Semua, Aku Jatuh Cinta!
"KAMILA, aku jatuh cinta!!"
Kamila yang baru sahaja hendak lelap tersentak. Kencang jantungnya
berdegup. Kacau betullah Kyah. Sudahlah dia susah nak lelap, sekali
kena terjah dengan suara Kyah, segar bugar matanya. Kamila memandang
Kyah yang sedang sengih ala ala lala kena goreng. Dia membuat muka
bosan.
Cinta? Apa tu? Kenapa korang selalu sibuk-sibuk cakap pasal cinta. Aku
tak tahu apa makna cinta. Pelik bila Kak Shima tiap-tiap malam angau
dalam bilik. Dengar lagu seorang diri. Kadang-kadang senyum sendiri.
Ain pula hampir tiap-tiap malam bergayut. Kalau handphone tu ada wayar
macam telefon meja, memang confirm leher dia dah terbelit sama. Itu
tak masuk lagi cerita Farra. Teman lelakinya tak benarkan dia berkawan
dengan lelaki lain. Itupun Farra ikut sahaja. Cinta punya pasal.
Apa tu cinta? Sayang? Aku sayang mak ayah aku. Itu maknanya aku
cintakan mereka? Ya la kot.
"Kau jatuh cinta dengan siapa Kyah?" Kamila kembali ke alam nyata. Dia
memandang Kyah yang masih tersenyum-senyum macam kerang kena bakar.
"Ila, aku rasa macam nak terbang. Baru aku faham maksud
diawan-awangan," Kyah masih lagi senyum-senyum sendiri. Kamilah
membaling teddybear hadiah Ain ke arah Kyah. Teruk betul angaunya!
"Cik Khairiyah sayang, kalau kau kejut aku semata-mata untuk tunjuk
muka angau kau, baik tak payah," Kamila membebel. Memang dia tak
senang. Sejak dari tadi dia memaksa matanya untuk tidur. Tapi Kyah
dengan senang memotong talian mengantuknya. Boleh macam tu?
"Rilaks lah Cik Ila oit. Aku nak kongsi cerita gembira ni," Kyah
tergelak kecil. Suka melihat muka Kamila yang cemberut. "Kau kenal
Putera Katak fakulti kita kan?"
"Putera katak? Tak, aku tak kenal," selamba Kamila menjawab. Tawa Kyah
meledak. Hadui, memanglah Kamila tak kenal, hanya dia yang memanggil
Haris dengan panggilan itu!
"Haris lah,"
"Kenapa dengan dia? Dah berubah jadi katak ke?"
"Sengal kau Ila, Dia..ehem..dia ajak aku couple!" Kyah malu-malu.
Perlahan sahaja perkataan couple yang terkeluar dari mulutnya. Kamila
senyum dua saat.
"Jadi, ada kaitan dengan aku ke? Dah lah kau kacau aku tidur, tak patut betul."
"Padan muka kau. I'm in love! Good night Ila!" Kyah keluar dari bilik
Kamila sambil menyanyi-nyayi. Kamila memandang kosong. Tambah seorang
lagi yang angau!
Kamila melangut atas katil. Dia bosan. Novel yang baru sahaja
dibelinya semalam sudah dua kali dia khatam. Dia memandang katil Kak
Azie yang kemas tersusun. Rindu pada Kak Azie bertandang. Kamila
sebilik dengan Kak Azie. Bilik paling besar. Kak Azie pun satu, hujung
minggu saja, mesti hilang. Tahulah kampung dia dekat. Aku juga yang
jauh diperantauan. Mak, Ayah, Ila rinduu..
Rumah banglo tiga tingkat itu diduduki oleh lima orang anak dara.
Kamila, Ain, dan Kyah satu universiti. Kak Azie dan Kak Shima pula
satu tempat kerja. Malam tu, cuma Kamila dan Kyah yang ada. Semua yang
lain entah kemana hilang. Kak Azie memang sudah dua hari balik
kampung.
Telefon bimbit Sony Erricson berwarna kuning dicapai. Dia menaip
nombor telefon yang memang sekian lama dia hafal. Dua minit menunggu,
panggilannya terjawab.
"Assalamualaikum," Suara dari hujung talian sedikit serak. Mungkin
tuan empunya diri dah tidur.
"Wa'alaikumussalam. Kau dah tidur ke beb? Tak kira, kau kena bangun
juga, aku tak boleh tidur ni,"
"Kenapa tak boleh tidur?"
Kamila senyum. Akhirnya dia ada juga teman untuk berbual.
**************************
"BEB, kau kat mana? Kereta aku buat hal," Sudah hampir satu jam Kamila
mencuba untuk menghidupkan keretanya, namun, masih lagi tiada
tanda-tanda untuk hidup. Sudahlah hujan, habis lencun bajunya.
"Kau kat mana tu?" suara dari hujung talian kedengaran bimbang.
"Aku depan Shell, depan pintu pagar belakang."
"Okey-okey, tunggu sampai aku datang."
Kamila menekan butang off. Kereta ni memang nak kena, aku tak bagi kau
makan minyak lagi baru tahu. Eh, kalau aku tak bagi minyak, macam mana
kereta ni nak hidup? Aku jugak yang susah. Okeh, aku dah gila! Hujan
sudah beransur-ansur hilang. Makin ramai orang yang lalu lalang di
kawasan itu. Kamila dah naik segan. Mata-mata asyik memandangnya yang
bersila di tepi kereta.
Dia memandang kosong Kelisa berwarna kuning itu. Memang sudah lama
keretanya tidak meragam. Time ada hal penting pulak lah dia nak buat
hal. Dia menjeling jam di tangan. Juga berwarna kuning. 'Penyakit
kuning masa baby tak hilang lagi' dia senyum sendiri. Macam terdengar
kata-kata Mimi, kawan sekolahnya. Memang hampir semua barang-barangnya
berwarna kuning. Macam dah sebati dengan jiwa. Nak buat macam mana?
