Wednesday, March 16, 2011

Kah Kah Kah Kah!!

Cikgu Nasyor sedang mengendali kelasnya dalam aktiviti sukan di
padang sekolah. Seperti biasa, Cikgu Nasyor akan menyuruh murid²nya
melakukan regangan otot. Tiba di satu bahagian, dimana murid² baring
dan mengangkat kaki lalu menggerakkannya seperti sedang mengayuh
basikal. Cikgu Nasyor asyik memerhati seorang muridnya yang pada
mulanya menggerakkan kakinya tiba² memberhentikan kakinya. Lalu Cikgu
Nasyor menyergah muridnya yang bernama Mat.
Cikgu Nasyor: "Woiiii Mat,
apa sebab kau berhenti ni hah"
Mat : "Oh Cikgu Nasyor, basikal saya
tengah turun bukit Cikgu, sebab tu saya berhenti.Takkan nak kayuh
jugak."

PART II
Waktu sekolah telah tamat. Sebelum keluar kelas, Cikgu
Nasyor telah bertanya kpd murid²nya. Cikgu : Siapa nak masuk/pergi
syurga? Semua murid mengangkat tangan kecuali Mat lalu Cikgu Nasyor
pun bertanya,
Cikgu : Mat, kenapa awak tak nak pergi/masuk syurga?
Mat
: Mak saya kata lepas habis sekolah, terus balik rumah..jangan pergi
mana-mana.

PART III
Cikgu Nasyor sedang mengajar Bahasa Melayu dalam
kelas 1 Mawar...
Cikgu : Mat, boleh kamu buat ayat dengan menggunakan
perkataan tepong?
Mat : Itu senang saja cikgu.. ayatnya ialah.... emak
sedang membuat kek di dapur.
Cikgu : Mana tepungnya??
Man : Tepung kan
ke dalam kek tu.... Cikgu nie tak sekolah ke hape??

PART V
Cikgu
Nasyor : Joe, cuba terangkan apakah tugas akar pokok pisang?
Joe :
Untuk mencari makanan, cikgu
Cikgu Nasyor : Bagus! Sekarang giliran
Wati pulak. Apakah tugas batang pokok pisang?
Wati : Untuk membawa
makanan yang dicari akarnya, cikgu.
Cikgu Nasyor : Bagus! Sekarang
giliran Mat pula. Apakah tugas daun pisang?
Mat :untuk membungkus nasi
lemak, cikgu...
Cikgu Nasyor : uii... lagi bagus... berdiri atas meja
sampai habis kelas..