit makan tengah hari semalam dia belum bayar. Banyak

pula tu. Siapa suruh melantak banyak-banyak. Lepas tu lupa bawa purse!

Terasa pahanya dicubit. Adoiii. Dia terjerit kecil. Haih akak aku ni.

Kalau tak buat tangan ketam dia tak sah.

"Sakit kak,"

"Biar dia. Bila masa akak cakap nak minta hutang? Kan akak cakap tak

payah bayar." Kak Azie mencebik. Kamila sengih. Matanya kembali ke

kaca tv. "Ila dengan Fayyad ada apa-apa ke dik?" Nah, ambil satu lagi

soalan cepu perak. Kamila buat muka bosan. Memang. Dah bosan dengan

soalan yang sama.

Memang mereka serumah mengenali Fayyad. Selalu juga Fayyad datang

hantar assignment la. Nota la. Pinjam buku la. Hantar nasi goreng pun

ada.

"Kenapa teruk sangat muka tu?" Kak Azie gelak. Tangannya menyusun kain

baju yang dilipat tadi membentuk bangunan segiempat tepat.

"Akak lah. Akak pun sama je dengan mereka-mereka di luar sana,"

tangannya di awang-awangkan beberapa kali. Dah macam gaya Karam Singh

Walia baca berita dah. Kak Azie ketawa gelihati. Ada-ada je budak ni.

"Itu memang soalan wajib ke kak?" dia bersila menghadap Kak Azie.

"Tak ada lah," Kak Azie menarik nafas panjang. "Kamu berdua kan rapat.

Orang tengok boleh salah faham." Lembut suara Kak Azie. Kamila

mencebik. Orang. Memanglah. Apa yang diorang tahu pasal hati orang

lain?

Remote tv dicapai dari atas meja. Siaran di alih berulang kali. Tak

ada cerita pulak malam ni. "Kami kawan je la kak." Tuturnya perlahan.

Kak Azie melirik senyum. Sehelai lagi baju dicapai untuk dilipat. "Tak

boleh ke kalau perempuan kawan dengan lelaki? Kami bukannya buat benda

tak elok."

Kadang kadang bosan jugak dengar orang bercakap. Haih.

Kak Azie senyum dua saat. Baju yang siap dilipat, di susun lagi di

bangunan yang sedikit rendah. Semua baju yang baru di angkat dari

ampaian. Baju Kak Shima ada. Baju Ain, Kyah dan baju dia sendiri. Tak

terasa sikit pun nak menolong Kak Azie. Mood bermalas-malas malam ni.

Heeee~

"Dik, orang bercakap sebab diorang dapat detect something. Something

yang mungkin kamu berdua pun tak perasan."

Kamila terlopong. Detect apa ni? Diorang ada cipta radar perasaan ke?

Eii, seram!

"Betul Ila tak rasa apa-apa bila keluar dengan Fayyad?"

"Rasa apa kak?" Kamila mengangkat kening. Nak kena rasa apa? Manis?

Masam? Pahit? Sweet sour? Eh, itu masakan malam tadi. Haha

"Berdebar-debar ke, happy ke."

"Entah. Biasa-biasa je kak. Kena rasa ke semua tu?"

"Betul tak rasa apa-apa?" Kak Azie memandang tepat pada wajah Kamila.

Kamila mengangkat bahu. Dia mengangguk tiga kali.

"Such hai mere didi!"

"Apa tu?" Giliran Kak Azie mengangkat kening. Kamila ketawa kuat.

"Bahasa hindustan lah kak."

Jeans entah siapa dicampak kepada Kamila. Kak Azie mengeleng.

Main-main pulak dia ni. Kamila ketawa kuat. Dia kembali menatap tv.

Dah pukul sebelas rupanya. Cepat betul. Rasanya baru tadi makan ikan

bawal sweet sour Kyah. Terbaik!

"Habis tu, Fayyad macam mana?"

Kamila tersentak. Haih. Ada lagi ke soalan? Ingatkan tadi dah habis

bab ni. Hehe. "Macam mana apa kak?"

"Fayyad cintakan ila tak?"

"Entah. Takkan lah kot." Kamila gelak. Fayyad cintakan aku? Ada ke?

"Entah-entah dia dah ada awek. Kita je tak tahu." Sambungnya lagi. Kak

Azie diam. "Ada soalan lagi ke kak?" usik Kamila.

Kak Azie mencebik. Perlahan dia mengeleng.

"Ila naik dulu lah. Ngantuk!"

"Tolong akak lipat baju ni!" jerit Kak Azie. Kamila sudahpun melangkah

meniti anak tangga. Dia berhenti sesaat.

"Baju-baju Ila akak letak je kat tepi. Esok Ila lipat." Dia sengih.

