Pemotong Kayu Yang Jujur
Tersebutlah kisah nun jauh di pedalaman, tinggalnya seorang pemotong
kayu yang tua dan miskin. Adapun kemampuannya hanyalah mencari rezeki
dengan menebang pokok yang sederhana besarnya untuk dijual sebagai
kayu api. Hanya isterinyalah peneman hidup saban hari tanpa
dikurniakan anak.
Dijadikan cerita, takdirnya pada suatu pagi.......
Pergilah si tua tersebut jauh ke hutan untuk menebang pokok untuk
dibuat kayu api. Tidak seperti kebiasaannya, kali ini si isteri tidak
dapat menemani si suami kerana sakit.
Maka ke hutanlah si tua seorangan awal pagi sebelum terbit mentari
untuk mencari kayu api. Seharianlah si tua menebang pokok dengan kapak
besinya yang telah uzur seuzur usianya.... Sehinggalah kepenatan tidak
jua dia berhenti.....
Tiba-tiba... genggamannya semakin lemah lalu terlepas kapak kesayangan
dari tangannya lalu tercebur kedalam sungai yg dalam. Menangis sayulah
si tua kerana kehilangan kapak yang menjadi punca rezeki... hendak
terjun mencari takut disambar arus... meratap lah ia mengenangkan
nasib...
Maka...bersimpatilah pari-pari dilangit melihat kegundahan si tua
tersebut.... lalu turunlah ia bertanya... "wahai orang tua... kenapa
bersedih hati"...
Dengan nada perasaan takut dan terkejut diperamati benar-benar, maka
tahulah dia si pari-pari telah turun kebumi menyapakan....lalu
diceritakan apa yang berlaku...
"Baiklah..akan kubantu mencari kapak engkau yang tenggelam"... lalu
dengan serta merta terjunlah si pari-pari ke dalam sungai.... selang
beberapa minit timbul lah kembali si paripari sambil mebawa kapak emas
lalu dihulur kepada situa.... Dengan sedih jawab situa "..bukan..ini
bukan kepunyaan hamba...tidak mampu hamba memiliki kapak emas ini"....
Lalu terjunlah sekali lagi si pari-pari ke dalam sungai dan timbul
kembali bersama kapak perak. Tidak jua mengaku si tua kerana itu bukan
kapak miliknya. Sekali lagi si pari-pari terjun lalu membawa pula
kapak gangsa. Tidak juga si tua itu menerimanya sehinggalah si
pari-pari membawakannya kapak besi yang uzur.
Maka apabila terpandang akan kapak itu...giranglah hatinya kerana
itulah kapak miliknya. Lalu si pari-pari menyerahkan kapak tersebut
kepada si tua. Sebagai balasan kejujuranya kapak emas, perak dan
gangsa turut dihadiahkan.
Pulanglah si tua dengan hati yang gembira. Sesampainya ke rumah lalu
diceritakan kepada isterinya apa yang berlaku. Si isteri turut
bergembira dengan kejujuran suaminya.
Keesokan harinya isteri si tua itupun sihat...