Dari jauh sebuah motosikal LC hijau laju memecut ke arahnya. Berdecit
bunyi tayar apabila tuan punya motor itu menekan brek.Fayyad!!
"Lama tunggu?" Fayyad membuka topi keledarnya. Terserlah wajah bersih
yang disulami dengan lesung batu. Eh, bukan, lesung pipit!. Rambutnya
yang sedikit panjang dikuak ke belakang.
"Tak pun, cepat kau sampai. Dari mana tadi?"
"Dari kelas. Aku curi-curi keluar," Fayyad sengih. Tangannya sibuk
membelek bonet depan kereta Kamila. Kamila hanya memandang. Memang dia
tidak tahu apa tentang enjin kereta. Fayyad masuk ke tempat pemandu.
Sekali start, kereta Kamila sudah berfungsi seperti biasa. Kamila
menarik nafas lega. Memang kau superb la Yad. Huuuuu~
"Apa masalahnya tadi?" Melihatkan Fayyad yang bermandi peluh, Kamila
mengulurkan sapu tangannya. Fayyad menyambut.
"Tak payah tahulah. Kalau aku cakap bukannya kau faham," Fayyad
sengih. Dia kembali menghidupkan motosikalnya.
"Bagitahulah. Aku nak belajar. Rosak lagi nanti senang aku nak betulkan,"
"Kau nak betulkan?" Fayyad gelak. "Tak payah, biar aku je lah yang
betulkan. Kau just bawak kereta tu elok-elok." Fayyad menyambung.
Kamila yang dia kenal memang selalu berdepan dengan masalah. Kunci
kereta tertinggal dalam keretalah. Handphone hilanglah. Beg kena curi
lah. Macam-macam
Kamila mencebik. Fayyad mengangkat tangan membuat tanda Peace. Terus
dia memecut laju ke arah fakulti. Kamila senyum sendiri. Kalau
difikirkan, dia memang bernasib baik dapat berkawan dengan Fayyad. Dah
banyak benda yang Fayyad buat untuk dia. Banyak. Ya. Memang banyak.
Huuuu~
Dia kembali mendapatkan keretanya. Jam di tangan dikerling lagi. Sudah
15 minit lambat. Harap-harap test belum lagi bermula.
********
"ILA DENGAN Fayyad okey?"
"Okey je kak. Kenapa?"
Kak Azie senyum. Wajah Kamila yang dari tadi asyik memandang TV
dipandang. Putih. Mata sepet, rambut yang tak berapa nak panjang.
Namun selau dilindungi dengan tudung bawal. Pernah Shima hulurkan
selendang. Ikut fesyen sekarang katakan. Namun ditolak mentah-mentah
oleh Kamila.
"Nak kena lilit macam mana ni kak? Mahunya terbelit leher Ila dalam
kelas nanti. Tak nak lah kak."
"Kak Azie sayang..." tangannya diawang angkan tepat di muka Kak Azie.
Jauh sungguh berfikir. Dah la pandang orang macam nak makan. Heeee~
"Akak nak minta hutang ke? Sorry-sorry, Ila belum withdraw lagi."
Kamila sengih. Duit makan tengah hari semalam dia belum bayar. Banyak
pula tu. Siapa suruh melantak banyak-banyak. Lepas tu lupa bawa purse!
Terasa pahanya dicubit. Adoiii. Dia terjerit kecil. Haih akak aku ni.
Kalau tak buat tangan ketam dia tak sah.
"Sakit kak,"
"Biar dia. Bila masa akak cakap nak minta hutang? Kan akak cakap tak
payah bayar." Kak Azie mencebik. Kamila sengih. Matanya kembali ke
kaca tv. "Ila dengan Fayyad ada apa-apa ke dik?" Nah, ambil satu lagi
soalan cepu perak. Kamila buat muka bosan. Memang. Dah bosan dengan
soalan yang sama.
Memang mereka serumah mengenali Fayyad. Selalu juga Fayyad datang
hantar assignment la. Nota la. Pinjam buku la. Hantar nasi goreng pun
ada.
"Kenapa teruk sangat muka tu?" Kak Azie gelak. Tangannya menyusun kain
baju yang dilipat tadi membentuk bangunan segiempat tepat.
"Akak lah. Akak pun sama je dengan mereka-mereka di luar sana,"
tangannya di awang-awangkan beberapa kali. Dah macam gaya Karam Singh
Walia baca berita dah. Kak Azie ketawa gelihati. Ada-ada je budak ni.
"Itu memang soalan wajib ke kak?" dia bersila menghadap Kak Azie.
"Tak ada lah," Kak Azie menarik nafas panjang. "Kamu berdua kan rapat.
Orang tengok boleh salah faham." Lembut suara Kak Azie. Kamila
mencebik. Orang. Memanglah. Apa yang diorang tahu pasal hati orang
lain?
Remote tv dicapai dari atas meja. Siaran di alih berulang kali. Tak
ada cerita pulak malam ni. "Kami kawan je la kak." Tuturnya perlahan.
Kak Azie melirik senyum. Sehelai lagi baju dicapai untuk dilipat. "Tak
boleh ke kalau perempuan kawan dengan lelaki? Kami bukannya buat benda
tak elok."
Kadang kadang bosan jugak dengar orang bercakap. Haih.
Kak Azie senyum dua saat. Baju yang siap dilipat, di susun lagi di
bangunan yang sedikit rendah. Semua baju yang baru di angkat dari
ampaian. Baju Kak Shima ada. Baju Ain, Kyah dan baju dia sendiri. Tak
terasa sikit pun nak menolong Kak Azie. Mood bermalas-malas malam ni.
