"Keysha, aku rasa aku suka kau." Kio telan air liur, kesat. Pertama
kali buat confession. Alat penghawa dingin di bilik perpustakaan
tiba-tiba terasa panas. Rosak ke?! Peluh merenik setitik di pelipis
telinganya.
"Aku pun.. rasa macam suka kau juga." Kie tarik senyum tiga saat,
cukuplah tuk bagi lesung pipi dia timbul.
"Keysha?" Rasa macam dalam filem bollywood. Nak menari-nari dalam
library nie okey tak??
"Hurm?!"
"Jadi Girlfriend aku?!"
"Eh?!"
"Boleh?"
"Okey!" Kie angkat tangan, buat peace. Perpustakaan sekolah jadi saksi
kisah cintanya yang pertama.
"Keysha Iris!!!"
"Ikatan kovalen ialah ikatan yang terbentuk daripada perkongsian
elektron di antara dua atom yang bukan logam manakala ikatan ion ialah
ikatan yang terbentuk akibat daya tarikan elektrostatik yang kuat di
antara ion-ion yang bertentangan.."
Hanya sekali nafas dia menerangkan perbezaan antara ikatan ion dan
ikatan kovalen. Siap berdiri lagi. Tersentak! Hilang semua mimpi-mimpi
indahnya.
'Ini Keysha Iris lah ,tidur dalam kelas pun pelajaran tetap nombor
satu. Heheheheh..' Ainul di sebelah di pandangnya dengan pandangan
megah.
"Apa yang awak merepek ni.? Bila masa saya tukar profesion jadi guru kimia ha.?"
"Erkkk."
Mampus! Bila masa pula cikgu Widya nie bertukar jadi Cikgu Rafina ni.?
Adeii. Tadi masa aku tidur bukan masa kelas kimia ke.? Apsal tetiba
dah tukar kelas Sejarah nie.? Kantoi..
"Memandangkan Cik Alice baru balik dari membuat lawatan di
wonderland,saya bagi awak soalan senang jela ye."
Ceit.!! Sempat lagi cikgu sejarah ni perli aku. Tau la aku nie selalu
tidur dalam kelas dia.
"Saya Keysha Iris cikgu, bukan Alice. Tapi cikgu panggil saya Kie pun
okey. Dan saya takdak wonderland."
Gamat seisi kelas mendengar jawapan selambanya. Tak terasa takut
dengan renungan mata Cikgu Rafina. Mata aku lagi lawa dan besar la.
Terasa jari jemari Ainul singgah di pehanya. Sakit!
"Sudah!! Keysha, Saya nak awak senaraikan perkara dalam Malayan Union."
'Malayan Union? Binatang apa tu.? Aku macam pernah jumpa kat somewhere
lah, tapi lupa. Mungkin Malayan Union tu.
"Erk.. Malayan Union tu, bawang melayu ke cikgu.??" Iyela kot. Bunyi
union dengan onion tu dah dekat dekat nak sama dah tu. Betul la tu..
"Keysha Iris Binti Esmail..!! Berdiri di luar kelas sekarang."
Dengan hidung kembang kempis, mata merah menyala sambil bercekak
pinggang, aku tengok Cikgu Sejarah aku ni dah sebijik macam Princess
Fiona, nasib baiklah dia tak bertukar hijau dan telinga dia still
dalam tudung. Kalau tak, memang sah boleh geng dengan shreek.
"Cikgu ni pun, kot ye pun jawapan aku tu tak betul janganlah sampai
halau aku dari kelas. Jatuh maruah aku. Tak ke sikit punya naya kalau
boyfriend aku si Tengku Kaif Illyas Bin Omar a.k.a Kio tu melintas dan
nampak aku berdiri di luar kelas?" Sobsobsosb. Kie merepek sendirian
di luar kelas.
Jam di tangan di perhatikan tuk kali kedua,ada 5 minit lagi masa Sejarah tamat.
'Kaki dah lenguh, mata aku dah ngantuk ni, bila la cikgu nak bagi aku
masuk kelas nie? Aduh. Penat. Mengantuk.' Kie menguap untuk kesekian
kalinya. Sesekali dia melambai ke arah Ainul yang kusyuk menyalin nota
Sejarah.
Matanya yang bosan di larikan ke sekeliling bangunan sekolah. Dan masa
itulah, dia nampak susuk tubuh seorang pelajar memakai uniform
pengawas perpustakaan keluar dari pintu kelas hujung, 5 Sains Beta
(Sains Fizikal). Oh No! It's Kio! Disaster! Mampus!
Kie pantas berpaling ke belakang, menyembunyikan mukanya. Dia harus
cari jalan sebelum Kio lalu di depannya. Otaknya ligat mencari jalan,
dan cuma satu penyelesaiannya. Kie memejamkan matanya, sebelum berlari
masuk ke dalam kelas. Berdiri di depan kelas, menyambar buku teks di
meja Fendi yang duduk di hadapan sekali.
"Malayan Union ialah satu sistem pemerintahan yang di perkenalkan oleh
pihak British pada tahun 1946 untuk menghapuskan negara dan bangsa
yang dibina sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Kononnya ia sebagai
persedian untuk Tanah Melayu memerintah Negara mereka sendiri."
Kie berhenti sebentar, cuba memastikan kedudukan Kio. Bila yakin Kio
sedang berjalan di koridor kelasnya, memandang ke arahnya, dia
menyambung ayatnya.
"Tapi sebenarnya, ia hanyalah propaganda orang British itu sendiri
untuk memanipulasi orang melayu. Dan oleh kerana orang melayu bijak,
mereka menolak cadangan tersebut. Di situlah awal kepada pembentukan
Persekutuan Tanah Melayu 1948 di mana ia menjaga kebajikan orang
melayu dan sistem kerakyatan Jus Soli di perkenalkan. Orang yang
bertanggungjawab da.. lam..pem..ben..tukan.. Ah! Selamat."
Kie menarik nafas lega sebelum meletakkan buku teks di atas meja Fendi
bila yakin Kio sudah jauh dari kelasnya. Sikit lagi dia kantoi dengan
Kio. Kalau kantoi tadi, jatuhlah sahamnya di depan prince Charmingnya.
"Thanks Fendi. Sikit lagi aku kantoi dengan Kio."
Kie senyum manis, tayang gigi kat Fendi yang pandangnya pelik sambil
juih bibirnya ke kiri. Kie mengerutkan dahinya, tak paham. Kepalanya
di teleng ke arah bibir Fendi. Oh no! Mak cik Domentor! Menyedut habis
semua kegembiraan di dunia.
"Malangnya cik Keysha Iris Binti Esmail, awak terkantoi dengan saya."
Cikgu Rafina tarik senyum sinis segarit. Pleaselah cikgu! Tak lawa
sungguh senyum macam tu. Lagi satu, sebut nama aku tu tak boleh ke
kalau tak sebut nama penuh? Macam panggil nama kat klinik je aku
dengar.
"Cik.. Gu.. Sa.. Ya.." Sudah! Time ni jugalah aku gagap.
"It's okey cik Keysha Iris Binti Esmail. Awak terangkan kat bilik
disiplin nanti. Jumpa saya lepas waktu sekolah nanti!"
Ayat Cikgu Rafina yang di susuli oleh bunyi nyaring loceng tamat waktu
kelas sejarah betul-betul membingitkan telinga aku!
"Arghh!! Mampus!"
Kie melepaskan dengusan kasar. Kepalanya di letakkan di atas meja.
Agak malang sungguh nasib ku sebab guru disiplin itu adalah guru kelas
ku yang memang suka mendenda murid kelasnya!
"Kie? Macam mana kau buat ar?"
Ainul memandangnya kagum. Matanya yang bulat sengaja di bulatkan lagi.
"Huh?! Buat apa?!" Kie tanya tak faham.
"Kau bentang pasal Bawang Melayu kau senafas sahaja. Sedangkan sebelum
tu, kau tak tau pun menatang tu apa." Ainul lawan anak mata Kie.
