Friday, July 15, 2011

Story Time!!

Miss Polka Dot

"Jua, Yun korang nak ikut aku tak?" Kyra tanya sambil tangannya ligat
mengira duit di dalam dompet. 'Seratus, dua ratus, tiga ratus. yang
nie simpan buat tambang, yang nie buat makan, nie buat beli barang.
nie.'

Senyap. sorang pun tak menjawab soalannya. Masing-masing asyik tengok
Super Junior menari.

"Yun, kau tengok Si Won aku. Hensemnya.!" Jua mata ke atas tangan ke dada.

"Eleh. tak boleh lawan kecomelan Dong Hae aku lagi. dah la cute, muka
baby face pandai menari pulak tu. Si Won kau ada?? Nan Adonyer." Yun
jelir lidah dekat Jua.

"Hei. Si Won aku pun tau menari la bukan 'Dahi' (Dong Hae) kau tu ja
yang tau menari. wekk." Jua balas balik.

Kyra yang dari tadi sibuk mengira duit di dalam dompetnya mengangkat
kepala melihat rakan-rakannya.

'Mangkuk hayun punya minah-minah. aku tanya bagai nak rak diaorang
boleh bertekak pasal artis korea!'

"WOI!!" Kyra bercekak pinggang. "Aku tanya korang, korang boleh buat
dek ja dengan aku? Boleh korang pergi gaduh pasal jantan-jantan tu"
Kyra tunding jari ke kaca tv. "Korang bertekak sampai tercabut trachea
korang pun bukan artis tu tau korang wujud." Kyra dah geleng kepala.

Jua tersengih, Yun garu kepala.

"Ala. kami nie kan peminat K-pop, die hard fans! Kau ni macam tak tau
Kyra." Yun menambah.

"Entah kau nie Kyra. Tak sporting lar. orang baru nak feeling-feeling
tengok pakwe hensem-hensem. kau dah potong line." Jua mencelah
menyokong Yun.

"Beragaklah cik kak berdua oii. kot ya pun minat kat K-pop tu. Aku
tanya nie, boleh korang buat donno je dengan aku. Ingat aku nie apa?
Agak-agak lah. Kecik hati aku. sikit-sikit K-pop, sikit-sikit K-pop!
Dah macam kepak aku dengarnya. Huh." Kyra tarik muka kononnya merajuk
la tu.

"Nak merajuk la tu. ala, bukannya kau tak layan K-pop nie. kau pun
layan jugak kan? kan? kan?" Yun menyendeng tepi Kyra.

"Hello? Tolong sikit. aku tak minat pun K-pop, K-pop nie ok. Setakat
4minute, SUJU, Girls Generations, 2pm, 2am, FT Islands, TVXQ, CN Blue,
After school, FX nie tak adanya aku minat ok. Apa barang aku layan
semua tu. SNSD tu harap muka ja lawa, pakai baju seksi-seksi tayang
kaki, yang macam dalam video klip lagu 'Gee' tu. tu pun orang nak
minat bagai nak gila. Tu yang kumpulan SUJU yang ahli dia sampai 13
orang tu. ramai gila tapi harap muka ja yang hensem pastu tau menari
sikit-sikit ja, pun orang nak kecoh. Aku ok ja pun."

Jua dengan Yun diam tak berkutik. Senyap sebelum saling berpandangan.

"Ooo. tak layan." serentak Jua dengan Yun cakap.

"Caih! Pigidah.. tak layan konon. Muntah hijau aku dengar ayat kau
Kyra. Dalam tak minat kau tu kan, boleh pulak kau listkan semua nama
group K-pop tu ye? Musykil aku. Huh, tak minat la sangat." Jua bidas.

"Entah! Tau pulak kau SNSD tu cun, lawa, kaki flawless, seksi lah,
SUJU pandai menari ek???" Yun angkat kening double jerk.

'Padan muka kau Kyra. Tak minat la sangat, yang malam-malam kau pasang
tu apa? Lagu mak yong? Lagu itik pulang petang? taknya. lagu K-pop
jugak! Tak minat lagi tu? Hay. Kyra. Kyra.' sempat lagi Kyra memaki
diri sendiri dalam hati.

"Err.. aku. urmm.. tu aku. err. aku." Kyra garu kepala. "Ala, dengar
orang cerita. Tv tu pun bagitau kat aku. hehe." Kyra tersengih macam
kerang busuk. Cover-cover!

"Yer la tu. yang kau pasang radio malam-malam tu sampai nak pecah
dinding rumah tu apa? Lagu Rahim Maarof? Ke tadarus al-quran, ayat
pendinding nak halau setan ek?"

Nah, sekali kena dengan Yun. Jua ketawa terbahak-bahak dah dengar ayat
sarkastik Yun.

Kan dah kantoi Kyra.

"Ish, kau nie Yun! Dah la sikit-sikit hentam aku. aku tanya tadikan
korang nak ikut aku tak nie pergi Giant beli barang dapur? Hujung
bulan nie kan baru dapat gaji, tak nak cari barang apa-apa ke?" Kyra
cepat-cepat ubah topik takut kena 'paku' dengan Yun lagi teruk.

"Malaslah. aku baru ja keluar dengan Zaim semalam, dah beli barang aku
dah. Hehe. ada orang nak tolong bayarkan, takkan aku nak tolak rezeki.
Iya dak teman?" Jua tersengih.

"Yer la, orang ada buah hati boleh lah. aku nie ada buah pinggang ja.
Mana ada nak tolong bayarkan. Kau Yun?" Kyra kalih menghadap Yun
pulak.

"Tak kot. Aku punya barang ada lagi. Lagipun malas lah nak jalan. Kaki
aku nie dah kena jampi suruh duduk rumah."

"Eii. penat ja aku bertekak dengan kau berdua nie. alih-alih aku kena
pergi sorang jugak. Baik tak payah tanya tadi buang masa ja. Huh."
Kyra merengus sambil melangkah keluar rumah.

"Siapa suruh kau tanya?" Yun buat muka selamba.

"Aku berbudi! Tu yang aku tanya. tapi silap la pulak, aku pergi tanya
orang yang tak tau berbahasa." Kyra memulangkan paku keras sambil
menyilangkan kedua belah tangannya.

"Dah lah aku chow dulu." Kyra mencapai kasut tumit tingginya 3
inchinya yang baru di beli 2 minggu lepas. Tu pun nasib baik sale
tidak tak ada maknanya dia nak beli.

"Hehe. jangan lah marah nanti cepat tua kak oii! Yang-yang jangan lupa
belikan I chewing gum ye!" Jua melaung dari dalam rumah. Yun ketawa
mengekek.

Kyra bagi jelingan maut sedas!

"A'ah nanti aku beli chewing gum banyak-banyak lepas tu lekat kau
dekat kipas syiling! Biar kau pusing-pusing atas tu sampai muntah yer
sayang!" Kyra melaung dari pintu kereta sebelum terus menutup pintu
keretanya tu.

--------------

"Hurmm. sayur, check! Udang, check! Serbuk kunyit, check! Tisu,
penyangkut baju, yogurt, check! Bla. bla. bla. check! Settle. Semua
barang dah beli. Eh jap, ouh. 'adik kecik' aku belum beli lagi. boleh
aku beli extra kali nie. duit ada lebih. hehe." Kyra senyum
sorang-sorang. List barang dimasukkan ke dalam handbag. Tiba-tiba
seorang budak lelaki menarik bajunya.

"Akak."

"Err. nape nie dik?" Kyra berlutut menyamakan paras kedudukan mereka.

"Akak gila ke?"

Kyra ternganga. 'What the?? Biadap gila budak ni.'

"Err. kenapa adik cakap akak macam tu?" penjelasan diperlukan sebelum
Kyra lipat empat belas budak nie.

"Akak cakap sorang-sorang lepas tu senyum-senyum, tersengih
sorang-sorang. mak saya cakap orang gila macam tu la."