Heeee~
"Dik, orang bercakap sebab diorang dapat detect something. Something
yang mungkin kamu berdua pun tak perasan."
Kamila terlopong. Detect apa ni? Diorang ada cipta radar perasaan ke?
Eii, seram!
"Betul Ila tak rasa apa-apa bila keluar dengan Fayyad?"
"Rasa apa kak?" Kamila mengangkat kening. Nak kena rasa apa? Manis?
Masam? Pahit? Sweet sour? Eh, itu masakan malam tadi. Haha
"Berdebar-debar ke, happy ke."
"Entah. Biasa-biasa je kak. Kena rasa ke semua tu?"
"Betul tak rasa apa-apa?" Kak Azie memandang tepat pada wajah Kamila.
Kamila mengangkat bahu. Dia mengangguk tiga kali.
"Such hai mere didi!"
"Apa tu?" Giliran Kak Azie mengangkat kening. Kamila ketawa kuat.
"Bahasa hindustan lah kak."
Jeans entah siapa dicampak kepada Kamila. Kak Azie mengeleng.
Main-main pulak dia ni. Kamila ketawa kuat. Dia kembali menatap tv.
Dah pukul sebelas rupanya. Cepat betul. Rasanya baru tadi makan ikan
bawal sweet sour Kyah. Terbaik!
"Habis tu, Fayyad macam mana?"
Kamila tersentak. Haih. Ada lagi ke soalan? Ingatkan tadi dah habis
bab ni. Hehe. "Macam mana apa kak?"
"Fayyad cintakan ila tak?"
"Entah. Takkan lah kot." Kamila gelak. Fayyad cintakan aku? Ada ke?
"Entah-entah dia dah ada awek. Kita je tak tahu." Sambungnya lagi. Kak
Azie diam. "Ada soalan lagi ke kak?" usik Kamila.
Kak Azie mencebik. Perlahan dia mengeleng.
"Ila naik dulu lah. Ngantuk!"
"Tolong akak lipat baju ni!" jerit Kak Azie. Kamila sudahpun melangkah
meniti anak tangga. Dia berhenti sesaat.
"Baju-baju Ila akak letak je kat tepi. Esok Ila lipat." Dia sengih.
Pantas kakinya di ayun ke atas. Tidur-tidur. Esok kena bangun pagi.
Huhu~ "Night kak!"
Kak Azie mengeleng. Haih Kamila..
*************************
"KAU CINTAKAN aku beb?"
Nasi yang di suap tersembur keluar. Kamila cepat-cepat menghulurkan
air. Dia ketawa kecil. Kelakar melihat muka kerut Fayyad di
hadapannya.
"Soalan apa tu?" Fayyad masih lagi terbatuk-batuk kecil. Bulat matanya
memandang muka Kamila yang selamba bomba memandangnya. Menunggu
jawapan.
Kamila. Tak pernah ada gadis yang berani tanya soalan cepu perak macam
tu. Tak ada kias-kias. "Kenapa kau tanya?" sambung Fayyad lagi. Soalan
Kamila tidak dijawab.
"Tak ada lah. Semua cakap kita bercinta. Aku pergi sana, ada kau. Kau
pergi sini, ada aku. Pasal tu, semua ingat kau dengan aku bercinta.
Sempit betullah fikiran diorang." Berkerut-kerut Kamila merungut.
Fayyad ketawa kuat. Ohhh~
Benda yang sama jadi pada dia sebenarnya. Soalan yang sama. tiap-tiap
kali dikaitkan dengan Kamila, mesti soalan yang sama. Cliche. 'Kau
dengan Ila bercinta ya?' 'Ila awek kau eh?'
Haih.
"Alah, kau biar ajelah diorang. Yang penting kita bahagia." Fayyad
menghirup jus di hadapannya. Tak ramai pelanggan di warung Kak Senah
petang tu. Hanya ada beberapa orang pelajar sahaja. Mungkin ramai yang
ada kelas pada waktu-waktu macam ni. "Yang kau tanya aku cintakan kau
atau tak tu, kenapa?"
Kening Kamila terangkat. Heeee~ dia senyum dua saat. "Tak lah. Aku
saja tanya. Sebab sampai sekarang aku tak faham maksud cinta. Aku tak
tahu macam mana rasa orang bercinta." Jujur.
"Kau nak rasa ke?" Fayyad sengih. Menayang giginya yang tersusun elok. Putih.
"Ha-ha. Tak kelakar. Aku tak terasa pun nak rasa. Lagipun aku dah
cukup bahagia sekarang." Sungguh. Tak ada sedikit pun rasa untuk
bercinta. Lagipun, apa makna cinta? Memiliki? Apa pun maksudnya, dia
tak nak ambil tahu. Tak kisah pun sebenarnya.
"Ila..Ila. orang lain sibuk cari pasangan masa belajar ni kau boleh
buat tak kisah je?" Fayyad ketawa. Kepalanya digeleng beberapa kali.
Nasi lemak ayam berempah dimasukkan ke dalam mulut. Sedap!
"Hoi, dah nama belajar. Ape kejadahnya nak bercinta?"
Fayyad mencebik.
"Penting ke? Lagipun untuk apa? Untuk bergayut tiap-tiap malam? Untuk
teman pergi mall? Tengok wayang? Untuk di belanja makan? Or, baik
sikit, untuk teman belajar?" bertalu-talu soalan dari Kamila. Fayyad
masih lagi maintain sengih. Aku hantuk juga kepala si Ila ni. Benda
simple macam ni pun dia buat macam masalah dunia!
"Sengih pulak. Betul ni aku tanya." Tisu du tengah-tengah meja di
capai. Mulutnya yang terasa berminyak di lap perlahan. Kolestrol
kolestrol.
"Kau tak nak ke semua tu? Buat semua benda, ada orang yang temankan?
