"Liya', aku cinta pada kau,"Erk? Gulp!
Ringkas tapi mudah difahami. Blank full in mind. Dibawa ke pantai
kesukaannya tanpa sebab membuatkan Awliya' lemas. Satu jam lamanya
Awliya' menanti. Renungan gadis itu tepat ke wajah Hanif. Ada kerutan
pada dahinya yang luas. Angin bayu menyisip anak rambutnya yang
keperangan hingga menutup sebahagian pandangannya yang masih tertancap
pada raut wajah kawan baiknya.
"Kau cakap apa ni, Hanif?" Kenapa pulak mamat ni. Apasal plak tangkap
cintan ni..adusss..
Nada kurang senang sebagai balasan pada ungkapan indah Hanif. Rasa
bahang menerpa tiba-tiba. Seakan kurang faham tetapi Awliya' mengerti.
Namun dia masih keliru. Benarkah apa yang didengarinya sebentar tadi?
Hanif segera bangun dan mengusap-usap belakang kepalanya. Rambutnya
kelihat kusut sedikit. Apa yang aku dah buat ni!
Soalan bertubi-tubi menghentak jiwa raga lelaki itu. Rasa kesal dan
sesal membaluti tubuhnya. Malu, bengang, kesal, sesal bersatu menjadi
satu. Dikecewakan!
"Hanif.." lunak suara Awliya' terhenti. Steady Liya steady...
Dia cuba mencari kekuatan disebalik keresahan yang melanda lelaki itu.
Angin bayu Pantai Bagan Nakhoda Omar belum cukup meredakan keresahan
mereka tatkala ini.
"Hanif, ingat tak waktu mula-mula aku masuk Taman Budi. Ahh..idea apa ni??
Takde sapa nak berkawan dengan aku. Kau kawan pertama aku. Aku tak
pernah rasa ada abang. Kau penyelamat aku waktu susah, happykan aku
bila aku sedih. Aku sayang kau, Hanif. Aku pun cintakan kau cuma
sebagai...." kata-kata Awliya' terhenti dek panahan mata Hanif tepat
ke matanya. Alahai matamu Hanif.... nie yang aku lemah ni..
Segera dilarikan bebola mata hitamnya menyoroti ombak-ombak kecil yang
menghempas pulas di pesisiran pantai. Double steady Liya.. Hanif masih
berdiri. Menyandarkan badannya yang bertubuh sasa ke dahan pokok
ketapang. Lokasi utama mereka berdua tiap kali berkunjung kesini.
Pantai Bagan Nakhoda Omar.
"Sebagai abang saje?" lemah saja sahutan Hanif bagai dipasuk suaranya
timbul di kerongkong. Liya, susah sangat ke nak terima aku?? Pandangan
Awliya' tertumpu pada deruan ombak yang kejap datang dan kejap pergi.
Sengaja dibiarkan soalan kawan baiknya tergantung. Dia mati akal.
Silence is the best solution!
Hatinya benar-benar terkejut. Namun dalam rasa kejutan yang memenuhi
segenap ruang hati kecilnya, ada perasaan halus yang seakan dingin dan
terbuai-buai. Awliya' kurang pasti. Kenapa hati aku rasa sakit?
Sesekali keluhan tersasar dibibir lelaki itu. Terasa berat untuk
dilepaskan.
Liya.. I need you
*****************
"Ummi!!"
Laung Awliya' separa jerit tatkala kakinya melangkah ke Rumah Taman
Budi Sungai Besi. Senyuman Ummi Habibah menyambut kepulangan anak
jagaannya. Bagaikan anak kandungnya, setiap kali bertemu, kucupan di
pipi tak pernah lekang.
"Pergi mana tadi?" ujar Ummi pada Awliya' sambil mata tuanya menuruti
langkah Hanif yang berlalu tanpa menegurnya seperti kebiasaan. Mudah
hati seorang ibu membaca gerak hati anaknya walaupun..... Hanif dan
Awliya' bukan darah dagingnya. Kasihnya tak pernah kurang pada
anak-anak jagaannya. Persis seorang ibu.
"Ala Ummi, tempat biasala. BNO," ujar Awliya' sambil menuruti Ummi
Habibah ke buaian yang terletak di halaman rumah kebajikan itu. "Liya
dan Hanif ada apa-apa masalah ke?" soal Ummi setelah mereka berbual
kosong berkisar tentang botani. Itu kegemaran Awliya'. Soal tanaman
bunga-bungaan, serah saja pada dia. Alahai Ummi.. macam tau-tau je.
"Kitaorang OK je, Ummi. Takde masalah apa-ap pun," Aku tipu Ummi.
Tuhan tahu. Kalau kena panah petir ni, sure rentung. "Hmm.. Dah tu,
kenapa Hanif tu macam moody je?" Ujar Ummi sambil mengusap tangan
Awliya' yang mula menapak di peha kanannya. Pandangan mata mereka
bertemu. Saat itu Awliya' bagai terpasung dan tak mampu untuk menipu
Ummi. Perlu ke beritahu Ummii?