Pantas kakinya di ayun ke atas. Tidur-tidur. Esok kena bangun pagi.

Huhu~ "Night kak!"

Kak Azie mengeleng. Haih Kamila..

*************************

"KAU CINTAKAN aku beb?"

Nasi yang di suap tersembur keluar. Kamila cepat-cepat menghulurkan

air. Dia ketawa kecil. Kelakar melihat muka kerut Fayyad di

hadapannya.

"Soalan apa tu?" Fayyad masih lagi terbatuk-batuk kecil. Bulat matanya

memandang muka Kamila yang selamba bomba memandangnya. Menunggu

jawapan.

Kamila. Tak pernah ada gadis yang berani tanya soalan cepu perak macam

tu. Tak ada kias-kias. "Kenapa kau tanya?" sambung Fayyad lagi. Soalan

Kamila tidak dijawab.

"Tak ada lah. Semua cakap kita bercinta. Aku pergi sana, ada kau. Kau

pergi sini, ada aku. Pasal tu, semua ingat kau dengan aku bercinta.

Sempit betullah fikiran diorang." Berkerut-kerut Kamila merungut.

Fayyad ketawa kuat. Ohhh~

Benda yang sama jadi pada dia sebenarnya. Soalan yang sama. tiap-tiap

kali dikaitkan dengan Kamila, mesti soalan yang sama. Cliche. 'Kau

dengan Ila bercinta ya?' 'Ila awek kau eh?'

Haih.

"Alah, kau biar ajelah diorang. Yang penting kita bahagia." Fayyad

menghirup jus di hadapannya. Tak ramai pelanggan di warung Kak Senah

petang tu. Hanya ada beberapa orang pelajar sahaja. Mungkin ramai yang

ada kelas pada waktu-waktu macam ni. "Yang kau tanya aku cintakan kau

atau tak tu, kenapa?"

Kening Kamila terangkat. Heeee~ dia senyum dua saat. "Tak lah. Aku

saja tanya. Sebab sampai sekarang aku tak faham maksud cinta. Aku tak

tahu macam mana rasa orang bercinta." Jujur.

"Kau nak rasa ke?" Fayyad sengih. Menayang giginya yang tersusun elok. Putih.

"Ha-ha. Tak kelakar. Aku tak terasa pun nak rasa. Lagipun aku dah

cukup bahagia sekarang." Sungguh. Tak ada sedikit pun rasa untuk

bercinta. Lagipun, apa makna cinta? Memiliki? Apa pun maksudnya, dia

tak nak ambil tahu. Tak kisah pun sebenarnya.

"Ila..Ila. orang lain sibuk cari pasangan masa belajar ni kau boleh

buat tak kisah je?" Fayyad ketawa. Kepalanya digeleng beberapa kali.

Nasi lemak ayam berempah dimasukkan ke dalam mulut. Sedap!

"Hoi, dah nama belajar. Ape kejadahnya nak bercinta?"

Fayyad mencebik.

"Penting ke? Lagipun untuk apa? Untuk bergayut tiap-tiap malam? Untuk

teman pergi mall? Tengok wayang? Untuk di belanja makan? Or, baik

sikit, untuk teman belajar?" bertalu-talu soalan dari Kamila. Fayyad

masih lagi maintain sengih. Aku hantuk juga kepala si Ila ni. Benda

simple macam ni pun dia buat macam masalah dunia!

"Sengih pulak. Betul ni aku tanya." Tisu du tengah-tengah meja di

capai. Mulutnya yang terasa berminyak di lap perlahan. Kolestrol

kolestrol.

"Kau tak nak ke semua tu? Buat semua benda, ada orang yang temankan?

Lalui tiap-tiap hari ni dengan ada orang disisi?" Fayyad menyuapkan

sesudu lagi nasi lemak ke dalam mulut. Pinggan di hadapan Kamila di

pandang. Cepat betul budak ni habiskan nasi! "So, tak payahlah kau nak

ajak aku lain kali." Fayyad menyambung. Dia sengih di hujung kata.

Bulat mata Kamila memandangnya. Bahu Fayyad diketuk dengan kotak

pensil yang berada di atas meja. Fayyad ketawa. " Sambal kau beb. Oooo

mengungkit!"

"Tak ada lah. Aku gurau je," tawanya masih bersisa. "Kau dengan aku

twentyfour seven kemana-mana. Dah tak ada awek sukakan aku, kau tahu?"

Kamila mencebik. "Kau yang tak hansome. Itu pasallah. Nak salahkan aku pulak."

"Kau kata aku tak handsome Ila?" bulat mata Fayyad merenung gadis di

hadapannya. Haih budak ni kalau iya pun, tak payah la nak jujur

sangat. Sentappp mak. Kamila senyum dua saat. Selamba bomba dia

menghirup teh o limau sampai habis.

