Sunday, June 12, 2011

Story Time!!

Jamming Boy vs. Pak Mentua

"Allahuakbar!!"

"DIA.. ISABELLA!!! LAMBANG CINTA YANG LARA!! TERPISAH KERANA."

Takbirratulihram Pak Musa terhenti. Dia menarik nafas. Sekali lagi dia
mengangkat tangan.

"Allahuakbar."

"CINTAKU!!.."

Solat Isyak Pak Musa terhenti sekali lagi. Terganggu dek nyanyian
anak-anak muda di sebelah rumahnya. Hish, tak khusyuk aku sembahyang
kalau macam ni. Pak Musa melangkah keluar dari bilik solat.

"Najla!!" laung Pak Musa.

"Najla, abah kamu panggil tu."tegur Mak Maimun yang sedang menggoreng
ikan pada anak gadisnya yang asyik bermain handphone.

"Najla!!"sekali lagi Pak Musa menjerit.

"Ye, abah!! Naj kat sini" Najla bangkit dari sofa sebaik melihat
kelibat ayahnya.

"Kamu tolong sound budak-budak sebelah tu. Abah nak sembahyang tak
khusyuk. Dengar diorang melalak."arah Pak Musa tegas.

"Alaa, abah. Malas la.. Kejap lagi boleh? Biar la diorang nak lepas
gian dulu. Lama tak jamming la tu."

"Pergi sekarang, Naj!! Abah nak sembahyang nie.. Kamu nak
lambat-lambatkan sembahyang ayah pulak?"

Najla menarik muka. Dia menyarungkan tudung di kepala sebelum
melangkah malas keluar dari rumah. Pak Musa pula pergi ke tandas.
Mengambil wuduk yang mungkin terbatal..

********************

Ting Tong!!

Loceng ditekan.

"Pzol!! Gi bukak pintu tu."ujar Faris yang sedang menggoreng gitar.

"Awat aku nye. Hang la pi. Hang dekat sekali kan."Pzol yang bermain
drum membuat muka tak puas hati.

"Kayril.. Kau pergi bukak pintu tuh. Budak dua ekor ni memang tak
boleh harap." Amin yang paling tua dan pemain bassis bersuara. Kayril
dipandangnya.

"Kenapa aku nye Min? Aku nak test suara ni."

"Kau nak ingkar arahan aku ke??Jangan jadi adik derhaka Ril.."ugut Amin.

"Haa, gitu la kau Min. Tak habis-habis ugut aku.. Mentang-mentang aku
adik kau. Ok. Ok. Aku pergi." Kayril meletakkan microphone di
microphone stand. Dia menuju ke pintu pagar.

"Ye, nak cari siapa?"soal Kayril pada gadis yang berdiri di
hadapannya. Heh.. Awek siapa pulak ni? Takkan Faris kot. Faris
bukannya minat perempuan bertudung. Pzol?? Mintang simpang.. jangan..
'Crocodile land' macam Pzol takkan lama dengan budak ni..
Jangan-jangan Amin?? Abang aku? Ya Allah.. Lagilah jangan.. Karang ada
silap-silap hari bulan aku sangkut dengan kakak ipar sendiri. Nak buat
macam mana.. comel sangat. hehe..

"Tak cari siapa. Cuma nak kasi tahu korang. Boleh tak tolong jangan
bising sangat."ujar Najla keras.

"Bising??"Kayril mengerutkan dahi.

"Kay, siapa tu?"Amin, Faris dan Pzol keluar.

"Awek kau ke Kay?" Pzol bertanya gusar. Tergugat dirinya jika
perempuan secantik tu Kayril punya.

"Tak. Aku bukan girlfriend dia. Aku.. cuma nak beritahu korang,boleh
tak korang jangan jamming bising-bising sangat. Korang ingat rumah
korang sorang ke ada kat sini? Fikirlah pasal orang lain jugak. Abah
aku nak sembahyang pun tak senang, korang memekak je."jawab Najla.

Faris pandang Amin. Amin pandang Pzol. 1..2..3.. Ketawa pecah.

"Hei, cik adik. Nama pun jamming. Kalau jamming mana boleh tak bising.
Kalau jamming slow-slow. Lembik la beb. Takde feeling."Faris gelak.

"Lagi satu cik adik manis.. kalau nak sembahyang.. pergi surau depan
tu. Sunyi. Aman. Damai. Tenteram. Tak bising. Pahala jemaah pun
banyak."Amin menyambung. Tawa masih bersisa.

"Amin, Faris. Senyap lah. Bising la korang."Kayril tiba-tiba bersuara.

"Awak, awak balik dulu. Insyaallah. Nanti kitorang tak bising lagi. Oh
ye. Kirim salam kat family ye."Kayril melemparkan senyuman pada gadis
di depan pagar.

"Oklah kalau macam tu. Aku balik dulu. Assalamualaikum."Najla membalas
senyuman itu segaris. Dia menapak ke rumahnya kembali.

"Waalaikumussalam." Kayril menjawab salam perlahan. Matanya menyoroti
langkah perempuan itu. Bibirnya mengukir senyuman.

"Kay!!"Amin, Faris dan Pzol menjerit serentak.

"Kau sihat tak?" Faris bertanya.

"Awat hang pi backup minah tu?" soal Pzol.

"Oit, adikku. Kau dengar tak kitorang cakap ni?" Amin risau.

"Aku rasa aku suka dia la."

Semua terdiam.

*************************

"Mak buat apa tu?" soal Najla pada Mak Maimun di halaman rumah.
Mujurlah rumah mereka di tepi sekali. Luas sikit halamannya. Bukan
Najla tak tahu, maknya tu suka menanam.

"Mak tengah tanam pokok tomato. Kosong sangat halaman ni mak
tengok."Mak Maimun meneruskan kerja penanamannya.

Najla melilaukan matanya. Memerhati keadaan halaman rumah. Dahinya
berkerut. Ni mak kata kosong? Mak.. mak.. Halaman bukan main penuh
dengan pokok timun, ubi, lada, ulam, bunga-bunga.. Mak boleh cakap
kosong lagi.. Dah addicted sangat mak ni.