"Ummi, Liya tak boleh lama ni. Petang dah nie. Liya balik dulu ye,"
segera gadis itu memohon minta diri untuk pulang. Sekadar menyinggah
kejap ke "rumah" yang menjadi perkara wajib setiap petangnya. "Makan
malam sini dulu ye. Ummi nak masak special malam ni",tambah Ummi
sambil menarik tangan Liya masuk ke dalam rumah.
"Ada special guest nak datang ke, Ummi?," ujar Awliya' saat melewati
Hanif yang sedang tekun di ruang tamu menonton Sinetron Munajah Cinta
di TV9. Sempat dia menjeling pada riak wajah Hanif. Marah kah dia?
Hanif tidak membalas pandangan Liya dan meneruskan tumpuannya pada
Sinetron kegemarannya. Apa jeling-jeling? Macam aku tak tahu..
"Adalah. Wait and see, OK?" ujar Ummi sambil ketawa dengan loghat
Englishnya berbunyi kejawaan sedikit. Awliya' pantas menekup mulutnya
menahan ketawa. Boleh tahan jugak Ummi...
**************
"Jemput masuk Aisyah," ujar Ummi lembut pada "special guest" yang
dinantikan malam ini.
"Assalamualaikum, Ummi," ujar gadis bertudung Fareeda itu sambil
memeluk erat tubuh Ummi yang gempal. Lama mereka berdakapan. Bagai
sudah lama terpisah. Ada bayang air mata di mata Ummi. Siapa dia ni?
Tak pernah tengok pun?
"Liya, kenalkan ini Nur Aisyah. Aisyah, ini Awliya', anak angkat
Ummi," ujar Ummi memperkenalkan Liya pada gadis yang seakan sebaya
dengannya.
Mereka bersalaman. Pandangan mata Awliya' tertumpu pada wajah
perempuan yang bernama Nur Aisyah. Dari pandangan matanya, jelas dia
seorang yang tenang dan lemah-lembut.
"Liya, Hanif mana?," tanya Ummi sejurus selepas menjemput Aisyah duduk di sofa.
"Ke masjid rasanya, Ummi," jawab Awliya' sambil bangkit menghidangkan
air Jus Delima yang sedia diletakkan di atas meja.
"Aisyah, jemput minum ye. Saya ke dapur sekejap," ujar Awliya' sambil
matanya tak lepas menatap kecantikan milik wanita itu. Ummi dan Aisyah
berbual panjang tentang perkembangan masing-masing. Sesekali tawa
mereka lepas memenuhi ruang tamu Rumah Taman Budi. Tiba-tiba telinga
Liya menangkap buah butir perbualan mereka...
"Ummi harap Aisyah tak keberatan. Dia tahu Aisyah nak datang malam ni."
"Aisyah seganlah, Ummi,"
"Ummi ada. Nampak gaya macam Hanif setuju,"
"Mudah-mudahan, Ummi"
Berderau darah Awliya' saat itu. Hampir terlepas sudu dari pegangan
tangannya. Segera diselamatkan untuk mengelakkan bunyi dentingan.
Takut Ummi perasan dia sedang mencuri dengar perbualan mereka. Apa
yang Ummi rancangkan? Kenapa aku tak tahu apa-apa?
Hatinya mula merasa ada yang tak kena.
Tak lama selepas itu...
"Assalamualaikum.." sayup suara Hanif dari luar rumah. Salam itu bukan
datang dari arah hadapan, tetapi dari arah pintu dapur.
"Waalaikumussalam. Kenapa masuk dari dapur? Macam pencuri la kau ni,"
getus Awliya' sambil menggigit bibir bawahnya. Dia benar-benar tidak
menyangka kehadiran Hanif dalam keadaan dia baru lepas curi dengar
perbualan Ummi dan Aisyah. Nyaris tak kantoi. Selamat....
"Saja. Nampak orang tu terintai-intai. Ingat nak sergah tadi tapi tak
sampai hati pula," jawab Hanif sambil menarik kerusi menghadap Awliya'
yang mulai kurang senang dengan kedatangannya. Gulp! Bukan Awliya'
tidak biasa begitu Cuma malam ini, saat ini, hari ini, dia menikmati
perasaan asing. Dia merasa tak betah berduaan dengan lelaki ini.
Pergerakan Awliya' semakin pantas menyusun pinggan dan gelas. Sesekali
sudu terlepas dari pegangannya. Dia benar-benar gugup. Lagi cepat lagi
bagus. Boleh beranjak ke depan. Bagaikan terperangkap dalam gua
rasanya. Tiada oksigen. Hanif masih disitu memandang Awliya' sambil
tersenyum. Dia bagaikan mengerti bahawa orang yang dia cintai itu
gugup bersebab. Liya.. I need you.
"Bila kamu sampai, Hanif? Ummi tak dengar bunyi kereta pun? Kamu masuk
ikut mana?", bertalu-talu soalan Ummi saat dia dan Aisyah menghampiri
ruang dapur. Hampir terpelanting sudu untuk kali yang keberapa malam
ini. Terkekeh-kekeh Hanif melihat telatah Awliya' yang ke"gabra"aan.