"Kan aku baca dari buku teks Fendi tu?" Takkan mata kau yang besar ni
tak nampak kot buku teks yang aku pegang tu.
"Kie, kau pegang buku teks tu terbalik kot. Takkanlah kau boleh baca
selaju itu. Lagi satu, cikgu tak masuk lagi pun bab Persekutuan Tanah
Melayu 1948 tu tadi." Amazing tol Ainul tengok Kie bentang senafas
tadi.
"Huh?! Iye ke?" Kie garu kepala yang tiba-tiba rasa gatal.
"Iyelah. Satu kelas tercengang tengok kau tadi." Termasuk cikgu
Rafina. Ainul tambah dalam hati.
"Hahahaha! Entah! Just spilt out of my mind kot." Kie sengih tak comel.
Rasanya, benda yang aku baca semalam baru dapat di proses dengan baik
sekarang kot. Hahahaha! Ketawa Kie terhenti bila nampak batang tubuh
Kio yang sedang berjalan menuju ke perpustakaan. My prince charming..
"Kie, kau taknak gi kantin ke?" Ainul yang sudah bersedia dengan
dompet di tangan memandang Kie pellik.
"Kenyang!"
Balas Kie sepatah sebelum berlari pantas ke arah pintu kelas, namun
berpatah semula menyambar buku nota dan pen di dalam laci meja.
Melanggar bahu Ainul yang masih berdiri di tepi mejanya.
"Auch! Kau rushing ni nak gi mana?!"
Ainul mengusap bahunya yang sengal di langgar Kie tadi. Rai yang baru
sampai di depan kelas 5 Sains Alpha (Sains Hayat) itu juga tercengang
tengok Kie yang rushing semacam.
"Nak gi library! Jumpa Kio! Bye Rai!" Suara Kie yang menjerit hilang
di balik pintu.
Ainul geleng kepala dengar jawapan Kie. Matanya berlawan dengan anak
mata Rai, kawan baik mereka yang sekelas dengan Kio.
"Pi mana tu? Tak gi kantin?"
Ainul tunjuk pada Rai bayang Kie yang dah selamat masuk dalam library
yang searas dengan kelas mereka.
"Dah kenyang ar tu bila jumpa pacar khayalannya." Hahahaha! Ketawa
mereka bersabung sebelum melangkah menuju ke kantin.
"Bilalah Kie ni berenti berangan yang Kio tu boyfriend dia? Tak
pasal-pasal kena denda sebab angan-angan dia tu." Ainul geleng kepala.
"Tapi, kau tak rasa ke yang mungkin apa Kie cakap tu betul? Betul dia
dan Kio dah declare?!" Rai tanya Ainul.
"Masalahnya, Kio tu pun tak pernah cakap apa-apa pasal ni. Si Kie tu
je beria gitau kita."
Ainul mula melangkah meninggalkan kelas mereka. Teringat tragedi dia
dan Rai gelak kuak lentang bila Kie buat confession kat dorang 2 bulan
yang lepas pasal Kie dan Kio dah declare. Lagi best plot dalam cerita
khayalan Kie ni, Kio yang confess dulu.
"Tapi, kita pun tak pernah tanya Kio kan?!" Rai angkat kening buat
langkah Ainul terhenti.
"Mustahil!" Ainul geleng-geleng kepala.
"Kenapa?!" Rai tanya tak paham.
"Si Perfect Tengku Kaif Illyas tu confess kat si Clumsy Trouble Maker
Keysha Iris?! Not suitlah dear."
"Memang tak sesuai!!" Rai geleng kepala.
**************
"Kie, sure kau okey ke?! Nak kami tunggu kau?" Ainul sandang ke bahu
beg sekolahnya. Kie yang sedang kemas buku di locker belakang
mengangguk kepalanya.
"Takpe, korang baliklah dulu. Kalau tunggu aku, lambat pulak."
Beg sekolah Kie sandang ke belakang. Buku nota dan pennya di atas meja
dia capai. Apalah malangnya nasibnya, kena buat kerja amal selama 10
jam di library sekolah bermula dari hari ni. Denda sebab tidur dalam
kelas, tidak berdisiplin. Memang teruk! Cikgu Rafina ni memanglah,
suka dera aku.
"Balik jom!" Suara Rai menamatkan kutukan Kie dalam hati. Ainul
berpaling ke pintu, tempat Rai berdiri sambil tersengih.
"Kie start buat denda dia hari nie." Ainul capai bekas air pinknya atas meja.
"Kie, kalau kau nak kami tunggu, kami boleh tunggu kat kantin. Kau
abes pukul 3.30 kan? Aku takdak tuisyen ari ni." Rai bersuara sambil
masuk dalam kelas. Duduk di kerusi Ainul.
"Takpe kot. Aku okey!" Kie senyum 3 saat. Cuba meyakinkan 2 kawan
baiknya. Masalah ini dia sendiri yang cari, biar dia sendiri hadapi.
"Sure?!" Serentak Ainul dan Rai bertanya?
"Eya! Dah dah. Gi balik sekarang! See u guys tomorrow! Aku dah lambat
ni" Kie lambai dua orang kawan baiknya bila jam di dinding kelas
hampir ke pukul 1.45. Mati! Dahlah kakak librian tu garang macam
singa.
"Orait! Good luck weh!" Ainul dan Rai jerit serentak. Harap-harap,
Keysha Iris tak buat masalah di hari pertama ni. Diakan trouble maker!
"Lambat!" Kak Misha, kakak librian yang garang tu tengah berdiri
tercegat di depan pintu library. Mak aih, muka garang macam T-Rex. Ni
lagi seorang geng Cikgu Rafina, Domentor!
"Sa.. ya.." Kie tercungap-cungap mencuri nafas.
"Aish. Dah-dah, masuk!" Kak Misha berlalu tanpa tunggu penjelasan Kie.
"Hari ni, nak buat apa Kak Misha?!"
Kie letak beg di atas meja kaunter, tempat Kak Misha buat kerja. Di
abaikannya sikap Kak Misha sebentar tadi. Macam tak pernah jadi
apa-apa. Kak Misha tu memang garang macam singa, tapi hati dia baik.
Mulut dia je yang tajam.
"Letak beg kau tu kat laci tu. Lepas tu pergi tolong Kaif susun kamus
kat rak di bahagian kamus sana." Kak Misha tunjuk di satu arah, di
hujung perpustakaan.
"Kio?!" Bulat mata Kie dengar nama Kio. Bersinar-sinar! Kak Misha
geleng kepala tengok telatah Kie. Gatal!
"Dah, cepat! Cepat kamu siap, cepat kamu boleh balik!"
"Yes bos!"
Kie tabik spring kat Kak Misha, pantas berlari ke arah yang Kak Misha
tunjuk tadi. Terlupa terus nak letak begnya dalam laci macam arahan
kak Misha tadi. Kie totally out of mind bila dengar nama Kio. Kak
Misha geleng kepala, capai beg sekolah Kie, letak dalam laci meja.
"Kio.!!"
Kie lari takdak brek bila tengok Kio. Kio yang berdiri di belakang
kotak-kotak buku, dengan kamus di tangan mengangkat muka. Keysha!
"Hati-ha.." Ti.. Kio sambung dalam hati bila Kie dah selamat landing
atas kotak-kotak kamus di depannya.
"Kau tak nampak ke kotak besar gedabak depan mata kau?!" Kio tengok je
tubuh Kie yang dah separuh masuk dalam kotak. Tak terasa nak tolong.
"Tak! Aku nampak kau je" Kie cebik bibir sambil sapu baju sekolah yang
dah berdebu. Kotor!
"Huh! Trouble maker!" Pita pelekat yang melekat di rambut Kie di
pandangnya. Clumsy!
"Apa?!" Kie angkat mukanya, memandang mata Kio yang lagi tinggi 100 cm dari dia.
"Takdak apalah. Kau dah okey ke ni?! Kena denda sebab apa pulak kali
ni?" Kio sambung buat kerja, buat tak peduli pada Kie.
"Mana ada. Aku datang sukarela kot!" Kie capai kamus dalam kotak,
hulur kat Kio. Macam nie ke dia layan girlfriend dia?! Tak romantik
langsung!
