"Tak sabar aku nak masuk belajar. Dah lama aku tunggu saat-saat macam
ni. Dapat pulak tempat yang sama dengan kau. Lagi aku suka." Gembira
sekali Adam kerana dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah
setelah berjaya mendapatkan keputusan yang baik dalam STPM yang lalu.
Begitu juga dengan teman baiknya Zulaikha. Mereka sudah bersahabat
semenjak dari kecil lagi. Memandangkan mereka tinggal di taman
perumahan yang sama lebih mengeratkan hubungan persahabatan itu.
Keluarga kedua belah pihak juga umpama sebuah keluarga yang besar dan
bahagia. Rumah Zulaikha seperti rumah Adam, begitu juga sebaliknya.
"Tu la. Aku pun tak sangka dapat study satu tempat dengan kau. Aku
baru ingat nak lari dari kau, tengok-tengok tak ada peluang lagi. Kau
punya pasal la ni. Semua nak ikut aku." Mereka memang tidak bercadang
untuk belajar di tempat yang sama. Tetapi sudah rezeki mahu buat macam
mana. Keluarga mereka juga teramat bergembira. Pernah sekali itu Encik
Zainal bapa Zulaikha mengatakan bahawa Zulaikha dan Adam memang tidak
dapat dipisahkan lagi.
"Eh, mana ada aku ikut kau. Dah rezeki Zulaikha oi.aku pun kalau
ikutkan hati tak hingin belajar sama-sama dengan kau." Adam sedikit
terasa dengan kata-kata Zulaikha. Dia sendiri sayangkan persahabatan
mereka. Apa salahnya mereka belajar di tempat yang sama.
"Olo.Adamku sayang. Aku gurau jela. Aku ni sebenarnya suka sangat
dapat study sama-sama dengan kau. Sekurang-kurangnya aku dah ada kawan
kalau sampai dekat sana nanti. Walaupun kita berlainan kursus, tapi
masih di kampus yang samakan. Kau boleh jadi hero aku kalau aku dalam
kesusahan." Zulaikha memang suka mengusik Adam sejak kecil lagi.
Tambahan pula Adam seorang yang agak pendiam, lagi mudah untuknya
mengenakan Adam.
"Tau pun kau. Ni asyik nak buli aku je. Eh, kau dah kemas semua barang
ke? Ibu dengan abah tak habis-habis membebel dengan aku. Takut itu
tertinggal la, ini tak bawak la. Aku yang nak pergi belajar diorang
pulak yang gelabah. Hehe." Mahu tergelak Adam apabila mengingati
perangai ibu dan abahnya. Terlebih-lebih bimbangnya.
"Ala, diorang risaukan kau. Barang-barang aku hampir complete la. Ada
sikit-sikit je lagi yang tak ada. Eh, kenapa kau tak masuk belajar
dari tahun lepas lagi. Bukan ke kau ni tua setahun dari aku?" Adam
merupakan seniornya semasa di sekolah menengah dahulu. Setahunya
keputusan STPM Adam cukup baik. Tetapi pelik kenapa dia sanggup
menangguhkan pelajarannya.
"Saja la aku nak tunggu kau sekali. Kau kan adik aku." Dipegang kepala
Zulaikha seperti membelai seorang adik kandung.
"Apa sentuh-sentuh ni? Aku bagi tahu umi aku nanti baru padan muka."
Zulaikha sudah masak sangat dengan perangai Adam yang suka terlebih
mesra dengannya. Sudah banyak kali dilarang tetapi Adam tetap juga
berdegil. Zulaikha seorang yang mementingkan batas pergaulan. Tidak
akan disentuh lelaki yang bukan muhrim dengannya. Bukan kerana dipaksa
oleh umi dan abi, tetapi pendiriannya sendiri. Rambutnya juga tidak
pernah ditunjukkan pada mana-mana lelaki yang tidak sepatutnya melihat
ciptaan Tuhan itu.
"Ala, itu pun nak ngadu. Manja sangat kau ni." Adam memang begitu.
Sehari tidak buat Zulaikha marah memang tidak sah.
"Adam, Zulaikha mari masuk. Umi ada buatkan kuih untuk minum petang.
Pergi panggil ibu dengan abah Adam sekali." Laung Puan Suri. Ibu
Zulaikha.
"Ibu dengan abah tak ada la umi. Diorang ke pekan. Cari barang dapur.
Tapi ibu dengan abah ada pesan suruh umi sekeluarga datang makan dekat
rumah malam ni." Balas Adam. Begitulah dua buah keluarga itu seharian.
Akrab sekali.
Sempena anak-anak mereka ingin melanjutkan pelajaran dan akan bertolak
pada esok hari, Encik Aslam dan Puan Rohani sengaja mahu makan
beramai-ramai. Selepas ini entah bila pula dapat berkumpul
beramai-ramai seperti ini. Memandangkan Adam dan Zulaikha akan pergi
melanjutkan pelajaran ke Uitm Shah Alam, berkuranganlah ahli rumah
mereka nanti.
Umi dan abi Zulaikha mungkin tidak akan berasa kesunyian sangat
memandangkan empat orang lagi adik Zulaikha masih tinggal di rumah.
Zulaikha merupakan anak sulong dalam keluarga itu. Berlainan pula
dengan ibu dan abah Adam. Kerana Adam merupakan anak bongsu.
Abang-abangnya semua sudah berkeluarga. Tinggal Adam sahaja di rumah
selama ini. Kini, rumah mereka akan bertambah sunyi.
"InsyaAllah. Malam nanti kami datang. Zulaikha, ajak la Adam tu masuk.
Dari tadi dibiarnya si Adam tu melangut di luar." Zulaikha kadang kala
sengaja berbuat begitu. Bukan tidak biasa tetapi Adam sengaja
mengada-ngada mahu dipelawa terlebih dahulu.
"Ala umi, dia bukan tak biasa datang ke rumah kita ni. Saja
mengada-ngada nak dijemput-jemput." Zulaikha menjelirkan lidahnya pada
Adam. Padan muka kau!
"Umi tengok Zulaikha ni. Jelir-jelir lidah kat Adam. Kerat lidah tu
baru tahu." Geram Zulaikha. Nama sahaja perempuan, tapi nakalnya
teramat sangat.
"Eleh, macam perempuan nak ngadu-ngadu. Dah la ngadu dekat umi kita
lak tu. Tak malu." Zulaikha sudah turun dari buaian yang diduduki
mereka sebentar tadi.
"Sudah la tu Zulaikha. Tak habis-habis nak kenakan Adam tu. Jom Adam
kita masuk. Jangan kawan dengan Zulaikha ni." Umi sudah menyebelahi
Adam. Apa lagi, bertambah geram la Zulaikha.
"Padan muka kau! Hahaha.jom umi kita masuk. Tinggal dia sorang-sorang
kat luar ni." Puas hati Adam. Mahu mengenakan dirinya sangat,
Sudah-sudahnya umi menyebelahi Adam.
"Umi." panggil Zulaikha. Tetapi uminya buat tidak tahu sahaja.
***
Pada keesokan harinya, kedua buah keluarga itu berangkat ke Shah Alam
untuk menghantar Zulaikha dan juga Adam. Sepanjang perjalanan Zulaikha
hanya bermuram. Selama ini dia tidak pernah tinggal berasingan dengan
keluarga dalam jangka masa yang panjang. Tetapi kerana keinginan hati
untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading terpaksalah dia berkorban
perasaannya.
Mereka sampai ke destinasi yang di tuju hampir-hampir pukul 10.30
pagi. Tanpa berlengah, mereka menyelesaikan urusan yang wajib dahulu.
Memandangkan mereka berlainan kursus, terpaksalah mereka berpisah buat
sementara waktu. Lagi pun Zulaikha mahu cepat mendapat bilik. Tidak
perlu berlama-lama di kawasan pendaftaran. Kasihan dengan umi dan
abinya bersesak di tempat yang begitu ramai manusia ini. Begitu juga
dengan ibu dan abah Adam.
Setelah segalanya selesai, mereka semua mengambil kesempatan makan
beramai-ramai di café universiti itu sementara masa untuk memulakan
sesi orentasi masih berbaki. "Zulaikha, bilik kau ok tak?" soal Adam.
Sebelum beredar dari biliknya tadi, dia sempat bersuai kenal dengan
ahli biliknya yang lain. Cuma seorang lagi sahaja belum tiba.
"Ok la buat masa ni. Bilik aku bertiga je. Tapi yang dua orang lagi
tadi tak nampak pun kat bilik. Keluar jugak kot." Jawab Zulaikha. Dia
masih belum berkesempatan ingin berjumpa dengan kawan-kawan biliknya
yang dua orang lagi. Tidak mengapa, masa itu masih panjang. Yang
penting dia ingin meluangkan masa dengan ahli keluarganya yang akan
berangkat pulang sedikit masa lagi. Bila lagi mahu bermanja dengan umi
dan abi.
"Adam, nanti tolong tengok-tengokkan Zulaikha ni ya? Kalau ada apa-apa
hal jangan lupa bagi tahu. Bukan jauh sangat pun Ipoh ke mari. Kalau
kami ada masa kami akan jenguk kamu berdua di sini." Pesan Encik
Zainal kepada Adam. Bimbang juga dengan keselamatan Zulaikha. Tambahan
pula Zulaikha tidak pernah berenggang dengan mereka lama-lama.
"Baik abi. Adam akan jaga Zulaikha. Nanti kalau ada yang nak ngorat
Zulaikha Adam kasi tahu dengan abi ek?" sengaja Adam mengusik Zulaikha
yang kelihatan muram dari tadi. Bukan dia tidak faham, Zulaikha sedang
kesedihan la tu.