Kenapa malam ni buat aku terkejut jee??
"Tadi Ummi. Hanif ikut dpur. Bau masakan sedap. Tu yang terus kemari,
tak ikut pintu depan", tokok Hanif penuh beria. Tipu Ummi.... Nak
peluk Liya sebenarnya...hehehehe.
"Aisyah, jemput duduk. Jangan berdiri je. Liya, sendukkan nasi," ujar
Ummi seraya menarik kerusi untuk duduk.
"Lama dah Aisyah sampai?"tegur Hanif mesra. Bila masa diorang ni
kenal? Kenapa aku tak tahu apa-apa ni??
"Tak lama abang. Baru je sampai," balas Aisyah lembut. What??
Abang..?? Hello.... aku pun takde panggil si Hanif nie abang ok?
"Liya, takkan pandang je nasi tu. Tengok je takkan kenyang tau," ujar
Ummi mematikan lamunan Awliya'. Segera ditadah tangan mengaminkan doa
Hanif. Namun dalam hatinya masih menggumam pelbagai soalan.
"Liya tu teringat buah hati, Ummi," usik Hanif sambil mengenyit mata
kepada Ummi. Ambik kau!
"Mana ada. Orang takde buah hati la..," ujar Awliya' sambil mengepal
penumbuk dalam keadaan tangannya penuh dengan nasi. Geramnya aku mamat
ni...
"Maaf la Aisyah. Diorang berdua nie memang macam ni. Hanif kalau tak
menyakat Liya tak sah," sampuk Ummi sambil menyudu lauk untuk Nur
Aisyah.
"Takpe Ummi. Saya tak kisah," jawab Aisyah lembut sampai anak matanya
mencerlung kearah Hanif.
"Liya, tidur sini ye? Esok Sabtu kan cuti. Rehat-rehatlah disini ye.
Boleh kenal-kenal dengan Aisyah,"ujar Ummi sambil menghadiahkan
senyuman padanya dan Aisyah. Terasa kelat pula nasi yang ditelan.
Bagai memamah pasir.
"Baik, Ummi," lemah jawapan Awliya'. Saat itu mata Hanif mengenyit
kearahnya. Senyuman nakalnya terus menjalar. Yang pastinya ada
sepasang mata yang kurang senang dengan kemesraan mereka.
**************
"Liya, apa pendapat awak tentang Hanif?,"Aisyah memulakan perbualan
sedang Awliya' sibuk mengemas katil untuknya.
"Hm... OK,"jawab Liya acuh tak acuh.
"OK je??,"sambung Aisyah menghadap tubuh sepenuhnya ke arah Awliya'.
Dah tu kau nak jawapan camane? Soalan subjektif sangat. Bagilah
multiple choice question ke..
"Saya nampak kalian berdua rapat. Pasti ada hubungan istimewa, betul
tak?," Aisyah bagai cuba mengorek hubungan mereka berdua. Ternyata
Awliya' kurang selesa.
"Kami kawan je, Aisyah. Membesar sama-sama sejak kecil, dah macam adik
beradik," jawab Awliya' sambil memaksa diri untuk bersenyum. Dalam
hati tuhan sahaja yang tahu.
"Eh, Aisyah tak perkenalkan diri lagi. Ceritalah pasal awak," segera
Awliya' mengubah topik perbualan. Rimas benar dia pada soalan-soalan
yang bakal ditanya berkaitan tentang Hanif.
"Oh ye? Terlupa saya. Saya Nur Aisyah, anak saudara Ummi. Berasal
Ipoh, Perak. Umur kita sebaya. Saya sekarang belajar di Universiti
Islam madinah dalam jurusan perubatan tahun 4," tambah Aisyah sambil
tersenyum menyerlahkan lesung pipit di pipi. Cantik!
"Anak saudara Ummi? Kenapa kita tak pernah jumpa sebelum ni?," tanya
Awliya' sambil bersila dihadapan kawan barunya.
"Saya memang menetap di sana sejak kecil. Sekali sekala saya balik
kesini jenguk Ummi. Asal balik mesti jumpa Hanif. Awak mungkin ada
kelas waktu tu,"tambah Aisyah sambil membelek handphone Motorola
berwarna merah jambu milik Awliya'.
"Ohh... saya rasa gambar awak ada saya tengok sebelum ni." ujar
Awliya' tersenyum.
"Awliya' maksudnya keutamakan. Sebaik-baik yang keutamaan. Sedap nama
awak,"Aisyah memuji nama Awliya' sambil tersenyum. Buat kali kedua
lesung pipit membenam di pipi kiri dan kanannya. Nama Khairul Awliya'
adalah pemberian Ummi saat mengambilnya sebagai anak angkat
memandangkan Awliya' ditinggalkan di Tadika Bestari tanpa penjaga.
Waktu itu Awliya' baru berusia 5 tahun. Hanif Ashman pula anak yatim
piatu yang menghuni di Rumah Taman Budi selepas pihak sekolah
menyerahkan Hanif pada jagaan Ummi sepenuhnya. Beza umur mereka tiga
tahun. Disini perkenalan mereka terjalin.