"Kosong? Mak, dah penuh halaman rumah kita mak. Sekali tengok macam
kebun sayur dah. Mak stop la dulu menanam. Nanti tak terjaga pulak."

Mak Maimun menjeling anak gadisnya.Najla terdiam. Mak memang marah
kalau orang halang hobi dia.

"Yela.. yela.. mak nak tanam banyak mana pun, mak tanam la. Kalau tak
cukup tanah halaman rumah kita ni, Najla suruh abah sewa tanah depan
surau tu pulak ye maakk.." Najla tersengih.

"Pandai la kamu memerli mak."satu cubitan kecil dihadiahkan pada
Najla. Najla mengaduh.

"Cakap pasal abah. kamu ada nampak dia?" Mak Maimun memandang Najla.

"Abah cakap nak pergi masjid. Sembahyang asar."

"Oh.." Mak Maimun terangguk-angguk.

Bunyi bising di rumah sebelah mencuri tumpuan. Gelak tawa anak-anak
muda yang sedang mencuci 4 buah motor memecah keheningan petang.

"Mak, tengoklah budak-budak tu. Tak sopan langsung. Bukannya dia nak
tegur kita yang duduk tercongok kat sini. Baru 2 hari diorang pindah
dah tunjuk belang. Jamming kuat-kuat. Haish.." Najla merungut.
Tangannya mencabut rumput-rumput kecil di dalam pasu bunga.

"Yang kamu marah ni kenapa? Kamu harap diorang tegur kamu ke?"

"Ish, mak ni. Ke situ pulak. Takde la.. Sekurang-kurangnya diorang
kena la hormat mak. Bagi salam ke.. Tanya khabar ke.."

"Aik? Mak tak cakap apa-apa pun? Ke kamu yang nak diorang tanya
khabar?" Mak Maimun terus-terusan mengusik.

"Mak!!"Najla menjerit kecil. Mukanya kemerah-merahan.

Mak Maimun ketawa besar.

*************

Kayril mengelap cermin motornya. Kadang kala matanya mencuri pandang
jiran sebelah rumahnya.

"Kay, pas air sabun tu."pinta Faris yang sedang duduk mencangkung
membasuh tayar motornya di sebelah..

"Iye. Jap." Kayril mengambil sebaldi kecil air sabun yang diletakkan
di sisinya. Matanya tidak lepas dari menjeling rumah sebelah.

"Nah." Kayril bangun.

'Splash!!' baldi air sabun itu terjatuh ke atas Faris.

"Kurang ajar punya budak.. Woit.. kau ingat aku ni ape? Siap kau."
Faris jerit marah.

"Rilek bro. Gua tak sengaja. Aku ingat kau dah ambik dah air sabun
tuh."Kayril berkata cemas. Amin dan Pzol yang sedang membasuh motor
masing-masing sudah tergelak melihat Faris yang bermandikan air sabun.

"Takde rilek-rilek. Aku baru mandi tadi kau dah kotorkan aku balik.
Tunggu kau."tangan Faris mencapai baldi air sabun di kaki Amin. Dia
mengejar Kayril yang mula berlari.

"Ampun.. Ampun Faris.."jerit Kayril sambil berlari mengelilingi motor.

Larian Kayril terhenti. Amin dan Pzol berada di depannya. Dia dikepung.

"Kau nak lari mana ha Kay??"Pzol tersengih jahat.

"Come, baby come." Amin gelak sinis.

Kayril pusing belakang. Faris menanti dengan sebaldi air sabun.

"Bingo!!"

Kali ini Faris pula mencurah air sabun. Tepat ke badan Kayril. Dia
ketawa senang. Dendamnya terbalas.

"Woi.. Aku nak keluar la jap lagi.."Kayril meludah-ludah air sabun
yang masuk ke dalam mulutnya.

"Ada aku kesah?" ketawa pecah.

"Kau tak kesah , aku kesah." Kayril menuju ke pili air. Wayar ditarik.
Dihala ke arah Faris yang berdiri di depan pagar utama.

"Ambik kau." Air disembur laju. Faris pantas menunduk.

"Kay!!" jeritan Faris, Pzol dan Amin bergabung. Masing- masing terkesima.

Kayril pucat. Faris telan liur. Amin tersandar. Pzol terlopong.

Seorang lelaki berusia pertengahan umur terbatuk-batuk kecil. Mukanya
yang basah dilap menggunakan serban yang dipakai. Anak-anak muda
dihadapannya direnung tajam.

"Err, pakcik okay? Nak tuala? Saya boleh ambilkan."Kayril bersuara
takut-takut. Adeh, macam mana la boleh tersasar kat pakcik ni.

"Tak payah."ujar Pak Musa keras. Lelaki yang masih memegang wayar air
itu dijeling. Sah! Memang tak layak jadi menantu aku. Rejected! Pak
Musa berjalan menuju ke rumahnya.

****************

"Aiyoyo Kay.. Tak tahu.. Bukan ke tu your future in law ke? Yela, kan
dia masuk rumah yang sama dengan perempuan semalam. " Pzol mengusik.

"Habis la kau.. Confirm kena reject jadi menantu. Kau lupakan jelah
kau punya first love tu."Faris menyambung.

"Takpe Kay. Kau tak payah risau. Nanti, aku suruh je mak tolong
carikan perempuan untuk kau eh. Sabar-sabar. Bunga bukan
sekuntum."Amin menepuk-nepuk bahu Kayril.

"Mangkuk. Bukan nak simpatii dengan aku. Blah la korang." Kayril tolak
tangan Amin. Dia mencapai span. Kembali mencuci motor.

***************

"Woi. Apa cerita korang semua ni? Sihat ke tak ni?"tegur Amin sebaik
menjejakkan kaki ke dapur. Mana taknya, tak pernah-pernah budak-budak
ni masuk dapur, hari ni tiba-tiba semua bertapa kat sini buat apa?
Dahla muka masing-masing penuh dengan tepung.