"Kenyataan beb."

"Kacang botol betul lah kau. Bukan nak ambil hati aku. Sedih lah macam ni."

Kamila ketawa. Kuat. "Kau jangan nak buat muka donut kembang depan

aku. Aku baling dengan gelas ni baru kau tahu UK tu jauh atau dekat."

Fayyad turut sama ketawa. Ila.Ila.

"Eh, kalau kau dah ada awek nanti, cakap lah. Nanti sia-sia je kepala

aku kena cucuk dengan tumit tinggi awek kau."

"Apa tumit tinggi pulak?"

"Iya lah. Kau pun mesti cari awek yang spesis pakai kasut 4,5 inci

kan. Cantik. Macam model."

"Pakai selipar jepun macam kau pun boleh jadi model apa," Fayyad

sengih. "Model selipar Jepun!" serentak dia ketawa.

Kamila sengih.

"Aku dah ada pun sebenarnya. Kau je yang tak tahu." Fayyad bersuara.

Kening Kamila terangkat. Biar betikk??? Bila masa diorang couple kalau

dah hari-hari keluar dengan aku je? Huuuu~

"Wah. Bila beb? Kau pun, bukannya nak bagitahu aku." Kamila senyum.

"Tak ada lah aku nak ajak kau keluar macam ni. Huish, memang kena

tusuk dengan tumit tinggi la aku nanti." Fayyad ketawa. Jam di tangan

dipandang sesaat.

"Ini aku nak bagi tahu la." Jus di hadapannya dihirup sampai habis.

"Jom. Nanti lambat pulak masuk kelas Makcik Nora tu."

Kamila sengih. Makcik Nora. Pensyarah bahasa inggeris. Nama asal dia

Prof. Madya Puan Norahaiza Latip. Macam mana dapat nama Makcik Nora?

Sebab cara berleter dia dua bijik macam Makcik Nora, jiran sebelah

rumah Fayyad. Huuuu~ kalau sehari tak dengar dia berleter memang tak

sah. Okeh, nama glamor untuk Prof!! Terimalah. Hihi.

*********

"KAU JANGAN nangis macam perempuan boleh?"

"Aku perempuan okey!" kuat suara Kamila. Matanya yang masih merah

mencerun ke arah Fayyad. Fayyad sengih. Haah la. Lupa!

"Kau rilaks lah beb. Tenang. Tak payah nak menangis macam ni." Fayyad

bangun dari tembok yang dudukinya. Tangannya mengibas habuk yang

melekat pada jeans hitamnya. Dia pun turut sama risau sebenarnya. Tapi

dia mesti tenangkan Kamila. Teruk benar dah rupa dia ni.

Kamila diam. Air matanya masih lagi mengalir. Dadanya masih berombak.

Mukanya merah!

"Kau ingat aku suka sangat nangis? Aku geram ni!" tangannya sudah

dibentuk menjadi penumbuk. Ya. Memang dia geram. Geram dekat diri

sendiri geram dekat orang yang tak bertanggungjawab tu!

Fayyad sengih. Dia tahu Kamila akan menangis bila marah. Pelik, kan?

Kalau sedih pun, adanya dia nak nangis. Tapi kalau marah, confirm air

mata mahal dia tu keluar. "Dah la tu. Nanti kita fikir nak selesaikan

macam mana. cool okeh?"

"Kau cakap senang lah. Yang susahnya aku. Yang hilang barang tu aku.

Yang rosak pecah cermin kereta tu, aku!" suara Kamila makin kuat. Kak

Shima yang mengintai di sebalik kain yang dijemur tidak dihiraukan.

Makcik Nora yang sedang mengutip cili dari pokok cili di hadapan

rumahnya juga tidak dipedulikan.

Fayyad diam. Ya. Lebih baik dia diam. Kalau tak, gunung berapi ni

boleh meletus lagi. Heeee~

"Kau masuk dulu. Kereta ni tinggal dekat aku. Nanti aku hantarkan

dekat Workshop Tamin." Perlahan suara Fayyad memujuk. Simpati pada

Kamila menebal. Selalu sangat Kamila diuji.

"Tak payah lah. Biar aku hantar sendiri." Suara Kamila makin mengendur.

"Kau nak hantar dengan mata bengkak penuh air mata macam ni? Jangan

buat kelakar lah Ila. Bak sini kunci."

Kamila menurut. Kunci produa Kelisa itu bertukar tangan. Dia melangkah

perlahan masuk ke dalam rumah. Kak Shima yang masih menjemur kain di

laman hanya dipandang sepi.