Lalui tiap-tiap hari ni dengan ada orang disisi?" Fayyad menyuapkan
sesudu lagi nasi lemak ke dalam mulut. Pinggan di hadapan Kamila di
pandang. Cepat betul budak ni habiskan nasi! "So, tak payahlah kau nak
ajak aku lain kali." Fayyad menyambung. Dia sengih di hujung kata.
Bulat mata Kamila memandangnya. Bahu Fayyad diketuk dengan kotak
pensil yang berada di atas meja. Fayyad ketawa. " Sambal kau beb. Oooo
mengungkit!"
"Tak ada lah. Aku gurau je," tawanya masih bersisa. "Kau dengan aku
twentyfour seven kemana-mana. Dah tak ada awek sukakan aku, kau tahu?"
Kamila mencebik. "Kau yang tak hansome. Itu pasallah. Nak salahkan aku pulak."
"Kau kata aku tak handsome Ila?" bulat mata Fayyad merenung gadis di
hadapannya. Haih budak ni kalau iya pun, tak payah la nak jujur
sangat. Sentappp mak. Kamila senyum dua saat. Selamba bomba dia
menghirup teh o limau sampai habis.
"Kenyataan beb."
"Kacang botol betul lah kau. Bukan nak ambil hati aku. Sedih lah macam ni."
Kamila ketawa. Kuat. "Kau jangan nak buat muka donut kembang depan
aku. Aku baling dengan gelas ni baru kau tahu UK tu jauh atau dekat."
Fayyad turut sama ketawa. Ila.Ila.
"Eh, kalau kau dah ada awek nanti, cakap lah. Nanti sia-sia je kepala
aku kena cucuk dengan tumit tinggi awek kau."
"Apa tumit tinggi pulak?"
"Iya lah. Kau pun mesti cari awek yang spesis pakai kasut 4,5 inci
kan. Cantik. Macam model."
"Pakai selipar jepun macam kau pun boleh jadi model apa," Fayyad
sengih. "Model selipar Jepun!" serentak dia ketawa.
Kamila sengih.
"Aku dah ada pun sebenarnya. Kau je yang tak tahu." Fayyad bersuara.
Kening Kamila terangkat. Biar betikk??? Bila masa diorang couple kalau
dah hari-hari keluar dengan aku je? Huuuu~
"Wah. Bila beb? Kau pun, bukannya nak bagitahu aku." Kamila senyum.
"Tak ada lah aku nak ajak kau keluar macam ni. Huish, memang kena
tusuk dengan tumit tinggi la aku nanti." Fayyad ketawa. Jam di tangan
dipandang sesaat.
"Ini aku nak bagi tahu la." Jus di hadapannya dihirup sampai habis.
"Jom. Nanti lambat pulak masuk kelas Makcik Nora tu."
Kamila sengih. Makcik Nora. Pensyarah bahasa inggeris. Nama asal dia
Prof. Madya Puan Norahaiza Latip. Macam mana dapat nama Makcik Nora?
Sebab cara berleter dia dua bijik macam Makcik Nora, jiran sebelah
rumah Fayyad. Huuuu~ kalau sehari tak dengar dia berleter memang tak
sah. Okeh, nama glamor untuk Prof!! Terimalah. Hihi.
*********
"KAU JANGAN nangis macam perempuan boleh?"
"Aku perempuan okey!" kuat suara Kamila. Matanya yang masih merah
mencerun ke arah Fayyad. Fayyad sengih. Haah la. Lupa!
"Kau rilaks lah beb. Tenang. Tak payah nak menangis macam ni." Fayyad
bangun dari tembok yang dudukinya. Tangannya mengibas habuk yang
melekat pada jeans hitamnya. Dia pun turut sama risau sebenarnya. Tapi
dia mesti tenangkan Kamila. Teruk benar dah rupa dia ni.
Kamila diam. Air matanya masih lagi mengalir. Dadanya masih berombak.
Mukanya merah!
"Kau ingat aku suka sangat nangis? Aku geram ni!" tangannya sudah
dibentuk menjadi penumbuk. Ya. Memang dia geram. Geram dekat diri
sendiri geram dekat orang yang tak bertanggungjawab tu!
Fayyad sengih. Dia tahu Kamila akan menangis bila marah. Pelik, kan?
Kalau sedih pun, adanya dia nak nangis. Tapi kalau marah, confirm air
mata mahal dia tu keluar. "Dah la tu. Nanti kita fikir nak selesaikan
macam mana. cool okeh?"
"Kau cakap senang lah. Yang susahnya aku. Yang hilang barang tu aku.
Yang rosak pecah cermin kereta tu, aku!" suara Kamila makin kuat. Kak
Shima yang mengintai di sebalik kain yang dijemur tidak dihiraukan.
Makcik Nora yang sedang mengutip cili dari pokok cili di hadapan
rumahnya juga tidak dipedulikan.
Fayyad diam. Ya. Lebih baik dia diam. Kalau tak, gunung berapi ni
boleh meletus lagi. Heeee~
"Kau masuk dulu. Kereta ni tinggal dekat aku. Nanti aku hantarkan
dekat Workshop Tamin." Perlahan suara Fayyad memujuk. Simpati pada
Kamila menebal. Selalu sangat Kamila diuji.
"Tak payah lah. Biar aku hantar sendiri." Suara Kamila makin mengendur.
"Kau nak hantar dengan mata bengkak penuh air mata macam ni? Jangan
buat kelakar lah Ila. Bak sini kunci."
Kamila menurut. Kunci produa Kelisa itu bertukar tangan. Dia melangkah
perlahan masuk ke dalam rumah. Kak Shima yang masih menjemur kain di
laman hanya dipandang sepi.
Bodoh! Kenapalah aku letak laptop atas seat! Cermin kena pecah. Laptop
kena curi. Habis semua kerja aku. Assignment aku. Report lab aku.
