Sudah masuk kali kelima dia berlari-lari anak dari tingkat atas ke
bawah dan sebaliknya untuk mencari sesuatu. Namun barangnya itu masih
tidak dijumpai.
"Mu cari gapo dio Zara?" abang keduanya, Anuar menegur
sambil menatang sedulang cawan.
"Jam tange. Biasa Zara letak hok dale laci ni tapi tak
do pula. Abe ada nampak?" Zara
bertanya.
"Tak. Mu dah cari betul-betul ko? Entah-entah mu letak dale bilik.
Cuba cari."
"Abe, doh(dah) tujuh kali Zara bukak laci ni. Lima kali doh Zara turun
naik. Tak do!" Zara merungut.
Seorang lelaki berwajah ala-ala arab muncul, "Hah! Cuba mu tanya
Akhi(abang dalam bahasa arab)."
Anuar duduk di meja makan sambil membuka sebungkus Nasi Kerabu.
"Ada apa ni?" abang sulungnya, Umar mula mengambil tempat untuk bersarapan.
"Akhi, ada nampak jam tangan Zara tak? Yang warna pink tu." Zara bertanya.
"La(tidak),"
Zara mendengus. Tidak lama kemudian seorang lelaki iras pelakon Jepun
pula turun dari tingkat atas, "Oniichan!"
"Hai"
"Ada nampak jam tangan Zara?" Buat kali ketiga dia bertanya.
Izumi, abang ketiganya mengambil tempat di sebelah Umar menggeleng,
"Zara-chan, Oniichan kan dah selalu pesan kalau letak barang jangan
merata-rata. Tengok sekarang dah susah,"
"What"s going on? Kecoh semacam," kali ini lelaki berwajah mat saleh
pula muncul.
"Bro, did you see my watch?"
"Your watch? No." Adam menjawab.
Zara mengeluh lagi. "First day macam nilah macam-macam hal!"
Adam terpandang novel di atas meja di hadapan televisyen. Ada satu
benjolan pada novel itu. Dia membuka novel tersebut, "Ni mesti kes
jadikan jam tangan sebagai penanda buku. Am I right?"
Zara tersengih lebar, "Ha"ah! Malam tadi Zara ada baca novel. Lepas tu
jadikan jam sebagai penanda. Thanks, Bro!"
Adam memaut leher Zara dan membawanya ke meja makan untuk bersarapan.
"Make cepak. Nanti lambak nak gi kolej." Anuar
menggesa sambil menghulur sebungkus Nasi Kerabu.
"Hari ni siapa hantar Zara? Iz atau Nuar?" Umar bertanya.
"Kan dah janji bila Zara start masuk kolej Zara tak nak dihantar dan
dijemput lagi. Zara bawa kereta sendiri. Kalau tak apa guna ada lesen
dengan kereta sendiri?" Zara pantas menjawab sebelum Izumi atau Anuar
sempat menjawab.
"Sou Desu ka?" Izumi was-was.
"Hai"!" semangat Zara mengangguk. Dia mengeluarkan sehelai kertas.
"Tengok ni. Dah siap ada perjanjian kita berlima tau!"
"Yalah. Ingat tak masa lepas Zara dapat tawaran sambung belajar ni?"
Adam mengingatkan kembali.
Memang ya. Sebaik saja Zara mendapat surat tawaran sambung belajar ke
kolej, Zara terus menyediakan surat perjanjian supaya abang-abangnya
tidak lagi mengawalnya 24 jam. Mana tidaknya, sejak sekolah rendah,
abang-abangnya itu yang menghantar dan mengambilnya dari sekolah.
Langsung tak ada masa bersama-sama dengan kawan-kawan.
"Hmm. tapi ingat! Balik sebelum marghrib. Kalau kami terima walaupun
satu surat saman atau ada apa-apa masalah timbul, abang nak perjanjian
ni dibatalkan. Fahemti(kamu faham)?"
Zara mengangguk. Oh, yeah! Aku akan menikmati kebebasan yang aku
idam-idamkan sejak sekian lamanya. I believe I can fly!
*
Memandu kereta sendirian sememangnya tenang sekali. Tiada lagi
penceramah tak bertauliah yang sibuk mengingatkannya supaya mematuhi
undang-undang, fokus ketika memandu dan macam-macam lagi sampai
kadang-kadang rasa nak stapler mulut abang-abangnya itu!
Dia teringat kejadian sepuluh tahun lalu. Ketika sambutan hari jadinya
yang ke-lapan. Bapanya, Tan Sri Hisyam membawa pulang empat orang
remaja lelaki berumur lingkungan 13-17 tahun. Lebih mengejutkan lagi,
mereka semua ialah abang tirinya yang berlainan ibu!