Bodoh! Kenapalah aku letak laptop atas seat! Cermin kena pecah. Laptop

kena curi. Habis semua kerja aku. Assignment aku. Report lab aku.

Mamaaaaa..

Dia merebahkan diri ke atas katil. Mengucap beberapa kali. Untuk pujuk

hati. Menyesal tengking Fayyad tadi. Bukan dia yang salah. Dia nak

tenangkan aku je.

Haih.

Macam mana nak jawab dengan abah nanti? Abah okay lagi. Along? Mahunya

along tak bagi aku bawa kereta lagi. Hadoi..

KAMILA tersenyum puas. Helaian bersaiz A4 di tangannya di belek lagi.

Takut-takut ada helaian yang tertinggal. Siap juga akhirnya. 3 report

yang tertangguh. Kalau bukan sebab Fayyad yang tolong, dia sendiri tak

tahu apa yang akan jadi. Dah lah repot ini besar peratusnya. 60%!

Kalau tak hantar memang terbakar free je lah. Nak harapkan final 40

peratus lagi, dah memang sah sah fail!. Huuuu~

Laju langkahnya menuju ke arah bilik Puan Yasmin. Lab report perlu

segera dihantar. Lagipun dah seminggu dia terlewat. Nasib baik Puan

Yasmin okay je. Dia meletakkan ketiga-tiga report itu di atas rak khas

di hadapan bilik Puan Yasmin. Sekali lagi senyuman di ukir.

Alhamdulillah. Terima kasih Yad!

Dua minggu lepas, hampir terkeluar biji mata dia melihat sebuah kotak

sederhana besar di atas katil di dalam biliknya. Perlahan-lahan

tangannya membuka. Laptop? Nota? Kamila terduduk.

Kotak itu berisi nota-nota yang telah di print dari I-Student,

pendrive, Laptop Asus dan beberapa contoh lab report dari senior. Dan

tak lupa juga, kunci kereta! Langsir di biliknya diselak. Kelisanya

terletak elok di halaman rumahnya yang tak berapa besar itu. Keningnya

terangkat tinggi! Ain yang tersengih di hujung pintu dipandang. Ain

sengih.

"Fayyad yang hantar tadi." Ringkas. Terus dia berlalu dari situ.

Kamila terduduk di atas katil. Tangannya mencapai handphone di hujung

meja. Pantas nombor telefon Fayyad ditekan. Sesaat..dua saat.. tiga

saat. Tak berangkat. Kamila mengangkat kening. Mana dia ni? Selalu

laju je angkat. Sekali lagi butang call ditekan.

"Kau kat mana? Aku nak jumpa." Laju Kamila bertanya selepas salamnya disambut.

"Kenapa?"

"Aku nak bayar bil repair kereta dengan nota-nota yang kau dah print

ni," senafas Kamila menerangkan. Fayyad ketawa dari hujung talian.

"Aku lupa mana aku letak resit bil. So, aku tak tahu berapa."

"Cakap lah beb, aku nak bayar ni."

"Aku lupa mana aku campak. So, kau tak payah bayar."

Kamila diam. Lain nada suara Fayyad.

"So?"

Kening Kamila terangkat. Apa angin Fayyad ni? "Err..so?" Kamila kembali menyoal.

"Iya lah. So, nak kena jumpa juga ke?" tanpa nada Fayyad menerangkan.

Kamila tersentak. Tak pernah-pernah dia macam ni. Sebab aku marah

semalam ke?

Adess.

"Laptop tu.."

"Oh ya," laju Fayyad memotong. " Kau kena siapkan report, kan? Kau

gunalah laptop aku tu. Lagipun aku tak guna sekarang. Aku yang rajin

lagi berkaliber ni dah settlekan semua report." Fayyad tergelak kecil

di hujung kata. Kamila masih diam. Terharu sebenarnya. "Dalam pendrive

tu ada contoh-contoh report dari senior. Aku tak sempat nak copy masuk

dalam laptop. Kau tengok lah. Buat rujukan. Jangan kopi dan pasta

sudahlah." Sengih.

Kopi dan pasta. Copy and paste yang memang menjadi hobi sesetengah

pelajar. Kamila hilang kata-kata. Fayyad juga diam di hujung talian.

"Yad, kau kat mana?"

"Adalah. Kau jangan nak menangis macam perempuan lagi. Cuba belajar

tenang sikit. Allah uji kita bersebab. Ingat tu," dah macam abang

nasihatkan adik. Fayyad kembali serius. "Kau kan kuat. Orang kuat

adalah orang yang mampu menahan marah."

"Thanks Yad." Akhirnya terkeluar juga ayat itu. Selama ni jarang dia

mengucapkan terima kasih kepada Fayyad. Tak pernah rasanya. Fayyad

senyum sendiri. Senyuman yang tak dapat dilihat oleh Kamila.