"Eh, ke situ pulak kau ni. Nanti kalau kau cuba nak menggatal dengan
minah-minah kat sini, cepat-cepat aku bagi tahu dekat umi dan abah.
Baru padan muka kau." Zulaikha pula membalas.
"Sudah-sudah. Tak habis-habis nak bergaduh. Cepat makan. Nanti kamu
terlambat pulak." Celah Encik Aslam. Adam dan Zulaikha kalau sudah
dapat berlawan mulut sampai esok pun belum tentu habis. Faham benar
dia dengan sikap dua orang anak muda itu.
Seperti yang dijangka, Zulaikha pasti menitiskan air mata ketika umi
dan abinya ingin pulang. Begitu juga dengan Puan Rohani yang turut
mengalirkan air mata. Dipeluk bahu Adam.
"Sudah la bu.Adam ok la. Zulaikha ni yang manja sangat." Dijelingnya
Zulaikha yang sedang menangis memeluk uminya. Mahu tergelak dibuatnya.
Dia tidak mahu menangis walaupun turut bersedih. Hilanglah machonya
nanti.
***
Bagai mahu tercabut urat sendi Zulaikha setelah seminggu menjalani
sesi orentasi. Bayangkan mereka langsung tiada peluang untuk tidur
lena selama seminggu. Jadual mereka teramat padat dengan pelbagai
aktiviti. Kini segala seksaan itu sudah berlalu.
"Zulaikha, kau dah makan? Kalau belum makan nanti aku belikan untuk
kau." Soal Fatimah rakan sebiliknya. Fatimah berasal dari Muar,Johor.
Gadis itu seorang yang baik hati. Baru seminggu mereka tinggal bersama
tetapi keserasian antara mereka sangat terserlah. Begitu juga dengan
seorang lagi rakan mereka yang berasal dari Kuala Lumpur. Suhana
namanya. Ke mana sahaja mereka pergi pasti bertiga. Cuma Suhana
berlainan kursus dengan mereka berdua. Jadi, masa untuk bersama agak
terhad.
"Belum, tak apa la. Aku dah janji nak pergi makan dengan Adam. So,
thanks ek." Zulaikha menjawab dengan senyuman. Fatimah dan Suhana
sudah faham benar tentang hubungan Zulaikha dan Adam. Pada mulanya
mereka berdua menganggap bahawa Zulaikha dan Adam adalah pasangan
kekasih. Tetapi apabila dijelaskan dengan panjang lebar, barulah
mereka faham akan keadaan sebenar.
"Tak boleh berenggang langsung dengan kembar dia tu." Fatimah memerli
Zulaikha. Sekadar bergurau.
"Dia tu yang tak boleh berenggang dengan aku. Mengada-ngada je. Tapi,
bagus jugak dapat makan dengan dia, tak payah aku keluar duit.
Hehehe." Itu sudah menjadi kemestian apabila mereka berdua keluar
makan. Adam tidak memberi peluang kepada Zulaikha untuk mengeluarkan
belanja sendiri. Umpama sudah menjadi tanggungjawab dia sendiri.
***
"Zulaikha, asal nampak letih sangat ni? Relaks la. Orentasi dah habis
la. Lepas ni kita sama je dengan students lain. Senyum sikit." Adam
menegur apabila melihat wajah Zulaikha yang muram sahaja.
"Aku rindu umi, abi dan adik-adik aku dekat rumah la. Baru seminggu
dah macam ni. Macam mana la kalau sebulan." Tidak dapat diluahkan
kerinduan Zulaikha pada keluarganya ketika ini. Mahu sahaja dia
terbang ke Ipoh sekarang juga. Mahu mencium wajah umi tersayang.
"Ala, kau ni. Mengada-ngada je. Aku kan ada. Hehehe." Adam cuba
membuatkan Zulaikha tersenyum. Rimas dia melihat Zulaikha muram
seperti itu.
"Dah la. Tukar topic. Kalau tak kang kau bakal tengok aku menangis.
Kawan-kawan kau ok? Dah boleh serasi ke?" soal Zulaikha berkaitan
kawan-kawan sebilik dan sekampus Adam.
"So far so good. Semua baik-baik. Cuma seorang dalam bilik aku tu
pelik sikit." Jelas Adam tanpa berselindung.
"Pelik? Pelik macam mana maksud kau?"
"Dia tu auu-auu." balas Adam ringkas.
"Ooo.normal la tu. Tempat yang besar macam ni mustahil tak ada yang
macam tu. Kau tu jangan terikut-ikut pulak." Nasihat Zulaikha.
Sekarang ini apa sahaja boleh terjadi kalau tidak pandai membawa diri
di tempat orang. Nauzubillah.
"Ish, merepek la kau ni. Aku ni lelaki sejati tau." Sangat yakin Adam
dengan kenytaannya itu. Dia tidak pernah terfikir akan terjebak dengan
perkara mungkar seperti itu.
"Kau jangan Adam. Nanti benda yang kita benci tu la menjadi kesukaan
suatu hari nanti."
"Kau ni nak sangat ke aku jadi macam tu? Nanti sapa yang nak kahwin
dengan kau kalau aku jadi macam tu?" gurau Adam.
"Aku cuma nasihat je. Dah, kau jangan nak merepek. Baru masuk U
seminggu dah fikir pasal kahwin. Eh, cepat la makan. Aku nak balik ke
bilik. Nak basuh baju apa semua. Banyak barang tak kemas lagi ni."
Selama seminggu berada di sini Zulaikha masih tidak sempat mengemaskan
segala barangannya. Maklumlah, jadual sudah penuh dengan aktiviti
lain.
***
Sedar tidak sedar sudah hampir empat bulan mereka di sini. Peperiksaan
semester pertama semakin hampir. Zulaikha juga sudah jarang berjumpa
dengan Adam. Masing-masing sibuk dengan pelajaran dan tugasan yang
diberikan oleh pensyarah.
"Zulaikha, lama dah aku tengok kau tak jumpa dengan Adam. Gaduh ke
apa?" soal Suhana.
"Mana ada la. Kau pun tahukan kita sekarang ni tengah sibuk nak exam.
Jumpa dia selalu pun bukan dapat apa. Hehehe." sempat lagi Zulaikha
bergurau.
"Tak ada la. Pelik jugak aku. Selalu korang berdua tak boleh
berenggang langsung."
"Sapa cakap kitorang tak boleh berenggang? Lagi pun aku nak bagi
chance kat perempuan-perempuan lain dekat dengan dia. Ni kalau aku
asyik berkepit je dengan dia, semua perempuan takut nak kawan dengan
dia tau." Terang Zulaikha.
***
"Hai, umi tak sangka korang dah nak masuk study balik. Rasa macam baru
semalam je korang balik cuti sem. Sunyi balik la kami semua." Tegur
Puan Suri suatu hari ketika mereka sekeluarga sedang bersantai di
rumah. Hatinya masih belum puas meluangkan masa bersama dengan
Zulaikha. Adam juga masih seperti dahulu. Selalu berkunjung ke rumah
mereka. Bermain dengan adik-adik Zulaikha. Keesokan hari mereka akan
pulang semula ke Shah Alam untuk meneruskan pengajian bagi semester
kedua pula.
"Ala umi, bukannya Zulaikha tak balik dalam masa lima bulan tu.
Sebulan sekalikan Zulaikha dan Adam boleh balik. Nak balik selalu tu
tak boleh la umi. Banyak assignment kadang-kadang tu. Tapi Zulaikha
janji, kalau ada masa je Zulaikha akan balik ya?" Zulaikha cuba
memujuk uminya sambil memeluk bahu si ibu. Dia juga masih rindukan
layanan umi dan abi tersayang.
"Esok, umi dengan abi tak dapat hantar Zulaikha. So, Zulaikha tumpang
Adam ek?" Zulaikha sudah mengetahui bahawa umi dan abinya tidak dapat
menghantar dia pulang ke universiti kerana ada urusan di sekolah
Zakri, adik Zulaikha. Terpaksalah dia menumpang kereta Encik Aslam dan
Puan Rohani. Itu tidak menjadi masalah besar padanya kerana sudah
biasa sangat dengan keluarga itu.
"Baik." Akur Zulaikha.
***
"Tak sangkakan Zulaikha. Kita dah masuk sem dua dah. Cepat je masa
berlalu." Kata Adam ketika mereka dalam perjalanan menuju ke Shah
Alam.
"A`ah. Sekejap je rasanya. Nanti sedar-sedar dah habis study dah kan?
Tak sabar rasanya nak tunggu hari konvokesyen." Zulaikha sudah
berangan ingin mengambil segulung ijazah di atas pentas dengan
menggayakan jubah khas itu sambil disaksikan oleh umi dan abi.
"Kuatnya berangan minah sorang ni." Adam disebelah sudah mula mengusik.
"Biar la. Sibuk je Adam ni kan ibu." Mengadu Zulaikha pada ibu Adam.
Encik Aslam hanya tersenyum mendengar gurauan mereka.
"Entah Adam ni. Itu la namanya kesungguhan. Bukan berangan nak kahwin
je macam Adam tu." Bela Puan Rohani.
"Mana ada Adam berangan nak kahwin bu. Zulaikha ni lain la. Dia dah
ada boyfriend dekat U tau ibu. Lupa nak bagi tahu dekat umi dengan
abi." Sengaja Adam membuat cerita yang tiada.
"Ibu dengar la kelentong si Adam ni. Padahal dia yang dah awek tau
ibu. Abah, nanti Zulaikha tunjukkan yang mana satu. Dah la seksi,
sombong pulak tu." Zulaikha pula mengambil peluang mengenakan Adam.
Padan muka!