"Iyelah tu. Macamlah aku tak tau kau kena denda sebab tidur dalam
kelas, time kelas sejarah" Kio sambut kamus tebal yang berat tu, letak
baik-baik atas rak.
"Kau tau?!" tangan Kie terhenti serta merta. Matanya di tala ke wajah
Kio. Biar betul, siapalah yang pedajalkan aku ni?!
"Taulah. Aku nampak kau berdiri di depan kelas sebelum kau lari masuk
dalam. Berapa lama kau berdiri kat luar tu?!" Kio tarik Kamus yang Kie
pegang.
"Sejam.." Kie mengaku perlahan. Ciss! Kalau aku tau Kio memang dah
tau, takdaknya aku lari macam lipas kudung hari tu. Free je aku kena
kerja amal.
"Kalau aku tau kau memang dah tau, biar je berdiri kat luar ari tu.
Free je aku kena denda." Kie menarik kasar kamus tebal itu.
"Hahahahaha!" Kio gelak dengar ayat kecewa Kie. Lagaknya yang menarik
kasar kamus itu menarik perhatian Kio.
"Kio, kau tak kisahkan dengan semua ni?" Kie tak berani pandang muka
Kio, takut kalau Kio jawab YA!
"Kenapa? Aku perlu kisah ke?" Kio pandang Kie yang masih tunduk merenung Kamus.
"Kio.." Kie angkat muka, tapi bayang Kio sudah terlindung oleh
seseorang. Kak Misha! Patutlah aku rasa dingin semacam jak tadi. Huih!
Domentor!
"Ye cik KEYSHA?" Kak Misha tayang muka kelat ketat. Nama Kie di
tekannya bila dia sebut.
"Eh, kak Misha. Bila sampai?!" Kio yang berdiri di belakang tahan
gelak dengar ayat cover line Kie. Budak ni memang laju kalau bab cari
alasan.
"Kau buat apa dari tadi Keysha?" Kak Misha dah tunjuk garang. Bercekak
pinggang di hadapan Kie.
"Main DOTA!" Buta agaknya Kak Misha ni, takkan tak nampak aku tengah
susun kamus ni.
"Aish! Susah cakap dengan budak ni! Cepat siapkan kerja, kakak nak
tutup library dah ni."
Kak Misha bergerak ke tepi, bersandar di dinding, tiada tanda-tanda
meninggalkan tempat itu. Menci to lah! Orang nak bercinta pun tak
boleh. Kie merungut dalam hati, cepat-cepat menghulurkan kamus yang
masih berbaki kepada Kio. Sesekali matanya mencuri pandang kak Misha
yang masih setia berdiri di situ.
"Kak Misha baliklah kat kaunter. Berdiri macam tugu Negara kat situ
buat apa?" Kie tanya tak puas hati. Aish Domentor nie! Tangannya yang
memegang Kamus yang di hulurkan kepada Kio di lepaskan, yakin Kio
sudah menyambut kamus tebal itu.
"Auch!" Pantas mata Kie turun ke bawah, ke arah kakinya yang di hempap
bucu kamus tebal.
"Apsal kau tak sambut?!" Kie menepuk-nepuk kakinya yang terasa sakit.
Biarpun di lindungi kasut, masih terasa sakitnya. Mau lebam ni kaki
aku!
"Aku tak sempat sambut pun, kau dah lepaskan. Mata letak kat mana?!"
Kio gelak tengok Kie yang memegang hujung kasutnya. Sakit kot.
"Padan muka! Lain kali buat kerja tu biar ikhlas, kan dah kena tulah"
Gelak Kak Misha bersabung dengan gelak Kio. Kie mencebik bibir, geram
kerana menjadi bahan ketawa.
Kio sengih tengok Kie. Memanglah trouble maker. Aishh.
*************
Rama-rama berwarna emas berterbangan mengelilingi taman yang di penuhi
bunga. Di setiap ranting cuma ada bunga, tiada sehelai daun pun.
Seperti bunga sakura. Dan tiba-tiba salji turun, mendinginkan suasana.
Di sebuah kerusi kayu, di tengah-tengah taman seorang gadis dengan
persalinan putih, meriba seekor arnab putih. Di hujung taman, seorang
putera dengan kuda putih, datang menghampiri.
"Si Jelita Keysha Iris." Si putera menghulur tangan sambil turun dari kudanya.
"Putera Kaif Illyas.." Si gadis dengan persalinan putih menyambut
huluran tangan sang putera.
"Sudikah saudari yang jelita menunggang kuda bersama beta? Menuju ke
hujung taman asmara?"
"Sudi, pasti hamba sudi." Si gadis menunduk, tersenyum sembunyi malu.
"Silakan si Jelita." Si putera dengan kuda putih tunduk hormat,
menanti si jelita untuk bersama-sama menyulam cinta.
Si jelita berjalan tersipu, menghampiri kuda putih di sisi sang putera
yang setia menanti. Belum sempat kuda di daki, si kuda sudah kencang
berlari membawa bersama sebelah kaki si Jelita.
"Si Jelita.!!!!" Si putera mengejar kekasih hati.
"Tuan putera.!!" Adakah ini akhirnya kisah cinta kita?! Oh tuan
putera! Selamatkan kekasih hati mu ini.
"Keysha Iris.!!"
"Tuan Putera.!! Selamatkan cinta kita.!!"
Sambil tangan di hulur, air matanya berjurai di pipi. Oh tidak! Ini
bukan pengakhiran kisah yang menggembirakan! Tuan putera..
"Tuan putera kepala hotak!" Bukk! Pemadam white board tepat mengena di dahi Kie.
"Adoii.!!"
Kie pegang dahinya yang dah bermark hitam. Dush! Aku tidur dalam kelas
lagikah? Waktu Bahasa Melayu? Waktu guru disiplin, guru kelas aku ada
di depan? Aku memang tempah tiket first class menuju bala!
"Tambah lagi 10 jam waktu kerja amal awak!" Suara Cikgu Razil kuat
macam halilintar. Oh-My-God!
Kie tepuk dahinya yang masih bermark hitam. Ainul yang telan ketawa
dalam perut dia pandang geram.
******************
"Kelas kita orang ada budak baru. Hot you know! Siap speaking London lagi."
Rai buka cerita waktu dorang tengah makan kat kantin waktu rehat. Dahi
Kie yang bermark merah setelah kesan hitam hilang sesekali di
pandangnya. Setiap kali matanya singgah di situ, ketawanya pasti
meletus.
"Serius?! Laki ke pompuan?!" Ainul letak sudu dan garfu atas pinggan.
"Pompuan!" Ainul mengeluh hampa, kembali di capai sudu dan garfunya.
"Musuh baru si Keysha nie ha!" Rai point sudu tepat di muka Kie.
"Huh?!" Kie angkat kening. Tak paham.
"Sepupu Kio, dan cinta Kio zaman kanak-kanak!" Dumm! Kie rasa macam
telinganya pekak sekejap.
"Macam mana kau tau?!" Ainul tolong Kie soal Rai.
"Pagi tadi minah tu datang sama dengan Kio. Bila ramai boya boys dalam
kelas kitaorang tu menggatal, minah tu cakaplah yang dia dah ada yang
punya." Rai berhenti sekejap, straw air bandungnya dia sisip di bibir.
"Then?!" Kie tanya tak sabar.
"Nama Kio yang naik. Kio cakaplah, itu kisah dulu-dulu, time belum
sunat lagi." Ainul gelak dengar ayat Rai. Tapi sebentar cuma, sesuatu
yang bergerak di bahagian kanan kantin Sekolah Menengah Tinggi Mekar
(SMTM) menarik minatnya.
"Girl tu hot ala-ala Paris Hilton ke? Blonde? Tapi sejak bila SMTM ni
terima student orang putih ni? Di pertengahan tahun pulak tue?!" Ainul
pelik sambil tekan batang hidung.
"Transfer student, dari oversea." Rai sengih. Tapi lain benar sengihnya.
