Tuesday, March 22, 2011

Storry Time!!

 "Dinikahi wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya,
keturunannya, kecantikkannya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal
keagamaannya. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu." (Hadis Riwayat
Bukhari dan Muslim)


"Kerja, kerja, dan kerja. Aku bosan dengan semua ini.", getus hati
kecil Izhar yang merasakan hidupnya sekarang sunyi dan sepi.

Izhar merupakan seorang peguam di mahkamah syariah dan bertugas
sebagai seorang pendakwa raya.
"Hari-hari berhadapan dengan kes-kes penceraian, khalwat…", bagaikan
tertekan dengan kesibukan kerjayanya sehingga diri sendiri seakan
tidak terurus.

"Hidup bersahabat memang berbeza dengan hidup berteman...", tiba-tiba
sahaja tersentuh hati Izhar untuk mencari pasangan setelah sekian lama
dia hidup bersendirian.


Dengan ini, bermulalah kisah Si Ustaz dalam mencari pasangan hidupnya.
Dengan langkahnya pertama, usaha Izhar telah bertemu dengan seorang
gadis. Namanya Alfatunnisa'. Cantikkan namanya, begitulah juga
parasnya, secantik namanya. Gadis ini adalah rakan sekampus kawan
Izhar semasa menuntut di Jepun dahulu.
Alfatunnisa' adalah anak orang ternama, anak Tan Sri Ahmad. Gugup juga
Izhar apabila hendak berhadapan dengan Tan Sri. Tetapi itu dulu,
sebelum Izhar kenal dengan Tan Sri. Sekarang hubungan mereka nampaknya
sudah rapat seperti saudara sendiri.

Mungkin itulah yang dikatakan jodoh. Sebenarnya perkenalan dengan
gadis ni bukanlah lama, sekejap saja. Mereka memang merancang untuk
mendirikan rumahtangga bersama namun semakin lama dikenali, gadis itu
seakan sudah banyak berubah.
"Mungkin ini bukan jodohku, aku tak tahu erti cinta...adakah aku
tertarik padanya ataupun pada hartanya...Nauzubillah, ya
Allah..selamatkan diriku daripada godaan syaitan...", hati Izhar
berbisik dan berdoa sendirian.

Pada langkah pertama, Izhar gagal menemui cinta hatinya. Pencarian
Izhar tidak berakhir hanya di situ. Akhirnya semasa menguruskan kes
anak guamannya, Izhar tertarik pula dengan anak kepada anak guamannya.
Surina namanya, berasal daripada keluarga yang sederhana, Orangnya
bijak bekata-kata. Akhirnya Izhar terpancing jua. Sesungguhnya Allah
mengetahui segala-galanya.

Pada suatu hari, Izhar terserempak dengan Surina di salah satu pasar
raya berdekatan bersama seorang jejaka, mesra sekali lagak mereka.
Setelah disiasat, sungguh tidak disangka-sangka bahawa Surina yang
sangat petah dan bijak berkata-kata selama ni sanggup berdusta dan
mengambil kesempatan. Surina sebenarnya bekerja di kelab malam.

"Astaghfirullahal azim.. Alhamdulilah, daku bersyukur padamu ya Rabbi,
Engkau menyelamatkanku daripada segala bencana, sekiranya aku
berkahwin dengan keturunan seperti ini, amatlah pedih untuk aku
melalui sisa-sisa hidup ini…", syukur Izhar atas segala petunjuk
daripadaNya.
Setelah kecewa dengan gelagat cinta yang baru ditemui itu, Izhar
sepertinya sudah putus harapan. Bagi Izhar, biarlah masa yang
menentukan kerana dia yakin akan ketentuan Allah.

Bulan silih berganti, hari demi hari, putaran jam meninggalkan
masa-masa yang lalu. Izhar semakin sibuk dengan menguruskan firmanya.
Suatu hari, Izhar menghadiri mesyuarat untuk satu program yang
disertainya, program "Selamatkan Jiwa". Mesyuarat pada hari itu pula
melibatkan seluruh mahkamah syari'ah di kawasan tersebut. Dalam
kalangan ahli jawatankuasa yang datang, Izhar terpandang ke arah
seorang wanita yang dirasakan amat berbeza dengan wanita-wanira lain.
Sangat pendiam orangnya.