"I got to go. Good luck!" dia terus memutuskan talian. Kamila

tersentak. Fayyad marahkan aku ke?

***************

"JADI?"

"Apa?" kening Kamila terangkat. Tiba-tiba pulak budak Ain ni. Apa yang

dah jadi?"

Ain dah Kyah sama-sama duduk berhadapan dengan Kamila. Remote tv di

tangan Kamila di ambil. Kamila membuat muka pelik. Kedua-dua wajah

serius di hadapannya itu di pandang. Apa ni?

"Kau tak nampak ke Ila?" Kyah pula menyoal. Kening Kamila makin

tinggi. Komplot apa budak dua orang ni? Nampak apa?

Kak Shima yang dari tadi menonton tv bersamanya dipandang. Kak Shima

sengih. Susah nak tafsir sengihan Kak Shima tu. Anak matanya kembali

mencari wajah Ain dah Kyah di hadapannya. Kalau fikiran aku ni boleh

keluar, dah keluar dah tanda soal banyak-banyak. Berterbangan.

Berpusing-pusing mengililingi kepala aku ni.

Eh, kau ingat ni cerita kartun ke Ila?. Kamila sengih sendiri. Tapi

tak lama. Terasa pahanya dicubit. Kuat. Sakit!!

Berkerut-kerut mukanya. Matanya mencerun ke arah Ain.

"Padan muka. Aku tanya boleh pulak mengelamun. Senyum siap!" Ain

mencebik. Ini dia sorang lagi. Kalau Kak Azie tu mak ketam, Ain pulak

anak ketam. Suka sangat main cubit-cubit.

"Aku tak faham soalan korang sebenarnya. Apa yang jadi? Apa yang patut

aku nampak?"

Bantal segiempat kecil bercorak asbtrak dilempar kepada Kamila. Habis

berterabur tanda soal yang menari-nari tadi.

Eh, mana ada. heeee~

"Apa ni kak. Main baling-baling." Bantal yang dibaling Kak Azie tadi

dipeluk. Entah dari mana Kak Azie muncul. Dia merapatkan kaki.

Bersila.

"Cik Kamila oit," Kyah mencelah. "Cuba lah buka mata tu sikit."

Kening Kamila terangkat. Erk, aku tutup mata ke sekarang? Kyah ni

memanglah. Aku tahulah aku ni sepet. Takkan tak boleh beza aku buka

mata atau tak. "Laa. Aku memang dah buka mata ni, Kyah."

Kyah menepuk dahi. Ain, Kak Shima dan Kak Azie bantai gelak. Kamila

pelik. Apa ni? Komplot apakah?

"Ila tak rasa ke yang Fayyad cintakan Ila?" Kak Shima yang dari tadi

khusuk menonton tv mula bersuara. Soalan cepu perak!

"Laaa. kan Ila dah cakap. Kita orang kawan je."

"Banyak yang dia dah buat untuk kau Ila," Ain mula menyampuk. "Ada ke

kawan yang buat semua tu. Sampai macam tu sekali? Apa yang dia tak

buat untuk kau? Semua dia buat."

"Kan aku kawan baik dia. Bukan kawan biasa. Kawan baik!" Perkataan

kawan baik itu ditekan. Giliran Ain menepuk dahinya. Kamila sengih.

Apa? Salah ke?

"Ila," lembut suara Kak Shima. Dia bangun dari sofa dan mendekati

Kamila dia meja makan bersama Ain dan Kyah. " Ila suka Fayyad tak? Ila

cintakan Fayyad tak?"

Ini bukan soalan cepu perak dah. Cepu platinum!

"Fayyad kan kawan baik Ila kak. Mestilah ila suka. Sayang," perlahan

suara Kamila. Eh, apahal lain macam je ni bila sebut sayang. Kenapa

dengan jantung aku ni? Lari tempo pulak. Selalu dup dap dup dap.

Sekarang dah jadi dupdup dapdap.

"..cinta?" sambung Kak Shima.

"Entah lah kak. Ila pun tak tahu macam mana rasa cinta tu." Jujur.

Memang dia tak tahu.

Ain, Kyah dan Kak Shima senyum. Kak Azie yang baru keluar dari dapur

juga turut sama memberi sedekah. Senyum. Betullah, senyum kan sedekah.

"Apa rasa bila Ila jumpa dia? Berdebar-debar ke. Terasa di awan-awangan ke."

"Tak rasa apa-apa pun kak,"

Kak Shima pula yang menepuk dahi. Haih, semua orang nak main-main

tepuk dahi malam ni. Huuu~

"Kalau Fayyad tak ada macam mana?" soalan dari Kak Azie membuatkan

Kamila tersentak. Tak ada?