"Biaq betui dia dari London?!" Ainul dah mula percaya, cuma bila
tengok muka dan hidung si Paris Hilton yang tak berapa nak orang putih
itu, dia curiga sendiri.
"Nopelah. Singapore!" Gelak mereka bersabung, meriah. Dari Singapore
je pun, tapi gaya kalahkan minah salleh original yang duk tempat 4
musim nun! Takpelah, Singapore pun oversea juga, ye dak?!
"Ain, Don't tell me she's here." Rai tanya Ainul bila mata gadis itu
tak berganjak dari satu sudut. Perlahan mata Rai ikut telunjuk Ainul.
Kie yang masih bersisa tawanya pulak ikut arah kepala Rai.
"Kalau perempuan hot yang kau maksudkan tu Paris Hilton yang ada
kekeliruan identiti, yang tengah queue kat bahagian lelaki, rasanya
memang Kie wajib declare war! You totally LOST Kie!" Ainul tutup mulut
Kie yang menganga tengok si gadis blonde baris di kaunter membeli
makanan, betul-betul di belakang Kio.
"Siapa nama dia?" Kie sisip straw air bandung Rai di bibir, cuba
dinginkan hati yang panas tengok aksi si Paris Hilton yang jadi
penyedut hampagas di baju Kio. Uwekk!!
"Eleana Eleotra!" Senafas Rai sebut nama si gadis "Paris Hilton".
"Ewwww!! Totally minah salleh celup!!" Ketawa Ainul pecah dengar nama
si Paris Hilton malaysia.
"What?! What?! Cleopatra?!" Ketawa Ainul dan Rai pecah kali kedua
dengar nama baru Eleana.
Gelak mereka yang meriah menarik perhatian Kio yang sudah berjalan
mencari meja kosong. Wajah Kie yang terpinga-pinga, innocent
membuatkannya senyum 3 saat. Keysha, Keysha!
Mata Eleana ikut sorotan mata Kio, ke arah sekumpulan gadis yang
sedang bergelak ketawa. Tapi anak matanya lebih di pakukan ke arah
salah seorangnya, perempuan yang berambut potongan bob! Apa
istimewanya gadis itu sampai mata Kaif lekat kat dia?! Damn! Dia mesti
ambil tahu!
*************
"Balik naik apa ni?" tanya Kio sambil sandang beg sekolah di belakang
kat Kie yang melambai Kak Misha di pagar sekolah. Kie sengih gembira,
ada 4 jam sahaja lagi sebelum dia bebas dari hukuman.
"Bas!" Kie jawab perlahan.
"Jom. Kau lambai siapa lagi tu?!" Kio pelik bila Kie masih sibuk
melambai. Sedangkan kereta Kak Misha dah hilang di sebalik selekoh.
"Kereta yang lalu lalang nie hah!"Kie sengih sambil makin galak melambai.
"Aishx!" Kio tarik tangan Kie yang dah tarik perhatian dua tiga buah
kereta. Sengal tol la minah ni!
"Heeh" Kie sengih tengok muka merah padam Kio bila beberapa kereta
membunyikan hon ketika melintasi mereka.
"Temankan gi pet shop jap boleh tak?!" Kio tanya bila dorang dah duduk
selesa dalam bas.
"Boleh!" untuk Kio, semuanya boleh!
"Nak beli apa nie?!" tanya Kie bila dorang sampai dalam pet shop.
"Makanan Kucheng." Ujar Kio sambil memilih makanan kucing, ada
beberapa jenama pilihan.
"Eh, kau ada kucing?! Berapa ekor?" Kie tanya kagum. Penyayang!
"Ibu punya, ada dua ekor." Masih sibuk memilih makanan yang di pesan ibunya.
"Kucing tu nama apa?!" Kie pun ikut sibuk memilih makanan kucing ibu Kio.
"Kucheng!" Kio jawan senafas.
"Taulah kucing. Tapi, kucing tu nama apa?" Kie letak balik plastik
makanan itu bila tangannya di pukul perlahan oleh Kio.
"Kucheng!" Kio masih bagi jawapan yang sama.
"Iye, aku tau ibu kau bela kucing. Tapi apa.. Hah! Nama kucing ibu kau
Kucheng?!"
"A'ah." Kio angguk kepala, gelak kecil tengok muka Kie yang tak percaya.
"Yang seekor lagi nama apa?" Kie sengih bila bayangkan ibu Kio
memanggil kucingnya. Kucheng! Kucheng! Hahahaha!
"Kucheng!" Kio balas sengih Kie, seakan faham apa yang dia fikirkan.
"Lorh! Dua-dua pun nama kucheng?" Kie gelak sakan bila Kio mengangguk.
Aduh! Tak sabar nak jumpa mak mentua aku nie. Kahkahkahkah!
"Keysha, sini jap!" Kio tarik tangan Kie keluar dari kedai, menuju ke
sudut tepi kedai.
"Comelnya. Miaw! Miaw! Miaw!" Kie hulur jarinya masuk dalam sangkar,
cuba menyentuh bulu halus haiwan tersebut.
"Kenapa?" Kie pandang muka Kio yang memandangnya ganjil.
"Keysha, tu bukan kucinglah. Itu arnab!" Kio tunjuk arnab putih yang
ada dalam sangkar. Takkan arnab dengan kucing pun tak boleh beza kot?
"Taulah! Dah aku tak tahu bunyi arnab tu macam mana, aku bunyilah
macam kucing!" Kie masih mengusap-ngusap arnab di dalam sangkar itu.
Sebijik macam dalam mimpinya dulu.
"Huh?!" Kio hilang kosa kata. Macam-macam! Kio geleng kepala tengok
Kie bermain-main dengan arnab putih itu, dan masih keluarkan bunyi
mengiau. Kalau orang tengok, silap-silap boleh cakap dia gila.
"Nak ke?!" Kio tanya bila Kie nampaknya seperti berminat.
"Nope! Tak suka bela haiwan" Kie berjalan ke singki, membasuh
tangannya. Dia berdiri di luar pet shop sahaja, menunggu Kio membayar
makanan Kucheng.
"Kenapa tak suka bela haiwan?!" tanya Kio. Mereka berjalan kaki sahaja
balik ke rumah.
"Banyak kerja. Nak bagi makan, mandi, minum, bawa ke klinik. Penat!"
Kie jawab selamba. Melihat Kio mengngguk, dia menambah lagi.
"Tapi aku ada pokok kaktus! Nama pokok kaktus aku Kio!" Kie sengih
sambil kenyit mata kat Kio.
"Eh?!" Kio gelak tengok aksi nakal Kie.
"Hurmm. Anak kawan mak aku ada nursery bunga, dialah yang bagi."
"So, sihat tak "Kio" kau tu?!" Wajah Kie di pandang, menagih jawapan.
"Heheh! Dah mati dah." Kie sengih sumbing.
"Hahahaha! Pokok kaktus pun boleh mati?"
Kio gelak sampai tekan perutnya. Nampak sangat gadis di sebelahnya ini
tiada seni dalam menguruskan rumah tangga. Kaktus yang tak perlu di
jaga rapi itu pun boleh mati. Kie cuma sengih tengok Kio gelak. Dah
memang itu hakikatnya.
"Kio?!" Kie tanya bila tawa Kio dah reda.
"Hurm?!" matanya yang berair akibat terlalu banyak gelak di lap perlahan.
"Kau dengan.." Teragak-agak bibir Kie sebut nama Eleana.
"Eleana?! Sepupu. Just it!" Kio jawab, yakin je bunyinya.
"Owh.." Kie sembunyi senyum. Terasa hati berbunga-bunga.
"Jeaolus?!" Kio gelak tengok muka Kie yang gelabah. Lagilah bertambah
galak gelaknya bila Kie menutup mukanya yang bertukar pink dengan
telapak tangan. Keysha! U always make my day!