Kyra garu kepala. 'Pulak! Rajin betul mak budak nie explain pasal
orang gila.. aku nak kelentong apa dekat budak kecik nie?'

"Akak tak gila la dik, akak nie sebenarnya pelakon. Akak tengah
practise berlakon tu tadi."

'Ah, gasaklah Kyra.'

"Ooo. nak mintak autograf akak! Nie sain kat tangan saya."

'Alahai, lurusnya budak nie. kau kejam Kyra.'

"Ok-ok, meh sini. adik nama apa?"

"Aiman."

"OK! Siap. dah sain." Kyra tersenyum.

"Cantik sain akak. tapikan akak, akak berlakon dalam cita apa yer? Tak
pernah nampak muka akak pun kat tv?"

'Sudahhh.'

"Err. akak berlakon filem ja dik. Filem Puaka Tebing Hijau!"

Aiman muka blurrr. 'ada ke filem tu?'

Tiba-tiba. "Aimannnn!"

"Eh, tak pa la akak. mak Aiman dah panggil tu. Aiman pergi dulu yer. bye."

Kyra hanya senyum dan melambai-lambai ke arah Aiman.

'Selamat buku kiri kau Kyra tambah satu lagi catit." Kyra geleng kepala.

Tiba-tiba Kyra terdengar orang ketawa. Perlahan ja tapi cukup la
sampai dekat telinga Kyra. Kyra memandang ke arah orang tersebut.
Lelaki tu hanya memakai T-shirt biru tua dengan jeans dan mengenakan
cap berwarna merah.

Kyra cantum kening. 'Apahal bro nie? gila agaknya.'

Kyra dah nak berlalu pergi. Tapi tiba-tiba.

"Orang tua-tua pesan dengan budak-budak jangan menipu. Siakap senohong
gelama berduri, bercakap bohong lama-lama mencuri."

Bajet cool ja mamat tu. cakap dengan sapa ntah, tapi muka menghadap
kat tin sardine! Macam mana tu?

Kyra terus cabut dari situ. 'Lantak kau lah nak cakap apa pun. ada aku kesah.'

--------------

Dekat kaunter pembayaran.

'Alahai, selamat hangus tiga ratus duit aku bulan nie. kopak lagilah
aku jawabnya.' Kyra merengus dalam hati.

Adat orang makan gaji. Biasalah hujung bulan duit masuk. macam-macam
nak kena bayar. Bil api, kereta, insurans, sewa rumah pastu nak hantar
ke kampung lagi. Barang-barang rumah, nak kena simpan duit dalam bank
lagi, nak tampung barang make up lagi! Berapa banyak lagi tinggal?
Duit nak berjoli memang haprak la tak cukup. Kyra garu kepala.

Kyra jalan menonong ja sambil tolak trolinya. Kepala serabut tengah
fikir nak survive macam mana bulan nie sementara tunggu bulan depan.

Tiba-tiba.

"Cik! Cik! Cik berbaju pink!"

Kyra pusing belakang. 'Dia panggil aku ke? Aku pun pakai baju pink nie.'

Cashier tadi mengangkat dua beg plastik lalu ditunjukkan pada Kyra.
Dia menepuk dahi.

'ALLAH! Cuainya aku. barang pun boleh tertinggal.'

Kyra tersengih lalu bergerak ke arah kaunter semula nak ambil barang
yang tertinggal tadi. Dia pun tinggalkan sekejap troli tu lalu ke
kaunter. Selesai semua urusan dia terus menolak troli ke parking
kereta.

"Cik! Cik! Tunggu."

Kyra rasa pelik lalu menoleh kebelakang.

Tiba-tiba seorang lelaki mengejarnya. Kyra panik dia ingatkan lelaki
itu orang gila, tunggu lagi? dia pun cepat-cepat memandu kereta
keluar. Siapa tak panik kena kejar oii!

Dia semakin takut, apa tidaknya lelaki tadi masih mengejarnya, tak
cukup dengan kaki dia kejar Kyra dengan kereta pulak!

"Ya ALLAH. Bala apa nie? apahal mangkuk tu kejar aku. Aku tak
bersalah. ya ALLAH selamatkanlah aku dari orang psiko nie. aminnnnn.."
sebelah tangan pegang stereng kereta, sebelah lagi mengaminkan doa.
Hay la Kyra.

Kyra menekan minyak sampai 160km/h! gila kentang. tu kalau tak sempat
tekan break mahu 'jalan' dia. Mati muda!

Sampai saja di rumah sewa, Kyra terus berlari masuk ke dalam rumah
tetapi lelaki tadi menarik tangan Kyra, apalagi Kyra menjerit sekuat
hati ada perogol bersiri.

"Tolong! Tolong! Jua!!! Yun!! Ada perogol bersiri..! tolong aku
Yun!!!" macam nak tercabut anak tekak Kyra menjerit. Air mata mengalir
tak henti-henti dah. Muka Kyra merah padam.

"Cik! Bawak bertenang cik. saya cuma nak." belum sempat pemuda tu
habis cakap Kyra yang tengah cuba melepaskan diri daripadanya tu terus
mengetuknya dengan kasut tumit tinggi yang dipakai ketika itu.

"Aduh! Sakit la pompuan oii!" pemuda tu cuba elakkan diri dari pukulan
Kyra tapi tangan tetap tak lepaskan Kyra.

'Gila gangster perempuan nie. pakai high heels! Mau terburai isi otak
aku nie.' dalam kena belasah tu sempat lagi mengata Kyra.

"Nah, ambik kau! Kau nak rogol aku kan. dasar perogol bersiri! Ambik
ni. rasakan. haiyaaa!" Kyra tiba-tiba bersemangat waja. Diketuknya
lelaki tu dengan tumit tingginya yang 3 inchi tu. Teruk jugak mamat tu
kena belasah dengan Kyra.

Jua dengan Yun yang terdengar jeritan Kyra kelam kabut keluar rumah.
Terkejut beruk mereka tengok aksi 18 tahun ke atas nie.

'Kyra tengah bergusti dengan. dengan laki?? What! A guy? Kyra!!'

Mahu tak huru-hara jadinya petang tu.

"Kyra mengucap! Mengucap! Anak orang tu kang mati dia kau belasah,
Kyra." Yun dah peluk Kyra nak halang Kyra dari terus mengganas.

Jua dah siap sedia pegang batang penyapu. "Encik baik encik lepaskan
tangan kawan saya! Tidak saya belasah encik pakai penyapu nie. nie
batang penyapu besi encik jangan buat main, sakit ooo." Jua
takut-takut berani ja nak masuk campur pun, nak ugut pun suara
terketar-ketar.

"Lepaskan aku Yun biar aku belasah perogol bersiri nie!" Kyra dah naik gila.

"STOP IT!!!" akhirnya lelaki tu menjerit.

Semua orang terkejut. Semua terdiam tak bergerak tak berkutik walau
sedikit pun! Macam dah kena pause masa tu.

"Are you girls nuts?? Nak belasah saya kenapa? Apa salah saya!" lelaki
tadi dah mula tinggikan suara. 'Gila tiba-tiba belasah aku!'

"Hei! Boleh kau tanya apa salah kau? Kau nak rogol aku kan? baik kau
mengaku kalau tidak aku report polis." Kyra dah jegil mata. Tadi
penakut bukan main. nie tiba-tiba dah jadi hulk hogen pulak.

Lelaki tadi ketawa sinis. "Rogol kau? Kau?" dia menunding jari kearah Kyra.

"Yala!" Kyra menjegil mata.

Lelaki tu hanya mengeleng kepala.

"Dari aku rogol kau baik aku rogol nenek tua, hei. kau tau tak? tengok
kau nie entah laki mana la ada nafsu. Badan cekeding cam papan. Ingat
muka kau tu lawa sangat ke ha? Dah lah penyamun. Gangster high heels!
Nak bunuh aku ke apa pukul pakai nie?" lelaki tadi menunjukkan kasut
tumit tinggi Kyra yang berjaya direbutnya masa adegan bergusti tadi.