"Aisyah mesti letih, kan? Jom tidur,"pelawa Awliya' pada tetamu rumah
itu sedang matanya jugamula kuyu minta tidur.
"OK, selamat malam," ujar Nur Aisyah seraya menarik selimut.
"Malam,"sahut Awliya' dengan suara tenggelam timbul.
*******************
2.00 pagi
Tenettt.....
1 Message Received
Adoi... sapa pula mesej pagi-pagi buta ni??
Tdo dh ke? Awl tdo.. Kaco dia.. ha3 -Hanif-
Aku dah agak dah. Budak putus fius ni. Takde keje lain ke?? Sempat
Awliya' mengintai Aisyah yang sedang lena kalau-kalau dia terjaga.
Aku tgh masak. Xnmpk ke? tdola hanif oii.. xngntuk ke? -Liya-
Tenettt.....
1 Message Received
Aku xle tdo slagi aku xdgr pngakuan bnar dr mulut ko -Hanif-
Segera Awliya' menukar silent Mode pada handphone nya. Takut dia
kalau-kalau dering mesejnya mengganggu Aisyah tidur. Malas melayan
mesej Hanif, segera ditarik selimut ke paras dada, dan mata mula
tertutup.
Tenettt.....
1 Message Received
Liya.. plsss....
Awliya' terus mengendahkan mesej-mesej yang masuk ke handphone nya.
Jauh di sudut hatinya, ada bunga-bunga mekar membanjiri hatinya.
Damai. Halus sekali perasaan itu. Namun, ada sepasang mata yang
menyoroti babak ini. Awliya' tak tahu. Kelam pekat malam itu bagai
menambah lagi kebencian si pemilik mata itu.
***************
"Maafkan abang, Aisyah," getus Hanif memandang redup mata Aisyah yang
terkesima dengan jawapan yang dinantikan selama ini. Suasana Restoran
Old Town kelihatan tenang dengan kehadiran pengunjung yang sedikit.
Sedikit sebanyak memberi ruang kepada pasangan ini meluahkan apa yang
terbuku di hati masing-masing.
"Boleh Aisyah tahu kenapa abang tak boleh terima Aisyah?," getus
Aisyah dengan nada sedikit menekan. Ada getar di hujung kata. Pilu
hati gadis itu bila cintanya yang suci ditolak mentah-mentah. Hujung
tangannya rakus memintas hujung tudungnya. Hatinya dirudung rasa panas
tiba-tiba. Penghawa dingin restoran itu belum cukup untuk menyejukkan
hatinya.
"Maaf Aisyah. Cukuplah Aisyah tahu abang anggap Aisyah macam adik
abang sendiri. Tak lebih dari itu," ujar Hanif sambil merenung ke
gelas minuman berisi Jus Oren yang tidak terusik sedari tadi.
"Awliya' kan pilihan abang?,"soal Aisyah sambil di hatinya
menyumpah-nyumpah perempuan itu. Kauorang belum kenal siapa aku lagi..
"Aisyah, Liya takde kena-mengena dalam hal ni," jawab Hanif sambil
membutangkan matanya ke arah Nur Aisyah. Aduh, dia tahu ke?
"Takpelah bang, mungkin antara kita takde jodoh. Apa pun Aisyah doakan
abang bahagia,"ujar Aisyah sambil mengangkat punggungnya dan berlalu
meninggalkan Hanif. Suasana menjadi sepi. Hanif termangu keseorangan.
*********************
"Awliya', harap kita dapat berjumpa lagi. Jangan lupakan saya ye. Maaf
terpaksa pulang ke Madinah awal,"ujar Nur Aisyah seraya menarik tubuh
Awliya' kedepan untuk dirangkul.
"Kenapa ni, Aisyah? Janji dengan Ummi minggu depan baru balik sana. Ni
3 hari pun tak sampai kat sini," soal Ummi penuh ragu. Hanif sekadar
berdiri di pintu memandang kosong kerah mereka. Dia mengerti keputusan
Nur Aisyah untuk pulang awal ada kena-mengena dengan jawapan yang
diberikan semalam. Maafkan abang, Aisyah. Cinta Abang untuk Liya.
"Nanti lapang-lapang, Aisyah datang lawat Ummi ye,"ujar Aisyah sambil
memaut tubuh ibu saudaranya. Ada sedu kepuraan di hujung tangisnya.
Dia harus segera meninggalkan rumah itu. Apa yang diperolehinya
semalam cukup membuatkan dia tekad untuk keluar dari rumah itu. Bukan
pulang ke Madinah. Ada misi yang belum diselesaikan.
Lambaian tangan mereka menghantar kepergian Nur Aisyah dengan penuh tanda tanya.
********************
"Kita keluar esok nak?," pelawa Hanif sambil tangannya ligat mengelap
meja makan. Juadah makan malam kali ini tetap membangkitkan selera
lelaki ini dengan hidangan labu masak lemak kegemarannya. Lagi
menambahkan selera bila masakan itu dimasak oleh Si Pengarang jantung,
Liya.