"Kau jangan tanya aku, Min. Pergi tanya adik bertuah kau ni."Pzol
memuncungkan mulutnya pada Kayril yang khusyuk mengayak tepung.

"Kay, kau nak buat kek untuk sape ni? Birthday aku, birthday Pzol,
birthday Faris semua lambat lagi. Birthday mak, dah lepas dah. Ke kau
nak buat kek untuk ayah? Eh, birthday ayah berapa hari bulan eh?"Amin
menggaru garu kepala.

"Bukan nak buat kek untuk ayah kau, dia nak buat kek untuk ayah mertua
dia tu ha."Faris menimbang gula. Tak pasal-pasal dia terlibat sama
dalam plan si Kayril ni.

"Ayah mertua?"Amin masih kebingungan.

"Yelah.. bang. Kan orang cakap.. kalau nak pikat hati mertua mesti
guna air tangan."kali ni Kayril yang bersuara.

Amin tergelak-gelak.

"Ooo.. jadi kau nak buat kek untuk bapak mertua yang kau sembur air
semalam la?"Kayril menganggukkan kepala.

"Boleh ke, Kay? Gula dengan garam pun kau tak tahu nak beza. . Ada
hati nak buat kek."tawanya masih bersisa.

"Kita kena la guna teknologi, Amin."Kayril selesai mengayak tepung.

"Teknologi?"Amin angkat kening. Tak faham.

"Kau tengok sini."Kayril mengambil laptopnya. Broadband disambung.
Internet diakses. Yahoo Mail dibuka. Icon Inbox di klik. Satu video
terpampang di skrin laptop.

"Eh, tu mak aku. Mak. Mak aku. Macam mana mak boleh ada video sendiri
ni? Macam mana mak hantar emel kat kau, Kayril? Rumah kita dah ada
internet dah ke? Tak. Bukan. Ni video cam sape mak rembat nak record
video kat kau ni?"Amin memegang laptop hitam Kayril. Masih tak percaya
maknya ada di dalam video itu.

"Aku mintak tolong cikgu Intan yang tinggal kat rumah sewa mak tolong
record video ni guna video cam dia. Lepastu, aku mintak dia send kat
emel aku. Kau ingat senang mak nak jadi ala-ala chef Wan? Tunjuk
cara-cara masak kek coklat lagi. Puas aku memujuk kau tahu.
Macam-macam aku janji kat mak. "jelas Kayril sambil memandang Amin
yang masih tak terkata.

"Okay dah muka aku, Intan? Tudung aku ni senget tak?"suara mak
kedengaran sebaik video itu dimainkan.

"Eheem.eheeeem. "Mak membetul-betulkan suara.

"Hari ini kita akan masak kek coklat. Mula-mula.. kita perlukan
tepung.."Amin dan Kayril senyum serentak. Mak.. Mak.. Sebijik macam
chef 5 star!

"So, aku boleh tolong apa?" Amin pelawa diri untuk membantu sebaik
selesai menonton video itu.

"Kau tolong basuh bekas besi tu."arah Kayril. Dia sedang asyik
memerhati mesin pengadun tepung.

"Kenapa aku kena basuh bekas pulak?"Amin tak puas hati.

"Sebab. Antara kita 4 orang, kau yang paling tak reti masak."Faris
menjerit dari depan peti. Kayril dan Pzol mengiakan.

***************

"Betul ke boleh makan ni?"Pzol menekan-nekan kek coklat yang baru
keluar dari oven itu menggunakan jari telunjuknya. Kayril pantas
menepis.

"Tangan kau tu kotor!"marahnya pada Pzol.

"Apasal hitam legam sangat, Kay? Kalah mamat Bangla yang duk jual kain
kat perumahan kita ni.Aku yang tengok ni pun fikir lima, enam kali nak
makan. Bapak mertua kau tu nanti aku tak tahu lah. Entah-entah dia
buang terus kot. "Faris pula bersuara.

"Kau tak nak rasa dulu ke Kay?"Amin tolehkan muka pada Kayril.

"Don't judge a book by its cover. Pzol. Kau pergi ambik Tupperware
yang aku baru beli tadi kat dalam plastic. Ambik yang besar sekali."
Kayril mengambil plastic ising.

"Kau ni confident betul la."Amin menggeleng-geleng kepala.

***************

"Hah! Apa hajat kamu datang ke mari?"Pak Musa pandang dua orang lelaki
muda yang bersila di depannya.

Kayril siku lengan Faris. Faris siku lengan Kayril.

"Kau cakapla.."lengan Faris disiku lagi.

"Kalau kamu nak main siku menyiku, pergi balik rumah kamu. Aku takde
hati nak tengok kamu siku menyiku depan aku."jerkah Pak Musa lagi.

"Air, abah." Najla menghidangkan air pada tetamu itu. Dia menyisipkan
dulang ke dada dan berdiri di tepi sofa.

"Yang kamu tercegat kat situ kenapa, Najla? Tak reti-reti nak masuk
dalam?"Pak Musa pandang anak daranya. Ni tak lain tak bukan nak
menggatal la tu. Budak-budak la ni..

"Naj nak masuk la ni, abah."Najla memuncungkan mulutnya. Saja je abah
jatuhkan saham aku depan mamat dua orang ni.

"Se..se..sebenarnya pakcik, saya nak mintak maaf sebab sembur air kat
pakcik semalam."ujar Kayril sebaik buah hatinya masuk ke dalam.

"Hrmm."Pak Musa mencapai surat khabar di atas meja.

"Saya betul-betul tak sengaja semalam, pakcik. Ni ha. Saya ada buatkan
kek untuk pakcik. Saya harap pakcik terima lah."plastic berwarna oren
diletak di atas meja kopi.

"Hrmm."Pak Musa tidak menoleh pada Kayril.

"Saya buat sendiri kek tu pakcik."ujar Kayril lagi. Bagi la respond
sikit, pakcik oi. Kebas dah kaki den duduk bersila ni.