"Kau. kau. kau kurang ajar ye." Kyra menunding jari ke muka lelaki tu.

"Huh. kau ke aku yang kurang ajar?" lelaki tu mempersoalkan Kyra balik.

"KAU la perogol bersiri!"

"KAU yang kurang ajar gangster higheels!"

"Kau la mangkuk!"

Jua dengan Yun naik pening. kepala mereka terikut-ikut. kejap Kyra
kejap lelaki tu, kemudian Kyra kemudian lelaki tu.

"Kau." tak sempat Kyra nak cakap tiba-tiba.

"STOP IT!" Jua dengan Yun menjerit serentak.

Kyra dan lelaki tu berhenti bergaduh dan memandang mereka berdua.

"Cuba duduk berbincang elok-elok. Kyra cuba kau tanya encik nie
baik-baik kenapa dia follow kau. Dan encik tolong jelaskan kenapa
encik kejar kawan kitaorang nie. Tak payah bergaduh macam samseng
kampung dusun." Yun menyilang tangan sambil memandang mereka berdua
bersilih ganti.

"Entah! Pening aku tengok korang bergaduh." Jua dah pegang kepala.

"Huh. memang pun kawan cik nie samseng! Gila punya orang." Lelaki senyum sinis.

"Tengkorak kau! Kau tu perogol bersiri tak sedar diri. pegang-pegang
anak dara orang tak tau malu." Kyra tak mau kalah.

"Sebelum aku tangan-tangankan korang berdua buat gulai lemak masak
tempoyak baik korang diam jangan bergaduh and start to have a nice,
cool and peace conversation! I really mean it now." Yun dah mula
tunjukkan aura guru disiplinnya.

Kyra dan lelaki tu saling berpandangan!.

'Hari-hari tengok drama bersiri, memang dasar kau perogol bersiri!'
Kyra bagi jelingan lipat maut.

'Eleh. Hisap rokok jenama dunhill, tak sedar diri dia gangster
higheels!' lelaki balas jelingan Kyra dah macam nak keluar petir dari
tenungan mata mereka.

--------------

Nasib baiklah Jua dengan Yun campur tangan, barulah situasi ribut tadi
reda sikit. Tidak mau tercetus perang armagadon agaknya kalau tak
dihentikan tadi.

Empat pasang mata saling bertentang. Kerusi batu yang memang sedia ada
di luar laman rumah sewa mereka disediakan oleh tuan rumah untuk
bersantai-santai pada waktu petang tapi sekarang dah jadi meja
persidangan pula.

Jua dengan Yun duduk bertentangan manakala Kyra duduk bertentangan
dengan lelaki tu. Kyra memeluk tubuh. Lelaki tu hanya duduk menyandar
santai. Jua pegang penyapu besi tak lepas-lepas. nak stand by katanya
takut-takut kalau lelaki tu tiba-tiba menggila! Yun membetulkan spek
matanya yang sesekali melorot ke bawah. Lagak gaya macam tuan hakim
pulak Yun tu.

"Ok. Sekarang bincang baik-baik. Kita nie manusia tuhan cipta fikir
pakai otak bukan kepala lutut. Siapa nak mula dulu?" Yun tanya.

"Perogol bersiri nie Yun. Dia yang kejar aku macam orang gila. Mana
aku tak panik." Kyra serang.

"Hello. Tadi masa dekat Giant aku panggil kau baik-baik dulu yer.
Bukan aku main serbu kejar kau ja. Kau tu yang tiba-tiba lari macam
orang sasau kenapa? Nak salahkan aku pulak." Lelaki tu membela
dirinya.

"Tipu!"

"Betul!"

Yun mengangkat kedua-dua belah tangannya tanda stop it!

"Kalau macam nie la punya gaya baik korang tak payah cakap. Huh!" Yun
merengus naik fed up dah dia pun.

"Aku tanya korang jawab ok?"

"Encik. err??"

"Megat Amru Nasabil. call me Am."

"Ok Encik Am, kenapa encik kejar kawan saya tadi?" Chewah, Yun kau nie
dah macam peguam pulak yer.

"Kan senang tanya dari mula. Nie tak! ketuk aku pakai high heels.
Ingat tak sakit ke?" lelaki tu mencebik.

"Encik. jawab jer lah soalan saya tadi."

"Cik. cik apa tadi?"

"Yun. panggil saja Yun."

"Err. saya Najwa. Panggil Jua jer." Jua tiba-tiba menyampuk
tersengih-sengih tapi batang penyapu besi tak lepas dari tangannya tu.

'Hensem! Lagi hensem dari Zaim. nie yang tergugat nie.' Jua dah
tersengih-sengih miang keladi dah.

"Ok. Cik Jua dan Cik Yun, saya sebenarnya tak da niat pun nak
apa-apakan kawan cik berdua nie. Sikit pun tak terlintas nak rogol
anak dara orang tengah-tengah hari rembang macam nie waima sebesar
zarah sekalipun tak teringin saya kat kawan cik berdua nie. saya."

Belum sempat Amru habis cakap tiba-tiba Kyra potong.

"Cakap jer la kenapa. Yang kau nak buat mukadimah panjang-panjang
apahal? Kau ingat nie pertandingan mari bercerita ke apa." Kyra hilang
sabar.

"Ok fine! Kau nak aku cakap direct kan? Kau tu dah ambik barang aku.
Tau tak. Penyamun!"

Kyra tersentak. "Bila masa aku ambik barang kau? Kau siapa ha? aku tak
kenal pun kau. macam mana aku boleh ambik barang kau pulak? Kalau dah
salah mengaku jangan nak menuduh!" Kyra tak puas hati.

"Baik kau tak caya ya. Tak pa kau tunggu jap. aku pergi ambik
buktinya. Jangan menyesal yer." Am bergegas bergerak ke arah keretanya

"Kyra betul ke kau ambik barang dia weh?" Jua tanya.

"Tak la. Masa bila aku ambik barang dia. kau nie." Kyra tarik muka.

Amru menghampiri mereka dengan selonggok beg plastik.

"Nie buktinya. Tengoklah."

Tiba-tiba riak wajah Kyra berubah. dia terdiam. "Err.kenapa
barang-barang nie nampak macam barang-barang yang aku beli tadi?"

"Bukan macam tapi memang barang kau pun. Kau tengok nie. Apa
kejadahnya aku nak beli benda nie ha? Cuba kau terang sikit dekat aku
pakai logik akal kau." Amru menanya Kyra.

Serta-merta wajah ketiga-tiga gadis tu merona merah. Panas! Apa taknya
Amru selamba badak tayang 'adik kecik' yang baru Kyra beli tadi. Dah
la warna merah ang-ang siap bercorak polka dot lagi! Sumpah Kyra tak
tau nak kata apa. Malu tahap yang dah tak bertahap dah dia rasa!

"Err. Kyra. betul ke kau punya tu?" Yun serba salah nak tanya.

Segan, malu, nak tergelak. bercampur baur tapi tak sampai hati tengok
muka Kyra dah merah macam nak pecah!

"Err. aku. aku."

Kyra terus blah dari situ dan bergerak menuju ke keretanya. Dia
membuka plastik barang yang baru dibelinya tadi. Dan ternyata. bukan
barangnya. Kyra rasa nak nangis dah. 'Macam mana nie. ya ALLAH malunya
aku rasa.'

Kyra terus membawa semua beg plastik yang ada dalam keretanya lalu
dihulurkan kepada Am.

"So?? You own me something miss." Amru tersenyum bangga, kemenangan
berpihak kepadanya.

Kyra tunduk tak angkat kepala. dikuisnya rumput karpet di laman tu. Malu!

"Sorry."