Diam-diam ubi berisi, namun apabila melontarkan idea, cukup bernas!
Memang cantik orangnya. Sopan dan berjubah adalah penampilan yang
dipilih. Tidak hairanlah kerana gadis ini merupakan alumni Universiti
Al-Azhar, dan ayahnya adalah imam di kampungnya. Izhar akhirnya
mengambil kata putus untuk menulis sepucuk surat untuk menyatakan isi
hatinya.

Salam perkenalan buat saudari Sa'adatul Sakinah...
Dengan lafaz bismillahhirrahmanirrahim, saya meminta izin daripada
saudari untuk mengenali dengan lebih dekat lagi. Saya amat tertarik
dengan saudari, pandangan mata yang penuh keihklasan melontarkan
idea-idea yang bernas untuk melakukan kebajikan di jalan Allah.
Mungkin Allah telah mempertemukan kita, dalam situasi yang sama.
Dirimu yang sempurna, memperjuangkan kalimah suci Allah membuatkan
saya tertarik dengan saudari. Tidak sepertimana perempuan-perempuan di
luar sana yang pernah saya kenali. Andainya diri tidak berpunya,
izinkan saya untuk melamar awak sebagai isteri saya yang sah.
Ikhlas, Izhar...
Wassalam saudaraku Muhd Izhar...


Buat saudara yang baru ku kenali, sesungguhnya pertemuan dan
perpisahan adalah milik Allah, Dialah yang berhak mengaturkan
segalanya. Sudi-sudikanlah menghayati nota-nota yang ku tulis
buatmu...
Wahai saudaraku...Cinta pertama mengukir peristiwa, menguggat pelbagai
perkara. Ketahuilah saudara, jangan mempercayai pada pandangan mata,
ia hanya pandangan syaitan durjana. Usah memujiku lebih darinya,
kiranya diri ini masih kurang seadanya, idea hanyalah pandangan
manusia, belum tentu betul pada pandangan yang Esa. Sempurnaku tak
sempurna Nabiku, kerana aku hanya manusia biasa, dan ketahuilah
sahabat, manusia tidak akan pernah sempurna.

Wahai saudaraku...janganlah kau membanding-bandingkan diriku dengan
insan lain, sesungguhnya Allah tidak menyukai hambaNya mempersoal
mengenai keburukan mereka. Kiranya engkau membenci kemaksiatan,
tugasmu adalah membawa mereka berhijrah dan tidak sesekali berhujah
untuk menyemarakkan lagi hati mereka.

Kirannya aku jatuh cinta padamu, itu kerana aku jatuh cinta pada
kesederhanaanmu, dan kiranya aku membenci dirimu, tidak bermakna aku
membenci dirmu, tetapi aku membenci egomu. ingatlah wahai Adam,
manusia adalah sama, hiris tangan, pastinya darah yang mengalir adalah
merah. Hanya Allah yang dapat membezakan hambanya, dan kita sebagai
hamba tidak layak untuk membuat penilaian.

Andainya kamu mencintaiku kerana Allah yang maha
Pencipta..Sesungguhnya aku belum berpunya, diriku hanyalah untuk Dia.
Aku menerima lamaranmu dengan hati yang terbuka, Kiranya ini
menambahkan ketaqwaanku padaNya. Inilah nota-nota cintaku buatmu
lelaki yang akan bergelar suami…
"Astaghfirullahal 'azim... Astaghfirullahal 'azim… Astaghfirullahal
'azim… Ampunkan dosaku ya Allah. Sesungguhnya selama ini aku telah
tewas dalam permainan cinta. Terlampau mengejar cinta, aku telah
melakukan dosa pada mereka. Sesungguhnya diriku kerdil di hadapanMu ya
Rabbi. Aku sememangnya tidak layak untuk menghukum manusia,
sesungguhnya aku seorang hamba seperti mereka..", doa Izhar selepas
menunaikan solat tahajjudnya.

Izhar kini bersyukur kerana telah dikurniakan oleh Allah seorang
isteri yang solehah, mampu memandu hidupnya dan saling melengkapi dan
memperbaiki dalam kesilapan masing-masing. Dia tersedar akan
kesilapannya terhadap Surina dan Alfatunnisa yang gagal menemukan
mereka kepada kebenaran.
Yakinlah bahawa sesungguhnya jodoh itu rahsia Allah dan masanya pasti
akan tiba..