Dia yang baru kehilangan ibu tersayang tercengang habis apabila
mengetahui dia memiliki empat orang abang dari berlainan negara! Yang
sulung, Khairil Umar daripada Mesir. Kedua, Khairil Anuar daripada
Kelantan (nasib baik ada yang Malaysia!). Ketiga, Khairil Izumi
daripada Jepun. Terakhir ialah Khairil Adam daripada Australia. Dia,
Khairina Zara rasa betul-betul terkedu sebaik saja papanya
menceritakan bahawa papanya ada berkahwin dengan emat orang wanita
lain selain mamanya.
Tapi nasib baik mereka semua tidak ada masalah bertutur Bahasa Melayu
cuma Anuar saja agak pekat dialek Kelantannya. Disebabkan itu juga,
Zara memanggil empat orang abangnya dengan panggilan berbeza mengikut
tempat kelahiran mereka.
SKRETTTTTTTTTT!!!!!!!!!!
Zara tergamam apabila dia menyedari dia sudah melanggar sebuah kereta
yang sedang meletakkan kenderaan.
Arghhh!!!! Mati aku! First day dapat kebebasan dah cari pasal! Ya
Allah! Apa hal kau ni cuai sangat?! Matilah aku. Mesti tuan punya
kereta ni nak saman aku! Kereta mahal pula tu. Habislah duit poket aku
bulan ni. Mati aku kalau abang-abang aku tahu!
Pantas Zara keluar dari kereta sebaik saja dia melihat pemandu kereta
terbabit keluar untuk melihat keadaan keretanya.
"Abang, err.. awak, encik! Saya betul-betul minta maaf! Saya
betul-betul tak sengaja. Saya minta maaf sangat-sangat tapi tolong
jangan saman saya. Mati saya!" Zara terus-menerus meminta maaf. Lelaki
yang juga pemandu itu juga dia tidak tahu nak panggil apa.
Lelaki itu tidak mempedulikan kesan kerosakan pada keretanya
sebaliknya memandang tepat ke arah Zara. 'Comelnya.."
"Tak apa. Calar sikit aja ni. Awak jangan risau."
Zara melihat keadaan kereta lelaki tersebut. "Calar sikit? Sampai
tercabut plat kereta encik tu. Janganlah buat saya rasa lagi
serba-salah. Tak apa. Saya bayar tapi tolong jangan saman saya!"
"Eh, eh! Tak apa. Betul. Saya tak akan saman awak atau minta awak
bayar ganti rugi." Lelaki itu melemparkan senyuman.
Eh, handsome juga mamat ni bila senyum. Zara terpegun seketika sebaik
saja lelaki tersebut tersenyum. Ahhh.! Pedulikan! Sekarang ni tengah
bincang pasal benda lain.
"Janganlah macam tu. Saya serba-salah ni, encik!"
"Tak payahlah ber 'encik-encik" dengan saya. Panggil saya Shahir."
"Oh, saya Zara! Shahir, saya dah rosakkan kereta awak. Tak sedaplah
kalau saya buat tak tahu aja. Saya bayar, okay?" Zara sudah
mengeluarkan dompetnya. Pinjam duit abang-abang aku lagilah nampaknya
bulan ni.
"Tak apa! Tapi kalau awak nak juga bayar sebagai tanda maaf, apa kata
awak temankan saya makan?"
Zara terkedu. Dia yang belum pernah didekati mana-mana lelaki selain
abang-abangnya tidak tahu itu merupakan taktik untuk mengurat. "Makan?
Err. sebenarnya saya kejar masa ni. Kelas saya mula lagi 10 minit."
Zara melihat ke arah jam tangannya.
"Awak junior ke?"
"Err.. Ha"ah!"
"Nampaknya saya ni senior awak. Kalau macam tu anggaplah dulu sebagai
hutang. Boleh saya ambil nombor telefon awak untuk ajak awak makan
lepas ni?" Shahir sudah mengeluarkan telefon bimbitnya.
Zara sedikit teragak-agak pada mulanya tetapi dia menurut saja. Dah
salah buat cara salah! Nasib baik mamat ni tak nak aku bayar ganti
rugi. Selamat duit aku untuk beli novel baru bulan ni.
*
Tepat jam enam setengah petang, keempat-empat abangnya sudah tercongok
di hadapan pagar rumah. Zara pula keluar daripada kereta dengan wajah
yang terkebil-kebil.
"Ada apa ni? Kenapa semua duduk dekat luar? Sofa rumah kita dah patah
ke? Atau kita nak pindah rumah?"
Umar melihat jam tangannya, "Pukul enam setengah tepat. Kalau boleh
lepas ni awal lagi sikit. Enti dah sembahyang asar belum?"
Zara mengangguk.
Umar masuk ke dalam rumah. Zara memandang ke arah tiga lagi abangnya.
"Apa hal ni?"
Adam yang sedang mencangkung bangun, "Your first day, right? Mestilah
dia nak pastikan Zara ikut peraturan."
"Korang semua tak percayakan Zara ke?" Zara mendengus marah.