Pendek ja jawapan Kyra. Tanpa buang masa sesaat pun Kyra terus capai
barang-barangnya dan masuk ke dalam rumah. Langsung tak di pandang
wajah Amru.

Jua dengan Yun saling berpandangan. Kemudian mereka memandang Amru pula.

"Ermm. Encik Am, saya mintak maaf yer bagi pihak kawan saya tu. dia tu
pemalu sikit tu yang dia lari masuk rumah." Yun cuba cover Kyra sambil
tersengih-sengih. Jua pula jadi burung belatuk, tukang mengangguk
kepala.

Tiba-tiba.. Kyra yang dah masuk ke dalam rumah patah balik keluar.

Tiga pasang mata memandangnya.

"Kau kenapa Kyra?" Jua tanya.

Kyra diam tak menjawab.

"Encik saya nak mintak balik benda tu." Alahai. suara lembut macam nak
keluar tak keluar ja bunyi.. Kyra menunjukkan ke arah tangan Am.

Kali semua mata tertumpu ke arah Amru.

YA! 'Adik kecik' Kyra.

Amru tersenyum sinis. Tapi langsung tak menunjuk tanda-tanda nak bagi
dekat Kyra.

'Mamat nie pehal? Aku punya barang tu bagi la balik! Tak kan dia nak
pakai kot?' Kyra bengang. Dah bengang sangat tengok gaya Am yang buat
tak tahu ja tu, Kyra terus rampas 'adik kecik'nya tu dari tangan Am
dan terus blah dari situ.

Jua dengan Yun muka dah biru tahan nak gelak. tapi demi kawan
ditahankan jugak. hahaha.

Amru hanya berdiam diri sambil memerhatikan Kyra yang menapak masuk ke
dalam rumah sebelum.

"Saya mintak diri dulu. Assalamualaikum."

"Waalaikummussalam." serentak Jua dengan Yun jawab salam.

--------------

Malam tu Jua dengan Yun tak sabar-sabar nak dengar cerita dari Kyra.
Tapi Kyra buat-buat tak faham, dia diam ja sampailah Yun memulakan
topik.

"Macam mana boleh jadi macam tu Kyra?"

Kyra hanya menjongketkan bahunya.

"La. tak kan kau tak tau, kau yang ambik barang dia kan?" Jua interframe.

"Hei. aku tak ambik barang dia. Aku just TERtolak troli dia ja ok.
Beza tu." Kyra menjawab.

"Eleh. samalah tu." Jua menjuih bibir.

"Macam mana kau boleh tertolak troli dia Kyra? Pelik pulak bila aku
fikir balik. Musykil aku." Yun tanya lagi.

"Dah aku nak TERtolak nak buat macam mana. bukan aku sengaja." Kyra
sengaja tekankan perkataan TER tu menunjukkan yang dia betul-betul tak
sengaja.

"Tak kan kau tak sedar?"

"A'ah memang aku sedar. Sedar gila masa tu! Eiii kau nie sengal la.
kalau aku sedar tak kanlah aku nak pergi tolak troli orang, kau nie
pun satu la Yun. hishh."

"Mana la tau. hehe." Yun sengih.

"Kau fikir apa sampai boleh TERtolak troli mamat tu tadi?" Jua tak
puas hati lagi.

"Tak. cerita dia macam nie. aku tertinggal barang dekat kaunter
pembayaran. So, cashier tu pun panggil la aku. Aku tinggalkan la kejap
troli aku tu kat situ pastu aku pergi la ambik barang tu. Kemudian
lepas ambik barang, aku terus tolak troli aku tu. Mana lah aku tau ada
troli lain kat situ, aku pun time tu tak check barang dalam troli tu.
aku pakai tolak jer. pastu tiba-tiba ada orang kejar aku. Then story
lepas tu korang tau la jadi apa kan? tak payah aku describe lebih
lanjut. Sekian terima kasih."

"Mak aii, gila tak senonoh kau nie rupaya Kyra. baru aku tau." Jua
mengurut-urut dagunya. Macamlah ada janggut.

Kyra tarik muka.

Yun gelak terbahak-bahak dah.

"Kau apasal gelak dekat aku? Nie yang malas nak cerita nie." makin
panjang muncung Kyra.

"Tak. aku gelak sebab aku nak tergelaklah. hahaha. yala, dah la kau
TERtolak troli dia, lepastu kau panggil dia perogol bersiri satu hal,
kemudian boleh pulak kau pukul dia separuh mati! Tak boleh blah tu,
kau guna high heels! Kasut tumit tinggi tu 3 inci kot!. Ya ALLAH. mau
mati aku rasa mamat tu kalau aku tak halang kau tadi." Yun dah geleng
kepala.

Jua pun sama gelak sakan. "Entah. dah la tu serius part mamat tu
tayang 'adik kecik' polka dot kau tu aku tak boleh lupa. hahaha! Gila
betul, selamba badak ja dia tayang benda tu depan kita. adoi." Jua dah
pegang perut dia, muka Kyra dah bertukar warna malu bukan kepalang dia
rasa.

"Kot ye pun kau nie, beli lah yang mengancam sikit corak dia. nie
polka dot? Dah macam anak anjing. Hahaha!" Jua menambah lagi.

"Entah. boleh jugak ngorat mamat tu. Kot-kot la tengok 'adik kecik'
kau tu mamat tu boleh jadi angau kat kau ke? Tup Tup! Terus esok tu
dia datang masuk meminang. Ye tak Jua?" Yun angkat kening sebelah
ala-ala The Rock tu.

"Your right babeh. give me five!"

Kyra ketap gigi melihat Jua dengan Yun ber'give me five' tu.

"Biar lah 'adik kecik' aku bukannya 'adik kecik' kau! Sibuk jer.
Korang dah la. aku tau la aku salah. Kan aku dah mintak maaf kat dia.
Tutup kes la. Yang pasal 'adik kecik' polka dot aku tu tak payah la
ungkit. Sensitif! Malu tau tak!" Kyra dah tekup muka dengan kusyen
sofa.

Jua dengan Yun sengih ja. Kyra, Kyra.

--------------

Peristiwa paling memalukan pernah terjadi dalam seumur hidupnya tu tak
mungkin Kyra lupakan walaupun dah lama perkara ni berlalu, dah
berminggu-minggu. Satu ja doa yang tak pernah dia lupa setiap kali
sembahyang selain mintak dimurahkan rezeki dan panjang umur. Dia tak
nak jumpa Mr. Troli tu! Tu la satu-satunya doa dia yang tak lekang
dari bibir. Biarlah yang tu pertama dan terakhir. Kyra serik!

Mr.Troli??? tu la gelaran yang Kyra bagi dekat Amru.

"Mulakan hidup baru Kyra! Lupakan benda yang dah lepas, yang penting
pagi nie buka buku baru. You can do it babeh. yeahhh! Malaysia ROCKK!"
bersemangat waja Kyra pagi tu.

Kakinya diatur menuju ke arah bangunan tempatnya bekerja. Menonong ja
Kyra jalan tanpa memandang kiri dan kanan.

Tiba-tiba!

"Cik ke tepi! Kereta!" beserta dengan jeritan tu tubuh Kyra ditolak
dan dia dengan pemuda yang selamatkannya tu jatuh bergolek-golek.
Sekali tengok tak ubah macam hero dengan heroin tamil tengah bergolek
atas taman bunga yang bezanya cuma nie atas tar la.

"Cik ok?" prihatin betul pemuda nie.

"Err, saya ok terima kas." Kyra terkedu.

Doanya tak dimakbulkan Tuhan rupanya.

"Eh, Miss Polka Dot!" muka Amru teruja gila siap panggil Kyra, Miss
Polka Dot lagi.

'What? Dia panggil aku polka dot??'

"Apa khabar lama tak jumpa. Last kita jumpa masa dekat ru."

"Eh, tangan awak luka teruk nie encik. Baik pergi klinik." Kyra
cepat-cepat potong, dia tak mau ungkit dah pasal hari tu, sungguhlah
malu hari tu pun tak hilang lagi.