Mamaaaaa..
Dia merebahkan diri ke atas katil. Mengucap beberapa kali. Untuk pujuk
hati. Menyesal tengking Fayyad tadi. Bukan dia yang salah. Dia nak
tenangkan aku je.
Haih.
Macam mana nak jawab dengan abah nanti? Abah okay lagi. Along? Mahunya
along tak bagi aku bawa kereta lagi. Hadoi..
KAMILA tersenyum puas. Helaian bersaiz A4 di tangannya di belek lagi.
Takut-takut ada helaian yang tertinggal. Siap juga akhirnya. 3 report
yang tertangguh. Kalau bukan sebab Fayyad yang tolong, dia sendiri tak
tahu apa yang akan jadi. Dah lah repot ini besar peratusnya. 60%!
Kalau tak hantar memang terbakar free je lah. Nak harapkan final 40
peratus lagi, dah memang sah sah fail!. Huuuu~
Laju langkahnya menuju ke arah bilik Puan Yasmin. Lab report perlu
segera dihantar. Lagipun dah seminggu dia terlewat. Nasib baik Puan
Yasmin okay je. Dia meletakkan ketiga-tiga report itu di atas rak khas
di hadapan bilik Puan Yasmin. Sekali lagi senyuman di ukir.
Alhamdulillah. Terima kasih Yad!
Dua minggu lepas, hampir terkeluar biji mata dia melihat sebuah kotak
sederhana besar di atas katil di dalam biliknya. Perlahan-lahan
tangannya membuka. Laptop? Nota? Kamila terduduk.
Kotak itu berisi nota-nota yang telah di print dari I-Student,
pendrive, Laptop Asus dan beberapa contoh lab report dari senior. Dan
tak lupa juga, kunci kereta! Langsir di biliknya diselak. Kelisanya
terletak elok di halaman rumahnya yang tak berapa besar itu. Keningnya
terangkat tinggi! Ain yang tersengih di hujung pintu dipandang. Ain
sengih.
"Fayyad yang hantar tadi." Ringkas. Terus dia berlalu dari situ.
Kamila terduduk di atas katil. Tangannya mencapai handphone di hujung
meja. Pantas nombor telefon Fayyad ditekan. Sesaat..dua saat.. tiga
saat. Tak berangkat. Kamila mengangkat kening. Mana dia ni? Selalu
laju je angkat. Sekali lagi butang call ditekan.
"Kau kat mana? Aku nak jumpa." Laju Kamila bertanya selepas salamnya disambut.
"Kenapa?"
"Aku nak bayar bil repair kereta dengan nota-nota yang kau dah print
ni," senafas Kamila menerangkan. Fayyad ketawa dari hujung talian.
"Aku lupa mana aku letak resit bil. So, aku tak tahu berapa."
"Cakap lah beb, aku nak bayar ni."
"Aku lupa mana aku campak. So, kau tak payah bayar."
Kamila diam. Lain nada suara Fayyad.
"So?"
Kening Kamila terangkat. Apa angin Fayyad ni? "Err..so?" Kamila kembali menyoal.
"Iya lah. So, nak kena jumpa juga ke?" tanpa nada Fayyad menerangkan.
Kamila tersentak. Tak pernah-pernah dia macam ni. Sebab aku marah
semalam ke?
Adess.
"Laptop tu.."
"Oh ya," laju Fayyad memotong. " Kau kena siapkan report, kan? Kau
gunalah laptop aku tu. Lagipun aku tak guna sekarang. Aku yang rajin
lagi berkaliber ni dah settlekan semua report." Fayyad tergelak kecil
di hujung kata. Kamila masih diam. Terharu sebenarnya. "Dalam pendrive
tu ada contoh-contoh report dari senior. Aku tak sempat nak copy masuk
dalam laptop. Kau tengok lah. Buat rujukan. Jangan kopi dan pasta
sudahlah." Sengih.
Kopi dan pasta. Copy and paste yang memang menjadi hobi sesetengah
pelajar. Kamila hilang kata-kata. Fayyad juga diam di hujung talian.
"Yad, kau kat mana?"
"Adalah. Kau jangan nak menangis macam perempuan lagi. Cuba belajar
tenang sikit. Allah uji kita bersebab. Ingat tu," dah macam abang
nasihatkan adik. Fayyad kembali serius. "Kau kan kuat. Orang kuat
adalah orang yang mampu menahan marah."
"Thanks Yad." Akhirnya terkeluar juga ayat itu. Selama ni jarang dia
mengucapkan terima kasih kepada Fayyad. Tak pernah rasanya. Fayyad
senyum sendiri. Senyuman yang tak dapat dilihat oleh Kamila.
"I got to go. Good luck!" dia terus memutuskan talian. Kamila
tersentak. Fayyad marahkan aku ke?
***************
"JADI?"
"Apa?" kening Kamila terangkat. Tiba-tiba pulak budak Ain ni. Apa yang
dah jadi?"
Ain dah Kyah sama-sama duduk berhadapan dengan Kamila. Remote tv di
tangan Kamila di ambil. Kamila membuat muka pelik. Kedua-dua wajah
serius di hadapannya itu di pandang. Apa ni?
"Kau tak nampak ke Ila?" Kyah pula menyoal. Kening Kamila makin
tinggi. Komplot apa budak dua orang ni? Nampak apa?
Kak Shima yang dari tadi menonton tv bersamanya dipandang. Kak Shima
sengih. Susah nak tafsir sengihan Kak Shima tu. Anak matanya kembali
mencari wajah Ain dah Kyah di hadapannya. Kalau fikiran aku ni boleh
keluar, dah keluar dah tanda soal banyak-banyak. Berterbangan.
Berpusing-pusing mengililingi kepala aku ni.