"Ha? Betul ke Zulaikha? Kejap lagi Zulaikha tunjuk dekat ibu ek? Ada
ke budak macam tu yang dipilihnya. Tak berkenan ibu." Puan Rohani
sudah mula membebel. Zulaikha menunjukkan gaya bagus pada Adam. Puas
hatinya.
"Ibu, mana ada. Zulaikha ni pandai-pandai je buat cerita." Dia sudah
menyekeh kepala Zulaikha.
"Hey, berapa kali aku nak cakap jangan sentuh aku la." Geram Zulaikha.
Adam suka bertindak mengikut sukanya sahaja.
"Sapa suruh kau fitnah aku macam tu. Padan muka kau." Adam pula tersenyum puas.
Puan Rohani dan Encik Aslam hanya ketawa melihat gelagat mereka yang
pantang dekat. Ada sahaja yang mahu digaduhkan. Sudah faham sangat
dengan telatah mereka. Kalaulah Zulaikha yang menjadi pilihan Adam,
Puan Rohani sangat bersetuju. Tetapi hanya dipendam di dalam hati.
***
Bagi semester kedua juga Zulaikha masih sebilik dengan Suhana dan
Fatimah. Mujurlah pihak universiti tidak meletakkan sebarang syarat
yang ketat untuk penginapan mereka di situ. Mereka berhak memilih
untuk tinggal dengan sesiapa sahaja. Tambahan pula, Zulaikha, Fatimah
dan Suhana mempunyai jawatan di dalam kelab yang disertai
masing-masing.
"Zulaikha, Timah. hujung minggu ni korang ada pergi mana-mana tak? Jom
balik rumah aku. Papa dengan mama aku duk tanya korang berdua je. Dah
lama sangat korang tak datang rumah aku. Mama dah rindu sangat
agaknya." Pelawa Suhana. Semenjak semester pertama lagi Zulaikha dan
Fatimah sudah selalu ke rumah mereka di Damansara. Maklumlah, untuk
pulang ke rumah masing-masing bukannya dekat. Lainlah Suhana, setiap
minggu pasti pulang ke rumah. Ikutkan Suhana, setiap minggu dia mahu
Zulaikha dan Fatimah mengikutnya, tetapi mereka berdua sahaja yang
tidak mahu. Bimbang akan menyusahkan mama dan papa Suhana.
"Kau macam mana Zulaikha? Aku ok je. Aku pun dah rindu sangat nak
makan masakan mama Suhana ni. Terutamanya roti jala yang yang mama
buat. Yumm.yummm.terliur aku." Fatimah sudah membayangkan pelbagai
jenis masakan yang disediakan oleh mama Suhana.
"Minta maaf la Timah. Tapi aku dah janji dengan Adam nak teman dia
pergi beli baju hujung minggu ni. Kalau kau nak pergi jugak pergi la.
Aku tak kisah tinggal sorang." Zulaikha sudah berjanji dengan Adam
untuk menemaninya keluar. Lagi pun masih di awal semester, masa masih
banyak terluang. Sekali-sekala keluar apa salahnya.
"Tak nak la aku pergi sorang-sorang. Kita tangguh minggu hadapan ok
tak? Boleh tak Suhana?" soal Fatimah kepada Suhana pula.
"Aku tak ada hal langsung. Bila-bila pun boleh. Rumah aku sentiasa
terbuka untuk korang berdua." Begitu baik layanan Suhana pada dua
temannya itu.
***
"Jom pergi kedai sana tu Zulaikha. Gila aku tengok baju banyak-banyak
macam ni." Ditariknya tangan Zulaikha.
"Ish, kalau ye pun jangan la pegang-pegang aku. Kalau kau buat lagi
macam ni, aku balik tinggalkan kau sorang-sorang dekat sini. Nyesal
aku ikut kau tau. Shopping mengalahkan perempuan." Bebel Zulaikha. Dia
sudah faham benar dengan perangai Adam yang gila bershopping.
"Ala kau ni. Ikhlas ke tak teman aku ni?" Adam yang seakan merajuk.
"Tak ada la. Aku gurau je. Lagi pun kenapa aku nak menyesalkan. Segala
perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh Tuan Adam Zalif. Hehehe." Adam
siap membelikannya sepasang baju.
"Tau pun. Eh,cuba kau tengok baju ni. Cantik dan cute kan?" Adam
meminta pendapat Zulaikha untuk memilih t-shirt. Rambang matanya mahu
memilih.
"Cute kau kata? Untuk perempuan cute la. Kalau untuk lelaki, geli aku
tengok. Dah la warna pink, siap ada kartun lagi."
"Cute la. Aku suka. Aku nak beli la." Adam tidak peduli dengan
pandangan Zulaikha. Baginya
t-shirt itu sangat cantik.
"Sejak bila kau suka warna-warna macam ni? Dulu bukan main kau kutuk
orang laki yang suka pakai warna pink. Macam pondan la, lembik la, apa
la. Tak payah beli la. Tak padan dengan kau." Zulaikha sedikit pelik
dengan pilihan Adam. Sejak dulu Adam tidak pernah menyukai barangan
yang berwarna pink.
"Entah, dah aku suka nak buat macam mana. Aku nak beli jugak. Nanti
orang lain ambil." Adam berkeras dengan keputusannya. Zulaikha sudah
tidak mampu untuk menahan. Dipandang pelik kelakuan Adam.
***
"Zulaikha, kenapa kau termenung je ni? Ada masalah ke?" Tegur Fatimah
ketika melihat Zulaikha sering termenung sejak pulang dari
berjalan-jalan dengan Adam pada siang hari tadi. Fikirnya Zulaikha
akan berasa gembira dengan suasana itu.
"Tak ada la. Aku ok je. Cuma berfikir." Jawab Zulaikha masih dengan
ayat tergantung.
"Kau bergaduh dengan Adam ke?" Fatimah masih mahukan penjelasan dari
Zulaikha. Zulaikha yang dikenalinya tidak suka membuang masa dengan
termenung kecuali ditimpa masalah.
"Tak la. Mana ada gaduh. Cuma aku pelik sikit la dengan perangai Adam sekarang."
"Pelik? Maksud kau dia dah berubah ke? Ke dah ada awek kat sini?"
terus-terusan Fatimah bertanya.
"Itu aku tak tahu la pulak. Korang sendiri tahukan yang Adam selama ni
seorang yang macho, jelas sikap lelakinya.tapi tadi." Zulaikha bimbang
untuk meneruskan kata-kata.
"Kenapa? Kau buat aku suspen la Zulaikha. Cerita jela. Ni antara kita je."
"Kau tau tak, masa keluar dengan Adam tadi aku rasa sikap dia sedikit
berubah. Dia macam ada dua karakter yang berbeza. Yang paling aku
pelik, dia sukakan benda-denda berwarna pink dan ada ciri-ciri
kewanitaan.aku nak jelaskan pun payah la."
"La, takkan sebab tu pun kau pelik. Biasa la kalau lelaki pun minat
pink. Bukan masalah dah zaman sekarang ni." Fatimah cuba meyakinkan
Zulaikha.
"Tapi Timah, Adam yang aku kenal bukan macam ni. Dia dulu cukup benci
dengan warna pink. Bukan sekadar pemilihan warna tapi lenggang-lenggok
dia pun aku perasan dah berubah sikit."
"Maksud kau dia.." Fatimah sendiri dapat rasakan apa yang Zulaikha rasa.
"Yer.itu la yang aku rasakan sekarang. Tambahan pula dia semakin rapat
dengan kawan dia yang dah macam perempuan tu." Semenjak dua ini
Zulaikha perasan ke mana sahaja Adam pergi kalau tidak dengan dia
mesti dengan Effy yang mana nama asalnya adalah Hafiman. Zulaikha
bukan tidak berkenan dengan Effy, tetapi tingkah lakunya kadang kala
agak keterlaluan. Andainya Effy sudah begitu sejak dilahirkan dia
tidak kisah tetapi Effy sendiri yang menginginkan semua itu. Ingin
merubah ciptaan Tuhan dari yang asal. Dia bimbang andai Adam turut
terikut-ikut dengan perangai Effy.
"Tapi dulu bukan ke kau cakap Adam cukup tak suka dengan Effy tu.
Diorang sekarang dah tak tinggal sebilikkan?" Fatimah sendiri pernah
terserempak dengan Effy dan kawan-kawan sejenisnya. Geli melihatnya.
Siapa tidak kenal dengan Effy. Terang-terang melanggar hukum alam.
"Memang diorang dah tak sebilik. Tapi aku tengok makin rapat ada la.
Bukan makin renggang. Aku ni risau Timah. Bukan aku minta dia jadi
macam tu, tapi.kau bayangkan dia nak jugak beli t-shirt pink tadi. Aku
larang dia cakap dia dah minat dan terus beli." Kekeruhan terlukis di
wajah Zulaikha.
"Tak apa la. Kau pantau je dulu perkembangan dia. Kalau memang
nyata-nyata dia ingin ke arah itu, kau tegur la. Mungkin kita je yang
sangka bukan-bukan padahal Adam sengaja mencari kelainan." Fatimah
sendiri tidak mahu berfikir yang tidak-tidak.
"Ermm.aku akan cuba. Suhana mana? Dari balik tadi aku tak nampak."
Zulaikha cuba mengalih topik perbualan. Tidak mahu menambahkan beban.
"Dia kan balik minggu ni. Apa la kau ni. Dah lupa ek?" Fatimah cuba bergurau.
"Ooo.aku terlupa la pulak. Hehehe." Itulah, terlalu fikirkan soal Adam
sampai lupa segalanya.
***
"Zulaikha, lepas kelas kau habis karang jumpa aku sekejap ek?" ajak
Adam ketika dia menelefon Zulaikha pada satu pagi.
"Kenapa kau nak jumpa? Ada hal penting ke?" soal Zulaikha pula. Kali
ini apa pula yang dimahukan oleh Adam. Sudahlah hatinya masih
memikirkan soal diri Adam yang sedikit berubah.