**************
"i'll kill her, i'll kill her
she stole my future, she broke my dream
i'll kill her, i'll kill her
she stole my future when she took you away"
Kie nyanyi lagu Soko sambil petik gitar abang Rai sesuka hati. Rasa
sakit hatinya di lepaskan pada gitar yang tak faham apa-apa. Rai dan
Ainul gelak tengok aksi Kie lepas geram. Bila dah puas, dia menghempas
badannya di atas katil Rai. Nafasnya turun naik menahan marah.
"She'll kill you, She'll kill you
You stole her future, you broke her nose!
She'll kill you, She'll kill you
You stole her future, you broke her nose!"
Giliran Ainul pulak petik gitar sesuka hati. Lagu yang Kie nyanyi tadi
di ubah suainya. Rai gelak kuak lentang dengar lagu baru Ainul. Cuma
serangkap sebelum bantal peluk Rai hinggap di kepalanya. Di atas
katil, Kie mendengus geram, dengan plaster di hidungnya.
"Rai, bagus kau diam kalau kau taknak dahi kau berplaster esok!"
"Eww..!! Takutnya!" Gelak Rai bersabung dengan Ainul.
Kie mendengus geram, mindanya kembali ke kejadian di sekolah tadi.
Kie perlahankan langkah lariannya bila dia hampir sampai di depan
pintu perpustakaan sekolah. Lambat lagi! Menstabilkan nafasnya yang
termengah sebelum memutar tombol pintu. Belum pun jarinya menyentuh
tombol, pintu itu di tolak kuat dari dalam.
Bumm! Pintu itu tepat mengena batang hidungnya dan dahinya. Kie jatuh
terduduk di lantai.
"Auch!" Hidungnya yang mengalir darah pekat merah di tekup. Kepalanya
pulak terasa sakit dan pening. Terasa ada burung terbang di sekeliling
kepalanya.
"Ya ALLAH! Keysha!" Kio pantas mengangkat tubuh Kie, di sebelahnya si
Cleopatra Penyedut Hampagas Di Baju Kio!
"Okey tak ni?"
Kio tarik tangan kie yang sedang tekup hidungnya. Darah merah masih
mengalir. Laju tangan Kio seluk poketnya. Sapu tangan di keluarkan, di
tekup di hidung Kie. Kie di dudukkannya di kerusi yang ada di luar
library.
"Boleh jalan tak? Meh aku antar gi bilik kesihatan, harap-harap masih
buka." Kio tekan perlahan hidung Kie, cuba menghentikan darah yang
mengalir.
"Sorry. It was my fault. Are you hurt? I'm really sorry." Si Cleopatra
yang rambutnya dah kembali hitam itu tarik tangan Kio yang masih
melekap di hidung Kie, berpura-pura membelek-belek hidung Kie sebelum
memicitnya kuat bila dia yakin Kio tak menyedarinya.
"Auch!" Pantas tangan Kie menepis tangan Eleana. Hidungnya yang sakit
bertambah sakit. Cleopatra nie nak bunuh aku ke apa?!
"I'm just trying to help." Eleana buat muka innocent. Kio di sebelah
di pandangnya sambil menggosok-gosok tangannya yang kononnya sakit di
tepis Kie tadi.
"Tak payah tolonglah. Kau buat aku tambah sakit adalah!" Kie rasa
macam nak nangis saat tu juga. Sakit di hidungnya sebelum ini
bertambah-tambah sakit. Matanya makin terasa berpinar.
"Kie?! Where's you manner?" Kio bersuara keras dengar ayat Kie.
"Kio?! Dia picit hidung aku okey! Dia buat aku tambah sakit!" Kie cuba
bertahan, tak rela menangis di depan Cleopatra itu.
"Kaif, I didn't." Lemah gemalai suara Eleana.
"Ya, aku tau." Kio angguk kepala.
"Huh?!" Kie nyata terkejut dengar ayat Kio. Aku sungguh benci watak
ketiga yang suka kacau hubungan orang lain. Tipikal kisah cinta orang
melayu betul! Nasiblah kau tak pakai lipstick merah dan rambut kau dah
jadi warna hitam.
"Dahlah! Mari aku hantar kau gi bilik kesihatan." Kio pegang tangan
Kie. Membantunya berdiri.
"Kau pun tak payah tolong aku Kio!" Kie tepis tangan Kio. Hatinya jadi
sakit bila Kio membela Eleana.
"Aku tak perlukan orang yang tak percayakan aku!" Kie bersuara
perlahan, bangun meninggalkan kedua makhluk itu di situ. Terpaku di
depan perpustakaan. Perlahan, air matanya yang di tahan mengalir laju.
'Damn!' Kio tumbuk dinding yang bisu, saksi perbalahan pertamanya dengan Kie!
Lamunan Kie terhenti bila dia rasa getaran di poket baju kurung
sekolahnya. 1 mesej received! Kie tekan punat ok, membaca mesej itu
tanpa riak sebelum mengeluh perlahan. Jam di dinding di jelingnya
sekilas, hampir ke pukul 6 petang.
"Weh, aku gerak dululah. Dah petang! Thanks bawa aku ke klinik." Kie
capai beg sekolahnya. Mak pasti marah ni.
"Okey! Take care tau. Nak kami hantar ke?" Rai tanya prihatin.
"Tak pe kot. Rumah aku bukan jauh pun. Hujung simpang tu je." Kie dah
pulas tombol pintu, bersedia melangkah turun ke tingkat bawah.
"Sure? Ada bawa payung tak? Nak hujan nie" Ainul tanya minta kepastian
sambil menala mata ke langit yang mendung. Rumahnya cuma di sebelah
rumah Rai, bila-bila masa dia balik pun takdak hal.
"Ada. Jumpa korang bisuk" Kie lambai tangan kat dorang yang berdiri di
muka pintu.
"Take care! Kalau jatuh, call kitaorang! Hahaha!" Sayup-sayup suara
ketawa dua orang itu di telinganya.
Kie perlahankan langkahnya bila dia melintas di taman permainan.
Sesekali bibirnya tersungging senyum manis bila melihat aksi
kanak-kanak riang ria hari raya itu bermain. Tapi, senyum manis
bergulanya jadi pahit bila matanya di jamu dengan pemandangan yang
menyakitkan matanya.
"Cleopatra!"
Kie ketap bibir bila kelibat Eleana bersama seorang lelaki tengah
berbual. Betul-betul dah macam Cleopatra dah Eleana ni, lebih-lebih
lagi bila rambut dia dah tukar warna ke hitam. Cuma Eleana takdaklah
sebijak Cleopatra, cuma kalau bab licik menggoda tu, memang sebijik!
Eleana berpaling ke belakang, bila terasa dia di perhatikan. Nun di
hujung jalan seberang sana, Kie sedang berdiri kaku memperhatikan dia.
Eleana tersenyum sinis, memandang ke langit yang mula menumpahkan
titik-titik hujan yang semakin lebat. Tepat pada masanya! Eleana
menarik tangan lelaki di sebelahnya, berlari-lari anak sambil bergelak
ketawa mencari tempat berlindung. Kie yang berdiri kaku di seberang
jalan dia bagi senyuman sinis kemenangan. Kio, he's mine!
"Kio!"
Kie menyebut nama Kio perlahan. Hatinya yang masih sakit akibat
insiden semalam berdarah kembali. Belum pun hilang sakit di hidungnya,
matanya pulak yang di sakiti. Sungguh! Dia benci melihat adegan depan
matanya. Ada juga yang aku bagi Pottasium Chloride nie! Aish..
Cleopatra, aku declare war dengan kau! Dengan kau sekali Kio!
Langkah kakinya melaju bila rintik-rintik hujan semakin lebat. Payung
di beg sekolah di keluarkan, di buka. Berjalan meredah hujan dengan
payung pinknya.
**************
"Keysha, lepas nie jangan masuk lagi dalam sini sebab awak kena denda
k!" Kak Misah tarik senyum takdak perasaan, 3 saat je untuk Kie yang
dah selesai buat dendanya hari ni.
"Okey Kak Misha! Terima kasih tau," Kie tarik sengih, angkat jari
peacenya kat Kak Misha yang mengangguk. Kio yang sedang bertugas di
meja kaunter tak di pandangnya langsung.