"Zara-chan, kami semua akan betul-betul lepaskan Zara-chan lepas
Zara-chan berumur 23 tahun ataupun tamat belajar ataupun Zara-chan
mula bekerja dekat syarikat ataupun lepas Zara-chan kahwin." Izumi
pula menjelaskan.
"Tak boleh banyak lagi 'ataupun" ke?" Zara membalas garang.
"Zara, mu dengar jelah cakap abe-abe mu ni! Mu tu tanggungjawab
kitaore, tahu dak?" Anuar pula menjawab.
Zara memuncung dan berlalu masuk ke dalam rumah.
"Eh, eh! Kereta mu ni? Nak campak lombong ko?"
Zara patah balik, "Tanggungjawab abe-abe semua, kan? Parking kan
kereta Zara. Yalah, mana tau nanti Zara langgar rumah ni sampai runtuh
pula!" Dia mencampakkan kunci keretanya kepada Anuar. Panas betul!
*
"Zara!" suara Izumi dari luar rumah bergegar satu rumah.
Zara yang sedang leka melayan novel pantas keluar dari biliknya dan
turun ke bawah, "Apa hal jerit-jerit ni? Ingat merdu sangat ke suara?"
"Kenapa plat kereta Zara terpatah tepi ni?"
Muka Zara pucat. Sudah. apahal aku lupa nak check kereta aku lepas
langgar kereta mamat tu? Itulah. Risau punya pasal kena saman!
Umar, Anuar dan Adam pula keluar, "Kenapa terjerit-jerit ni Iz?"
"Tengok ni." Izumi menunjuk ke arah plat kereta Zara. Satu huruf 'B"
sudah hilang.
Lama Umar memandang kerosakan itu, "Enti ada nak kata apa-apa?" Umar
merenung tajam ke arah Zara.
"Zara. Zara." terkumat-kamit mulut Zara.
"Kontrak batal," pendek saja kata-kata Umar sebelum dia melangkah
masuk. Zara pula? Histerialah!
*
Habis terpelanting segala khazanah di atas katilnya. Itu belum kira
sampai tercabut cadar dan sarung bantal dibuatnya! Marah punya pasal
dengan abang-abangnya.
"SEMUA JAHAT! ZARA TAK NAK PERGI KOLEJ! ZARA BENCI KORANG!!" Zara
memekik. Penghuni di tingkat bawah pula sekadar boleh menutup telinga
mereka atau menyumbat telinga dengan earphone dan alatan sewaktu
dengannya. Faham sangat perangai Zara yang kalau mengamuk macam budak
kecik! Siap ugut tak nak pergi kolej pula tu!
Tiba-tiba kedengaran bunyi telefon bimbitnya berdering. Angin marahnya
tiba-tiba hilang. Kelam-kabut dia cari semula telefon bimbitnya yang
dipercayai turut dibaling sekali dengan selimutnya. Selepas ditemui di
bawah anak patung beruang sebesar saiz budak berumur 7 tahun, pantas
Zara menekan butang hijau.
"Hello?"
"Hello? Ini Zara ke?"
"Ya. Ini siapa?"
"Zara, saya Shahirlah!"
"Oh, awak! Ada apa telefon ni?" mood Zara berubah gembira. Senior
kacak telefon, mestilah suka yaww!
"Saya nak ajak awak keluar makan sekarang. Nak tak?"
Zara memandang jam di dinding. Jam 8.45 malam. Mustahil dia dibenarkan
keluar pada waktu malam untuk keluar dengan lelaki, "Sorry, Shahir!
Saya tak boleh keluar malam."
"Oh, ya ke? Family tak bagi ke?" suara Shahir hampa.
Zara serba-salah pula menghampakan Shahir, "Ha"ah. Tapi esok kalau
lunch saya okay. Kelas saya esok habis awal. Awak ada kelas?"
"Tak ada. Kalau macam tu saya ambil awak dekat kolej." Suara Shahir
berubah ceria.
"Okay. Tapi lepas tu awak kena hantar saya balik kolej balik sebab ada
yang jemput saya."
"Okaylah, kalau macam tu!"
Zara senang sekali berbual dengan Shahir. Hilang semua kemarahannya
terhadap abang-abangnya.
*
Zara bernyanyi riang ketika turun dan terus duduk di kerusi menikmati
roti bakar disapu jem (hari ni tugas Adam menyediakan sarapan).
"Oniichan dengar ada orang tu tak nak pergi kolej hari ni." Sengaja
Izumi mengusik.
Usikannya itu dibalas dengan jelingan maut daripada Zara ala-ala Maya
Karin dalam Pontianak Harum Sundal Malam. Terus pucat muka Izumi.
"Zara ada kelas empat kali seminggu. Kalau macam tu gilir-gilir. Mula
dari Akhi, lepas tu diikuti Iz, Nuar, dan Adam." Umar memberitahu
tugas masing-masing kepada tiga lagi adiknya. Zara pula sekadar
mendiamkan diri dan beranggapan kata-kata itu langsung tiada kaitan
dengan dirinya.