"It's ok, sikit ja nie. Awak luka lagi teruk dari saya." Amru menunjuk
ke arah lengan tangan Kyra.

"Darah." Sepatah ja yang sempat Kyra cakap sebelum.

"Eh, cik? Cik! Miss Polka Dot. bangun."

Kyra pengsan daa. dia pantang tengok darah. Tapi yang pelik tu, kalau
dekat orang lain tak apa tapi kalau darah tu keluar dari badan dia
sendiri. Ha! Sekali tengok pengsan terus.

--------------

"Puan dah sedar?"

"Saya kat mana nie?"

"Jangan risau, puan dekat klinik sekarang tadi puan pengsan. Suami
puan yang bawak puan ke sini?"

"Puan? Suami? Bila saya kahwin doktor?" Kyra bingung. 'Aik, takkan aku
pengsan tak sampai 2 jam pun aku dah ada laki? Macam mana aku boleh
tak perasan aku dah kahwin?'

"Err, yang tu saya tak tau la pulak puan. Tu di luar bidang ilmu saya.
Saya rasa puan dah ok, cuma jangan lupa makan ubat nanti ok."

Kyra hanya menganggukkan kepalanya.

--------------

"Macam mana? Doktor kata apa?" Amru terus mendapatkan Kyra sebaik
sahaja Kyra keluar dari bilik doktor.

"Eh, awak tak balik lagi?" Ada lagi rupanya mamat nie.

"Saya tunggu awak."

"Puan Nik Mazkyra Muslim." Tiba-tiba pembantu klinik tu memanggil Kyra.

"Biar saya ambikkan."

Kyra hanya tersenyum. Dalam hati. 'Bila masa aku dapat mandat bergelar
puan nie?'

"Jom saya hantar awak balik." Amru menawarkan diri untuk menghantar Kyra pulang.

"Eh, tak apa, tak apa. saya boleh balik sendiri. Berapa semua harga
ubat tadi?" Kyra dah mengeluar beberapa keping not sepuluh ringgit.

Amru hanya tersenyum penuh ikhlas tapi lain pula pada pandangan Kyra
dia nampak senyuman tu. macam nak menggoda dia. Kyra terkedu seketika.
Jantungnya tiba-tiba bergerak kencang. Rasa macam nak pengsan lagi
sekali.

"Kyra? Are you ok Kyra?" Amru memetik jarinya beberapa kali di hadapan Kyra.

Kyra tersedar. "Ya? Ya. saya ok." Kyra tersengih lagi.

"Tak payah bayar, saya ikhlas tolong awak. Jom saya hantar awak
balik." Amru terus membuka pintu keretanya dibahagian penumpang
hadapan.

"Eh, janganlah macam nie. Awak dah tolong selamatkan saya tadi tu pun
dah besar rahmat. Saya kenalah bayar balik duit awak. Betul nie, saya
boleh balik sendiri." Kyra tolak dengan berhemah sekali.

"Mak saya cakap tak baik tolak niat baik orang. Lagipun awak jangan
risau, niat saya baik nak tolong awak. Saya tak akan rog."

"Stop it! Jangan nak sebut perkataan tu." Kyra terus mencelah.

Amru hanya tergelak kecil. "Ok, ok. saya tak sebut tapi awak kena biar
saya hantar awak balik ok?"

"Ok." lemah ja Kyra jawab.

--------------

Kyra hanya mendiamkan diri dalam kereta. Dia sebenarnya rasa segan
dengan Amru tu.

"Kenapa diam?"

"Ha? Err. tak ada apa nak cakap." Kyra jadi kalut tiba-tiba.

"Awak tau. awak nampak lain hari nie?" Amru memulakan perbualan.

"Eh, ya ka? Saya pakai baju terbalik ke?" Kyra membelek dirinya berkali-kali.

Amru menggelengkan kepalanya. "Tak la. kali pertama jumpa awak dengan
kali kedua kita berjumpa nie memang lain. Saya rasa macam dua orang
yang berbeza tapi ada muka yang sama."

"Yang pertama kali jumpa tu terukkan?"

"Hahaha. tau tak pa. ada ke patut belasah orang pakai high heels 3
inchi. Tu nak membunuh namanya."

"Dah panik. rembat ja la yang sempat capai. Dah tu yang tu paling
dekat. tunggu lagi? Ambik yang tu ja la buat defence." Kyra dah
lemparkan pandangan keluar tak sanggup rasanya nak tengok muka Si Amru
tu.

"Ya. tapi comel." Amru terlepas cakap.

"Tapi apa." Kyra terus berpaling menghadap Amru.

"Tak. saya cakap baby kat tepi jalan tu comel. Cuba awak tengok."

"Mana? Tak ada baby pun."

"Mak baby tu dah naik bas kot." Amru oii, kot ye pun nak menipu.
carilah alasan munasabah sikit.

"Hah??" sungguhlah Kyra terasa sangat blurr masa tu. 'Apa yang mamat
nie merapu?'

Amru hanya tersenyum melihat muka Kyra yang blurr tu. 'Alahai
comelnya. geram aku tengok.'

--------------

"Terima kasihlah sebab hantar saya balik Encik Amru."

"Sama-sama, just call me Am."

"Nope, I like Amru better." Kyra tersenyum.

"Fine. mana pun boleh. nak panggil abang sayang pun boleh." Gatal
jugak rupanya mamat ni.

Kyra tersipu-sipu malu. Pipinya merona merah macam pakai blusher.

Tanpa mereka sedar. ada mata-mata yang sedang mengintip perlakuan mereka.

"Awak, saya nak mintak maaf lagi sekali sebab saya pukul awak dulu.
sorry sangat-sangat. tuduh awak bukan-bukan. sorry ye." Lembut ja
suara Kyra. Dia tak tau yang Amru macam dah nak cair dengar suara Kyra
mendayu-dayu tu.

"Err. it's ok benda dah lepas. ok lah Kyra jumpa lagi. Bye Miss Polka Dot."

Kyra mengetap bibir tak sempat dia nak balas balik. Amru dah memecut keretanya.

"Tak habis-habis nak panggil aku Miss Polka Dot! Benci!" Kyra merungut.

--------------

"Yun kau tengok. bukan main mesra lagi."

"Kau tak tak pa. hari tu bergaduh macam dah nak membunuh. Pelik aku
tiba-tiba boleh naik kereta sekali. Tak terbalik ke kereta tu?"

Jua yang terhendap-hendap di balik tirai tu hanya menganggukkan
kepalanya. "Eh, Kyra dah nak masuk. cepat serbu dia." Jua terus
melompat dari kusyen yang dia berlutut tadi semata-mata nak mengendap
Kyra dengan Amru.

Sebaik sahaja kaki Kyra melangkah masuk. Baru sebelah kiri melangkah
masuk. Terus badannya ditarik Jua dengan Yun!

Kejam sungguh kawan-kawannya tu.

"Wei. apa nie main tarik-tarik. tak mau lah bergusti masa nie. Hari
lain la, aku penat nie." Kyra nie memang sengal.

"Siapa nak bergusti dengan kau? Baik kau cerita cepat dekat kitaorang
tu Encik Amru kan? Macam mana kau boleh balik sekali dengan dia? Kau
dah baik dengan dia ke? Kau jumpa dia kat mana?" Yun terus menyoal
bertali-arus.

"Aku." tak sempat Kyra nak jawab.

"Kenapa kau jalan terhinjut-hinjut? Nie baju nie kenapa terkoyak? Dia
buat benda tak senonoh dekat kau kan? Baik kau cakap. dia buat apa
dekat kau? Korang pergi mana tadi? Dia culik kau ke tadi?" Jua tak
bagi can langsung dekat Kyra nak jawab.

"Dah? Dah habis tanya? Dah habis? Kalau dah habis aku naik atas dulu.
Aku penat."