Eh, kau ingat ni cerita kartun ke Ila?. Kamila sengih sendiri. Tapi
tak lama. Terasa pahanya dicubit. Kuat. Sakit!!
Berkerut-kerut mukanya. Matanya mencerun ke arah Ain.
"Padan muka. Aku tanya boleh pulak mengelamun. Senyum siap!" Ain
mencebik. Ini dia sorang lagi. Kalau Kak Azie tu mak ketam, Ain pulak
anak ketam. Suka sangat main cubit-cubit.
"Aku tak faham soalan korang sebenarnya. Apa yang jadi? Apa yang patut
aku nampak?"
Bantal segiempat kecil bercorak asbtrak dilempar kepada Kamila. Habis
berterabur tanda soal yang menari-nari tadi.
Eh, mana ada. heeee~
"Apa ni kak. Main baling-baling." Bantal yang dibaling Kak Azie tadi
dipeluk. Entah dari mana Kak Azie muncul. Dia merapatkan kaki.
Bersila.
"Cik Kamila oit," Kyah mencelah. "Cuba lah buka mata tu sikit."
Kening Kamila terangkat. Erk, aku tutup mata ke sekarang? Kyah ni
memanglah. Aku tahulah aku ni sepet. Takkan tak boleh beza aku buka
mata atau tak. "Laa. Aku memang dah buka mata ni, Kyah."
Kyah menepuk dahi. Ain, Kak Shima dan Kak Azie bantai gelak. Kamila
pelik. Apa ni? Komplot apakah?
"Ila tak rasa ke yang Fayyad cintakan Ila?" Kak Shima yang dari tadi
khusuk menonton tv mula bersuara. Soalan cepu perak!
"Laaa. kan Ila dah cakap. Kita orang kawan je."
"Banyak yang dia dah buat untuk kau Ila," Ain mula menyampuk. "Ada ke
kawan yang buat semua tu. Sampai macam tu sekali? Apa yang dia tak
buat untuk kau? Semua dia buat."
"Kan aku kawan baik dia. Bukan kawan biasa. Kawan baik!" Perkataan
kawan baik itu ditekan. Giliran Ain menepuk dahinya. Kamila sengih.
Apa? Salah ke?
"Ila," lembut suara Kak Shima. Dia bangun dari sofa dan mendekati
Kamila dia meja makan bersama Ain dan Kyah. " Ila suka Fayyad tak? Ila
cintakan Fayyad tak?"
Ini bukan soalan cepu perak dah. Cepu platinum!
"Fayyad kan kawan baik Ila kak. Mestilah ila suka. Sayang," perlahan
suara Kamila. Eh, apahal lain macam je ni bila sebut sayang. Kenapa
dengan jantung aku ni? Lari tempo pulak. Selalu dup dap dup dap.
Sekarang dah jadi dupdup dapdap.
"..cinta?" sambung Kak Shima.
"Entah lah kak. Ila pun tak tahu macam mana rasa cinta tu." Jujur.
Memang dia tak tahu.
Ain, Kyah dan Kak Shima senyum. Kak Azie yang baru keluar dari dapur
juga turut sama memberi sedekah. Senyum. Betullah, senyum kan sedekah.
"Apa rasa bila Ila jumpa dia? Berdebar-debar ke. Terasa di awan-awangan ke."
"Tak rasa apa-apa pun kak,"
Kak Shima pula yang menepuk dahi. Haih, semua orang nak main-main
tepuk dahi malam ni. Huuu~
"Kalau Fayyad tak ada macam mana?" soalan dari Kak Azie membuatkan
Kamila tersentak. Tak ada?
Entah. Selama ni Fayyad sentiasa ada di sisi. Dari tahun pertama dia
jejakkan kaki di negeri ni. Bila handphone dia hilang, Fayyad yang
tolong pinjamkan handphone dia. Bila dia tertinggal kelas, Fayyad yang
tolong salinkan nota. Bila dia lapar malam-malan pun, Fayyad yang
hantarkan nasi goreng. Bila..bila..dan bila.. semuanya ada Fayyad.
Fayyad yang menjadi penyelamat aku. Bila tak ada Fayyad, aku? Rindu.
Erk? Biar betik? Kamila sengih sendiri. Dah masuk air otak dia ni. Heee~
"Boleh senyum pulak dia." Ain tergelak. Kepalanya digeleng beberapa
kali. Apa, ingat korang je boleh bagi sedekah. Aku pun nak. Senyum..
"Ila sayangkan Fayyad, kan?"
"Entah lah kak. Ya kot."
Kak Azie senyum. "Bagitahu lah dia."
"Erk, takkan lah kak," keningnya terangkat. Muka Kak Azie di pandang.
"Iya lah. Bagitahu dia yang Ila suka dia. Ila tunjukkan lah yang Ila
hargai pertolongan dia. Ila bagi hint yang Ila sayang dia. Lembut
sikit." Panjang lebar Kak Azie menerangkan. Yang lain hanya
mengangguk-angguk macam burung belatuk.
"Burung apa paling baik?"
Dia geleng. "Tak tahu,"
"Burung belatuk. Sebab dia bela atuk!"
Kambing punya teka-teki. Kamila senyum sendiri. Siapa lagi yang kasi
teka-teki kaming macam ni kalau bukan Fayyad. Hah, Fayyad lagi.
"Takkan nak tunjuk kak." Walau semoden mana pun dunia ni, dia tetap
dengan pendirian. Tak mahu jadi seperti perigi yang mencari timba.
"Jai betullah lah Ila suka Fayyad? Akak bagitahu dia nak?" Kak Azie
mengusik. Bulat mata Kamila memandangnya.
"Akak!! Jangan buat lawak yang ultraman pun tak buat!"
"Ultraman tak buat, akak buat." Kak Azie sengih. Yang lain-lain dah
bantai gelak. Kamila mencebik. "Ya, ya. Akak gurau je la. Tapi, nanti
Ila kena tunjuk juga yang Ila cintakan dia."