Entah. Selama ni Fayyad sentiasa ada di sisi. Dari tahun pertama dia

jejakkan kaki di negeri ni. Bila handphone dia hilang, Fayyad yang

tolong pinjamkan handphone dia. Bila dia tertinggal kelas, Fayyad yang

tolong salinkan nota. Bila dia lapar malam-malan pun, Fayyad yang

hantarkan nasi goreng. Bila..bila..dan bila.. semuanya ada Fayyad.

Fayyad yang menjadi penyelamat aku. Bila tak ada Fayyad, aku? Rindu.

Erk? Biar betik? Kamila sengih sendiri. Dah masuk air otak dia ni. Heee~

"Boleh senyum pulak dia." Ain tergelak. Kepalanya digeleng beberapa

kali. Apa, ingat korang je boleh bagi sedekah. Aku pun nak. Senyum..

"Ila sayangkan Fayyad, kan?"

"Entah lah kak. Ya kot."

Kak Azie senyum. "Bagitahu lah dia."

"Erk, takkan lah kak," keningnya terangkat. Muka Kak Azie di pandang.

"Iya lah. Bagitahu dia yang Ila suka dia. Ila tunjukkan lah yang Ila

hargai pertolongan dia. Ila bagi hint yang Ila sayang dia. Lembut

sikit." Panjang lebar Kak Azie menerangkan. Yang lain hanya

mengangguk-angguk macam burung belatuk.

"Burung apa paling baik?"

Dia geleng. "Tak tahu,"

"Burung belatuk. Sebab dia bela atuk!"

Kambing punya teka-teki. Kamila senyum sendiri. Siapa lagi yang kasi

teka-teki kaming macam ni kalau bukan Fayyad. Hah, Fayyad lagi.

"Takkan nak tunjuk kak." Walau semoden mana pun dunia ni, dia tetap

dengan pendirian. Tak mahu jadi seperti perigi yang mencari timba.

"Jai betullah lah Ila suka Fayyad? Akak bagitahu dia nak?" Kak Azie

mengusik. Bulat mata Kamila memandangnya.

"Akak!! Jangan buat lawak yang ultraman pun tak buat!"

"Ultraman tak buat, akak buat." Kak Azie sengih. Yang lain-lain dah

bantai gelak. Kamila mencebik. "Ya, ya. Akak gurau je la. Tapi, nanti

Ila kena tunjuk juga yang Ila cintakan dia."

"Bila masa Ila cakap Ila cintakan dia." Pantas dia memotong. Kak Azie

mengangkat kening.

"Dah tu tadi?"

"Ila cakap Ila sayang dia je." Sengih. Sekarang Kak Azie pula yang

membawa tangan kanannya ke dahi. Haih Kamila. "Ye la. Ila tak rasa

berdebar-debar pun. Tak juga rasa di awan-awangan."

"Ya, ya. Akak masuk tidur dululah. Karang piring ni pulak yang terbang

kena kepala Ila." Kak Azie sengih. Dia bingkas bangun dari meja makan

membawa piring sisa cekodok yang dimasak tadi ke sinki.

"Buka mata Ila. Buka hati!" bisik Ain. Kyah sengih. Mereka juga turut

sama bangun. Beransur ke bilik masing masing. Jam di dinding dipandang

sesaat. Pukul 11.30. Patutlah semua dah mengantuk

Eh jap. Buka mata? Hati? Buka mata aku tahu la. Buka hati???

*****

"DAH hantar semua report?"

"Dah." Ringkas. Dia menghulurkan beg yang berisi laptop jenama Asus

itu kepada Fayyad. Fayyad menyambut.

Nasib baik Fayyad free hari ni. Dah hampir seminggu Kamila cuba untuk

menghubungi Fayyad. Nak hantar laptop. Tapi Fayyad sibuk. Entah apa

yang disibukkan pun dia tak pasti.

"Thanks beb,"

"Small matter lah," Fayyad menarik kerusi dan duduk bertentangan

dengan Kamila. Beg laptop diletakkan di kerusi sebelah. Fayyad

mengukir senyum. Manis. Tenang je. Spontan bibir Kamila turut sama

tersenyum.

Aura apa ni. Main jangkit-jangkit senyum pulak.

"Cantik pun kau senyum," Fayyad tiba-tiba bersuara.

Cantik? Kau puji aku Yad? Kau kata aku cantik? Alamak, jantung aku

tukar tempo lagi!

"Aku ingat kau dah lupa macam mana nak senyum manis macam ni. Selalu

muka sengih kerang busuk je aku tengok."