Yun dengan Jua saling berpandangan.

"Pelik tapi benar." Serentak dua-dua cakap.

"Aku rasa dia nie dah kena mandrem la wei." Jua mengurut-urut dagunya.

"Choi! Mulut bau longkang. ada ke doa bukan-bukan dekat kawan
sendiri." Yun merengus.

"Aku cakap ja bukan doa."

"Aku cakap kau bodoh kau marah. tapi masalahnya memang dah tu
kenyataan dia." Yun menunjal kepala Si Jua.

"Mulut kau lagi teruk. Bau logi taik! Hahaha." Jua terus melarikan
diri sebaik saja Yun dah bangun nak terkam dia.

"Jua!!"

--------------

"Kyra kau tengah masak maggi ke?" Jua yang baru lepas mandi menegur Kyra.

"A'ah. Kau nak ke?"

"Nak! Aku nak. Jangan lupa letak telur dua biji tau."

"Ya. aku tau." Faham sangat Kyra dengan selera Jua tu.

Kyra mengambil telur dan memecahkannya.

"Kyra kau ok ke?" Jua dah berdiri sebelah Kyra.

"Ok la. kenapa tiba-tiba tanya aku nie?"

"Tu." Jua menjuihkan mulutnya ke arah maggi yang dimasak Kyra.

"YaALLAH!" Kyra dah menekup mulutnya. Kemudian memandang Jua.

"Kau nie genius melampau-lampau ya Kyra. Siapa ajar kau masak maggi
buang isi telur lepas tu letak kulit telur dalam maggi nie?"

"Err. sorry, sorry. aku tak sengaja."

"Kau berangan apa wei? Sampai kulit telur dengan isi telur pun tak tau
beza nie?"

"Mana ada berangan kau nie. aku tersilap letaklah. Aku buat lain."
Kyra terus membuang maggi tadi.

"Tak payahlah, biar aku yang masak, nanti kalau kau masak lagi aku
rasa kau letak sepapan telur terus dengan papan-papan tu sekali kau
bubuh."

"Hish, kau nie Jua!"

Jua dah mengekek. 'Kyra, Kyra apa kenalah dengan kau nie.'

--------------

"Kyra! Apa yang lama sangat kau nie siap? Kau pakai make up ke kau
proses make up?" Yun melaung dari ruang tamu bawah.

"Kejap! Nak siap dah." Kyra menjawab dari atas.

Petang tu mereka plan nak ke PWTC ada pameran buku. Niat dihati nak
borong bukulah.

"Ok dah siap. Jom!"

Yun memandang Kyra tak berkelip.

"Kau biar betul Kyra? Kau nak pergi pameran tu pakai macam nie ja?"

"Ye lah ok apa. Blaus putih, dengan tudung bunga hitam match dengan
skirt labuh hitam nie. cantik dah aku rasa."

"Kyra aku risau lah dengan kau nie. kau ok ke?

"Ok la. jomlah cepat." Kyra dah capai kunci keretanya.

"Kyra kau tunjuk dekat aku mana skirt labuh hitam kau tu." Yun menarik
tangan Kyra yang dah nak keluar rumah tu.

"Nie apa?"

"Tu skirt kau?" Yun menyoal tak puas hati lagi. "Kau tengok betul-betul Kyra."

Kyra pun memandang ke bawah dan. "Eh. silap, silap. aku pergi tukar jap."

Yun menggelengkan kepalanya. "Tu bukan skirt labuh. Tu tuala labuh
orang panggil."

"Hish, aku tersilaplah. kau tunggu kejap." Kyra terus berlari naik ke atas.

"Apa kena dengan kau nie Kyra? Takkan lah tak sedar diri tu tak pakai
seluar ke skirt ke?" Yun menggelengkan lagi kepalanya.

--------------

"Kau perasan tak dengan perangai Kyra sejak dua menjak nie Jua?"

"Perasan. Aku tengok dia tu macam orang sasau pun ada."

"Kau tak tak pa. Kau tau hari tu masa nak pergi pameran dekat PWTC
boleh dia tak perasan dia pakai tuala ja, siap ambik kunci kereta lagi
nak keluar. Tu kalau aku tak tegur mahu sampai sana baru sedar
gamaknya dia pakai tuala ja. Tak ke pelik tu?" Yun mengerutkan dahinya
memikir perihal kawannya yang sorang tu.

"Jangankan kau, aku pun naik sama pelik. Hari tu masa dia masak maggi
boleh dia pergi buang isi telur dalam tong sampah lepas tu bubuh kulit
telur dalam maggi. Tu kalau aku tak tegur dihidangnya aku maggi cap
kulit telur! Resepi baru tu." Jua dah menggelengkan kepala.

"Apa kena lah dengan Kyra nie. kau ingat hari tu lepas dia jumpa
dengan Mr.Troli tu, boleh dia lupa dia parking kereta Rush dia tu kat
mana? Padahal dia dengan Rush dia tu mana boleh berenggang!"

"Betul-betul. kau ingat tak masa kita tengok cerekarama sabtu lepas.
cerita tu punyalah sedih tahap gaban. Yang kita berdua nie menangis
macam kassim selamat dah. Dia? Boleh dia gelak terbahak-bahak tengok
cerita tu? Tak pelik ke?" Jua menggaru-garu kepalanya yang tak gatal
tu.

"Aku rasa ada something wrong somewhere." Yun angkat kening kiri.

"Dan aku rasa puncanya." Jua angkat kening kanan.

"Mr.Troli!" serentak mereka menjerit.

"Kita kena tanya dia nie. aku risaulah dekat minah nie." Yun dah
bangun dari kerusinya.

"Setuju! Jom."

--------------

"Kyra. kitaorang nak tanya sikit dekat kau nie." Yun sebagai pembuka mukadimah.

"Tanya apa?"

"Kau nie tengah bercinta dengan siapa-siapa ke?"

"Siapa-siapa siapa?" Kyra buat-buat tak tahu.

"Caih, kura-kura masak tauhu, pura-pura tak tahu pulak." Jua mencelah.

"Dah tu aku tengok kau angau semacam ja dua tiga hari nie? kenapa?" Yun menanya.

"Mana ada aku angau. Memandai ja korang nie."

"Iye kau tengah angau. kau mandi tak lencun, tidur mengingau, makan
mencekik. Sebijik macam orang tengah angau." Siap dengan gaya-gaya
lagi Jua nie memang over.

"Tak. aku tak angau." Kyra masih menafikannnya.

"Ye. kau tengah angau." Yun membalas.

"Tak angau."

"Kau angau." Jua pulak.

"Hey. aku taulah, aku tuan punya badan! Aku tak angaulah dengan Amru
tu. Tak faham bahasa ke?" Kyra dah bercekak pinggang.

"Bingo!" Jua bertepuk tangan.

"Mengaku jugak kau akhirnya." Yun tersengih.

"Mengaku apanya?" Kyra megeluh.

"Kau tengah angau dengan Amru a.k.a Mr.Troli kau tu." Jua menambah.

"Mana ada."

"Acecece. tadi tu mana ada kitaorang sebut nama Amru pun. Kitaorang
cuma cakap kau tengah angau ja. tup tup kau sebut nama Amru! Dia dah
la tu. kau angau dengan dia." Jua nie kadang-kadang cerdik jugak
rupanya.

Kyra buat tak tau ja. malulah rahsia dia dah pecah!

"Sejak bila kau syok kat dia nie?" Yun menggiat.

"Entah. tiba-tiba ja TERsuka." Kyra memintal-mintal hujung baju tidur!
Gila gatal kau nie Kyra.

"Kau nie suka betul TER TER dengan Amru tu. kang TERkahwin. aku tak tau."

Tiba-tiba pipi Kyra merona merah bila dengar Jua cakap pasal kahwin.

"YaALLAH. gatal jugak rupanya kawan aku nie. hahahaha" Yun dengan Jua
dah gelak tak ingat dunia.