"Bila masa Ila cakap Ila cintakan dia." Pantas dia memotong. Kak Azie
mengangkat kening.
"Dah tu tadi?"
"Ila cakap Ila sayang dia je." Sengih. Sekarang Kak Azie pula yang
membawa tangan kanannya ke dahi. Haih Kamila. "Ye la. Ila tak rasa
berdebar-debar pun. Tak juga rasa di awan-awangan."
"Ya, ya. Akak masuk tidur dululah. Karang piring ni pulak yang terbang
kena kepala Ila." Kak Azie sengih. Dia bingkas bangun dari meja makan
membawa piring sisa cekodok yang dimasak tadi ke sinki.
"Buka mata Ila. Buka hati!" bisik Ain. Kyah sengih. Mereka juga turut
sama bangun. Beransur ke bilik masing masing. Jam di dinding dipandang
sesaat. Pukul 11.30. Patutlah semua dah mengantuk
Eh jap. Buka mata? Hati? Buka mata aku tahu la. Buka hati???
*****
"DAH hantar semua report?"
"Dah." Ringkas. Dia menghulurkan beg yang berisi laptop jenama Asus
itu kepada Fayyad. Fayyad menyambut.
Nasib baik Fayyad free hari ni. Dah hampir seminggu Kamila cuba untuk
menghubungi Fayyad. Nak hantar laptop. Tapi Fayyad sibuk. Entah apa
yang disibukkan pun dia tak pasti.
"Thanks beb,"
"Small matter lah," Fayyad menarik kerusi dan duduk bertentangan
dengan Kamila. Beg laptop diletakkan di kerusi sebelah. Fayyad
mengukir senyum. Manis. Tenang je. Spontan bibir Kamila turut sama
tersenyum.
Aura apa ni. Main jangkit-jangkit senyum pulak.
"Cantik pun kau senyum," Fayyad tiba-tiba bersuara.
Cantik? Kau puji aku Yad? Kau kata aku cantik? Alamak, jantung aku
tukar tempo lagi!
"Aku ingat kau dah lupa macam mana nak senyum manis macam ni. Selalu
muka sengih kerang busuk je aku tengok."
"Gajus kau Yad. Kerang busuk kau cakap? Cakap la kerang goreng ke,
kerang bakar cecah sos ke. Sedap sikit."
Fayyad ketawa. "Tapi betullah. Cantik kau senyum macam tu. Jarang aku tengok."
Dupdup dapdap. Ha, nampak. Tempo jantung aku dah lari balik Melaka!
Macam ni ke berdebar-debar?
"Kau sihat tak Ila?" Fayyad memandang tepat pada muka Kamila. Pelik
pulak dia harini. " Pucat semacam je aku tengok. Okey tak ni?"
Mak ai suara dia. Perihatin habis. Cair aku. Cair! Eh, bukan selalu ke
aku dengar suara dia. Demam apa kau ni Ila?
Pantas dia mengeleng. Tak. Dia tak sakit. Hanya dada ni je. Tangannya
diletakkan di dada. Berdebar-debar? Tanda jatuh cinta? Kyah, Ain, Kak
Shima, Kak Azie, aku jatuh cinta! Semua, aku jatuh cinta!
Dia masih lagi kaku tak bergerak. Dahi Fayyad berkerut melihat
senyuman lain perisa dari Kamila. Awat yang pelik sangat kawan aku
hari ni? Ha. Nampak, asal pelik je, keluar loghat utara!
"Ila, kau okey tak ni? Jom la kita pergi klinik. Muka pucat habis!"
Fayyad bingkas bangun. Dia memandang Kamila yang masih duduk di
kerusi.
Dia risaukan aku? Wah! Rasa nak terbang boleh? Aku di awan-awangan!
"Fayyad, sorry, lambat." Seorang gadis tiba-tiba melabuhkan punggung
di kerusi sebelah Fayyad. Beg laptop Fayyad tadi diletakkan di atas
meja.
Senyum.
Manis!
Dush! Kamila jatuh dari awan.
"Its okay. Nisa dari mana tadi?" Fayyad sudahpun berpaling ke arah
gadis yang dipanggil Nisa itu. Kamila turut sama memandangnya. Sebijik
macam pelakon Jepun. Cuma pakai tudung je. Eh, bukan. Selendang.
Cantik jugak dia lilit macam tu. Kalau tak silap, itu fesyen Hana
Tajima.
Kenal pulak aku pada Hana Tajima. Kak Shima punya pasal lah ni. Habis
blog fesyen tudung dia tayang kat aku. Heee~
Tapi siapa si Nisa ni?
"Dari library. Tak perasan dah pukul 2.30." Nisa senyum. Dia berpaling
pada Kamila yang memandangnya.
"Beb, ni lah Nisa," Fayyad memperkenalkan. Nisa menghulurkan tangan
dan pantas juga Kamila menyambut. Ye la. Aku tahu la Nisa. Tapi
siapa??? Teman wanita..?
"Hai. Kamila, kan?" Kamila mengangguk. Matanya masih tidak lepas pada
wajah cantik di hadapannya. Memang kalah la aku. Tudung hitam yang
hanya diselempangkan ke kiri dan kanan!
"Beb, abang lecturer kat sini. Kau kenal tak lecturer calculus yang
muda-muda tu. Encik Sha.."
"Does it matter?" pantas Kamila memotong. "Perlu ke aku kenal?"
"Tak la, tapi.."
"So?"
Fayyad terdiam. Apa kena Kamila ni.
"Aku balik dulu. Turn aku masak harini." Kamila bingkas bangun. Beg
sandangnya di capai dari kerusi sebelah.
"Kau pandai masak ke beb?" Fayyad tergelak kecil. Bulat mata Kamila
memandangnya.