"Ada la. Jangan lupa tau. Aku pergi dekat fakulti kau. Kau tak payah
datang sini. Aku tunggu kau dekat café, pukul 1.00 ya?" beria-ria
benar Adam.
"Ok, aku cuba. Tapi tak boleh lama-lama la. Aku ada kelas pukul 2.00
petang." Zulaikha mengingatkan Adam. Dan dia berharap agar tanggapan
dia terhadap Adam akan lenyap sebentar nanti.
"Ok, aku janji." Adam mematikan talian.
***
"Mana dia ni. Kata pukul 1.00. Sekarang dah dekat 1.15." Zulaikha
sedikit geram dengan Adam. Sekiranya dia tidak mempunyai kelas lagi
selepas ini dia tidak kisah. Tidak perlu dia berkejar-kejar.
Sepuluh minit selepas itu barulah Adam muncul. Terkejut Zulaikha
melihat Adam memakai t-shirt pink yang dibeli tempoh hari.
"Surprise! Cantik tak baju aku?" teruja sekali Adam menunjukkan
t-shirt yang tersarung di tubuhnya.
"Kenapa kau lambat haa? Kau tahukan aku ada kelas lepas ni? Kenapa kau
nak jumpa aku?" Zulaikha tidak mahu menunggu lebih lama. Hatinya
bertambah sakit dengan telatah Adam seperti mengada-ngada.
"Ala, jangan la marah. Aku nak tunjuk baju ni kat kau la. Cantikkan?
Aku dah cakap dekat kau hari tu yang baju ni sesuai dengan aku. Kau je
tak nak percaya." Adam sudah tersenyum simpul.
"Encik Adam, ini aje sebab kau nak sangat jumpa aku? Kau ni kenapa
haa? Kau tau tak yang kau dah buang banyak masa aku. Kalau setakat
baju ni kan ke aku dah tengok hari tu. Dan terus-terang aku cakap baju
ni tak sesuai langsung untuk kau." Zulaikha terus berlalu tanpa
memikirkan perasaan Adam yang masih terkejut dengan tengkingannya.
Sebenarnya bukan kelewatan Adam yang menjadi masalah tetapi penampilan
Adam yang membuatkan tangkai hatinya hampir tercabut. Betulkah
sangkaannya selama ini? Nauzubillah.
Ketika di dalam kelas Zulaikha tidak dapat langsung menumpukan
perhatian kepada pensyarah yang tidak henti-henti bercakap. Tetapi
sedikit pun tidak masuk ke dalam otaknya. Ini semua kerana Adam.
***
"Timah, aku rasa jangkaan aku betul la. Adam dah banyak berubah. Aku
tak sanggup nak jumpa dia dah." Zulaikha menitiskan air mata. Dia
tidak sangka Adam akan berubah seperti ini.
"Mana kau tahu ni Zulaikha?" Timah agak terkejut dengan kenyataan
Zulaikha yang baru keluar dari mulutnya sebentar tadi.
"Aku tengok sendiri dengan mata kepala aku ni. Siang tadi dia ada
jumpa aku. Penampilan dia masyaAllah.dah macam perempuan Timah. Aku
tak boleh terima kenyataan terus aku blah. Aku tak nak dengar apa-apa
dari mulut dia. Aku takut dia berterus-terang." Mana dia tidak
terkejut, Adam yang berbaju pink, rambut yang sedikit berwarna perang
dan.arghh..Zulaikha tidak sempat melihat semuanya.
"Mungkin itu style baru dia kot. Apa kata esok kau jumpa dia korang
bincang baik-baik. Mungkin kau risaukan sangat pasal dia kot. Terus
kau anggap macam tu." Timah tidak mahu Zulaikha menuduh Adam seperti
itu. Kerana tuduhan sebegitu bukan satu tuduhan yang ringan. Ia
melibatkan maruah dan agama.
"Entah la Timah. Aku dah takut sangat nak jumpa dia."
"Patut la dia call kau tak jawab-jawab. Tak apa la. Kau pergilah
tidur. Mungkin lepas bangun esok fikiran kau akan tenang sikit. Dan
lepas tu kau boleh pergi jumpa dia. Tuduhan kau tu berat Zulaikha."
Nasihat Timah.
***
"Adam, aku nak jumpa kau petang ni boleh? Kau tak ada kelas petang
hari ni kan?" Zulaikha mengambil keputusan ingin bertemu dengan Adam.
Betul kata Timah, tuduhan aku ini amat berat. Mungkin aku tersalah
tafsir tentang Adam.
"Ok, aku pun dah lama tak jumpa kau. Tempat biasa ek?" Mujur Adam
bersetuju dengan pelawaan itu. Buatnya Adam makan hati dengan
tengkingannya tempoh hari, dia juga yang susah.
***
Seperti yang dijanjikan mereka berjumpa di tempat yang telah
ditetapkan. Kali ini Adam yang sampai dulu. Mungkin takut jika
Zulaikha mengamuk lagi.
Dari kejauhan Zulaikha sudah ternampak Adam. Sekali lagi hatinya tidak
menjadi tenang. Penampilan Adam masih seperti pertemuan mereka
seminggu yang lepas. Tidak mengapa, selagi Adam tidak bercakap
berkaitan hal itu, Zulaikha tidak mahu bersangka buruk.
"Assalamualaikum. Cepat kau sampai hari ni?" Tegur Zulaikha. Ketika
memandang wajah Adam, Zulaikha mengucap di dalam hati. Adam sudah
mencukur bulu kening seperti seorang wanita.
"Waalaikumsalam. Yela, takut kena marah macam hari tu lagi. Hehehe."
Adam memerli Zulaikha. "Kau sihat ke Zulaikha?" Soal Adam lagi.
"Alhamdulillah. Macam ni. Ok je. Kau?" Zulaikha pula menyoal Adam
walaupun dia tahu Adam berada dalam keadaan yang baik.
"Kau rindu aku ek? Dah lama kita tak jumpakan?" sengaja Adam mengusik Zulaikha.
"Mula la nak mengarut tu. Adam.aku ada hal nak tanya kau ni. Aku tak
sanggup nak simpan dalam hati dah. Tapi sebelum tu aku nak minta maaf
kalau apa yang aku nak tanya ni bakal buat kau marah. Aku cuma nak
kepastian je." Tersekat-sekat Zulaikha berkata-kata.
"Apa dia? Tanya jela. Aku akan jawab kalau aku boleh jawab dan
InsyaAllah aku takkan marah. Aku ni kan baik hati." Sempat lagi Adam
bergurau walaupun dia sudah tahu apa yang bakal ditanya oleh Zulaikha.
"Adam, semenjak dua ni aku tengok kau lain sangat Adam. Tak tahu la
pulak kalau aku je yang perasan semua ni. Tapi Timah kawan sebilik aku
pun perasaan. Kenapa kau berpenampilan macam ni Adam? Kau dah tukar
style ek? Tapi lain sangat aku tengok." Zulaikha mahu berterus-terang.
Dia tidak mahu memeningkan kepala memikirkan soal Adam yang tak
sudah-sudah.
"Zulaikha, aku tahu apa maksud kau. Aku fikir kau tak perasan selama
ni tentang perubahan aku. Sebenarnya." Adam tidak jadi meneruskan
kata-katanya. Dia tidak tahu bagaimana harus berterus-terang. Dia
bimbang akan kehilangan Zulaikha.
"Apa dia Adam? Cakap la. Aku sudi dengar. Kau dah suka warna pink ek?"
Zulaikha cuba menenangkan hatinya yang sudah tidak tentu hala ini.
"Zulaikha, sebelum aku terangkan segalanya aku harap kau tak marah dan
tak benci aku lepas ni. Aku tak tahu sejak bila Zulaikha, tapi aku."
"Cakap la Adam." Zulaikha sudah meninggikan suaranya. Geram dengan
Adam yang teragak-agak untuk meneruskan kata-kata.
"Aku sebenarnya." Belum sempat Adam menghabiskan ayat telefon di dalam
beg galasnya berbunyi. Dia tiada pilihan lain selain menjawab
panggilan itu. Zulaikha ternyata kecewa dengan tindakan Adam.
"Zulaikha, umi kau ni. Kau tak bawak telefon ke?" soal Adam. Fikirnya
siapa, rupanya umi Zulaikha.
Terus Zulaikha menyambut telefon di tangan Adam. "Sorry umi. Zulaikha
tertinggal handphone dalam bilik. A`ah, Zulaikha dengan Adam la. Saja
menyembang. Kitorang berdua tak ada kelas petang ni." Zulaikha
menjawab segala pertanyaan umi walaupun hatinya tetap memikirkan hal
Adam.
Setelah memulangkan handphone kepada Adam semula, Zulaikha bertanyakan
hal yang tertangguh sebentar tadi. Tetapi kali ini Adam memberi alasan
ingin berjumpa dengan kawan di library kerana mereka sudah berjanji
ingin menyelesaikan tugasan berkumpulan yang diberikan oleh pensyarah
mereka.
"Adam, please.lepas Adam cerita semuanya Zulaikha izinkan Adam pergi.
Jangan buat Zulaikha macam ni. Zulaikha risau." Rayu Zulaikha. Dia
mahu Adam berterus-terang dengannya.
"Zulaikha, aku kena pergi. Cuma aku nak cakap apa pun jadi pada aku
lepas ni, kau tetap kawan terbaik aku. Aku takkan lupakan kau sampai
bila-bila." Adam terus beredar tanpa menoleh ke arah Zulaikha lagi.
"Adam.Adam." jerit Zulaikha. Dia pasti bahawa Adam ada merahsiakn
sesuatu darinya. Sesuatu yang amat penting.