"Biarlah. macamlah korang dua tak nak kahwin." Kyra masih
memintal-mintal hujung baju tidurnya. malu-malu tenuk afrika lak minah
nie.

"Hahaha. Miss Polka Dot sudah tangkap cintan sama Mr.Troli." Kyra tersenyum.

--------------

"Assalamualaikum!"

"Uit, ada tetamu la. kau pergi la tengok Yun." Jua menendang perlahan kaki Yun.

"Apasal lak aku? Kau la." Yun menendang balik kaki Jua.

"Assalamualaikum! Ooo tuan rumah!"

"Woi. pergilah."

"Kau la pergi. kau lagi muda dari aku. So, kau lah pergi." Yun tak mau kalah.

"Siapa ajar kau kalau nak buka pintu kena tengok umur?" Jua dah
bercekak pinggang.

"Kau." Selamba ja Yun balas.

Jua ketap bibir. "Pemalas! Baloq Liat!"

Yun buat donno ja.

Jua pun mengalah bukak pintu.

"Eh, Mr.Troli! err. I mean Encik Am."

Amru hanya melemparkan senyuman. Dalam hati. 'Aku muka sikit punya
macho, diaorang panggil aku Mr.Troli? Panggillah Mr.Aeroplane ke. Up
la sikit. Nie troli? Hah!'

"Jemputlah duduk." Jua memperlawa Amru duduk di meja luar. Meja
persidangan mereka tempoh hari tu.

"Ada apa hajat ke mari?" Chewah! Berbahasa pulak Si Jua nie.

"Saya nak jemput cik adik bertiga nie ke majlis kahwin dekat rumah
saya hujung minggu nie."

"Siapa yang nak kahwin?" tiba-tiba Yun mencelah.

"Err.saya." Amru baru nak bukak mulut, tapi tiba-tiba.

"Yun, Jua mana korang nie?" Kyra muncul sambil memisat matanya. Baru
bangun tidur anak dara nie, padahal dah pukul 12 tengah hari! Memang
kena lah dengan time. Amru pulak datang. Cantik!

Tiga pasang mata memandang ke arah Kyra.

Kyra lagilah terkejut, tambah-tambah nampak Amru yang dia tengah
angaukan selama nie. Lagi laaaa. dahlah muka tengah sememeh, air liur
basi pun ada. nasib baik dia serkup kepalanya dengan tuala.
Terlindunglah auratnya yang satu tu.

"Errr. Amru. buat apa kat sini?" Kyra menanya.

"Saya nak bagi kad jemputan kahwin."

"Siapa nak kahwin?" Kyra tiba-tiba cemas.

"Nie tengoklah nama pengantin dekat kad nie." Amru menghulurkan kad
jemputan tu kepada Kyra.

Kyra yang pada mulanya segan dengan keadaan dirinya terus berubah! Dia
dah tak peduli. Bila terpandang ja nama yang terpampang di kad
jemputan tu. Mata Kyra terus berair. Kyra menangis!

"Nah! Ambik balik kad nie."

"Eh, kenapa nie Miss Polka Dot?" Amru bertanya.

Jua dengan Yun yang mendengar panggilan Amru tu, rasa nak gelak
berguling atas rumput kat luar rumah tu dah.

"Kyra?"Amru nak mendapatkan Kyra. tapi tiba-tiba Kyra lari dari rumah.

"Kyra!" Amru menjerit.

"La, pacak apa lagi kat sini? Pergilah kejar cepat!" Yun mengarah Amru.

"Ha? Owh. ok, ok!" barulah mamat nie terkocoh-kocoh berlari mengejar Kyra.

Jua hanya menjongketkan bahunya bila Yun memandangnya.

--------------

"Sengal! Buat penat ja aku angau dekat dia! Last-last dia kahwin jugak
dengan orang lain. Bodoh-bodoh!" Kyra mengetuk kepalanya sendiri.

"La, tak kan dah penat angau dekat saya? Saya tak pernah penat pun
angau dekat awak." Tiba-tiba Amru muncul.

Kyra menjelingnya dengan hujung mata.

"Penat tau tak saya kejar awak. Laju betul awak lari. awak dulu-dulu
masa sekolah atlit berlumba ek?" Amru saja nak menceriakan suasana.

Kyra diam.

"Err, tak lawak ke saya buat lawak tadi?"

Kyra buat tak tahu.

Amru dah mengesat peluh yang mula menitik di dahi. Penat gila kejar Si
Kyra nie, nasib baiklah tasik nie 200 meter ja jauh. tapi tu pun
mengah jugak di buatnya nak mengejar Si Kyra nie.

Amru menggaru kepalanya.

Tiba-tiba.

"Bila cinta kini. tak lagi bermakna. yang ku rasa kini, hanyalah
nestapa. Ditinggalkan cinta masa lalu."

Kyra dah cantum kening. 'Mamat nie kenapa?'

Amru sambung lagi. "Dulu kau tawarkan, manisnya janjimu, yang ku
sambut itu. Dengan segenap hatiku. Bila engkau pergi, tinggalkanku."

Kyra dah tongkat dagu. tiba-tiba dia rasa sedap pulak suara Amru nie
menyanyi lagu Bila Cinta, ost lagenda budak setan tu.

"Hilangnya cintamu. Menusuk hatiku. Hingga ku memilih, cinta yang fana.."

Kyra dah terpegun dengar Amru menyanyi.

"Perginya dirimu. merobek jantungku. Hingga ku terjatuh, dalam
harapan. uuuuuuuu."

Amru memandang Kyra.

"Hilangnya cintamu. Menusuk hatiku. Hingga ku memilih, cinta yang
fana.. Perginya dirimu. merobek jantungku. Hingga ku terjatuh, dalam
harapan. uuuuuuuu. dalam harapan."

Tiba-tiba Kyra bertepuk tangan. "Yeyy!"

Amru tergelak. "Dah ok? Tak merajuk dah?"

Kyra berdehem dua tiga kali. Dalam hatinya terdetik. 'Alamak
ter'excited' la pulak. malunya.'

"Siapa merajuk!"

"Entah siapa entah yang merajuk. lari rumah. Dah la tu dengan tak
mandi dia, baju pun pakai baju tidur lagi, dengan bau masam. air basi
pun bersisa kat tepi mulut lagi." Amru memandang Kyra, dia nampak Kyra
tengah curi-curi lap tepi bibirnya. 'Hahaha. comelnya.'

"Anak siapa la tu kan?" Amru sengaja mengusik Kyra.

"Biarlah! Dengki. pergilah balik kalau dah tau saya busuk. ikut buat apa?"

"Dah tu tak kan biar kekasih hati saya merajuk sorang-sorang? Kang dia
terjun dalam tasik nie saya jugak yang susah. menbujang sampai ke tua.
Tu yang kena kejar jugak tu. Tidak saya biar ja."

Kyra mengetap bibir. "Eleh, lelaki bila bercakap tu macam tanam tebu
di tepi bibir! Entah bukan tanam tebu ja. siap bukak kilang gula lagi!
Manis tak hengat!"

"Hahaha!" lawak betul peribahasa Kyra nie, suka-suka dia ja mengubah
peribahasa melayu.

"Awak. Miss Polka Dot saya yang comel. kenapa awak lari tadi? Cuba
cakap dengan saya? Tak payah lah nak pakai ayat-ayat tebu, gula segala
bagai. Saya nie tak suka makanan yang manis."

Kyra menjuling mata ke atas.

"Awak dah nak kahwin kan? Pergilah balik duduk dekat tepi bakal bini
awak tu! Buat apa duduk kat tepi saya yang busuk nie."

"La. nie saya tengah duduk kat tepi bakal bini sayalah nie. Nak balik
buat apa. busuk pun busuklah. Saya redha."

Tiba-tiba Kyra rasa nak tergelak. tapi ditahannya jugak sedaya-upaya.