Sepanjang perjalanan Zara hanya mendiamkan diri. Abang di sebelah
seolah-olah tidak wujud. Baginya, kereta BMW itu bergerak dengan
sendirinya tanpa pemandu. Gila betul!
Sebaik saja sampai, tanpa ucapan terima kasih Zara terus melangkah keluar.
"Ingat, Akhi ambil pukul lima." Umar sempat berpesan sebelum pintu
ditutup. Zara cuma membalas dengan bunyi dengusan. Zara sengaja tidak
memberitahu abang-abangnya yang kelasnya habis awal hari ni. Malas nak
menghadap abang-abang yang terlalu control hidup dia. Rimas!
Sebaik saja habis kelas, Zara menelefon Shahir untuk mengambilnya.
Mereka makan di sebuah restoran berdekatan kolej mereka. Zara juga
menawar diri untuk membayar makanan mereka sebagai tanda maaf atas
kejadian tempoh hari walaupun Shahir melarang keras.
Habis saja makan, Zara meminta Shahir menghantarnya kembali ke kolej.
"Boleh saya tanya sikit?" Shahir bertanya ketika dia menemani Zara
menunggu dijemput pulang.
"Tanyalah."
"Kenapa saya tak boleh hantar awak balik?"
"Nanti bodyguard saya marah kalau lelaki lain hantar saya balik selain
dia." Zara sengaja tidak menggunakan perkataan 'abang" sebaliknya
bodyguard. Marah lagilah tu!
"Bodyguard?"
Zara mengangguk tapi belum sempat Shahir bertanya lebih lanjut sebuah
kereta BMW muncul di hadapan mereka. Seorang lelaki iras pelakon
Hindustan keluar. Zara pula cepat-cepat masuk ke dalam kereta tersebut
dan melambai Shahir. Lelaki yang menjemput Zara pula memandang Shahir
dengan pandangan kurang senang.
Selepas kereta BMW tersebut meluncur pergi, Shahir masih
terkebil-kebil sendiri. 'Itu bodyguard dia ke? Tapi dari segi
penampilan lebih kepada seseorang bekerja di syarikat. Kereta pun
boleh tahan. Muka pun dah boleh challenge muka aku. Entah-entah itu
boyfriend Zara." Shahir masih berfikir sendiri. Hatinya sedikit hampa.
Punah harapan nak tackle gadis idaman.
*
"Siapa lelaki tadi tu?" Umar bertanya sebaik saja kereta mula bergerak.
"Timbalan Perdana Menteri yang baru. Tak tahu ke?" sengaja Zara memerli.
"Cakaplah betul-betul."
"Kalau Zara kata itu boyfriend Zara?"
"HAH?!" secara tidak sengaja Umar tertekan brek kereta secara
mengejut. Nasib baik Zara sempat memakai tali keledar kalau tak
silap-silap dah tercampak keluar!
"Akhi ni kenapa?! Gila ke?! Kalau Zara tak pakai seatbelts ni Zara dah
arwah tahu tak?!"
"Siapa suruh buat lawak antarabangsa masa Akhi tengah pandu kereta?"
Umar membalas.
"Siapa buat lawak? Akhi yang tanya dulu. Zara jawab ajalah!"
"Jadi betullah dia boyfriend enti?"
"Mana ada. Kawan ajalah!"
Umar menarik nafas lega.
"Kalau dia boyfriend Zara sekalipun, Akhi boleh buat apa?"
"Akhi akan paksa enti kerja dekat syarikat. Tak payah belajar."
"Hah, baguslah! Cepat sikit Zara dapat kebebasan. Lepas tu bolehlah
Zara lingkupkan syarikat keluarga kita, kan?"
Umar tidak dapat membalas. Zara pula tersenyum kemenangan melihat
abangnya hilang kata-kata.
*
"Muka kau macam cekodok dah expired seminggu ni apa hal?" Zarul, teman
sebilik Shahir menegur sebaik saja melihat rakannya itu pulang dengan
muka yang masam mencuka.
Shahir duduk di atas katilnya, "Kau ingat tak budak junior yang aku
cerita dekat kau semalam?"
"Ahah? Kenapa?"
"Aku rasa dia dah ada orang yang punyalah."
"Mana kau tau ni?"
"Tadi ada mamat Arab ni ambil dia. Dia cakap itu bodyguard dia. Tapi
aku rasa itu boyfriend dia."
"Mana tau itu betul-betul bodyguard dia?"
"Kenapa semalam dia tak bawa bodyguard dia? Lelaki tu tadi ambil dia
pakai BMW. Semalam masa dia langgar kereta aku, dia pakai Myvi aja."
"Mana tau itu abang dia ke?"
"Rul, muka diorang langsung tak sama! Muka Zara melayu tulen. Mamat tu
pula Arab! Handsome pula tu." Shahir sudah membuat muka sedih. Kecewa!
Oh! (Bagai.)
"Cuba kau tanya dia betul-betul esok siapa lelaki tu." Zarul memberi cadangan.