***
Sejak dari peristiwa itu Adam tidak lagi menghubungi Zulaikha. Perkara
ini membuatkan Zulaikha bertambah yakin dengan apa yang dirasai selama
ini. Adam juga sudah jarang diketemu. Selalunya, jika tidak berjanji
pun mereka pasti akan bertembung di pusat sumber atau dewan makan.
Kini, bayangan Adam tidak pernah kunjung tiba lagi. Zulaikha nekad,
dia mahu mencungkil apa yang dirahsiakn oleh Adam darinya. Dia akan
cari walau ke lubang cacing sekali pun.
"Maaf, saya mengganggu. Awak ni kawan Adam kan?" soal Zulaikha pada
salah seorang sahabat Adam yang sering dilihat bersama dengan Adam
suatu ketika dahulu. "Saya Zulaikha. Awak?"
"Oo.ya, saya kawan Adam. Saya Hassan. Tapi sekarang saya dah jarang
dengan Adam. Dia pun jarang ada di kampus kalau bukan waktu kelas.
Maklumlah, dah tinggal di luar. Eh, duduk la." Pelawa Hassan apabila
terpandangkan wajah Zulaikha yang tertanya-tanya dengan kata-katanya
sebentar tadi.
"Terima kasih. Maaf la kalau mengganggu awak. Tapi saya terpaksa. Tadi
awak cakap Adam duduk di luar? Maksudnya dia dah tak tinggal di hostel
la?" terkejut Zulaikha dengan kenyataan ini. Patut la kelibat Adam
sudah jarang sangat dilihat.
"Eh, awak tak tahu yang dia dah duduk luar dekat dua minggu dah?" jelas Hassan.
"Dah dekat dua minggu? Dia tak bagi tahu apa-apa pun dekat saya. Saya
pun dah lama tak jumpa dia. Kenapa dia pindah?" soal Zulaikha pula.
Pelik dibuatnya mengapa Adam pindah keluar secara tiba-tiba. Setahu
Zulaikha Adam tiada masalah untuk tinggal di asrama yang telah
disediakan. Tambahan Adam mempunyai jawatan dalam persatuan kampus.
"Ermm.dia kena buang asrama." Ringkas sahaja jawapan Hassan. Tapi
sudah cukup membuatkan jantung Zulaikha bagai mahu berhenti.
"Kena buang? MasyaAllah. Kenapa boleh jadi sampai macam ni Hassan? Dia
ada buat masalah apa ni sampai kena buang hostel?" Setahu Zulaikha,
jika seorang pelajar itu melakukan kesalahan yang amat besar sahaja
yang akan membuatkan mereka boleh dibuang asrama.
"Alang-alang Zulaikha dah tahu sikit biarlah saya ceritakan semuanya.
Lagi pun saya tahu awak berdua memang rapat. Awak sendiri tahukan yang
Adam dah berubah sekarang ni. Kami kawan-kawan rapat dia dulu dah tak
larat nak tegur. Tapi nampak gayanya dia memang suka dengan cara macam
ni. Kami tak syak lain selain Effy. Effy la yang banyak pengaruh dia
supaya berubah sampai macam ni sekali. Mungkin awak dah lama tak jumpa
dia kan? Kalau awak tengok penampilan dia sekarang saya pasti yang
awak takkan perasan itu Adam. Dia dah berubah sangat. Kami mengucap
panjang bila tahu dia pilih jalan yang macam ni. Mula-mula dulu dia
agak malu nak tunjukkan penampilan 'wanita' dia tu, tapi sekarang dah
tak ada malu langsung. Dengan Effy tu dah macam belangkas. Kami tak
tahu dah nak cakap macam mana. Mudah sangat dia terpengaruh." Jelas
Hassan panjang lebar.
"Ya Allah Hassan. Kenapa boleh jadi sampai macam ni? Sejak bila dia
berubah Hassan? Awak kena ceritakan semuanya pada saya." Zulaikha
tidak dapat menahan air matanya dari keluar. Betullah sangkaannya
selama ini. Adam sudah bertukar selera.
"Kami nampak perubahan dia sejak masuk sem dua ni la. Sikit-sikit dia
berubah. Effy pulak pandai memujuk, lagi la mudah si Adam tu terbabas.
Pelajaran dia pun kami nampak terabai sikit dah. Kadang-kadang ponteng
kelas tanpa sebab. Masuk kelas lambat tu dah biasa bagi dia. Berkepit
je dengan Effy and the geng. Mengalahkan perempuan dah gayanya. Cukur
bulu kening, pakai baju ala-ala wanita, lenggang-lenggoknya semua ala
keperempuanan la senang cerita. Jauh dah Adam tu." Dalam maksud
kata-kata Hassan itu. Hati Zulaikha pula kian sebak.
"Saya sendiri mula perasan perubahan dia. Tapi dia tak pernah mengaku
apa-apa dengan saya. Sebelum ni dia cukup tak suka dengan Effy tu,
tapi entah la.lain pulak jadinya. Saya call dia pun dia tak nak
angkat. Mesej langsung tak berbalas. Hancur perasaan parent dia kalau
mereka tahu." Teringat Zulaikha akan wajah Encik Aslam dan Puan
Rohani. Bagaimana perasaan mereka kalau perkara ini sampai ke
pengetahuan mereka. "Tapi Hassan, kenapa sampai di buang asrama?
Setahu saya ramai lagi yang berpewatakan macam mereka ni."
"Memang la. Tapi mereka langgar peraturan hostel. Balik lewat. Selalu
je kantoi dengan guard, balik pun kadang-kadang dalam keadaan mabuk.
Suka buat bising dengan group-group diorang. Mana tak kena buang.
Banyak sangat laporan yang warden dapat pasal diorang ni. Tu sebab
kena buang." Hassan malas mahu berahsia lagi. lagi pun budak fakulti
mereka semua sudah tahu dengan insiden itu. Cuma budak fakulti lain
sahaja masih ramai yang tidak tahu akan hal ini.
"Ermm.saya tak sangka teruk sampai macam ni. Tak sampai sebulan saya
tak jumpa dia, tapi dah jadi macam-macam. Kalau setakat nakal-nakal
biasa saya tak kisah Hassan, tapi bila dah tukar perwatakan, ubah
ciptaan Tuhan dah melampau namanya." Kesal Zulaikha. Bagaimana dia
harus ketemu sama Adam. Ikutkan hati mahu sahaja dia menelefon
keluarga Adam di Ipoh. Biar mereka datang ke mari dah heret Adam
pulang. Tapi ini bukan jalan penyelesaian yang bijak. Dia harus
fikirkan perasaan orang lain dan pelajaran Adam. Semester kedua baru
bermula. Masih lama mereka di sini. Dia tidak mahu Adam terkandas
sebelum penghujungnya. Dia mahu datang bersama Adam, dan pulang juga
bersama Adam serta segulung ijazah di tangan masing-masing.
"Awak cuba la tegur-tegur dia tu Zulaikha. Awakkan rapat dengan dia
dari kecil lagi. Mungkin nasihat awak dia akan dengar. Kami ni dia
baru kenal. So, tak makan saman la dia. Nanti dikatakan menyibuk
pulak." Bukan Hassan tidak pernah menasihati Adam tetapi tidak
diendahkan. Kata Adam, ini soal hidupnya. Orang lain tidak perlu masuk
campur. Jadi, mereka tiada pilihan selain melihat sahaja perubahan
Adam yang sangat melampau.
"Entah la Hassan. Dulu rapat la, tapi sekarang awak sendiri tahukan.
Saya tak tahu apa tujuan dia jauhkan diri dari saya. Mungkin takut
saya marah, benci atau hina dia. Tapi saya akan cuba. Saya takkan
biarkan dia terus hanyut." Itu janji Zulaikha. Dia akan cuba bantu
Adam pulang ke 'tempat asal'.
"Thanks Hassan, saya terhutang budi sangat dengan awak." Ucap
Zulaikha. Tanpa bantuan Hassan mungkin sampai bila-bila pun dia tidak
akan tahu sikap Adam yang sudah jauh hanyut itu.
"Sama-sama." Lalu mereka membawa haluan masing-masing. Sedangkan
Zulaikha sarat dengan masalah yang dicipta Adam.
***
"Zulaikha, betul ke apa yang aku dengar tentang Adam?" soal Suhana
pada suatu hari. Mesti cerita ini disampaikan oleh Timah. Tetapi dia
tidak kisah jika Suhana juga mengetahui akan hal ini. Antara mereka
tiada rahsia. Cuma Suhana kadang-kala lambat sedikit tahu akan sesuatu
perkara kerana dia sering pulang ke rumahnya.
"A'ah. Bengong dah otak aku ni fikirkan masalah Adam ni. Aku pun tak
sangka boleh jadi sampai macam ni. Aku cuba cari dia sampai hari ni.
Tapi tak jumpa-jumpa. Sampai aku sendiri tak tahu nak jawab apa dekat
parent dia bila diorang call aku tanyakan hal Adam. Family dia call
pun dia tak nak jawab, inikan aku. Lagi la dia tak layan." Keluh
Zulaikha. Sudah jenuh dia berusaha untuk berjumpa dengan Adam, tetapi
usahanya tidak pernah berjaya. Disebabkan jadual kelas mereka selalu
padat menyukarkan Zulaikha untuk terus mencari Adam. Adam pula habis
sahaja waktu kelas terus keluar dari kampus.
"Aku pun tak sangka. First time aku jumpa dia dulu, punya la macho,
bergaya, badan macam model. Tapi sekarang ni, macam tu pulak dia
pilih. Apa lagi yang kurang aku pun tak faham. Adam.Adam." Suhana
sendiri masih ingat saat pertama kali Zulaikha memperkenalkan Adam
kepada dia dan Fatimah. Tidak jemu mata mereka memandang wajah Adam.