"Kaif, kakak nak masuk stor jap. Check buku yang baru sampai. Keysha,
awak balik nanti hati-hati." Pesanan Kak Misha di balas dengan
anggukan saja. Kio pandang muka Kie yang masih bergayut dengan senyuman.
"Terima kasih." Kie senyum segarit sebelum berlalu keluar dari
perpustakaan. Kio yang tergamam dengan senyuman Kie pantas bersuara.
"Keysha?!" Kuat suaranya.
"Hurm?!" Kie berpaling. Menatap panahan mata Kio.
"Kau join tak camping tu?"
"A'ah. Kenapa?!" Teringat terus dia camping yang di anjurkan oleh
Ketua Tingkatan mereka. Camping untuk semua pelajar tingkatan 5 ke Air
Terjun Mampir.
"Takdak papa. Keysha, balik sama petang ni? Aku abes kejap lagi.
Boleh?" Kio senyum mengharap. Mencairkan hati Kie yang konon-kononnya
declare war kat Kio minggu lepas.
"Aku tunggu kat kelas k!" Kie senyum manis. Tak boleh marah Kio
lama-lama. Genjatan marah selama-lamanya! Hahahaha!
"Set!" Kio angkat thumbs upnya ke udara. Mereka saling berbalas senyum.
Eleana tengok jam di tangan untuk kesekian kalinya. Mana budak Kaif
ni?! Naik kematu bontot aku tunggu dia kat sini! Bibirnya di ketap
geram. Penat berdiri, punggungnya di labuhkan kembali di kerusi. 5
Sains Beta sunyi petang itu.
"Kau buat apa kat sini?" Kio yang baru melangkah masuk ke kelas
terhenti di muka pintu melihat Eleana yang sedang duduk bersandar di
kerusi.
"I'm waiting for you, Kaif!" Eleana menjawab manja. Marah, geramnya
hilang tiba-tiba.
"Buat apa?!" Kio masukkan buku yang tak di perlukan di locker, di
belakang kelas. Eleana ikut sama bergerak ke belakang kelas.
"Temankan I gi shopping barang-barang tuk gi camping tu. Please?!"
Eleana merayu manja. Menggoda!
"Kaukan ada driver?! Pi lah dengan dia." Kio sandang beg sekolah di
bahunya. Sedia beredar ke kelas hujung, kelas Kie. Kelas mereka di
pisahkan oleh 2 buah kelas 4 Sains Aplha dan 4 Sains Beta.
"Kaif! Please, I'm still not familiar with the place. Please Kaif"
Eleana bergerak ke pintu, pantas menghalang laluan Kio.
"Move, aku nak lalu. Kau pergilah dengan driver kau tu. Lagipun, tak
familiar apanya? Dulu kau bukannya tak biasa datang sini." Kio tarik
tangan sepupunya yang merintangi pintu. Matanya di jegilkan, geram
dengan perlakuan Eleana.
"Tapi, I don't know what kind of barang-barang yang I perlu bawa for
the camping. Thats why la I nak pergi dengan you." Masih berusaha
memujuk.
Tangan Eleana di kejapkan di muka pintu. Adegan tarik menarik berlaku
di situ. Tapi kudrat hawanya yang tidak seberapa kalah bila Kaif
menolaknya kuat, tangannya yang melekat kejap di pintu pantas
menyambar tangan Kio. cuba berpaut, bahananya mereka bersama-sama
terdorong ke luar kelas. Dinding koridor kelas menahan badan Eleana,
manakala tangan Eleana pantas melekap di dada Kaif, cuba menahan badan
Kaif. Eleana tergelak manja bila melihat kedudukan mereka.
"Apa yang korang buat nie?" Kie soal perlahan, matanya berair.
Ternyata. kedudukan mereka seperti berpelukan itu menjadi santapan
mata Kie yang sedang berjalan menuju ke kelas mereka.
"Keysha! Please, jangan salah faham." Pantas Kio menolak tangan Eleana
yang masih melekap di dadanya. Berjalan menghampiri Kie yang sedang
menahan air matanya.
"Kau sepatutnya bagi tau awal-awal dengan aku Kio, bagi tau aku dengan
jelas hubungan korang. Takdaklah aku buang masa, terkejar-kejar kau
macam orang bodoh!" Kie tolak tangan Kio yang cuba meraih tangannya.
Airmata, tolonglah jangan tumpah! Muka Eleana di pandangnya tanpa
perasaan, sekilas, sebelum dia berlalu pergi. Laju meninggalkan
kawasan sekolah.
"Ini semua, kau punya pasal!" Jari telunjuk Kio tepat di muka Eleana
yang pucat, terkejut melihat kemarahan Kio.
"Kaif.." Nama Kio disebutnya perlahan. Badan Kio yang menggigil
menahan marah itu menakutkannya. Kaif tidak pernah semarah ini. Eleana
di terpa perasaan bersalah, namun lidahnya keluh meluah bicara. Malah
egonya yang tinggi itu belum rela di rendahkan begitu sahaja.
"Kau baliklah sendiri nanti. Hati-hati" Kio ucap ayat itu perlahan
bila marahnya kian reda. Marah macam mana pun, Eleana itu tetap
keluarganya. Perlahan dia menapak, tidak terniat untuk mengejar Kie
yang mungkin sudah menjauh. Dia mesti terluka, sangat terluka. Aku
membuatnya menangis lagi. Keysha!
*************
Rai letak pensil di sebelah buku rujukan Fiziknya, getah rambut di
lengan di bawa ke kepala, mengikat rambut ikalnya sebelum
mematah-matahkan jarinya yang lenguh. Kerjanya terhenti bila melihat
Kio datang menghampiri.
Eleana memandang curiga dari meja sebelah. Peristiwa minggu lepas
ternyata cuma menjejaskannya sebentar, tidak terkesan langsung di
hati.
"Dia makan dengan berselera, masih cakap banyak macam biasa. Tidur
dengan lena, siap buat taik mata lagi dalam kelas. Semalam dia demam,
tapi dia masih datang sekolah." Rai bagi info, macam tau apa yang Kio
nak tanya. Suaranya perlahan, bimbang di sergah oleh si Lion Kak
Misha. Kie dan Ainul ada kelas tambahan Biologi di makmal bawah, Rai
guna masa yang terluang tunggu dorang habis kelas untuk buat ulangkaji
Fizik.
"Demam?! Teruk?!" suara Kio risau. Di tariknya perlahan kerusi di
depan Rai. Matanya bersabung dengan panahan mata cemburu Eleana. Dia
abaikan cuma.
"Hurm.. Tak kot, sebab dia masih datang sekolah."
Rai bersahaja sambil capai pensil. Dia abaikan Kio yang tengah pasang
muka sedih yang tak siap. Sama macam muka Kie dua tiga menjak ini. Kie
tak menangis, Kie cuma tak ketawa macam biasa.
"Dia okey tak?! Maksud aku, dia.." Kio diam kejap, cari ayat yang
sesuai. Kie menolak untuk bercakap dengannya, mengabaikan panggilannya
malah men "dunno"kan mesejnya. Kawan-kawan Kie jalan terakhirnya untuk
mendapatkan maklumat tentang Kie.
"Okey! Dia okey sangat-sangat." Rai jawab tanpa tunggu ayat Kio
seterusnya. Matanya di buku latih tubi Fizik, soalan subjektif: State
the principle of Hooke's law. (Nyatakan prinsip Hukum Hooke.)
"Baguslah kalau macam tu." Kio tarik nafas, hembus perlahan. Entah
lega atau tidak. Jawapan Rai, belum cukup buat hatinya yang merusuh
dari seminggu lalu meredah.
"Kio, nak aku ajar kau satu benda tak?!" Rai tarik kertas A4 dalam
fail. Pensil mekanikalnya di tekan. Hukum Hooke, soalan yang bagus!
"Huh?!" Kio pandang muka Rai yang senyum sambil menulis sesuatu di atas kertas.
"Hukum Hooke?" Kio baca patah ayat yang Rai baru tulis. Rai angguk,
masih senyum.