"Tengoklah esok." Shahir sudah menarik selimut menutupi seluruh badannya.
"Lagi satu. Kau tu belum sembahyang asar. Jangan tergedik-gedik nak tidur pula!"
*
Keesokan harinya seperti dirancang, Shahir mengajak Zara makan
tengahari bersama-sama di kafe kolej.
"Zara, saya nak tanya satu benda boleh?"
"Tanyalah." Zara menyuap Mi Goreng ke mulutnya.
"Yang ambil awak semalam siapa?" Shahir memberanikan diri bertanya.
Zara menelan makanan di dalam mulutnya sebelum menjawab, "Kan saya dah
beritahu. Bodyguard saya."
"Jangan tipulah. Habis tu cara pakaian dia tak macam bodyguard. Macam
orang baru lepas balik daripada pejabat." Shahir membandingkan lelaki
yang dikatakan bodyguard Zara dengan bodyguard di dalam tv. Berbeza!
"Erm. adalah! Tapi saya cuma boleh beritahu dia merupakan salah
seorang manusia yang saya sayang sangat dalam dunia ni walaupun
kadang-kadang dia annoying." Zara memutuskan untuk tidak memberitahu
perkara sebenar. Shahir bukan orang pertama bertanya tentang salah
seorang abangnya. Zara pernah memberitahu itu ialah abangnya tetapi
terlalu berjela penjelasan untuk diberikan. Malas pula mahu bercerita
panjang.
Wajah Shahir berubah. Sayang? Jadi mungkin betul lelaki Arab tu teman
lelaki Zara. Mesti Zara sengaja tidak mahu memberitahu. Oh, dunia!
Mengapakah selalunya bila hero nak cari kekasih mesti ada halangan!
Mengapa? Mengapa?!
*
Kali ini Shahir bersembunyi di belakang tiang untuk melihat lelaki
Arab yang juga sudah termeterai sebagai musuhnya. Dia tidak mahu Zara
tahu dia sedang mengintip. Shahir mahu perhati apa yang membuatkan
Zara tertawan dengan lelaki tu.
Tetapi yang anehnya bukan kereta BMW sebaliknya Mercedes Benz!
Pemandunya pula bukan lelaki Arab sebaliknya seorang pemuda berwajah
ala-ala pelakon Korea(walaupun sebenarnya Jepun)! Shahir
perlahan-lahan keluar daripada tiang dan menyorok di belakang sebuah
kereta yang paling hampir dengan Zara.
Zara pula kelihatan lebih mesra dengan lelaki ini. Dia mencium tangan
lelaki itu dan membuatkan mata Shahir mahu tersembul keluar - ialah
Zara memeluk lelaki itu!
"Zara-chan! Oniichan minta maaf ya sebab Oniichan yang buat Akhi
perasan plat kereta Zara-chan patah. Maaf ya?"
Shahir kurang mengerti tetapi dia dapat tahu lelaki itu membahasakan
diri sebagai 'Oniichan" dan menambah perkataan 'chan" di belakang nama
Zara. Walaupun tidak tahu apa maknanya tetapi Shahir tahu itu pasti
panggilan manja antra mereka berdua!
"Tak apa. Zara dah maafkan Oniichan. Aishiteru!"
Zara memeluk Izumi.
'Aishiteru"? Itu maknanya 'saya cinta awak" dalam Bahasa Jepun. (tau
pula dia makna 'aishiteru"!) Nampaknya Zara bukan setakat sukakan
mamat Arab tu tapi mamat Jepun ni juga!
*
Shahir seperti sudah hilang harapan. Dia tidak dapat menumpukan
perhatian di kelas. Asyik terbayangkan Zara. Tak sangka gadis manis
itu seorang playgirl! Hari ni aku nak 'skodeng" lagi! Nak tengok mamat
dari negara mana pula yang ambil dia!
Sekali lagi Shahir mengintip di belakang tiang ketika Zara sedang
menunggu seseorang menjemputnya. Kali ini kereta Malaysia. Proton
Persona.
"Abe, kenapa lewat ambik Zara?"
Abe? Amboi.. Lentoknya cara dia panggil!
"Abe minta maaplah. Jalan jam." Seorang lelaki Kelantan mendekati Zara
dan membuatkan Shahir seperti mahu menggigit hingga runtuh tiang yang
menjadi tempat persembunyiannya ialah lelaki itu mencium dahi Zara
manakala Zara pula dengan mesranya merangkul pinggang lelaki itu!
Mereka masuk ke dalam kereta dan terus meluncur pergi meninggalkan
seseorang berduka dengan hati yang lara!
Keesokan harinya Shahir melakukan perkara serupa. Hari Khamis
merupakan hari terakhir Zara ada kelas dalam seminggu. Shahir mahu
lihat siapakah di antara tiga lelaki itu akan menjemputnya pula hari
ini. Tetapi Shahir ternganga apa apabila seorang lelaki mat saleh pula
menjemput Zara dengan Polo Volkswagen bewarna merah!