Tetapi tidak lebih sebagai seorang teman. Suhana sendiri sudah
mempunyai pilihan hati. Manakala Fatimah pula sudah menjadi tunangan
orang. Pilihan keluarga katanya.
"Entah la Suhana. Kau doa-doa la supaya aku dapat lembutkan hati dia
daripada terus biar dia lebih jauh menyimpang dari asal." Itulah
impian Zulaikha. Dia akan usaha supaya Adam kembali kepada diri
'asal'nya.
***
Zulaikha nekad hari ini. Dia akan menunggu Adam di hadapan pintu pagar
utama. Mujurlah hari ini semua kelas paginya dibatalkan oleh
pensyarah. Dia tidak akan mensia-siakan peluang yang ada. Dia mahu
bersua muka dengan Adam yang sudah lama menghilangkan diri. Dia mahu
melihat sendiri Adam yang 'baru'.
Hampir sejam dia menanti Adam, akhirnya insan yang dinanti-nantikan
muncul jua. Pada mulanya Adam tidak perasan akan kelibat Zulaikha di
situ. Tetapi apabila terpandang sahaja Zulaikha di hadapannya, Adam
bertindak melarikan diri.
"Adam.Adam.tunggu dulu. Aku ada benda penting nak cakap dengan kau."
Zulaikha pantas mengejar Adam. Dia tidak akan lepaskan Adam kali ini.
Zulaikha berjaya memintas Adam.
"Tunggu la dulu Adam. Kenapa dengan kau ni? MasyaAllah.Adam." Hilang
kata-kata apabila melihat Adam yang 'baru'.
"Aku ada hal ni. Aku pergi dulu." Adam tidak sanggup berdepan dengan
Zulaikha ketika ini. Dia belum bersedia.
"Adam.kenapa jadi macam ni? Kalau kau ada masalah cerita la dengan
aku. Kitakan dah macam adik-beradik. Kenapa kau berubah sampai macam
ni Adam? Berdosa besar tau." Zulaikha terus-terusan menasihati Adam.
"Aku tak ada masa la nak dengar semua ni." Jelas Adam. Dia tahu,
dirinya bakal dicemuh dengan perubahan yang dibuatnya.
"Adam, aku bukan nak hina kau. Aku cuma nak tahu kenapa kau jadi macam
ni. Dekat mana silapnya? Cuba cerita dengan aku Adam." Zulaikha sudah
menitiskan air matanya. Tidak sanggup melihat Adam dalam sisi
'perempuan'nya.
Adam menarik lengan Zulaikha supaya apa yang bakal mereka bincangkan
tidak didengari oleh yang lain. Tambahan melihat Zulaikha yang sudah
menitiskan air mata. Lebih teruk pandangan orang nanti. Zulaikha juga
tidak mampu menahan tindakan Adam itu.
Lalu mereka beredar ke suatu sudut yang jauh dari pandangan orang
lain. "Ini la aku yang baru Zulaikha." Adam menunjukkan dirinya yang
kini. Dengan rambut yang separas bahu, berwarna keperangan lagi. Bulu
kening dicukur, lips ice di bibir, pakaian serba pink. Mudah kata,
sama seperti wanita. Cuma bentuk tubuhnya sahaja masih ada ciri-ciri
kelakian. Zulaikha mengucap panjang.
"Aku tahu kau akan hina dan maki aku. Tapi aku buat semua ni kerana
aku sendiri. Bukan kerana orang lain." Jelas Adam lagi.
"Kau tipu! Kau tipu Adam. Ini semua sebab kau kawan dengan Effy tu
kan? Aku tak sangka kau jadi teruk sampai macam ni. Kau tahu tak apa
yang kau buat ni bakal merosakkan hidup kau. Kalau ibu dan abah tahu
apa perasaan diorang. Kau pernah fikir tak? Kau letak dekat mana otak
kau tu Adam?" Zulaikha bertambah geram dengan sikap Adam yang seperti
tidak memikirkan hal ibu bapanya.
"Kalau kau tak gatal mulut cerita, diorang takkan tahu. Lagi satu kau
tak payah nak ajar-ajar aku pasal tu. Aku tahu la apa yang aku buat."
Adam sudah menaikkan suaranya. Dia seperti tidak dapat menerima
kata-kata Zulaikha seakan-akan mahu mengatur hidupnya.
"Sampai hati kau Adam. Dulu kau tak pernah marah-marah macam ni. Aku
cuma nasihatkan kau je. Aku sayangkan kau Adam. Kita membesar
sama-sama. Kau tak ingat semua tu?" Zulaikha juga turut menaikkan nada
suaranya. Adam yang kini nyata-nyata sudah berubah. Bukan sahaja dari
segi rupa, malah sikap dan tindakannya juga berubah.
"Macam aku cakap tadi. Ini diri aku yang sekarang. Kalau kau tak nak
kawan dengan aku dah, terpulang. Tapi lepas ni jangan sibuk-sibuk hal
aku lagi." Ugut Adam.
"Jadi sekarang kau dah tak nak jumpa ibu dan abah la. Diorang
hari-hari call aku tanyakan hal kau. Kalau kau sendiri dah nak buang
aku dari hidup kau, takkan mak ayah kau pun kau nak buat macam tu
jugak? Kau betul-betul dah gila Adam." Geram Zulaikha.
"Itu pandai-pandai la aku aturkan. Tak ada kena-mengena dengan kau.
Dan satu lagi jangan nak mengada-ngada mengadu dengan mak ayah aku
pasal ni."
"Kau betul-betul dah berubah Adam. Aku tak pernah duga kau akan jadi
macam ni. Semua ni angkara kawan-kawan bapuk kau tu." Tengking
Zulaikha.
Tanpa disedari, pipi Zulaikha ditampar oleh Adam. "Kau jangan berani
nak kata kawan-kawan aku. Kalau kau nak buat baik, nak jadi perempuan
solehah, pergi berambus dengan kau. Aku sikit pun tak halang. Aku puas
dengan hidup aku sekarang." Walaupun marah, lenggang-lenggoknya sudah
tidak seperti lelaki sejati. 'Adam.kenapa kau jadi macam ni. Aku tak
dapat terima.' Rintih Zulaikha sendirian.
"Aku takkan balik selagi belum cuti sem. Aku ada kehidupan aku dekat
sini. Lepas ni kau jangan nak bergantung dengan aku dah. Yela, aku ni
kan dah bukan lelaki macho yang macam korang cakap dulu. So, kau cari
la boyfriend sorang ke untuk jadikan tempat berlindung kau. Tak kuasa
aku nak masuk campur hal kau dah. Apa yang aku dapat? Maki hamun kau
je." Tengking Adam lagi.
"Tapi kau masih ada peluang nak berubah Adam. Aku akan bantu kau Adam.
Aku janji." Zulaikha tetap tidak mahu menerima diri Adam yang baru.
Dia mahu Ada yang dahulu.
"Aku dah cakap dengan kau, aku yang nak semua ni terjadi. Kalau aku
nak berubah pun, aku tak perlukan pertolongan kau. Tapi aku cukup
selesa dengan semua ni. Tak terfikir pun nak berubah." Betapa egonya
Adam.
"Astaghfirullah.Adam, bawa mengucap. Kita ni orang islam Adam. Ini
semua nyata-nyata melanggar hukum Allah Adam." Ingat Zulaikha.
"Eh, kau tak payah nak ajar aku bab-bab agama ni. Nak bagi ceramah,
pergi dekat surau tu. Ramai lagi yang sudi dengar ceramah agama kau tu
Ustazah Zulaikha." Adam seperti mengejek Zulaikha. Lalu terus beredar.
Dari jauh Zulaikha perasan sudah ada yang menunggu Adam di dalam
kereta. Siapa lagi kalau bukan si Effy. Orang yang bertanggungjawab
atas perubahan Adam.
Zulaikha terduduk di atas tanah. Dia sudah kehilangan Adamnya. Adam
yang sudah dianggap seperti abang kandung sendiri. Tempat dia
meluahkan segala isi hatinya suatu ketika dahulu. Gara-gara termakan
dengan pujuk rayu kawan, akhirnya Adam jauh terpesong dari agama. Ya
Allah, kau jauhilah Adam dari segala yang buruk. Kau tunjukkanlah dia
ke jalan yang benar Ya Tuhan. Zulaikha sempat mendoakan kesejahteraan
buat Adam.
***
Kini mereka berada di semester terakhir. Segala-galanya sudah berubah
buat Zulaikha. Masih kuat diingatannya ketika pulang bercuti baru-baru
ini. Melihat keadaan ibu dan abah Adam sudah membuatkan hatinya
bertambah sayu. Selama mana Adam mampu menyembunyikan segalanya dari
orang tua sendiri. Akhirnya segala berkaitan Adam sudah diketahui oleh
seisi keluarga Adam. Bukan datangnya dari mulut Zulaikha, tetapi pihak
universiti sendiri yang memaklumkan hal tersebut kepada keluarga Adam.
Semenjak dari itu, kehidupan Adam sekeluarga tidak seceria dahulu.
Suatu ketika dahulu Adam lah yang menjadi penyeri dalam keluarga Encik
Aslam. Tetapi kini, segala-galanya sudah berubah. Dengan kesihatan
Puan Rohani yang kadang-kala baik, kadang-kadang sebaliknya. Encik
Aslam juga sering menyalahkan dirinya kerana tidak pandai mendidik
anak sehingga Adam terpesong dari agama.
Zulaikha juga sudah jarang benar bertandang ke rumah Adam. Jika dia
benar-benar pasti Adam tiada di rumah barulah Zulaikha akan menjenguk
kedua orang tua Adam. Adam tidak melarikan diri dari keluarga.