"Hrmm. "

"Err, Pakcik taknak rasa ke, kek tu? Saya ada bawak sudu ni."Sudu
dikeluarkan dari poket seluar jeans. Faris disebelah dah menundukkan
muka. Malu nak ngaku kawan. Kot ye pun bersemangat, takyah la bawak
sudu dari rumah, Kay. Macamlah rumah pakcik ni takde sudu. Malu..
Malu..

"Takde kerja aku nak makan depan kamu. Aku ni ada kencing manis. Tak
makan kek-kek ni. Tengoklah, nanti. Kalau aku nak makan, aku makan.
Kalau tak.. aku sedekah kat masjid Maghrib nanti. Dapat jugak korang
pahala. "tanpa perasaan Pak Musa menuturkan kata.

"Kalau macam tu, kitorang balik dulu, pakcik. Assalamualaikum."Faris
meminta diri. Lagi lama diorang kat sini, lagi jatuh maruah diorang.

"Waalaikumussalam."Pak Musa menghantar pemergian anak muda itu dengan
bebola matanya.

"Abah! Tak baik abah buat macam tu kat diorang. Sejak bila pulak abah
ada kencing manis ni?"Najla keluar dari belakang dinding.

"Ala.. abah bergurau-gurau manja."Pak Musa ketawa besar. Plastik oren
itu dibuka. Sebelum sekali lagi tawanya pecah.

"Kenapa pulak abah ni? Gelak je dari tadi."Najla memandang abahnya pelik.

"Cuba kamu tengok ni Najla."Pak Musa masih tak berhenti ketawa.

'SORRY PAKCIK.'tulisan senget benget yang ditulis menggunakan ising
putih itu diperhati Najla. Dia juga tergelak.

"Kesian dia abah. Semangat bukan main."ujar Najla sambil cuba
meredakan ketawanya.

"Takut sangat abah tak bagi dia jadi menantu."Pak Musa berkata
selamba. Ketawa Najla terhenti.

"Abah cakap apa?"

"Budak ni lah.. Ingat abah tak tahu yang dia minat kat kamu. Tu lah
yang beria mintak maaf dengan abah. Kalau tak.. haram. Time kamu duk
menghidang air tadi, mata dia ralit je tengok kamu. Kalau ikutkan hati
abah ni.. Dah lama abah cungkil bijik mata dia tu. Gatal sangat."

"Ye ke abah?"Najla dah mula tersenyum-senyum.

"Hah! Yang kamu senyum macam orang lahir tak cukup bulan tu kenapa?
Jangan nak menggatal dengan dia. Selagi abah tak kasi lesen L dekat
dia,jangan harap dia dapat dekat dengan kamu."Pak Musa menjeling anak
gadisnya.

"Iye.. iye.. Naj belum lagi cakap apa-apa. Kek ni.. Naj potong ye
bah?"Najla mencapai pisau plastic yang disertakan sekali. Potongan kek
yang kecil itu dibawa ke mulut. Mukanya terus berubah.

"Kenapa, Naj? Sedap sangat ke?"Pak Musa memandang dengan rasa ingin tahu.

"Ni kek coklat kan abah? Apasal Naj rasa macam arang kat belakang
kuali mak ni?"tisu segera dicapai sebelum meluihkan sisa yang berada
di dalam mulutnya. Pak Musa ketawa.

"Hai.. nampak gayanya.. melepaslah orang masjid nak merasa kek buatan diorang."

"Kenapa pulak?"

"Sebab kejap lagi, abah nak sedekah kat reban ayam belakang rumah kita tu."

************

"Kehadapan saudari. Saudari apa khabar? Saya di sini sihat walafiat.
Pasti saudari tertanya-tanya siapakah gerangan saya kan? Saya Kayril.
Jiran rumah saudari. Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk
menghulurkan salam perkenalan saya terhadap saudari. Saya harap
saudari sudi menerimanya. Untuk makluman saudari, saudari telah
berjaya mengetuk pintu hati saya sejak saudari datang ke rumah saya
tempoh hari. Saudari tahu yang.."Pzol baca surat yang dirampasnya dari
Kayril kuat-kuat. Amin dan Faris dah nak pecah perut ketawa. Kayril
pula dah merah muka, menahan geram.

"Bagi surat aku balik, lah!"marah Kayril. Dia cuba merampas surat yang
dipegang Pzol yang berdiri di atas sofa.

"Kay.. Sekarang kita ada emel. Ada handphone. Kenapa kau gi buang
tenaga tulis surat ni semua."Pzol gelak lagi.

"Dah aku tak tahu dia punya emel, dia punya phone number. Aku tulis je
lah surat. Salah ke?"Kayril meneguk air sejuk yang diambil dari peti.
Sabar Kay. Sabar. Pzol, Amin dan Faris berhenti gelak.

"Kay.. Kau tak payah buat ayat sadis macam tu."Amin bersuara sambil
menuju ke arah adiknya.

"Sorry, Kay. Kitorang takkan gelakkan kau lagi. Takpe, lepas ni..
kitorang tolong kau."Pzol pula memujuk.

"Aaah Kay. Aku boleh tolong sponsor envelope dengan bedak wangi."Faris
tersengih-sengih.

"Banyak lah kau punya sponsor."Kayril ambil bantal kecik lalu
mencampakkannya ke muka Faris.

*************

Pak Musa membuka peti surat yang berwarna merah. Bil air, bil api, bil
telefon. Haih.. Duit lagi.. Kejap? Apa ni? Satu sampul surat berwarna
putih diambil. Awat wangi semacam ni? Dihidu-hidu surat putih itu.
Sah! Surat cinta. Surat itu disisip ke dalam poket baju melayu.

************

"Abang tulis apa?"mak Maimun menegur suaminya yang sedang menulis di
meja kerja. Sejak suaminya bersara 2 tahun lepas, jarang nak tengok
suaminya melekat di meja kerja itu.

"Tulis surat cinta ni ha."

"Surat cinta?"kelam kabut Mak Maimun merampas surat itu dari tangan Pak Musa.