"Hukum Hooke menyatakan bahawa, pemanjangan suatu bahan kenyal berubah
secara langsung dengan daya regangan yang bertindak terhadapnya jika
daya itu tidak melebihi had kekenyalan bahan itu. Ia sama dengan F=
kx. Di mana F ialah Daya, K ialah spring tersebut dan X.."
"Pemanjangan spring tersebut." Kio sambung hujah Rai.
"Yup! Had kekenyalan pulak ialah had yang boleh kita kenakan ke atas
spring tersebut, daya yang maksimum. So, apa yang akan jadi kalau kita
kenakan daya yang berlebihan?!" Rai senyum, seseorang perlu di
sedarkan.
"Kalau daya regangan melebihi daya maksimum, spring itu tak akan
kembali ke panjangnya yang asal. Daya regangannya sudah hilang." Kio
jawab perlahan soalan Rai.
"Correct! Kalau nak contoh lagi senang, ia macam kau letak Eleana kat
F sebagai daya, letak Keysha di K as a spring tersebut dan, bila F dah
bagi tekanan yang berlebihan kat K, maka wujudlah X! Spring yang dah
hilang fungsi regangannya, which is mean.."
"Keysha yang dah hilang sabarnya.." Kio sebut ayat itu perlahan.
"Once again, correct! Bukan setakat hilang sabarnya, tapi takkan
kembali kepada asalnya. Kau mungkin akan kehilangan dia Kio!" Rai
letak pensil dia atas meja. Selesai teori hukum Hookenya! Dia pandang
muka Kio yang menyandar di kerusi.
"Hilang dia?!" Kio sebut ayat terakhir Rai. Bersediakah dia?!
"Aku sebenarnya tak percaya yang kau couple dengan dia. Aku tengok kau
layan dia macam kawan biasa, macam kau layan aku, Ainul. So, aku tak
boleh pastikan perasaan kau dengan dia." Rai pandang muka Kio yang
tengah buat heli spin dengan pensil makanikal Rai. Matanya terpaku
pada teori Hooke Rai.
"SPM, just around the corner Kaif. Lepas ini, kita akan membawa haluan
kita masing-masing, kita mungkin takkan berjumpa lagi selepas nie. So,
nasihat free dari aku, perbetulkan apa yang perlu. So, kau takkan ada
kekesalan di hari akan datang. Spring yang hilang daya regangannya
mungkin takkan kembali kepada asalnya, tapi spring itu bukan Kie." Rai
senyum manis khas untuk Kio yang dah letak pensil mekanikalnya atas
meja bila Rai dah siap sedia mengemas barang-barangnya. Jam di dinding
sudah ke pukul4.
"Rai, tolong aku boleh?!" pandangan mata Kio mengaharap.
"Apa?!" Rai balas panahan mata Kio.
"Pastikan Keysha join camping tu."
"Set!" Rai angkat thumbs upnya untuk Kio.
"One more." Kali ini muka Kio berubah riak, ada senyuman di hujung bibirnya.
"Now what?!" Senyuman Kio menarik perhatian Rai. Penuh misteri.
*************
Kie tarik muka masam bila suara Eleana menjerit sekali lagi
berkumandang. Kepalanya di dongakkan ke udara, pada burung-burung yang
berterbangan lari mendengar suara Eleana. Pontianak pun rasa nak
resign kalau dengar si Cleopatra nie menjerit.
"Aku rasa macam nak sumbat je mulut Eleana tu. Sikit-sikit nak
menjerit. Jumpa lipas dia menjerit, jumpa pacat dia teriak, kalau
jumpa gajah, aku harap-harap dia koma terus." Ainul tarik headphone ke
kepala. Dengar lagu Bruno Mars lagi bagus. Rai dan Kie sengih dengar
Ainul merungut. Kelakuan Eleana memang merimaskan mereka.
"Percutian kita yang terakhir di zaman sekolah." Rai menyandarkan
badannya di batu besar, di sebelah Ainul yang dah mula menyanyi lagu
Just The Way You Are.
"Ya, selepas ni semua orang akan bawa diri. Menuju ke impian
masing-masing. Jujurnya, aku rasa takut nak hadapi dunia luar sana."
Kie tarik nafas perlahan. Matanya dilarikan ke arah rakan
setingkatannya yang sibuk bermandi-manda. Lebih tepat, pada Kio yang
bertenggek di atas batu tepi air terjun dengan Wawe tengah meriba
gitar.
"Menakutkan. Aku pun sama. Aku berharap kitaran hidup aku berhenti
setakat ini, dan kita takkan menjadi dewasa. Aku nak selalunya menjadi
sweet 17." Rai gelak kecil dengan impiannya.
"Kau pikir kau siapa?! Peter pan?!" Ainul yang dah tekan butang off
kat MP3 nya tolak bahu Rai sambil ketawa. Kie turut sama ketawa bila
dengar ayat Rai.
"Kalau Rai Peter Pan, aku nak jadi Tinkerbell!" Kie bersuara sambil
capai ranting kayu buat tongkat sakti.
"Sengal! Bila masa Tinkerbell ada tongkat?!" Ainul dan Rai gelak sakan
tengok aksi Kie yang kononnya dah jadi Fairy.
"Korang nak buat apa lepas ni?!" Ainul soal dua orang kawannya.
Perbincangan mereka mula menjadi serius. Ketawa meriah mereka tadi
beransur surut.
"Aku nak buat engine." Rai yang memang suka Fizik itu bersuara perlahan.
"Aku pulak nak buat Medic. Aku nak kerja dengan Dr. House!" Kie
genggam tangannya, penuh tekad.
"Dr. House kat US nun. Kalau kat Malaysia, ada Dr. Rumah jelah. Tapi,
okey apa, House juga, Housewife!" Hahahahaha! Ketawa Rai bersabung
dengan gelak sakan Ainul.
Kie mencebik bibirnya geram. Sejak dia terpengaruh dengan drama
bersiri AXN itu, dia memang sudah bercita-cita ingin menjadi doktor.
"Kalau aku jadi doktor nanti, aku suntik kau dengan Sodium Penthotal.
Biar kau jadi sengal!" Kie cebik bibir sebelum ketawanya pecah bila
Ainul pura-pura buat muka takut. Hahahaha!
"Kau nak buat apa lepas nie Ain?" Giliran Rai bertanya pada Ainul yang
sudah mula berhenti ketawa.
"Aku nak jadi Forensik Saintis! Nak jadi CSI Malaysia!" Kie terlopong
mendengar cita-cita Ainul.
"Nak jadi Forensik konon. Buat Frog Dissection pun kau boleh pengsan.
Nie kan pulak nak belah-bedah mayat." Ketawa Rai dan Kie bersabung.
"A'ah! Aku lupa aku mabuk darah." Ainul sengih ke telinga. Teringat
insiden dia pengsan di kelas Biologi, ketika mereka membuat prosedur
membedah katak tahun lalu kerana mabuk darah.
"Kalau macam tu, aku nak jadi detektif je lah. Macam si Calleigh tu.
Okey tak?!" Ainul buat gaya tengah pegang pistol.
"Terbaik! Kalau kau blondekan rambut kau, sebijik macam Calleigh!" Kie
naik thumbs upnya untuk Ainul yang dah beria-ia melepaskan "tembakan".
"Tak pun, macam si Cleopatra Eleana!" Hahahahahaha! Ketawa mereka
bertiga meriah di tepi tebing air terjun itu. Teringat wajah Eleana
yang melayu itu tapi berambut blonde dulu.
"You all look so happy!" Eleana yang muncul entah dari mana tiba-tiba
menyapa mereka. Menghentikan tawa meriah sebentar tadi.
"Kau ada masalah ke kalau kitaorang happy?!" Ainul tanya dulu,
mewakili kawannya yang berdua itu.
"Of course I am!" Eleana bergerak menghampiri mereka.
"Kau nak apa?!" Budak nie memang berani, datang seorang diri nak cari
gaduh dengan kami bertiga, bisik Kie dalam hati.
"Stay away from Kaif! He's mine. I'm the one who deserved him!" Suara
Eleana kuat sambil jari telunjuknya di hala ke wajah Kie.