"Esok Ahadla. Crowded. Malasla.." jawab Awliya' sambil mencuka.
Sengaja ditolak pelawaan lelaki itu. Mahu dinilainya sejauh mana
lelaki itu memujuknya keluar. Nakal sungguh.
Tiba-tiba..
"Liya, tolong Ummi sayang. Esok pergi Giant boleh? Belikan barang
dapur Ummi. Sementara kauorang berdua ada ni, bolehla tolong Ummi ye,"
celah Ummi sambil menyerahkan senarai barang-barang yang perlu dibeli
esok.
Saat wajahnya berpaling ke arah Hanif, jari telunjuk dan jari hantu
milik lelaki itu diangkat serentak tanda peace sambil senyuman sinis
dilemparkan kepadanya. Ni mesti dah komplot dengan Ummi..
*********************************
"Jom balik. Semua dah beli ni. Karang lambat, bising pula Ummi nanti,"
ujar Awliya' selepas selesai menanti barang-barang dikira di kaunter
pembayaran.
"Tak nak minum-minum dulu?," pelawa Hanif sambil menjinjit
barang-barang dapur keluar daripada pasaraya Giant Sungai Besi.
"Haus ek? Aku haus juga. Tapi tak kan nak pergi minum bawak
sayur-sayur ni kott?,"jawab Awliya' sambil menyeka peluh di dahi
dengan lengan bajunya. Terik panas tengahari itu begitu pantas
membakar kedinginan penyaman udara pasaraya tadi yang masih bersaki
baki pada tubuh mereka.
Tiba-tiba...
"Liya!!!!....," jerkah Hanif seraya menarik Awliya' ke dalam
rangkulannya. Awliya' nyaris dilanggar kereta pacuan empat roda
Kembara itu. Tanpa memohon maaf, kereta itu terus beredar. Awliya'
terkedu. Lama mereka berdakapan. Desah nafas lelaki itu benar-benar di
cuping telinganya.
"Kenapa careless sangat? Kalau jalan tu ketepi sikit. Ni kan parking
lot. Nyaris nak kena langgar tadi tahu tak???," jerkah Hanif separuh
jerit. Tangan Hanif terus mencengkam lengan Awliya'. Muka lelaki itu
merah padam menahan marah. Entah apa yang dimarahnya Awliya' tak
pasti. Awliya' diam seribu bahasa. Dia benar-benar terpempan dengan
tengkingan Hanif. Hatinya benar-benar terguris. Kerana kecuaian yang
bukan disengaja, dia diamuk sebegitu rupa. Cengkaman Hanif mula
merenggang. Air mata mula menakung ditabir mata gadis itu.
"I'm sorry. Aku bukan sengaja nak marah kau. Cuma nak kau
berhati-hati," jelas Hanif penuh penyesalan. Kesal kerana memarahi
gadis itu. Kesal kerana memaut lengan Awliya' sekuat hati. Awliya'
hanya mengangguk. Tangannya ligat memasukkan barang-barang yang dibeli
ke dalam bonet kereta Myvi milik Hanif.
"LIYAAAAAAAAA.........................!!!!!!" jeritan Hanif buat kali
kedua bergema. Kali ini lebih kuat. Awliya' berasa terawang-awang.
Puas dia cuba mengingatkan tetapi dia tak mampu. Yang kelihatan
tangisan Hanif memangku dirinya yang lemah tak berdaya. Pacuan Kembara
itu terus beredar meninggalkan mereka sambil melemparkan senyuman
kepuasan.
"Liya, bertahan ye. Kita ke hospital kejap lagi ye sayang," ujar Hanif
tenggelam timbul sambil mengangkat Awliya' ke tempat duduk belakang
keretanya. Dia tidak peduli pada limpahan darah yang bakal melekap di
kusyen sofanya. Apa yang pasti, Awliya' harus diselamatkan.
"Hanif, aku rasa aku tak boleh bertahan lama," tersekat-sekat suara
Awliya' menuturkan katanya sambil tangannya mencapai tangan Hanif.
"Liya, kejap lagi kita sampai ke hospital ye," tangis Hanif bila
perjalanan ke Hospital Sungai Besi bagai terlalu jauh dek kesesakan
jalan raya.
"Hanif, kita ke Pantai BNO ye. Aku nak kesana boleh? Please..," ujar
Awliya' sambil tersenyum lemah.
"Liya...", tersengguk-senguk badan lelaki itu menahan tangis. Stering
kereta segera dipusing menghala ke Pantai Bagan Nakhoda Omar, pantai
kesukaan Awliya'. Dia tahu Awliya' tak punya banyak masa lagi.
***********
"Mana budak-budak ni? Dah malam tak balik-balik lagi", getus Ummi
Habibah di dalam hati. Berkali-kali didail nombor telefon bimbit milik
Awliya' dan Hanif namun gagal.
Ya Allah, Kau selamatkanlah anak-anakku...
Keesokan paginya, bayang kedua-dua anak angkat masih belum kelihatan.