"I miss you!" itulah kata-kata pertama Zara sebelum seperti biasa Zara
memeluk lelaki yang menjemputnya.
"I miss you too, dear!" Lelaki itu membalas pelukan Zara.
Amboi. amboi.. ber 'dear-dear" bagai! Aku belasah kau terus jadi 'deer"!
Shahir sudah memeluk tiang tempatnya bersembunyi bagi menahan dirinya
daripada menerkam lelaki yang sudah mula meletakkan tangannya di bahu
Zara!
"Hari ni semua tak balik dinner sebab Dato" Razak buat makan-makan
dekat rumah dia. So today,let me cook for dinner. Your favourite food.
Chicken Chop!" lelaki itu mencuit hidung Zara.
Apa? Lelaki tu nak masakkan untuk Zara? Jadi lelaki tu tinggal
sebumbung dengan Zara? Biar betul? Pelbagai perkara bermain-main di
dalam otaknya.
"Really? I love you! Jom kita balik. Tak sabar nak makan." Zara
memeluk lelaki itu.
Shahir sekadar melihat kereta Polo Volkswagen itu meluncur laju
meninggalkan kawasan kolej. Zara yang nampak baik ni entah-entah..
*
"Sabtu depan birthday Zara-chan, kan?" Izumi bertanya.
Zara yang sedang enak menikmati sarapan terhenti, "Ingat pun! Dah plan
nak bagi hadiah apa?"
"Mungkin sebatang pensel Exam Grade. Emm. dua batanglah!" Izumi
memandang Zara yang mengembangkan hidung dan meredupkan matanya. "Tak
payah buat muka macam tu kot!"
"Jadi macam biasalah. Buat dekat Hotel Sri Alam. Ajak rakan perniagaan
syarikat kita dan saudara-mara terdekat." Umar tenang menjawab.
"Akhi! Apa kata tahun ni tak payah kita jemput rakan perniagaan
syarikat. Jemput mana yang rapat aja. Ini birthday party Zara bukan
annual dinner!" Zara membantah. Sepanjang hidupnya, tetamu yang hadir
pada majlis hari lahirnya selalunya orang yang berpangkat besar. Dia
langsung tidak merasa keseronokan majlis hari lahirnya sendiri. Dia
cuma dibenarkan menjemput beberapa orang rakan saja.
Umar dan lain-lain terdiam. Zara pula pantas mengambil keputusan itu
untuk memulakan hujah yang sudah sekian lama terpendam dalam hati.
"Tolonglah bagi kebebasan untuk Zara pilih cara hidup Zara.
Abang-abang semua dah banyak sangat jaga Zara dan Zara hargai
sangat-sangat. Tapi boleh tak untuk hari lahir ke-18 Zara, Zara nak
uruskan sendiri. Zara dah cukup besar untuk uruskan perkara macam ni.
Moreover, Zara nak majlis Zara dipenuhi kawan-kawan rapat Zara.
Bukannya Dato" - Datin, Tan Sri - Puan Sri yang Zara sendiri tak
pernah kenal." Zara puas menjelaskan apa yang terbuku.
Semua mendiamkan diri. Izumi, Anuar dan Adam membiarkan Umar membuat
keputusan (biasalah yang paling tua!). Umar menghirup minumannya
kemudian merenung Zara yang sedang membalas renungannya sambil meminta
jawapan.
"Okay."
Zara sudah tersenyum melebar dan memeluk Umar, "Syukran(terima kasih)
ya Akhi!" Umar sekadar tersenyum.
"Tapi Akhi nak enti ajak lelaki yang Akhi nampak hari tu."
"Lelaki? Siapa?" Zara kembali ke tempat duduknya.
"Eh, eh! Zara-chan dah ada teman lelaki ke?" Izumi pantas mencelah.
"Ada ore nak langkah bendul ni. Langkah sekali empak(empat)!" Anuar
pula menyampuk.
"You never tell us that you have a boyfriend." Adam mencuit hidung Zara.
"No. Seriously! Lelaki mana?" Zara masih bingung.
"Lelaki yang ada dengan enti masa Akhi ambil Zara hari tu." Umar menjelaskan.
"Oooo. Yang tu! Hmm. tengoklah!" Zara tersipu malu. Abang-abang dah
bagi lampu hijau! Oh, yeah!
"Akhi! Zara nak cadangkan satu benda untuk majlis tu nanti boleh?"
"Ma za?" Umar menghirup lagi kopinya.
"Zara nak ajak Justin Bieber buat persembahan masa birthday party tu,
boleh?" Zara menyoal. Reaksi Umar - air kopinya tersembur mengenai
tepat muka Adam yang duduk berhadapan dengannya. Adam berwajah mat
saleh sudah berubah negro!
*
Shahir muram sendirian di kafe mengenangkan gadis pujaannya yang lebih
kepada indah khabar dari rupa! Hukhukhuk!