"Kayril? Kayril mana ni? Abang tu dah tua, bang. Sedarlah diri tu
sikit. Abang duduk ke hulu ke hilir ke masjid, tak malu ke kalau orang
tahu abang tulis surat cinta lagi? Dah la pada orang laki pulak
tu."Mak Maimun membebel tanpa usul periksa.

"Shhhh.. Kamu ni.. senyap sikit. Nanti anak kita dengar pulak."

"Biar. Biar dia dengar. Biar dia tahu abah dia perangai macam mana."

"Masya-Allah kamu ni.. Saya bukan tulis apa. Saya Cuma mencegah anak
kita dari lakukan maksiat."Mak Maimun terdiam.

"Maksiat?"

"Ni ha.. budak muda rumah sebelah, bagi anak kita surat. Puitis bukan
main lagi. Geli saya membacanya. Tu yang saya balas surat tu. Kalau
harap anak kita balas, mesti sama miang jugak budak tu."surat
bersampul putih yang diterima siang tadi diserahkan kepada isterinya.
Tekun mak Maimun membaca.

"Yang kamu senyum-senyum tu kenapa?"

"Takde.. bang. Teringat nostalgia kita dulu. Macam ni lah. Abang kasi
Mun surat letak bedak penuh satu sampul. Tak sangka budak-budak zaman
sekarang buat macam ni jugak, kan Bang?"

"Ish.. Kesitu pulak dia. Dah mari sini. Tolong saya mengarang ayat
sikit."Mak Maimun berdiri di sebelah Pak Musa.

"Siap pun. Kasi pinjam awak punya bedak sikit."tanpa pamitan, Pak Musa
mengisi bedak itu kedalam sampul surat berwarna putih.

"Abang!!"

"Apa?"

"Bedak Avon saya tu!!"

"Alah.. demi anak awak."Pak Musa terus mengisi bedak powder itu penuh
satu envelope.

***************

"Wei, dia reject lah. Dia reject."Kayril menggumpal surat itu. Kepala
digeleng-geleng perlahan. Apasal aku rasa pedih semacam ni.

"Kau biar betul? Bak sini surat tu."Faris merampas surat dari tangan
Kayril. Dia, Amin dan Pzol berkumpul setempat.

"Awak ingat awak tu siapa? Ada hati nak pikat saya. Hidung tak mancung
pipi tersorong-sorong. Ingat awak tu hensem sangat ke? Hensem lagi
bapak saya tau. Saya rasa, baik awak cari orang lainlah. Dahla kek
awak tak sedap. Pahit macam buntut kuali. Langsung tak layak untuk
saya yang pandai memasak ni. Hai hai and Bye bye.
Assalamualaikum."Pzol membaca surat itu kuat.

"Mak oi.. Bahasa.. Tak berlapik langsung. Ni yang buat aku angin ni.
Berani dia buat adik aku macam ni."Amin menyinsing lengan baju.

"Dahla tu. Aku taknak dengar dah. Berkecai hati aku ni. Korang buang
je surat tu."Kayril tutup mukanya dengan majalah sebelum baring di
atas sofa.

"Takkan kau nak give up je? Penat-penat kau menghadap bapak dia yang
hensem tu. Kau jangan.. Kay. Malu aku yang turut serta menghadap bapak
dia tu."Faris membantah. Badan Kayril digoyang-goyang.

"Kau buat lah something Kay. Kau try lah lagi, Kay. Kau jangan give-up
Kay."badan Kayril masih digoncang Faris.

"Dah tu. Kau nak suruh aku buat apa? Nak suruh aku malukan diri aku
lagi. Muka aku ni dah cukup tebal Faris!"Kayril bangun. Faris
terkesima. Kay nangis?

"Kay.."Faris mula rasa bersalah. Wajah Amin dan Pzol dipandang.

"Jangan kacau aku."Kayril mengambil gitar sebelum keluar duduk di atas
buai di luar rumah.

Kau sering pergi
Tinggalkan aku
Ku juga suka meninggalkanmu
Lama-lama kau dan aku menjauh
Hati bagi air dan api yang tak bisa menyatu
Akhirnya cinta putus lagi

Mencari-cari cinta yang pasti
Mungkin tak semudah yang kau alami
Cinta sejati datang dan pergi
Cinta bisa kemana saja yang mungkin kau sukai
Yang ditinggalkan patah hati

Bukannya aku tak takut mati
Hanya karena sering patah hati
Yang aku takut
Bila patah hati
Engkau nekat mau bunuh diri

Mencari-cari cinta yang pasti
Mungkin tak semudah yang kau alami
Cinta sejati datang dan pergi
Cinta bisa kemana saja yang mungkin kau sukai
Yang ditinggalkan patah hati

Lagu nyanyian Radja itu dinyanyikan sepenuh hati. Kenapa jadi lagu ni?
Kalau mak tanya nanti macam mane? Penat je mak buat video kek coklat
tu. Kesian mak. Kesian aku.

"Hai."Najla menegur lelaki memegang gitar itu sambil menyiram pokok bunga.

Kayril menoleh. Berani pulak minah ni nak tegur aku lepas reject aku
terang-terang. Ke dia nak menyindir aku. Mentang-mentang dia tahu aku
suka bagai nak rak dengan dia.

"Nak apa?"Kayril bertanya kasar.

"Eh. Eh. Marah pulak. Hello, saya tegur awak baik-baik, okay. Yang
marah tak tentu pasal tu kenapa?"Najla berhenti menyiram bunga. Dia
dah mula bercekak pinggang. Pantang betul aku kalau orang marah tak
tentu pasal ni.

"Of course lah saya marah. Dah awak reject saya. Awak tahu saya suka
awak kan? Lepastu yang awak pergi reject tu kenapa? Lepastu reject
kasar-kasar pulak tu. Awak tahu tak? Pedih hati saya ni. Pedih
tau."Kayril meletakkan tangan kanannya di dada. Konon pedih la tu.

"Awak cakap apa? Saya tak faham lah."Najla bertanya.

