pengembaraan yang menyeronokkan
pada 18 desember 2010, Cikgu Yong telah bercadang untuk membawa saya
dan Kuok Ann untuk berjalan-jalan di sekitar bandar Kuching. tujuannya
untuk memberikan pengalaman keluar dengan kawan-kawan kepada Kuok Ann.
kami memulakan perjalanan sebaik sahaja Kursus Pengenalan Blog Dan
Facebook tamat. kami bertolak ke pasar dengan menaiki teksi. di pasar,
kami bertemu dengan dua orang abang senier kami, Talib dan Azizi.
rupa-rupanya, Cikgu Yong telah mengajak mereka juga dan telah berjanji
untuk bertemu di Electra House.
Satok menjadi destinasi pertama kami. kami ke sana dengan menaiki bas.
kemudian, kami singgah di warung Di Tamu Cafe untuk mengisi perut. di
situ, kami sempat merasa Ayam Penyek. memandangkan keadaan tidak
mengizinkan, hujan pun turun dengan lebat pada ketika itu, kami
terpaksa menunggu di warung itu sehingga hujan berhenti.
beberapa minit kemudian, hujan pun berhenti. kami meneruskan
perjalanan kami ke Resevor Park. ketika hendak menaiki bas, Talib
hampir ditinggalkan, nasib baik saya perasan. tidak lama kemudian, bas
pun mula bergerak.
beberapa minit kemudian, bas pun berhenti. ketika hendak turun dari
bas, Cikgu Yong berasa pelik. "aik! sejak bila Azizi jadi tinggi? ha,
mungkin di depan ada tangga," desis hati kecilnya. tiba-tiba beliau
merasalengannya ditarik oleh seseorang. hahaha... Cikgu Yong tersalah
ikut orang rupanya. nasib baik orang tu baik. mungkin dia tengok cikgu
bawa tongkat hehe. kami pun turun dari bas. tapi, macam ada yang
kurang saja? ada barang tertinggalkah? alamak! Kuok Ann dan Talib
tertinggal dalam bas! saya dan Cikgu Yong terpaksa tunggu di tepi
jalan. sementara itu, Azizi pergi kejar bas. kata Kuok Ann, baru saja
dia nak turun, bas dah jalan. nasib baik dia sempat naik balik. Talib
pula, hampir nak terjatuh. hehe... lucu... macam mana boleh tertinggal
pun saya tak tahu. sedangkan masa nak turun, semua dah ada. kasihan
Azizi. dia seorang saja B3 terpaksa bawa 4 orang B1. tapi syukurlah
semua orangselamat akhirnya.
di Resevor Park, kami sempat main di air terjun dan berjalan-jalan di
sekitar Tasik Resevor. kami juga sempat ke Water Front.
aduh, cepat betul masa berlalu. kami dah nak balik dah. sedihlah juga,
jarang-jarang dapat jumpa dengan mereka sebab masing-masing sibuk
bekerja. tak lama lagi, cuti sekolah pun nak habis. tapi tak apalah.
lain kali jumpa lagi sebab setiap kali cikgu nak bawa kami
jalan-jalan, mesti Azizi dan Talib ada. kadang-kadang kawan-kawan lain
pun ada juga. terima kasih cikgu sebab bawa kami jalan-jalan dan
terima kasih juga kepada abang-abang kai kerana sudi temankan kami.
pengembaraan kami kali ni memang menyeronokkan. macam-macam yang
berlaku di sepanjang perjalanan. hehehe, Kuok Ann mesti berasa seronok
sekarang ni. harap-harap melalui pengembaraan ini, dia dapat belajar
banyak benda. Cikgu Yong, kalau ada masa bawalah kami jalan-jalan lagi
ye?