"Gajus kau Yad. Kerang busuk kau cakap? Cakap la kerang goreng ke,

kerang bakar cecah sos ke. Sedap sikit."

Fayyad ketawa. "Tapi betullah. Cantik kau senyum macam tu. Jarang aku tengok."

Dupdup dapdap. Ha, nampak. Tempo jantung aku dah lari balik Melaka!

Macam ni ke berdebar-debar?

"Kau sihat tak Ila?" Fayyad memandang tepat pada muka Kamila. Pelik

pulak dia harini. " Pucat semacam je aku tengok. Okey tak ni?"

Mak ai suara dia. Perihatin habis. Cair aku. Cair! Eh, bukan selalu ke

aku dengar suara dia. Demam apa kau ni Ila?

Pantas dia mengeleng. Tak. Dia tak sakit. Hanya dada ni je. Tangannya

diletakkan di dada. Berdebar-debar? Tanda jatuh cinta? Kyah, Ain, Kak

Shima, Kak Azie, aku jatuh cinta! Semua, aku jatuh cinta!

Dia masih lagi kaku tak bergerak. Dahi Fayyad berkerut melihat

senyuman lain perisa dari Kamila. Awat yang pelik sangat kawan aku

hari ni? Ha. Nampak, asal pelik je, keluar loghat utara!

"Ila, kau okey tak ni? Jom la kita pergi klinik. Muka pucat habis!"

Fayyad bingkas bangun. Dia memandang Kamila yang masih duduk di

kerusi.

Dia risaukan aku? Wah! Rasa nak terbang boleh? Aku di awan-awangan!

"Fayyad, sorry, lambat." Seorang gadis tiba-tiba melabuhkan punggung

di kerusi sebelah Fayyad. Beg laptop Fayyad tadi diletakkan di atas

meja.

Senyum.

Manis!

Dush! Kamila jatuh dari awan.

"Its okay. Nisa dari mana tadi?" Fayyad sudahpun berpaling ke arah

gadis yang dipanggil Nisa itu. Kamila turut sama memandangnya. Sebijik

macam pelakon Jepun. Cuma pakai tudung je. Eh, bukan. Selendang.

Cantik jugak dia lilit macam tu. Kalau tak silap, itu fesyen Hana

Tajima.

Kenal pulak aku pada Hana Tajima. Kak Shima punya pasal lah ni. Habis

blog fesyen tudung dia tayang kat aku. Heee~

Tapi siapa si Nisa ni?

"Dari library. Tak perasan dah pukul 2.30." Nisa senyum. Dia berpaling

pada Kamila yang memandangnya.

"Beb, ni lah Nisa," Fayyad memperkenalkan. Nisa menghulurkan tangan

dan pantas juga Kamila menyambut. Ye la. Aku tahu la Nisa. Tapi

siapa??? Teman wanita..?

"Hai. Kamila, kan?" Kamila mengangguk. Matanya masih tidak lepas pada

wajah cantik di hadapannya. Memang kalah la aku. Tudung hitam yang

hanya diselempangkan ke kiri dan kanan!

"Beb, abang lecturer kat sini. Kau kenal tak lecturer calculus yang

muda-muda tu. Encik Sha.."

"Does it matter?" pantas Kamila memotong. "Perlu ke aku kenal?"

"Tak la, tapi.."

"So?"

Fayyad terdiam. Apa kena Kamila ni.

"Aku balik dulu. Turn aku masak harini." Kamila bingkas bangun. Beg

sandangnya di capai dari kerusi sebelah.

"Kau pandai masak ke beb?" Fayyad tergelak kecil. Bulat mata Kamila

memandangnya.

"Kau jangan pandang aku tanpa cermin mata lah." Suka-suki dia je dia

kecilkan bakat aku yang besar ni depan awek dia?

Kak Azie, kan dah cakap. Dia dah ada awek la.

"Hati-hati."

Kamila mengangguk. "Adios. Assalamualaikum!" terus kakinya diatur

keluar dari cafe.

"APA KENA TU?"

"Entah. Maafkan dia ya. Selalu dia tak macam tu," Fayyad mengeluh.

Memang dia tak tahu apa yang jadi pada Kamila.

"Dia jealous la tu." Senyum.

"Takkan lah kut." Fayyad mengangkat kening.

"Believe me. Dia cemburu."

"Boleh percaya ke?"

"200%!"

*********

BREK MOTOR ditekan kuat. Kuat bunyi geseran tayar yang terhasil. Enjin

LC hijau itu ditutup. Dia pantas menegakkan tongkat. Loceng di luar

rumah ditekan. Sekali. dua kali.. terjegul muka di sebalik pintu

besar.

Dia melempar senyum. Tapi tak berbalas.