"Ekeleh. Buat-buat tak dengar pulak. Awak saja nak suruh saya ulang
kan? Awak saja nak suruh saya cakap kuat-kuat kan? Fine! Saya suka
awak. Tapi, awak dah reject saya. Awak reject saya bila saya kasi
surat cinta pada awak. Puaslah hati awak?"Najla masih lagi kaku. Oh..
My..

"Abah!!!"Najla berlari masuk ke dalam rumah.

"Apa? Abah nak tengok tv tak senang."ujar Pak Musa yang sedang
menonton cerita P.Ramlee. Seniman Bujang Lapok.

"Abah.. Abah ada reply surat Naj eh?"Pak Musa pandang Najla.

"Macam mana kamu tahu?"

"Dia cakap kat Naj. Dia cakap yang Naj reject dia through surat.
Sedangkan, Naj mana ada dapat surat apa-apa pun."

"Tak malu punya budak. Orang reject dia pun, terhegeh-hegeh lagi."Pak
Musa mendengus kecil.

"Abah.. kesian dia tau. Siap menyanyi lagu Radja lagi tu."

"Abah peduli apa dia nyanyi lagu Raja ke lagu Ratu ke. Kan abah dah
cakap. Selagi dia tak dapat lesen L dari abah, abah akan halang kamu
dua orang rapat."

"Abah.."Najla mula merengek. Tak patut. Memang tak patut.

"Kamu cakap dengan dia. Kalau dia suka kamu, dia kena pikat hati abah
dulu. Bukan pikat hati kamu."

"Abah ni.. Takkan lah Naj nak cakap macam tu dekat dia. Malu lah, abah."

"Malu tak malu tu urusan kamu. Selagi abah masih hidup, jangan harap
dia nak bercinta dengan kamu. Nak bercinta lepas kahwin. Titik!"Pak
Musa menutup suis TV sebelum berlalu ke dalam bilik. Spoil mood nak
tengok cerita P. Ramlee.

***********

"So, abah awak yang balas surat tu?"Najla angguk kepalanya. Dah berapa
kali awak nak tanya ni, Encik Kayril?

"Abah awak cakap, kena pikat hati dia dulu, baru boleh dapat lesen
L?"Sekali lagi Najla mengangguk. Kan saya dah cakap tadi..

"Dia benci sangat ke kat saya?"Najla diam. Takkan nak angguk jugak
kot. Kang tak pasal-pasal mamat ni menangis tak berlagu.

"Kucing jantan mane pulak tu, Mun?"laungan Pak Musa dari dalam rumah
menghentikan perbualan Najla dan Kayril yang hanya dipisahkan dengan
pagar kawat hijau.

"Kucing jantan mana nya? Mane ade kucing jantan dekat rumah kita ni,
abang oi.."Mak Maimun menjawab. Sama kuat dengan Pak Musa.

"Dah yang duk mengorat kucing betina rumah kita tu ape Mak Maimun nya?"

"Itu kucing miang abang."

"Err.. awak. Saya masuk dulu. Abah saya marah tu. Nanti-nanti lah kita
cakap ek."laju-laju Najla masuk ke rumah.

*************

"Assalamualaikum, pakcik!"Kayril mengangkat tangan kepada Pak Musa.
Pak Musa menjawab salamnya perlahan sebelum mengalihkan pandangannya.

"Basuh kereta ke pakcik?"Kayril masih meramahkan diri. Nak pikat hati
pak mertua lah katakan.

"Taklah. Tengah basuh lori ni."Dah tahu tanya lagi. Pak Musa mendengus.

"Ooo.. Nak saya tolong?"

"Tak payah."larang Pak Musa. Kayril yang dah melangkah masuk ke dalam
pagar rumahnya dipandang. Budak ni memang la. Tak makan saman. Ni
bukan namanya pikat hati bapak mertua. Lagi menyakitkan hati bapak
mertua adalah.

"Pakcik pergi lah berehat sana. Biar saya yang tolong basuh."Wayar
yang berada di tangan Pak Musa diambil. Air disembur perlahan ke arah
kereta Grand Livina Pak Musa.

"Pakcik tak balik kampung ke, raya tahun ni?"soal Kayril.

"Insyaallah, balik. Tapi hari raya pertama pakcik raya sini dulu."Pak
Musa menjawab sambil tangannya mengelap cermin sisi.

"Ooo. Kampung pakcik dekat mana?"Kayril terus menyelidik latar
belakang keluarga Pak Musa.

"Kedah. Kat belah belah Aloq' Staq sana."

"Uiih.. sama la kita kalau lagu tu, pakcik. Saya pun asal belah belah
Utara sana jugak. Nampak gaya senang lah nak balik kampung kalau dah
kawin dengan Najla sat."Kayril tersenyum panjang.

"Masa bila pakcik kasi kamu kawin dengan anak pakcik tu?"

"Mula mula memang pakcik tak kasi. Nanti dua tiga bulan, memang takda
sapa dah yang layak jadi menantu pakcik selain saya."

Pak Musa menjeling Kayril.

"Yang kamu duk confident sangat tu awat? Kerja pun tak, ada hati nak
jadi menantu Haji Musa."

"Eeeeh, pakcik. Siapa kata saya tak kerja? Saya ni kerja Enginner lagi."

"Pandailah kamu nak kelentong pakcik. Engineer konon. Kalau still kat
U tu cakap je lah. Nak tipu pulak."

"U?"Kayril gelak.

"Saya ni memang nampak muda pakcik. Tapi umur saya ni dah nak cecah 25
dah. Ada pulak kata saya ni tipu."ketawa masih tak berhenti.

"25? Kamu biar benar?"Pak Musa memandang Kayril separuh tak percaya.

"Betul.. pakcik. Itulah, susah jugak kalau dah awet muda ni. Kalau
lalu tepi tepi U tu mesti ada je budak-budak perempuan tegur. Diorang
ingat saya ni muda lagi la tu. Tapi yelah.. takkanla saya nak layan.
Hati saya ni ada pada Najla je, pakcik."