Kadang-kala dia akan pulang ke Ipoh seperti selalu, cuma sikapnya
sahaja yang tidak berubah.
Dia tidak peduli dengan umpatan orang sekeliling. Bagi dirinya, apa
yang sudah terjadi adalah takdir buat dirinya. Adik-beradik Adam yang
lain juga sudah kehabisan jalan untuk membentuk Adam kembali.
Zulaikha sering kali mendengar uminya bercerita bahawa Puan Rohani
selalu menangis mengenangkan sikap anak bongsunya itu.
Cuma yang membuatkan Zulaikha sedikit lega adalah Adam tidak
mengabaikan pelajarannya. Walaupun tidak mendapat 'title' sebagai
pelajar terbaik, sekurang-kurangnya Adam tidak mensia-siakan peluang
yang ada.
Hati Zulaikha akan bertambah pilu apabila mengenangkan kedua ibubapa
Adam. Apabila dia teringat akan semua itu, hatinya tiba-tiba mendidih.
Benci pada Adam.
***
Ketika mengulang kaji di dalam bilik secara berseorangan, Fatimah
datang menerpa. Dari mana dia Zulaikha sendiri tidak pasti. "Kenapa
dengan kau ni Timah?" tegur Zulaikha apabila melihat Fatimah
tercungap-cungap.
"Zulaikha.Adam.Adam." tidak dapat Fatimah menghabiskan ayat itu.
"Kenapa dengan Adam? Cuba kau bawak mengucap Timah. Aku pening la
tengok kau macam ni. Cerita pelan-pelan." Nasihat Zulaikha. Dia
sendiri yang menjadi letih melihat Fatimah seperti itu.
"Adam dengan geng-geng dia kena tangkap dekat luar. Disebabkan diorang
semua student sini, pihak polis rujuk mereka di sini." Jelas Fatimah.
"Kena tangkap? Ya Allah, kenapa pulak ni. Kau pasti ke tu Adam?"
Zulaikha segera ingin tahu.
"Yer, aku pasti itu Adam. Effy pun ada sekali. Pas tu dengan geng-geng
bapuk diorang tu la. Kecoh dah dekat ofis pengarah."
"Jom ikut aku!" kali ini darah Zulaikha benar-benar sudah naik ke
muka. Adam sudah melampau.
***
"Kenapa kecoh-kecoh ni?" soal Zulaikha pada seorang pelajar yang tidak
diketahui dari kursus mana. Itu semua tidak penting.
"Entah, yang kitorang dengar-dengar, diorang anjurkan parti liar. Tapi
kejadian tu jadi dekat luar kampus. Diorang yang dibawa ke sini ni,
student sini." Jelas pelajar itu.
Zulaikha dan Fatimah mencelah-celah di tengah orang ramai. Ingin
melihat pelajar-pelajar yang dicekup oleh pihak polis.
Memang benar kata-kata Fatimah. Adam turut serta di situ. Zulaikha
tidak mampu berkata apa-apa. Dari jauh jelas kelihatan wajah Adam
walaupun mengenakan skirt dan baju sendat di tubuh. Ikutkan hati
Zulaikha dia mahu menyerbu ke dalam yang menempatkan para pelajar yang
bersalah. 'Biar urusan di dalam selesai dahulu.' Dan dia yakin bahawa
ibubapa Adam bakal mengetahui hal ini. Bertambah hancurlah hati
mereka. Tergamak kau Adam!
Ketika melihat Adam beredar dari situ, Zulaikha mendapatkannya.
Dipegang lengan Adam. Adam yang terkejut dengan tindakan itu
memalingkan muka ke arah Zulaikha. Tanpa menunggu Adam berbicara,
Zulaikha menampar wajah Adam. Bukan sekali, tapi berkali-kali. Setelah
puas menampar Adam, Zulaikha meraung sekuat hati. Adam juga sudah
terduduk di atas tanah.
"Adam.sanggup kau buat macam ni. Sekarang puas la hati kau haa? Kau
bangga la dapat buat semua ni? Ni, ni..apa yang kau pakai ni?"
Zulaikha menarik-narik t-shirt Adam. "Kau letak akal kau dekat mana
Adam? Kau dah tak tahu dosa dan pahala ke haa? Kau dah gila ke Adam?"
Zulaikha terus-menerus menengking Adam. Tidak dihiraukan banyak mata
memandang. Dia sudah tidak peduli.
"Kenapa kau diam? Dah bisu? Arrgghhhhhh.aku teramat bencikan kau Adam.
Benci kau tau tak? Bagi aku kau la manusia paling kotor sekarang ni."
Ditolak-tolak tubuh Adam yang sedang mengalirkan air mata.
"Kau mari sini!" Dengan sekuat hati Zulaikha menarik tubuh Adam supaya
mengikut pergerakannya. Fatimah yang melihat kejadian itu tidak berani
ingin mencelah. Dia tidak pernah melihat Zulaikha mengamuk seperti
itu. Mungkin Zulaikha sudah tidak mampu bersabar lagi.
Tubuh Adam yang ditarik kasar ditolak jatuh betul-betul di hadapan
kolah surau di situ. "Kau tahu tak kau dekat mana sekarang ni? Kau
ingat lagi tak ni tempat apa wahai Adam?" melihat Adam yang langsung
tidak menjawab dari tadi menambahkan kebencian Zulaikha padanya.
Diambil gayung yang sudah sedia ada di situ lalu mencedok air di kolah
itu. Disimbah ketubuh Adam tanpa henti. Biar Adam sedar dari
segalanya. Bajunya turut basah.
"Kau ni nama je ADAM. Tapi kau lupa asal usul kau. Kau lupa tentang
perasaan orang di sekeliling kau. Sekarang kau pergi masuk dalam tu
kau taubat banyak-banyak. Kau faham tak?" tengking Zulaikha lagi.
Masih menolak-nolak tubuh Adam.
"Zulaikha, dah la tu." Fatimah mencelah.
"Kau diam Timah, aku nak sedarkan orang gila ni. Dia fikir dia buat
semua ni, baik untuk dia la. Kau dengar sini Adam. Kalau kau tak nak
berubah kau berambus dari hidup mak bapak kau. Kau sebagai anak mereka
tak tahu nak jaga hati dan perasaan mereka siapa lagi yang kena jaga?
Dari kau tunjukkan diri kau yang kotor ni, lebih baik kau jangan
muncul terus. Kau tak nak jaga mak bapak kau, biar aku yang jaga."
Puas hati Zulaikha. Biarlah orang lain mahu cakap apa pun. Dia
benar-benar benci Adam saat ini.
"Pergi kau dari hidup aku!" lalu Zulaikha mencampakkan gayung yang ada
di tangannya. Dijeling sekilas ke wajah Adam yang masih menangis.
Zulaikha sudah tidak mahu memandang wajah itu lagi selepas ini.
Hatinya bagai dicarik-carik. Sahabat yang membesar bersama dari kecil
berubah begitu sekali. Siapa yang dapat menerimanya. Tidak!
***
Kini Zulaikha sudah mempunyai pekerjaan yang menjamin masa depannya.
Dia telah ditawarkan bekerja di sebuah syarikat hiasan dalaman.
Menjadi pereka dalaman adalah minatnya dari kecil. Dia juga sudah
mampu tersenyum puas dengan apa yang dimilikinya kini. Umi dan abi
juga berbangga dengan kejayaannya.
Adam! Nama itu sudah lama tidak menitir di bibirnya. Selepas kejadian
yang amat sukar dilupakan oleh Zulaikha dulu, dia tidak lagi bertemu
dengan Adam. Dia juga sudah berpesan kepada keluarganya jika mahu dia
terus tinggal bersama mereka di Ipoh, dia tidak mahu nama Adam disebut
di hadapannya.
Tetapi hubungan Zulaikha dengan keluarga Adam masih seperti dulu.
Tidak patut Zulaikha melibatkan yang lain dalam hal ini.
Pernah juga Zulaikha mendengar adik-beradiknya mengatakan bahawa Adam
sudah membawa diri ke luar negara. Adam berjaya juga menamatkan
ijazahnya di Malaysia. Mungkin dia menyambung pelajarannya di luar
negara pula. Zulaikha malas untuk ambil pusing.
Kadang-kala Zulaikha rindu dengan suasana mereka suatu ketika dahulu.
Bergurau-senda, bergaduh dan sebagainya. Tetapi semua itu amat
mustahil akan terjadi lagi. Adam tidak seperti dulu.
"Zulaikha, bila kau nak kahwin? Dah ada calon ke belum?" semenjak dua
ini umi selalu bertanyakan hal itu kepadanya. Pelik juga Zulaikha.
Umurnya baru 26 tahun. Bagi dirinya, masih terlalu awal untuk berumah
tangga.
"Umi ni, tak habis-habis dengan soalan tu. Dah tak sabar nak ada
menantu yer?" sempat lagi dia mengusik uminya.
"Bukan menantu tapi cucu. Zulaikha dah sesuai berumah tangga tau.
Bukan muda lagi. Umi dulu masa umur macam Zulaikha dah ada tiga orang
anak tau." Tidak hairanlah Zulaikha dan uminya seperti adik dengan
kakak. Uminya kahwin di usia muda.
"Umi dulu kahwin dengan abi bercinta dulu ke?" soal Zulaikha. Bukan
dia mahu mengubah tajuk, sengaja ingin tahu.
"Tak ada la. Kami dulu arwah Tok Wan dengan Mak Tok Zulaikha yang
aturkan. Umi dulu pun tak terfikir nak kahwin muda. Tapi bila Mak Tok
asyik duk tanya jer umi cakap la kalau ada yang berkenan dengan umi,
umi redha. Tak lama lepas tu, abi masuk meminang. Kiranya kami
bercinta lepas kahwin la." Tersenyum umi menceritakan detik-detik
gembira dalam hidupnya.