Hati ibu mana yang senang bila tiada khabar berita daripada
anak-anaknya. Entah yang keberapa kali, Ummi mendail nombor telefon
anmun masih tiada jawapan. Tanpa berfikir panjang, Ummi terus
menghidupkan enjin kereta Kenari menuju ke Balai Polis Sungai Besi.
"Ya Puan, apa yang boleh saya bantu?", sapa pegawai polis wanita yang
bertugas di kaunter pertanyaan. Di kiri poketnya, tertera nama AHLAM.
"Saya nak buat laporan polis berkenaan tentang kehilangan dua orang
anak saya..."
Ummi Habibah pulang seusai membuat laporan polis. Dalam hatinya terus
berdoa anak-anaknya pulang dengan selamat.
***************
Sebulan berlalu.. tanpa berita.
Dua bulan..
Tiga bulan...
Hati tuanya resah. Tangisan bagai rencah makanannya hari-hari.
Rindunya pada Awliya' dan Hanif tak tertahan lagi. Kepada Nur
Aisyahlah tempat dia mengadu. Kadang kala gadis itu pulang
menemaninya. Tapi jiwa ibu itu tetap kosong. Penyerinya Awliya' dan
Hanif.
Mana anak-anak Ummi... Pulanglah sayang. Ummi rindu...
****************
Setahun kemudian...
"Assalamualaikum Ummi...", sapa suara dari pagar Rumah Taman Budi.
Bagai cukup kenal suara tu. Hanif kah?
"Waalaikumussalam, Hanif ke?" sahut Ummi Habibah. Air matanya sudah
membasahi pipinya. Rindunya pada anaknya tak tertahan lagi.
"Hanif... mana kau pergi nak? Ummi puas cari kamu berdua, kenapa pergi
tak beritahu Ummi? Awliya' mana?", meraung Ummi saat tubuhnya
dihempaskan ke Hanif. Lemah tubuh ibu itu saat melihat keadaan Hanif
yang tidak terurus. Kalau bukan suara Hanif, pasti tidak dicam anak
itu.
"Liya sihat, Ummi. Malam nanti dia sampai. Dia kirim salam pada Ummi,"
ujar Hanif sambil membawa beg besarnya masuk ke dalam.
"Nanti malam kita makan sama-sama ye. Kita tunggu Liya. Kauorang
berdua mesti cerita pada Ummi kemana kauorang pergi selama ni," luah
Ummi sambil menyeka air matanya yang tak pernah luak dari tabir mata
tuanya.
"Baik Ummi," ujar Hanif sambil mengenyit mata kearah Ummi. Segera
diangkat bagasi besarnya keatas untuk disimpan. Lega sungguh hati Ummi
melihatkan anak-anaknya pulang dengan selamat. Doanya selama ini
diperkenankan tuhan.
Terima kasih Ya Allah..
Ummi pantas ke dapur menyiapkan makan malam. Yang pasti labu masak
lemak mesti dihidang. Itu kan masakan kegemaran Hanif dan Awliya'.
Ummi Habibah menyanyi kecil di dapur tanpa disedari tingkah lakunya
diperhatikan Hanif dari belakang.
**************
Jam sudah menunjukkan pukul 9 malam namun bayang Awliya' tidak
kelihatan. Hati Ummi mula dipagut rasa risau. Risau seperti setahun
yang lalu.
"Hanif, cuba kamu call Liya. Kat mana dia sekarang?"getus Ummi dalam
nada kebimbangan. Dia tidak mahu kehilangan Awliya' buat kali kedua.
"Ummi, Liya dah sampai la. Ummi tak perasan ke? Dia ada di bilik
Hanif," ujar lelaki itu sambil matanya menyoroti kaca tv yang
menyiarkan rancangan 999 di TV3.
Ummi tergamam. Pandangan matanya masih melekap pada Hanif yang
bersahaja. Sesekali senyuman Hanif membalas pandangannya. Ada yang tak
kena pada firasat ibu itu. Segera dihayun langkah kakinya menuju ke
bilik Hanif. Hanif terperanjat dengan reaksi Ummi lalu mengejar Ummi.
"Ummi nak kemana?" tanya Hanif menghalang perjalanan Ummi.
"Ummi nak jumpa Liya. Nak panggil makan," rayu Ummi dalam kebingungan.
Masakan aku tak boleh berjumpa dengan Liya?
"Liya tak sihat Ummi. Kita makan dulu ye. Nanti kita jumpa Liya ye,"
ujar Hanif sambil memagut tangan Ummi menuju ke dapur. Sumpah Ummi
tidak faham! Apa semua ini? Kenapa Liya tidak berjumpa dengan aku
dulu? Kenapa aku tak nampak kelibat Liya? Sakit apakah dia?
***********
Hanif makan dengan penuh selera sekali. Bukan berselera tetapi bagai
orang tak pernah dapat makanan. Sesekali dia bangun untuk menambah
nasi. Ummi tersenyum dalam ragu. Soal Awliya' membuatkan selera wanita
itu mati.
"Ummi, kami bukan menghilangkan diri," Hanif memulakan bualan. Dia
mahu Ummi tahu kenapa dia pergi bersama Awliya' selama setahun
lamanya.