"Shahir!" Zara menyapa dan duduk di hadapan Shahir.
Shahir tersentak. Awatlah time-time aku tengah frust pasai dia, dia mai? "Apa?"
"Kenapa muka macam tayar kereta? Tak sihat ke?"
Tayar kereta hang kata muka aku? Hang pikir muka hang lawalah?! Memang
lawa pun. "Tak ada mood."
"Kalau macam tu saya ada satu benda untuk membangkitkan mood awak."
Zara mencari sesuatu di dalam beg sandangnya.
Benda? Minah ni jual syabu pulak ka?
"Hah! Ini dia!" Zara menghulur sekeping kad.
Shahir merenung kad itu, "Birthday party?" Nampak sangat dia ni ligat!
Mesti jenis suka berparty-party ni!
"Ha"ah! Sabtu depan. Jangan lupa datang tau! Ajak room-mate awak
sekali." Zara ceria sekali menjemput tanpa mengetahui gundah-gulana
dalam hati Shahir.
"Dekat Hotel Sri Alam? Eh, tempat ni mahal, kan?" Shahir menyedari
tempat majlis dianjurkan. Hotel Sri Alam. Hotel paling mahal dekat
Malaysia! Satu malam kalau tidur dekat situ. pergh! Berkali-kali ganda
daripada duit poket bulanan Shahir!
"Ya ke? Entah. Tak pernah tahu. Saya selalu tidur dekat situ tapi tak
pernah bayar jadi saya tak tahu berapa mahal hotel tu." Selamba saja
Zara memberitahu.
Gila! Entah-entah dia ni ada sugar daddy! Sebab tu boleh tidoq dekat
hotel mahal, "Awak selalu tidur dekat situ?"
Zara mengangguk, "Hampir setiap hujung minggulah."
Ternganga Shahir, "Awak ni biar betul?"
"Betullah. Hotel tu keluarga saya yang punya. Okaylah, Shahir! Kelas
dah nak mula. Nak bagi kad dekat kawan-kawan pula. Lupa pula. Nanti
masa majlis tu jangan lupa bawak kad tu tau!" Zara meninggalkan Shahir
yang sudah ternganga dengan mata yang terbeliak!
*
Seperti dijangka, Zarul juga bereaksi serupa selepas mendengar cerita
Shahir - ternganga, mata terbeliak!
"Dahsyat gila minah ni!"
"Tau tak apa. Kau nak pergi ke?"
"Gila kau tak nak pergi! Makan free tu. Buat pula dekat hotel mahal.
Mestilah sedap! Silap-silap seminggu tak payah makan pun tak apa!"
Seminggu tak payah makan? Nampak benor menipunya.
"Aku malaslah. Mesti pakwe-pakwe dia tu semua ada dekat situ! Buat
sakit jiwa aje." Shahir merebahkan diri.
"Alah, kau pedulikan aja diorang tu semua! Bukan senang nak makan
dekat situ tau. Kalau kau pergi makan saja-saja dekat situ, mau
terbang dua tiga ratus!" Si Zarul ni asyik fikir makan aja!
"Hmm. entahlah!"
*
Tibalah pada hari yang dinanti-nantikan. Shahir berasa berat sekali
kakinya untuk melangkah masuk. Akhirnya selepas ditolak sedaya-upaya
oleh Zarul, barulah kakinya boleh bergerak secara normal.
Ada dua orang lelaki berbadan sekali ganda daripada Shahir dan berkaca
mata hitam yang dipercayai bodyguard mengawal di hadapan pintu masuk
dewan.
"Kad?" salah seorang lelaki itu menghalang laluan Shahir dan Zarul.
"Kad?" Shahir terpinga-pinga.
"Kalau nak masuk mesti ada kad jemputan yang diberikan oleh Cik Zara.
Kalau tak, dilarang sama sekali!" tegas sekali lelaki itu melarang.
"Saya lupa nak bawa tapi saya kawan Zara." Shahir membela diri. Dia
terlupa tentang kad walaupun rasanya Zara ada memberitahu. Itulah.
Masa tu tengah ternganga sakan!
Baru saja lelaki berbadan sasa itu mahu menjawab, seorang lelaki Arab
muncul, "Tak apa. Saya kenal mereka. Bagi mereka masuk."
Lelaki itu beralih memberi laluan kepada Shahir dan Zarul. Shahir
memandang lelaki itu. Ini salah seorang lelaki yang selalu menjemput
Zara, "Terima kasih."
"Duduklah dulu." Umar mempersilakan Shahir dan Zarul duduk di sebuah
meja bulat yang kosong manakala matanya meliar mencari seseorang tapi
akhirnya matanya menjumpai sasaran. "Zara!"
"Itu salah seorang pakwe Zara kalau kau nak tahu." Shahir berbisik
ketika Umar sibuk memanggil Zara.
Tidak lama kemudian Zara datang dengan tiga lagi lelaki. Paling
mengejutkan Shahir, mereka semua seperti mengenali antara satu sama
lain.