"Kamu ni kuat betul perasan, kan?"Kayril buat muka takde perasaan. Dah biasa..

**************

"Kay!! Aku nampak tadi. Aku nampak."Pzol menegur Kayril sebaik Kayril
melangkah masuk ke dalam rumah.

"Nampak apa?"Kayril pura pura tak tahu.

"Amboi Kay.. sejak bila kau rapat ngan tuan rumah sebelah ni?"Pzol dah
mula angkat-angkat kening.

"Haaaaa. Itulah pasal. Aku rasa, tak lama lagi korang makan nasi
minyak la." Kayril senyum.

"Huish. Confidentnya!"

"Ye la. Kau tahu tak, hari tu aku pergi rumah dia, dia bahasakan diri
dia aku. Hari ni dia bahasakan diri dia pakcik. Esok lusa dia
bahasakan diri dia abah pulak."Kayril dengan Pzol bergabung tawa.

"Seronoknya ketawa.. Hoi. Korang tahu tak, esok tu puasa?"tegur Faris
yang baru keluar dari bilik.

"Habis tu?"soal Kayril. Apa kaitan puasa dengan ketawa?

"Jom pergi pasar. Beli apa yang patut. Nanti malam karang boleh makan
untuk sahur."Faris capai kunci motor.

"Boleh jugak tu. Tunggu aku jap."Pzol berlalu ke dalam bilik.

"Eh, Faris."Kayril bersuara.

"Apa?"Faris menyahut.

"Biasanya.. kalau bulan puasa orang selalu beri makanan kan?"

"Maksud kau?"

"Maksud aku.. biasanya jiran kita selalu kasi makanan kat kita kan?"

"Agak-agak family Pak Musa tu kasi tak makanan kat kita?"Kayril menyambung.

"Kau ni."Faris menggelengkan kepala.

***************

"Mak!"Najla memanggil ibunya.

"Iye. Mak dekat dapur sini ha."Mak Maimun melaung dari dapur.

"Mak.. mak taknak beri apa apa ke kat jiran kita? Naj boleh tolong
kasi."Najla menjenguk ke arah tudung saji.

"Kan mak ada masak bubur lambuk. Kamu kasi lah. Pergi ambik Tupperware
dekat dalam almari tu."arah Mak Maimun. Najla pantas mengambil bekas
dan mencedok bubur lambuk ke dalamnya hampir penuh satu bekas.

"Naj pergi hantar dulu mak."Najla berjalan keluar dari ruang dapur
sebelum dihalang oleh Pak Musa.

"Abah.. Naj nak lalu ni."Najla memandang wajah ayahnya.

"Nak pergi mana?"Pak Musa bertanya anak gadisnya.

"Nak.. nak bagi makanan kat rumah sebelah."Najla menjawab perlahan-lahan.

"Tak payah pergi."keras arahan Pak Musa.

"Apanya abah.. kita kena saling memberi."Najla dah mula merengek.

"Saling memberi ke saling menggatal?"

"Mak.. tengok abah ni."adu Najla pada ibunya.

"Abang, biarlah dia pergi. Kalau lima minit dia tak balik abang pergi
lah hambat dia dengan rotan."ujar Mak Maimun.

"Kamu tak payah pergi. Nanti budak tu datang sini."Pak Musa duduk di
kerusi meja makan.

"Mana abah tahu?"Najla juga mengambil tempat di sisi ayahnya.

"Abah tahu lah. Abah ada sixth sense."

"Tak. Diorang tak datang punya."

"Yang kamu sibuk sangat nak pergi tu kenapa? Macam lah kamu yang masak
bubur lambuk tu. Abah pelik dengan kamu ni. Nama je belajar course
kulinari. Tapi.. tak pernah abah nampak kamu memasak dekat rumah.
Betul ke kamu ambik kulinari ni, Najla?"Pak Musa bertanya.

"Betul la abah.. Naj saja je taknak masak kat rumah. Takut kalah pulak
masakan mak nanti."Najla memandang Mak Maimun yang sibuk di sinki
dengan ekor matanya.

"Eeeeh. Ada hati nak challenge masakan kita. Okay. Esok kita tengok.
Siapa yang paling sedap masak. Biar abah yang judge."Mak Maimun
menyampuk.

"Mana aci kalau abah judge. Mesti abah pilih mak punya masakan. Abah
kan suami mak."Najla membantah.

"Habis tu nak suruh siapa yang judge biar adil dan saksama."soal Mak
Maimun sambil memandang anak gadisnya.

"Suruh budak rumah sebelah." Najla senyum.

"Gatal."bahu Najla dipukul Mak Maimun perlahan.

"Assalamualaikum.. Pakcik.. ooo pakcik."suara orang memberi salam dari
luar rumah menghentikan perbualan.

"Abah! Diorang datangla abah."wajah Najla sudah bertukar ceria.

"Kan abah dah cakap. Kamu jangan keluar. Biar abah je kasi bubur
lambuk ni."Plastik bubur lambuk diambil Pak Musa.

"Alaaaa."

*************

"Terima kasih."Pak Musa mengambil bekas lutsinar yang mengandungi agar
agar merah itu.

"Buat sendiri ke?"Pak Musa bertanya pada Kayril.

"Aaah."

"Patut merah semacam. Guna satu botol pewarna sirap ke?"Kayril Cuma
tersengih sengih sambil menggaru garu kepalanya.

"Sirap tertumpah banyak tadi. Bubur lambuk ni orang rumah buat ke
pakcik?"soal Kayril setelah menjenguk ke dalam plastic.

"Aaah. Takkan nak beli kot. Kalau dah reti masak."

"Siapa yang masak?"Kayril terus bertanya.

"Kamu rasa?"

"Najla ke? Wahh, mesti sedap ni. Saya balik dulu pakcik. Dah nak buka
puasa ni. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."Pak Musa mengukir senyuman. Masa bila pulak dia
cakap Najla yang masak bubur tu? Biarkan je lah.

**************

"Allahumma laka shumna."Amin mengetuai doa buka puasa. Setelah
selesai, masing masing mencapai kurma dan minum air suam diikuti air
cincau.