"Kami pergi ke Pantai BNO, Ummi. Saya melafazkan cinta pada Liya dan
akhirnya dia terima Ummi. Lama saya tunggu dia. Akhirnya penantian
saya berakhir," ujar Hanif sambil tersenyum simpul.
"Kenapa sampai setahun menghilang? Tak ingatkah pada Ummi? Telefon pun
kauorang tak mahu angkat. Sekurang-kurangnya beritahulah pada Ummi. Ni
tidak. Masing-masing dah tak pedulikan Ummi lagi. Ummi macam orang
gila cari kauorang," luah Ummi sambil menyeka air mata dengan hujung
baju kurung kedahnya. Sebak hati ibu bila mendengar pengakuan anak
lelakinya. Anak jagaannya.
"Kami tahu salah kami, Ummi. Kami dalam proses cuba menerima antara
satu sama lain. Harap Ummi dapat memaafkan kami," sahut Hanif sambil
menghabiskan saki baki makanannya dalam pinggan.
"Ummi maafkan. Kauorang anak-anak Ummi. Ummi sayang kau dan Liya,"ujar
Ummi sambil tersenyum kearah Hanif. Perkara yang lepas biarlah
berlalu...
"Ummi, Hanif minta diri naik atas kejap. Nak tengok Liya. Kot-kot dia
dah bangun ke? Ummi siapkan makanan untuk Liya boleh? Nanti Hanif
bawakkan naik atas," ujar Hanif sambil berlalu menaiki tangga ke
biliknya.
Seusai mengemas dapur, Ummi terus ke ruang tamu. Siaran rancangan 999
masih tersiar. Segera Ummi Habibah duduk menatap rancangan
kegemarannya. Mata wanita itu tertumpu pada berita yang disiarkan.
Pihak polis Sungai Besi telah menjumpai mayat wanita yang sudah reput
di Pantai Bagan Nakhoda Omar, minggu lalu. Ini berikutan aduan
penduduk setempat yang memaklumkan terdapat bau yang busuk di chalet
yang berhampiran. Ketika pihak polis membuat siasatan, didapati
seorang suspek lelaki yang dipercayai warganegara Malaysia tinggal
bersama mayat tersebut. Lelaki tersebut ialah MOHAMED HANIF ASHMAN
ABDULLAH mengikut kad pengenalan yang ditemui di keretanya jenis MYVI
Vti, bernombot plat WRR 6770...
Bagai halilintar membelah bumi, Ummi terpempan. Otak anita itu sukar
mentafsir apa yang diketahuinya sebentar tadi. Hanif Ashman? Hanif..?
mayat wanita? Apa semua ni? Habis tu yang kat atas tu......
Mayat wanita tersebut adalah KHAIRUL AWLIYA' ABDULLAH berasal daripada
kawasan setempat. Bukti pembunuhan masih tidak diperolehi memandangkan
suspek tidak mempunyai sebarang senjata. Apa yang menghairankan, bonet
kereta milik suspek penuh dengan barang-barang makanan lama yang
dipercayai dibeli daripada Pasaraya Giant setahun yang lalu.
Pihak polis telah memberkas suspek tersebut dan mendapati beliau
menghadapi masalah mental dan ditempatkan di Hospital Bahagia Tanjung
Keriau, Kuala Lumpur.
"Hhha..aaaannnniiiffff.." terketar-ketak wanita itu menyebut nama anak
jagaannya. Dia benar-benar rasa takut. Peluh membasahi baju Ummi
Habibah.
"Ummi panggil Hanif?" sapa Hanif smabil mencongokkan kepalanya.
Terbeliak mata Ummi saat bayang Hanif di tangga merenungnya.
"Ermm.. errkk... makanan untuk Liya dah siap tu. Ada atas meja," ujar
Ummi menahan gugup. Ummi Habibah dalam bahaya. Bila-bila masa Hanif
boleh menyerangnya. Pantas Ummi mengubah siaran televisyen.
"OK," jawab Hanif sambil bersiul kecil.
Saat bayang Hanif hilang, Ummi Habibah cuba merencana untuk keluar
dari rumah itu. Namun wanita itu mahukan kepastian. Segera dihayun
langkah dengan penuh berhati-hati menuju ke bilik Hanif. Dia perlu
lihat sendiri "kegilaan" Hanif dengan biji matanya.
"Liya, makan sayang. Ummi masak ni, buka mulut tu," dari celah pintu
yang tidak bertutup rapat, jelas terdengar suara manja Hanif.
Disisi Hanif, beg bagasi besar berisi baju-baju Awliya' yang
berlumuran darah kering. Bagai mahu terkeluar dua biji mata, Ummi
Habibah melihat sendiri Hanif menyuapkan labu masak lemaknya ke bantal
yang ditegakkan di kepala katil sambil membelai bantal itu yang
dipanggil Awliya'. Hanif bercakap seorang diri. Kejap-kejap hanif
ketawa bagai ada orang yang berjenaka dengannya. Lemah segala urat
sendi wanita itu. Fikirannya jadi buntu.
Selamatkan aku ya Allah.. Selamatkan Hanif...