"Tapi umi tak pernah menyesal dengan semua ni. Sebab abi seorang
suami, lelaki dan ayah yang baik. Zulaikha sendiri pun dapat
tengokkan?"
"A`ah. Abi baik sangat. Yang paling Zulaikha kagum abi sampai sekarang
romantik je dengan umi. Seronok Zulaikha tengok. Dan bangga sangat
dengan abi dan umi." Lantas dia memeluk tubuh uminya yang sederhana
kecil itu.
"Umi, kalau Zulaikha nak umi dan abi carikan untuk Zulaikha boleh?
Zulaikha pun nak bercinta selepas kahwin jugak macam umi dan abi."
Pinta Zulaikha. Tiba-tiba sahaja dia merasakan dia benar-benar sudah
bersedia untuk berumah tangga.
"Betul? Zulaikha tak main-mainkan?" bersinar mata Puan Suri mendengar
permintaan anak sulungnya itu.
"Betul mi.Zulaikha terima sesiapa sahaja yang umi dan abi rasakan baik
untuk Zulaikha. Rupa, pangkat atau harta bukan ukuran Zulaikha."
"Alhamdulillah." Puan Suri mencium dahi Zulaikha penuh kasih sayang.
***
Begitu pantas umi dan abi bertindak, kini Zulaikha bakal bergelar
isteri orang. Tetapi Zulaikha masih belum melihat siapakah bakal
suaminya itu. Ini semua atas permintaan Zulaikha sendiri. Dia mahu
melihat wajah bakal suaminya pada hari pernikahan mereka. Dia bimbang
dia akan berubah hati apabila melihat wajah lelaki itu terlebih
dahulu.
Tetapi Zulaikha tahu serba-sedikit akan perihal lelaki itu. Dia
merupakan seorang jurutera. Baru pulang dari luar negara. Sebelum ini
dia sudah bekerja sambil belajar di sana. Setelah puas menimba
pengalaman di negara orang, sang lelaki membuat keputusan ingin pulang
ke tanah air. Sudah jodoh mereka.
"Zulaikha, pengantin lelaki dah sampai." Bisik Timah di telinganya.
Suhana juga turut serta di situ. Suhana kini sudah mempunyai anak
seorang. Habis sahaja membuat ijazah, Suhana mengambil keputusan untuk
berumah tangga. Fatimah juga sudah berumah tangga, cuma masih belum
dikurniakan anak.
Kini baru aku tahu bagaimana perasaan orang yang bakal bergelar
isteri. Seram sejuk dibuatnya. Atas permintaan pihak lelaki, mereka
mengenakan pakaian berona kelabu hari ini. Zulaikha juga amat gemarkan
warna itu. Mungkin mereka sehati sejiwa dalam hal ini.
Dengan sekali lafaz, Zulaikha sah menjadi seorang isteri. Dari tadi
Zulaikha ingin mengintai wajah suaminya, tetapi ada sahaja yang
menghalang. Pengantin lelaki diminta melaksanakan upacara pembatalan
air sembahyang. Jantung Zulaikha semakin laju bergetar.
"Zulaikha, hulur tangan tu." Ada sahaja mulut yang memberi arahan itu
dan ini. Zulaikha langsung tidak mengangkat wajahnya memandang suami
di hadapan. Sehinggalah pengantin lelaki ingin mencium dahinya.
"Selamat pengantin baru sayang."
Bagai mahu pitam Zulaikha melihat individu di hadapannya kini. Adam!
Adam yang sudah menjadi suaminya kini. MasyaAllah. Zulaikha sudah
tidak mampu bersuara. Sekali lagi Adam mencium dahinya. Kali ini lebih
lama. Menitis jua air matanya yang ditahan sejak tadi.
***
Ketika di dalam kereta untuk pulang ke rumah mereka, Adam tidak
lepas-lepas memegang tangannya. Zulaikha juga seperti masih berkhayal.
Dia tidak percaya dengan apa yang terjadi kini. Bukan dia tidak suka,
tetapi masih bingung.
Setelah semuanya selesai, Adam memimpin tangan isterinya menuju ke
kamar mereka. Lagi pun hari sudah lewat malam. Keletihan sudah terasa
di seluruh anggota badan. Sebelum itu Adam mengajak Zulaikha untuk
solat berjemaah terlebih dahulu.
Adam memimpin tangan Zulaikha supaya mengikutnya ke birai katil.
Sebelum tidur, Adam mahu menceritakan segala-galanya kepada Zulaikha.
Dia tahu bahawa Zulaikha masih terkejut dengan semua ini.
Adam menarik tubuh Zulaikha supaya duduk di atas ribanya. Dia lebih
senang begitu. Zulaikha juga hanya menurut walaupun agak terkejut
dengan tindakan berani Adam itu.
"Semakin cantik isteri abang ni. Zulaikha tak suka ke dengan
perkahwinan kita ni?" Soal Adam sambil membelai pipi isterinya.
"Tak.Zulaikha cuma terkejut jer." Geli Zulaikha dibuatnya apabila Adam
sudah melingkarkan tangannya di pinggang Zulaikha. Kini Zulaikha kemas
di dalam pelukan Adam.
"Kenapa Zulaikha tak nak tengok dulu bakal suami Zulaikha sebelum kita nikah?"
"Saja, surprise sikit." Senyum Zulaikha.
"Abang risau bila Zulaikha tak nak tengok dulu wajah bakal suami
Zulaikha tu. Abang bimbang kalau Zulaikha tak suka dengan perkahwinan
ni. Kalau nak reject biar sebelum kahwin." Gurau Adam. Tapi kini dia
yakin bahawa Zulaikha gembira apa yang telah terjadi antara mereka.
"Abang, itu semua dah tak penting. Kita dah jadi suami isteri pun.
Zulaikha redha dengan semua ini." Diusap-usap kedua-dua belah pipi
Adam pula.
"Betul? Sayang abang sikit." Pinta Adam. Disuakan pipinya ke arah Zulaikha.
Dengan malu-malu Zulaikha mencium pipi suaminya. Gembira Adam dengan
tindakan Zulaikha.
Mereka terus bercerita itu dan ini untuk menghuraikan segala keraguan
yang ada di minda masing-masing. Rupanya-rupanya umi dan abi memang
sudah bercadang untuk menjodohkan Adam dengan Zulaikha. Sebelum ke
luar negara, Adam memang sudah bertaubat dengan perbuatan terkutuknya
dahulu. Dia mengaku terlalu ikutkan nafsu. Akhirnya menjerat diri.
Adam pula memang sudah menaruh hati pada Zulaikha sejak dari dulu
lagi. Tetapi disoroknya perasaan itu dari pengetahuan sesiapa. Apabila
ibu bapanya menyuarakan hasrat untuk meminang Zulaikha buat dirinya,
Adam tidak fikir panjang.
Zulaikha pula terasa bodoh. Selama tempoh pertunangan, dia tidak
pernah ambil peduli nama penuh suaminya itu. Tambahan pula kad kahwin
mereka masih belum ditempah kerana kenduri besarnya akan diadakan dua
bulan lagi. Memandangkan mereka akan menyambut ramadhan tidak lama
lagi, mereka sudah berpakat untuk menangguhkan dahulu majlis besarnya.
Cukuplah sekadar majlis pernikahan. Panggilan untuk Adam juga mereka
ubah. Ini mesti termasuk dalam perancangan mereka juga ni. Teka
Zulaikha.
Kedua pengantin baru itu tidak henti-henti bergelak ketawa apabila
mengingatkan kembali akan sikap masing-masing sambil bergurau senda.
Tidak sedar jam sudah menunjukkan ke angka tiga pagi.
"Dah la sayang. Esok kita sambung lagi. Dah lewat sangat ni." Adam
mengangkat tubuh Zulaikha lalu dibaringkan di atas katil yang dihias
indah. Simple tetapi menarik.
"Abang, boleh tak Zulaikha tak nak tidur atas bantal ni?" soal
Zulaikha. Pelik Adam dengan permintaan isterinya itu.
"Nanti kalau tak tidur atas bantal kepala sayang sakit macam mana?"
diusap lagi kepala Zulaikha.
"Zulaikha nak tidur atas lengan abang." Pinta Zulaikha pula. Merah
padam mukanya menahan malu.
"Laa, kenapa Zulaikha tak cakap awal-awal. Buat risau abang je." Lalu
diangkat kepala Zulaikha dan dialaskan dengan lengannya.
"Sayang, memandangkan hari dah lewat sangat ni, bolehkan kita tangguh
esok?" bukan dia tidak mahu menunaikan tanggungjawab sebagai seorang
suami, tetapi dia yakin bukan dia sahaja yang letih, Zulaikha juga
begitu.
"Ermm.bukan setakat esok, tapi seminggu tau." Zuliakha mencuit hidung Adam.
"Haa? Seminggu? Abang cuma minta sehari je. Jangan la dera abang
sayang." Rayu Adam. Menyesal dia minta tangguhkan keesokan hari.
Kasihan melihat suaminya Zulaikha membisikkan sesuatu ke telinganya.
"Laa.abang kena main lagi. Nakal la isteri abang ni. Buat terkejut je.
Tak apa, seminggu je kan?" dicium ubun-ubun Zulaikha.
Selepas menutup lampu tidur, sempat Adam berbisik, "yang tu je tak
bolehkan? Yang lain bolehkan?" tanpa memberi amaran, Zulaikha mencubit
lengan Adam. Akhirnya tirai malam berlabuh dengan sepasang kekasih
yang saling mencurah kasih sayang tanpa jemu. Begitulah kasihnya
Zulaikha buat Adamnya.