"Kau jangan pandang aku tanpa cermin mata lah." Suka-suki dia je dia
kecilkan bakat aku yang besar ni depan awek dia?
Kak Azie, kan dah cakap. Dia dah ada awek la.
"Hati-hati."
Kamila mengangguk. "Adios. Assalamualaikum!" terus kakinya diatur
keluar dari cafe.
"APA KENA TU?"
"Entah. Maafkan dia ya. Selalu dia tak macam tu," Fayyad mengeluh.
Memang dia tak tahu apa yang jadi pada Kamila.
"Dia jealous la tu." Senyum.
"Takkan lah kut." Fayyad mengangkat kening.
"Believe me. Dia cemburu."
"Boleh percaya ke?"
"200%!"
*********
BREK MOTOR ditekan kuat. Kuat bunyi geseran tayar yang terhasil. Enjin
LC hijau itu ditutup. Dia pantas menegakkan tongkat. Loceng di luar
rumah ditekan. Sekali. dua kali.. terjegul muka di sebalik pintu
besar.
Dia melempar senyum. Tapi tak berbalas.
Pintu pagar besi itu dibuka. Dia melangkah masuk dah duduk di bangku
tidak jauh dari pagar besi itu. Seperti biasa.
Diam. Gadis di hadapannya itu pun turut sama membisu.
"Kak Azie cakap kau sakit. Sekarang dah okay belum?"
Kamila mencebik. Sebab kau lah aku sakit. "Dah okay. Aku belum nak mati lagi."
"Ila.."
"Apa?"
"Apa masalah sebenarnya ni? Dari hari tu lagi."
"Mana ada apa-apa." Kamila memandang rumput di kaki. Hijau. Dah nak
panjang dah, bila Pak Kasim nak datang potong ni.
Fayyad sengih. "Kau tahu kan yang aku tahu kau tak pandai menipu. Tak
payah nak cuba. Tak jadi pun." Muka Kamila yang pucat dipandang.
Memang pucat. Tengah hari macam ni pun dia sarung baju panas. Teruk
betul demam dia. "So, why? Macam mana boleh sakit?"
"Dah tertulis yang aku sakit hari ni, nak buat macam mana."
"Ila.." keras. Sabar ajelah dengan dia ni.
"Aku tukar tayar kereta petang semalam." Kamila mengalah juga. Takut
bila mendengar nada tak senang dari Fayyad. Bukan selalu Fayyad buat
nada suara macam tu.
"Kat mana? bila?" Kening Fayyad terangkat. Petang semalam? Bukan ke hujan lebat?
"Seksyen 21."
"Kenapa tak bagitahu aku. Kau tu bukannya reti pun nak tukar tayar.
Karang salah pasang kau jugak yang susah."
"Kena cakap ke?"
Fayyad mengangkat kening. Awat dia nih?. "Kan aku dah cakap. Kalau
rosak lagi, call je aku."
"Itu dulu. Sekarang tak payah. Kau risaukan awek kau je la beb.
Lagipun aku okey je tanpa kau."
Itu dia. Ayat cemburu dah keluar. Fayyad sengih. Betul kata Nisa.
Tepat. Memang nak kena kasi 200 markah dekat si Nisa nanti. Huuu~
"Bila masa pulak aku ada awek ni?"
"Kau cakap dulu. Nisa?"
"Nisa tu cousin Kak Shima la. Kan Kak Shima ada sepupu yang jadi
lecturer kat uni kita."
Kamila terdiam. Dia memandang Fayyad tak percaya. Sepupu Kak Shima?
Apa yang complicated sangat ni.
"Nisa kawan sekolah aku dulu. Dia baru tukar masuk uni kita." Sambung
Fayyad lagi. "Beb, kau betul ke okey tanpa aku?" sengih.
"Ye lah." Mukanya dah bertukar warna. Adess. Agak-agak, nampak sangat
tak aku cemburu tadi?
Adoii..
"Habis tu yang demam bagai ni kenapa?" macam ni ke okey?" Fayyad mengusik.
Kamila diam lagi. Memang dia tak tahu nak kata apa. Padan muka aku.
"Ila, just say it. kau takkan rugi apa-apa pun."
"Cakap apa?"
"Say you love me." Sengih.
"Nonsense!"
Fayyad ketawa kuat. Dia mengerling ke arah tingkap kecil di sebelah
pintu besar. Ain dengan Kyah sama-sama meletakkan jari teluntuk di
bibir masing-masing. Dia senyum.
"Apa yang nonsense. Kau berdebar-debar kan sekarang?" Fayyad masih
lagi menyakat.
Kamila menjuih bibir. Ada ke nak aku cakap. Tapi, berdebar-debar tu
memangla.. hee~
"Ila."
"Apa?"
"Say it," sengih lagi.
"ACK" perlahan.
Kening Fayyad terangkat. Lama dia berfikir. apa pulak tu.
Seminit kemudian dia senyum. Haih Kamila. "Boleh pulak dia buat short
form macam tu. Tak romantik langsung."
Kamila mencebik. "Boleh je. Nak romantik-romantik, pergi lah cari yang
pakai heels 4,5 inci tu."
"Aku lagi suka yang selipar jepun. Tinggi-tinggi aku gayat!"
Kamila ketawa. Sengal!
"Ila, ACKJ." Senyum.
"Elleh, kau pun sama buat short form!"
Kedua-duanya ketawa. Sesaat kemudian bunyi tepukan dari arah pintu
besar. Kamila dan Fayyad sama-sama menoleh. Ain dan Kyah sama-sama
menepuk tangan. Nasib baik Kak Azie dengan Kak Shima belum balik dari
kerja lagi. Kalau tak, pastinya lebih haru biru.
Fayyad hanya mantain sengih. Kamila senyum. Semua, aku jatuh cinta
>_<.