"Weh, jangan makan bubur lambuk tu."larang Kayril pada Pzol yang ingin
mengambil bubur lambuk.

"Apasal nya?"Pzol pandang Kayril yang masih makan Kurma. Orang tengah
lapar-lapar ni, dia tak bagi makan pulak.

"Kalau nak makan, biar aku dulu rasmi. Kau makan la benda lain dulu.
Mee goreng tu ke, ayam golek tu ke.."Kayril cepat-cepat menghabiskan
kurma yang terakhir.

"Apa rasmi rasmi ni? Aku tengah lapar ni, dia sibuk nak buat upacara
perasmian pulak."Pzol mencapai senduk.

"Pzol. Kau tak tahu ke? Bubur lambuk ni jiran kita yang bagi. Tu yang
selak sangat tu."Faris menyiku lengan Pzol.

"Ooo..patutlah. Tapi aku tak kira. Jiran kita bagi ke.. siapa bagi
ke.. aku peduli ape. Perut aku mintak diisi."Pzol menenggelamkan
senduk ke dalam bubur lambuk.

"Tak boleh. Aku punya ni."Kayril mengambil bekas bubur lambuk itu
sebelum berlari ke ruang tamu.

"Kau tengok adik kau, Amin. Macam budak-budak."ujar Faris sambil
tergelak kecil melihat gelagat Kayril. Sayang sangat kat bubur lambuk
tu.

"Aku pulak yang kena. Dah nak buat macam mana. Dari azali lagi memang
perangai dia camtu."Amin menyuap cebisan isi ayam golek ke dalam
mulut.

***********

"Korang tak pergi terawih ke?"Kayril membetul-betulkan songkoknya di
atas kepala.

"Relax la bro. Baru pukul.. 7.50 kot. Asal nak pergi awal-awal?"Faris
pandang Kayril dengan muka hairan.

"Makanan aku pun tak sempat hadam lagi."Pzol menyambung.

"Tulah. Makan banyak sangat. Takkan kau tak tahu, mana baik makan
banyak-banyak time buka puasa ni. Akibatnya, camnilah. Malas nak
terawih."Kayril membebel-bebel.

"Ekeleh. Sedapnya kau nasihat kat aku. Kau tu pun dua kali lima jugak.
Dahla bubur lambuk tu makan sorang-sorang. Dasar kedekut!"ujar Pzol.

"Bubur lambuk tu sikit sangat la."Kayril mencari alasan.

"Sikit lah sangat. Satu bekas penuh tu. Apa yang sikit nya? Kau memang
tak kenang budi. Dahla aku tolong buat agar-agar sirap tadi."Pzol
terus mengungkit.

"Tolong apa nya? Kau tolong tumpahkan sirap banyak-banyak ada lah.
Habis aku kena perli dengan bakal pak mertua aku tadi."

"Hah. Baguslah. Biar kau rasa sikit. Dahla selfish."

"Kau ni, memang tak sayang mulut ke? Kalau aku tak dapat kahwin dengan
Najla, semua kau punya pasal."

"Amin. Harap-harap kau tak dapat kahwin."Pzol menadah tangan.

"Woi. Woi dah la tu. Kay. Tadi kata nak pergi surau. Pergilah cepat.
Pzol kau pergi siap cepat. Kitorang dah nak pergi terawih ni. Kau tu
selalu lambat."Amin menenangkan keadaan. Sekejap baik sekejap gaduh
budak dua orang ni.

"Ye. Aku pergi la ni. Pzol. Jangan nak ponteng pulak." Kayril
mengambil Crocs putih di dalam almari kasut sebelum membuka grill.

***********

1 Syawal.

"Jomlah balik, Kay. Dah lama kita duduk sini. Kejap lagi nak balik
kampung pulak. Nanti tertinggal bas."ujar Amin separuh berbisik.

"Kejap lagi la."Kayril juga membalas dalam nada berbisik.

"Kay, balik lah cepat."Amin terus mendesak.

"Sabar. Weh, kau perasan tak? Baju aku dengan Najla sama warna la.
Sama-sama hitam. Sedondon molek."

"Aku tak peduli semua tu. Yang penting kita balik sekarang!"tegas Amin bersuara.

"Kami mintak diri dulu, pakcik. Terima kasih makcik. Sedap laksa
makcik tu."Kayril bangun meminta diri. Kalau ikutkan hati nak je dia
bertapa kat sini. Amin, Pzol dan Faris turut menuruti perbuatannya.

"Ni. Tunggu kejap. Pakcik nak kasi sesuatu ni."Pak Musa menghulurkan
sampul duit raya kepada Kayril.

"Eh, tak payah susah-susah pakcik. Kitorang pun dah kerja belaka. Buat
apa nak duit raya lagi nya?"

"Siapa kata dalam tu ada duit raya?"

"Habis tu apa?"Kayril membuka sampul duit raya itu secepat mungkin.

"Lorong 16, Jalan Kampung Batu Jawa.."Kayril membaca kuat.

"Alamat apa ni pakcik?"Pzol bertanya sambil memandang Pak Musa.

"Kalau nak masuk meminang, tu lah alamatnya."Mak Maimun menjawab bagi
pihak Pak Musa.

"Meminang? Saya? Najla?"ujar Kayril tak percaya. Najla yang sedang
duduk di sebelah Mak Maimun dipandang.

"Tarikh luput alamat tu, sebelum habis bulan Syawal ni. Kalau lambat,
reject."Pak Musa mengugut.

"Confirm saya tak lambat, pakcik. Balik kampung ni, terus saya suruh
mak masuk meminang."Kayril masih bernada gembira. Dia cepat-cepat
memakai kasut dan keluar dari rumah.

"Weh, korang!! Cepatlah! Nanti lambat balik kampung karang."laung
Kayril yang sudah menunggu di pintu pagar. Tangannya laju mengeluarkan
handphone dan mendail satu nombor; RUMAH.

"Mak! Kay nak kahwin ni."

-TAMAT-