"Eh, Shahir! Datang pun awak. Hai Zarul," Zara ramah menegur.
Muka Shahir berubah kelat, "Hai. Kami terlupa bawa kad tapi nasib baik
'salah seorang manusia yang paling awak sayang dalam dunia ni" yang
tolong kami," Shahir cuba menyindir.
"Akhi yang tolong diorang? Syukran Akhi!" Zara tersenyum kepada Umar
dan itu membuatkan Shahir betul-betul meluat!
"Zara, introduce to us about this guy." Adam menyampuk.
"Lupa pula. Oniichan, Abe, Bro, ini Shahir dan ini Zarul. Shahir,
Zarul, ini abang-abang saya." Zara ramah memperkenalkan
abang-abangnya.
Zarul yang tidak terlalu mengenali Zara berjaya menahan diri daripada
ternganga tetapi Shahir sebaliknya, "Abang-abang? Tapi awak kata."
Zara cuma tersenyum. Dia duduk di salah satu kerusi, begitu juga
abang-abangnya. Umar memilih untuk duduk di sebelah Shahir sehingga
membuatkan Shahir sedikit gerun.
"Lebih tepat abang-abang tiri saya." Zara meneruskan kata-kata. Shahir
terbeliak mendengar.
"Mereka diamanahkan untuk menjaga saya selepas ibu saya meninggal
dunia sepuluh tahun yang lalu. Ketika hari lahir saya yang ke-lapan,
papa bawa balik empat orang lelaki dan memberitahu saya mereka ialah
abang-abang tiri saya. Cuba awak bayangkan ketika sambutan hari lahir
awak, awak dapat hadiah empat orang abang sekaligus yang awak sendiri
tak pernah tahu! Saya rasa kalau orang sakit jantung dah boleh arwah!"
Keempat-empat orang abang Zara tersenyum geli hati, "Kami pun
terkejut. Tiba-tiba papa datang ke setiap negara yang kami tinggal dan
bawa kami ke Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan adik perempuan kami.
Bayangkanlah. Tiba-tiba dapat empat orang adik-beradik dalam satu
hari!" Izumi menyampuk.
Shahir menelan air liur. Tak dapat dibayangkan.
"Papa saya kahwin dengan empat orang wanita lain selain ibu saya. Tapi
takdir dah tentukan, kesemua isteri papa sudah meninggal dunia.
Setahun selepas kami berjumpa, papa pun pergi menyahut seruan ilahi.
Semenjak itu, abang-abang sayalah yang menjaga saya. Saya minta maaf
sebab tak ceritakan perkara sebenar. Masa tu rasa itu waktu yang tepat
awak mengetahui kisah hidup saya." Zara mengakhiri ceritanya dengan
senyuman.
Shahir turut tersenyum, "Tak apa. Memang terkejut bila dengar cerita awak."
"Tak ada siapa yang tak terkejut bila dengar cerita 'hebat" kami."
Adam menyampuk sambil tersengih.
"Eh, Mak Long datanglah!" Zara tiba-tiba teruja dan bingkas bangun
mendapatkan seorang wanita lingkungan umur 40-an.
Sebaik saja Zara menghilang, Anuar bangun dan menepuk bahu Shahir, "Mu
ni nak try Zara ko(ke)?"
"Err." Shahir dapat rasakan ada peluh dingin di belakangnya.
"You need to get ready, dude!" Adam pula berbisik.
Shahir menelan air liurnya. Kelat.
"Janganlah takutkan dia." Izumi menolak Adam dan Anuar yang tersengih
sumbing. "Tapi betul kata Adam. Hati-hati sebab."
"Sebab apa?" Shahir memberanikan diri bertanya.
"Sebab Zara tu kuat merajuk dan kami tak akan lepaskan anta kalau anta
buat Zara sedih. Jadi, jaga dia elok-elok." Buat pertama kalinya,
Shahir melihat Umar tersenyum ke arahnya. Mereka semua menyertai Zara
melayan tetamu lain dan meninggalkan Shahir dan Zarul.
"Nampaknya abang-abang dia dah bagi peluang." Zarul menyiku Shahir.
Shahir sekadar tersenyum. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa ringannya
kepala dan dadanya sebaik saja Zara menceritakan semua perkara yang
sering bersarang dalam otaknya.
"Aku tak akan sia-siakan peluang tu." Shahir berazam.
Gapo dio =apa dia
Tange =tangan
Dale =dalam
Do =ada
Abe =abang dalam dialek Kelantan
Ko =ke
Akhi =abang dalam bahasa arab
Oniichan =abang dalam bahasa Jepun
Hai =ya dalam bahasa Jepun
Make =makan
Cepak =cepat
Lambak =lambat
Sou Desu ka =benarkah/yakah
Fahemti =kamu fahamkah
kitaore =kitaorang
Aishiteru =saya sayang/cinta awak
Ma za =apa dia