Ummi bergegas turun. Segera telefon dicapai dan didail 999.
"Hello, polis," ujar Ummi perlahan. Takut kalau didengar Hanif nanti.
"Saya Ummi Habibah, saya dalam bahaya. Tolong datang ke alamat Rumah
Taman Budi Sungai Besi, Jalan... tuttttttt", dan talian terputus.
Bukan terputus tetapi diputuskan.
"Ummi telefon siapa malam-malam ni?" tegur Hanif sambil jari
telunjuknya dilekap pada tempat letak telefon.
Debar Ummi menggila. Jantung Ummi bagai mahu meletup. Pandangan mata
wanita itu mula kabur dek air mata yang mula bergenang.
"Erk.. hmmm.. Uuu..mmi ttteee..lefonnn Aisyah, kekee..napa kamuuu..
matikan telefon?," ujar Ummi dalam gugup. Dalam hatinya memohon
pelindungan Allah.
"Hmm..." Hanif tersenyum. Senyuman Hanif bukan lagi penyejuk hati
wanita itu. Senyuman yang menakutkan.
"Hanif tak tahu pun Ummi gagap ek?," tawa Hanif yang garau memecah
ruang tamu Rumah Taman Budi. Gulp! Allahuakhbar...
"Ummi cuba nak pisahkan Hanif dengan Liya ye???," jerkah Hanif sambil
merentap lengan wanita itu. Kini dia bukan lagi Hanif yang Ummi kenal
suatu ketika dahulu. Hanif yang berada di hadapan Ummi adalah Hanif
lain. Bukan anak Ummi.
Sebilah pisau pemotong buah sudah berada di tangan Hanif Ashman. Dia
mengacahkan pisau ke leher wanita yang bergelar Ummi selama 28 tahun.
"Hanif tak nak bunuh Ummi tau. Hanif nak bunuh orang yang langgar
Liya. Jahat orang tu, Ummi. Dia langgar Liya kat Giant. Kesian Liya,"
ujar Hanif. Tiba-tiba dia meraung. Pisau tajam itu mula dikelar-kelar
pada tapak tangannya. Darah mula menitik di atas karpet Udani.
"Sampai hati orang tu langgar Liya. Macam ni la darah Liya keluar,
Ummi. Hanif tak dapat nak tolong. Hanif nak cari pembunuh tu. Pembunuh
sial!!!!," tambah Hanif lagi sambil mengetap gigi menahan marah.
"Argh!!!!!!! Liya... aku sayang kau!!!!!!!!!", jerit Hanif sekuat
hati. Ummi berteleku mendengar pengakuan Hanif. Dia juga turut
bersedih di atas kehilangan anak perempuannya. Hatinya turut dipagut
duka saat tangisan Hanif bergema di setiap ruang rumahnya.
"JANGAN BERGERAK, KAMI POLIS. RUMAH INI TELAH DIKEPUNG!," laung
pegawai polis lalu masuk ke dalam rumah dan menangkap Hanif.
"Kenapa tangkap aku? Kenapa bukan pembunuh Liya??", jerkah Hanif
sambil menendang salah seorang pegawai yang sedang menggari tangannya.
Sempat pegawai itu mengelak.
"Bawa dia ke balai," arah Inspektor Rashid kepada pegawai bawahannya.
Ummi terjelepuk melihat Hanif pergi meninggalkannya buat kali kedua.
Segera diraih Hanif yang sedang digari oleh pegawai polis.
"Ummi dah kehilangan Liya, Ummi tak mahu kehilangan kamu," rayu Ummi
dalam pelukan Hanif yang tak berbalas.
"Maaf Puan, kami hanya menjalankan tugas. Sila ikut kami ke balai
untuk membuat laporan," ujar Inspektor tersebut. Ummi berlalu mengikut
langkah Hanif ke van biru PDRM. Hanif terus menangis teresak-esak
sambil tangannya cuba membuka gari.
Malam itu menyaksikan cinta Hanif yang terlalu tulus buat Awliya'.
Kalaulah Awliya' bisa menyaksikannya.....
*****************
Kolej An-Nisa'
Universiti Islam Madinah
1.00 pagi
Kelihatan seorang perempuan sedang menyuapkan Nasi Goreng Daging ke...
TEDDY BEAR!
"Abang, makan sayang. Ni Aisyah masak special tau," lembut tutur kata
Nur Aisyah pada Teddy Bear yang disangkanya Hanif Ashman. Namun Teddy
Bear tetap Teddy Bear. Tiada respon.
Aisyah naik berang lalu dilontar pinggan kaca berisi makanan itu ke
dinding biliknya. Segera tangannya mencapai gunting lalu ditikam
bertubi-tubi perut Teddy bear itu hingga berhamburan kapas ke udara.
"Padan muka kau, Awliya'. Rasakan penangan aku," Ketawa Nur Aisyah
yang menyeramkan memecah kesunyian Bandar Madinah. Otak gadis itu
sudah tidak siuman lagi. Sekejap menangis sekejap ketawa. Hatinya
benar-benar puas bersama bayang cintanya pada Hanif Ashman.