Pintu pagar besi itu dibuka. Dia melangkah masuk dah duduk di bangku

tidak jauh dari pagar besi itu. Seperti biasa.

Diam. Gadis di hadapannya itu pun turut sama membisu.

"Kak Azie cakap kau sakit. Sekarang dah okay belum?"

Kamila mencebik. Sebab kau lah aku sakit. "Dah okay. Aku belum nak mati lagi."

"Ila.."

"Apa?"

"Apa masalah sebenarnya ni? Dari hari tu lagi."

"Mana ada apa-apa." Kamila memandang rumput di kaki. Hijau. Dah nak

panjang dah, bila Pak Kasim nak datang potong ni.

Fayyad sengih. "Kau tahu kan yang aku tahu kau tak pandai menipu. Tak

payah nak cuba. Tak jadi pun." Muka Kamila yang pucat dipandang.

Memang pucat. Tengah hari macam ni pun dia sarung baju panas. Teruk

betul demam dia. "So, why? Macam mana boleh sakit?"

"Dah tertulis yang aku sakit hari ni, nak buat macam mana."

"Ila.." keras. Sabar ajelah dengan dia ni.

"Aku tukar tayar kereta petang semalam." Kamila mengalah juga. Takut

bila mendengar nada tak senang dari Fayyad. Bukan selalu Fayyad buat

nada suara macam tu.

"Kat mana? bila?" Kening Fayyad terangkat. Petang semalam? Bukan ke hujan lebat?

"Seksyen 21."

"Kenapa tak bagitahu aku. Kau tu bukannya reti pun nak tukar tayar.

Karang salah pasang kau jugak yang susah."

"Kena cakap ke?"

Fayyad mengangkat kening. Awat dia nih?. "Kan aku dah cakap. Kalau

rosak lagi, call je aku."

"Itu dulu. Sekarang tak payah. Kau risaukan awek kau je la beb.

Lagipun aku okey je tanpa kau."

Itu dia. Ayat cemburu dah keluar. Fayyad sengih. Betul kata Nisa.

Tepat. Memang nak kena kasi 200 markah dekat si Nisa nanti. Huuu~

"Bila masa pulak aku ada awek ni?"

"Kau cakap dulu. Nisa?"

"Nisa tu cousin Kak Shima la. Kan Kak Shima ada sepupu yang jadi

lecturer kat uni kita."

Kamila terdiam. Dia memandang Fayyad tak percaya. Sepupu Kak Shima?

Apa yang complicated sangat ni.

"Nisa kawan sekolah aku dulu. Dia baru tukar masuk uni kita." Sambung

Fayyad lagi. "Beb, kau betul ke okey tanpa aku?" sengih.

"Ye lah." Mukanya dah bertukar warna. Adess. Agak-agak, nampak sangat

tak aku cemburu tadi?

Adoii..

"Habis tu yang demam bagai ni kenapa?" macam ni ke okey?" Fayyad mengusik.

Kamila diam lagi. Memang dia tak tahu nak kata apa. Padan muka aku.

"Ila, just say it. kau takkan rugi apa-apa pun."

"Cakap apa?"

"Say you love me." Sengih.

"Nonsense!"

Fayyad ketawa kuat. Dia mengerling ke arah tingkap kecil di sebelah

pintu besar. Ain dengan Kyah sama-sama meletakkan jari teluntuk di

bibir masing-masing. Dia senyum.

"Apa yang nonsense. Kau berdebar-debar kan sekarang?" Fayyad masih

lagi menyakat.

Kamila menjuih bibir. Ada ke nak aku cakap. Tapi, berdebar-debar tu

memangla.. hee~

"Ila."

"Apa?"

"Say it," sengih lagi.

"ACK" perlahan.

Kening Fayyad terangkat. Lama dia berfikir. apa pulak tu.

Seminit kemudian dia senyum. Haih Kamila. "Boleh pulak dia buat short

form macam tu. Tak romantik langsung."

Kamila mencebik. "Boleh je. Nak romantik-romantik, pergi lah cari yang

pakai heels 4,5 inci tu."

"Aku lagi suka yang selipar jepun. Tinggi-tinggi aku gayat!"

Kamila ketawa. Sengal!

"Ila, ACKJ." Senyum.

"Elleh, kau pun sama buat short form!"

Kedua-duanya ketawa. Sesaat kemudian bunyi tepukan dari arah pintu

besar. Kamila dan Fayyad sama-sama menoleh. Ain dan Kyah sama-sama

menepuk tangan. Nasib baik Kak Azie dengan Kak Shima belum balik dari

kerja lagi. Kalau tak, pastinya lebih haru biru.

Fayyad hanya mantain sengih. Kamila senyum. Semua, aku jatuh cinta

>_<.