"Yer la tu. sini cakap lain tapi dekat kad tu nama awakkan?" Kyra
akhirnya berpaling memandang Amru.

Amru yang masih setia menatap Kyra tersenyum. Cepat-cepat Kyra
mengalihkan pandangannya. Jantung dia masa tu rasa macam nak pecah!
Tiba-tiba berdegup laju semacam.

"Ya ke nama saya?"

"Habis tu takkan nama saya Megat pula?" Kyra dah naik menyampah dengan
Amru yang macam acuh tak acuh nie.

"Awak. memanglah nama dekat depan kad tu Megat."

"Ha, mengaku pun." Kyra mencelah.

"Tapi masalahnya. yang nak kahwin tu Megat lain. Megat Amir Nabil.
Bukan Megat Amru Nasabil."

Kyra dah berkerut seribu dahinya.

"Lain kali kalau orang bagi kat jemputan kahwin tu. buka dalam sekali,
baca bagi habis." Amru menggelengkan kepalanya.

"Tipu!"

"Laillah. nak menipu buat apa? Nah, tengok sendiri." Amru menghulurkan
kad jemputan kahwin tu.

Kyra membuka bahagian dalam kali nie.

"Ha, nampak tu. Eja tengok nama kat situ. saya nak dengar." Sengaja
Amru nak menggiat Kyra.

"Hurmmm. benci! Bukan nak cakap awal-awal masa kat rumah tadi. Buat
penat saya marathon ja tadi. Huh!" Kyra sebenarnya nak cover malu dia
tu.

Amru tersenyum. Ya, senyuman itulah yang menambat hati Kyra.

"Dah tu tak sempat saya nak cakap apa-apa awak dah start marathon,
saya pun tak pasal-pasal kena join sekaki marathon."

Kyra tertawa jugak akhirnya. "Ha, kan lawa tu kalau ketawa. ni muka
nak cemberut ja."

"Saya lawa ek?"

"Tak."

"Awak." Kyra dah buat suara manjanya.

"Miss Polka Dot. boleh tak jangan buat suara macam tu. saya takut
nanti bukan abang saya yang naik pelamin nanti. tak pasal kita yang
naik pelamin dulu."

Kyra ketawa. "Awak kenapa awak nyanyi lagu Bila Cinta tu? Ada kena
mengena dengan kita ke? Kan tu lagu sedih."

"Hehe. tak la. Tak ada kena mengena dengan kita pun. saya menyanyi
lagu tu sebab saya tengah sedih kena pujuk awak kot tadi."

Kyra menjeling manja ke arah Amru. "Amru."

"Ye. Miss Polka Dot saya."

"Hish. tak nak panggil nama tu. awak tau tak saya segan setiap kali
awak panggil saya macam tu." Sebabnya nama tu mengingatkan Kyra pada
pertemuan pertama mereka.

"Ya ka? Saya tak. lagipun sweet apa nama tu. buat saya terkenangkan
masa first time kita jumpa." Amru dah tersengih miang-miang keladi.

Sungguhlah masa tu Kyra rasa macam nak pelempang ja muka Amru.

"Awak. kita kahwin ya. saya rasa saya dah jatuh cinta dengan awak.
bukan setakat jatuh ja. dah tersungkur pun saya rasa."

Kyra yang baru bajet feeling-feeling Hindustan dah ketawa
terbahak-bahak. 'Orang baru nak bajet romantik boleh dia buat lawak
masa nie.'

"Tak kan saya nak cakap ya terus. tak macam gelojoh sangat ke bunyinya?"

"Tak. sebab awak memang gelojoh pun." Selamba Amru membalas.

"Hey!"

"Haha. I'll that as a big YES! Minggu depan turn kita pulak naik
pelamin ok sayang?"

Kyra hanya menganggukkan kepalanya.

"Miss Polka Dot."

"Hurmm." Kyra redha ja la bila Amru panggil dia guna nama pelik tu.

"Nanti bila kita dah ada anak. awak jangan menipu dengan diorang tau."

"Apa??"

Amru dah tergelak.

"Mana awak cekau nama Puaka Tebing Hijau tu? Kreatif betul. hahaha!"
Amru dah ketawa berguling-guling dah.

Kyra dah bangun bercekak pinggang sambil menunding jari telunjuk ke
arah Amru. "Rupanya awak mamat yang cakap dengan tin sardine tu!"

Amru hanya terdaya menganggukkan kepalanya sahaja. mulut dah bergetar
tak boleh cakap sebab banyak sangat gelak.

Kyra tak payah cakaplah. Muka macam nak meletup!

Sungguhlah Kyra nie suka memalukan diri dia depan Amru.

Orang cakap. kalau kita tak boleh nampak buruk depan orang yang kita
sayang depan siapa lagi?

"Awak dah la tu. janganlah gelak. malulah saya." Kyra hanya menguis
rumput dikakinya.

"Ok-ok. saya tak gelak dah. Tapikan awak. lepas nie kalau nak beli,
beli corak yang mengancam sikit tau."

Kyra terus mencubit lengan Amru. "Eii. Gatalnya. nah rasakan."

"Aduh. aduh. ok-ok. tak gatal dah lepas nie. tunggu lepas kahwin saya
gatal balik."

Kyra dah jegil mata. Tapi tak lama, melihat gaya Amru mengadoi sakit tu.

Kyra terus tertawa begitu jugak dengan Amru.

--------------

Dalam dua merpati sejoli tengah bermadu kasih, bergurau senda. rupanya
ada lagi dua ekor burung gagak tengah mengendap mereka. Siapa lagi?
Jua dengan Yun la! Tak kannya diorang dua nie nak biar Kyra
sorang-sorang dengan Amru tu. Terhendap-hendap mereka memerhati Kyra
dengan Amru disebalik kerusi rehat yang berdekatan tempat dengan Kyra
dan Amru.

"Jua. kau tau, bila aku tengok Kyra dengan Amru tu kan, terus aku rasa
nak pergi Giant sekarang jugak!"

"Kau nak buat apa pergi Giant?" Jua mengerutkan keningnya.

"Nak buat-buat TERtolak troli orang. Kot-kot la aku boleh jumpa prince
charming aku macam Kyra tu."

"Gila! Kalau kau TERtolak troli orang yang stok macam Amru tak pa la.
sekali kau TERtolak troli orang yang rupanya stok laki orang macam
mana? Menggelupur kau nanti."

"Hurmmm. dah tu kau macam mana?" Yun menyoal Jua balik.

"Macam mana apa? Si Zaim tu aku nak TERtolak ke mana?"

"Betul jugakkan. nasib kau lah Jua."

"Hay. merpati dua sejoli tak nak balik rumah lagi ke? Zohor dah nak
masuk. Yang burung merpati betina tu mandi pun belum." Jua dah
membebel. Tapi ada betulnya jugak.

"Entah. Nak kena nie." Yun terus keluar dari tempat persembunyian mereka.

"HOI! Si anak dara oiii! Tak ingat nak balik rumah ke?! Kau tu mandi
pun belum! Balik!!" Yun menjerit jauh sebatu boleh dengar suara guru
disiplin nie.

"Alamak! Mak dara dah mengamuklah awak. Saya nak kena balik nie." Kyra
terus berlari ke arah Yun dan Jua tapi sempat lagi dia berpaling
semula ke arah Amru.

"Awak! Kita jumpa atas pelamin nanti minggu depan! Bye!"

Amru hanya melambaikan tangannya.

"Alahai, Amru. macam manalah kau boleh jatuh hati dekat budak Kyra tu.
well, cinta tu kan buta."

Dia sendiri yang tanya, dia sendiri yang jawab.

Orang kata. cinta pandang pertama ni susah nak jangka. Kadang-kadang
tu macam bom jangka! Tak da dah 'clue-clue'. Tiba-tiba ja BOMM!!
Meletup.. terus jatuh cinta.