"Kau boleh tak cakap Bahasa Melayu?! Telinga aku rimaslah dengar
broken English kau ni" Gelak Rai dan Ainul pecah dengar ayat Kie.
"Kau?!!" Eleana merengus marah. Dia akui, dia cuma menggunakan
perkataan Bi yang mudah sahaja, nak lebih-lebih dia pun tak tahu.
"Yes?! What can help you dear?!" Kie bulatkan matanya. Lawan mata
merah marah Eleana. Kau ingat kau lawa sangat?!
"Kalau aku nampak kau rapat dengan Kaif, siap!" Eleana bagi jelingan
maut sedas tuk Kie, tuk Rai dan Ainul juga sebelum matanya di halakan
pada Kaif yang tengah main gitar tepi air terjun.
"Fine! Maka, dengan rela hatinya aku hantar kau dekat dengan dia
okey?" Kie bangun, bergerak ke tepi Eleana yang dah berdiri di tepi
tebing. Kie pandang ke bawah, menganggar ketinggian tebing tersebut.
Okey, tak tinggi, selamat, dan takkan sebabkan kecederaan malah tidak
mendatangkan kematian. Keysha sengih, senyum sinis.
"Pardon?!" Eleana pandang senyuman Kie yang bermuslihat.
"Aku hantar kau dekat dengan Kio. Kirim salam kat dia k!" Kie tolak
bahu Eleana dengan jari telunjuknya sahaja. Eleana hilang
keseimbangan, jatuh mencebur ke bawah.
"Kie!" Ainul dan Rai pantas bangun, menghampiri Kie yang tengah lambai
Eleana yang dah selamat terapung dalam air. Eleana di bawah menjerit
memaki hamunnya. Beberapa orang rakan tingkatan mereka gelak sakan
tengok cara Eleana landing atas air. Takdanya orang mati jatuh dari
ketinggian 5 kaki, sama dengan tinggi dia je pun!
"Aku harap, biar dia tertelan siput sedut kat bawah tue. Jadi
takdaklah dia asyek memekak je." Rai dan Ainul gelak sakan tengok
Eleana yang dah basah kuyup. Padan muka! Kie ikut gelak sambil bagi
flying kiss kat Eleana. Kau patahkan hidung aku, nie balasannya! Gila
kejam kau Kie! Kie gelak setan dalam hati. Matanya beradu pandang
dengan mata Kio yang memandangnya dengan kerutan di dahi.
"Aku peliklah." Ainul yang dah kembali duduk tiba-tiba bersuara.
"Alah, biasalah tu. Tipikal cerita cinta orang melayu, mesti ada watak
ketiga yang lagi hot datang bagi warning kat heroin. Nak pelik
apanya?!" ujar Rai.
"Aku takdaknya nak pelikkan benda-benda macam tu. Kewujudan si Eleana
Cleopatra tu pun aku takdak terkejut mana."
"Owh! So, pasal apa?" Rai dan Kie saling berpandangan hairan.
"Should of known you was trouble from the first kiss, you had your
eyes wide open." Ainul nyanyi lagu Grenade perlahan.
"So, apa peliknya?!" Raid dan Kie tanya serentak. Tetiba nyanyi lagu
Bruno apa kes?!
"How's he know her eyes was open if his eyes closed?!" Ainul tanya dua
orang kawannya yang dah pasang muka bengang.
"Aku rasa, kau memang sesuai jadi Calleigh Malaya. Benda macam tu pun
kau terfikir." Rai tepuk bahu Ainul perlahan sambil geleng kepala.
Rasanya, Bruno pun tak terfikir benda tu time dia nyanyi lagu tu.
"One more. Sean Kingston and Fire Burning, Katy Perry and Fireworks,
Taio Cruz with Dynamite. Bruno with Grenade! Are they planning
something?!" muka Ainul serius bila cakap ayat tu.
"Planning what?!" Kie mula cuak tengok muka serius Ainul.
"Explosion maybe?!" Kie dan Rai tolak bahu Ainul sama-sama.
"Merapu!"
"Aku tolak kau ke bawah macam Eleana nak?!" Sesaat kemudian, tawa
mereka pecah lagi di situ. Ainul, aishxx! Macam-macam.
Malam terakhir..
"Guys! Singing jom!" Kio capai gitar abang Rai yang dia pinjam sebelum
ke camping tempoh hari. Pertolongan kedua yang dia maksudkan. Matanya
beradu mata dengan mata Rai yang bagi dia senyuman sokongan. Kie yang
tengah tunduk menguis unggun api kemudian jadi sasaran anak matanya.
"Sapa pernah baca novel Hlovate?! Tunas?!" Anie tanya rakan sekelasnya
yang sebahagiannya tengah kusyuk meratah ayam goreng.
"Aku!"
"Saya!"
"Me too!"
"Me three!"
"Set! Kita nyanyi lagu yang dorang nyanyi nak?! Kopitiam, Empty
Decoration?!" Anie bagi cadangan.
"Aku tak taulah lagu tu." Syiha budak Kelas Kio bersuara.
"Kita nyanyi Dynamite, Taio Cruz?!" Kio bagi cadangan.
"Setuju!!!!" Satu tingkatan sebulat suara. Suara Ainul paling kuat
sekali. Lagu favourite dia kan.
Kio senyum, bagi signal Wawe mula dulu. Wawe capai gitarnya, mula main
muzik Taio. Enra capai baldi dan ranting kayu, kononnya nak main drum.
"Boys!" Suara Kio kuat sambil mula petik gitar ikut muzik yang Wawe main.
"I came to dance, dance, dance, dance
I hit the floor
'Cause that's my, plans, plans, plans, plans
I'm wearing all my favorite
Brands, brands, brands, brands
Give me space for both my hands, hands, hands, hands
Ye, ye
Cause it goes on and on and on
And it goes on and on and on"
Serentak suara budak lelaki mula menyanyi. Macam lawak pun ada bila
ada dia antara mereka menekan perkataan di dalam lirik yang
berulang-ulang.
"Girls!" Kio bagi senyum tiga saat tuk Kie yang dah tertawa tengok
aksi budak-budak lelaki yang dah seronok menyanyi.
"I throw my hands up in the air sometimes
Saying Heyy Ohh!
Gotta let go!"
Budak perempuan angkat tangan ke udara, buat waving hands.
"I wanna celebrate and live my life
Saying Heyy Ohh!!
Baby, let's go!"
Budak lelaki sambung part seterusnya sambil waving hand juga kat budak
perempuan.
"And all!" Kio dan Wawe berbalas senyum.
"Cause we gon' rock this club
We gon' go all night
We gon' light it up
Like it's dynamite!
'Cause I told you once
Now I told you twice
We gon' light it up
Like it's dynamite!"
Kie senyum, semuanya nampak gembira. Seolah-olah terlupa akan SPM yang
datang sebulan lagi. Eleana pun di lihatnya sudah berperangai elok
sikit. Selepas insiden dia menolak Eleana jatuh ke air petang tadi,
gadis itu macam takut-takut dengannya. Hahahaha! Evil Keysha Iris!
"I came to move, move, move, move
Get out the way me and my crew, crew, crew, crew
I'm in the club so I'm gonna do, do, do, do
Just drop the phone, came here to do, do, do, do
Ye, ye
Cause it goes on and on and on
And it goes on and on and on"
Suara budak lelaki ambik tempat.
"I throw my hands up in the air sometimes
Saying Heyy Ohh!
Gotta let go!"
Rai peluk bahu Ainul, dan Ainul peluk bahu Kie. Tiga sekawan tersenyum gembira!
"I wanna celebrate and live my life
Saying Heyy Ohh!
Baby, let's go!"
Kio senyum tengok keakraban mereka bertiga. Akhirnya, dia dapat tengok
senyuman Kie. Manis macam gula-gula lollipop!
'Cause we gon' rock this club
We gon' go all night
We gon' light it up
Like it's dynamite!
'Cause I told you once
Now I told you twice
We gon' light it up
Like it's dynamite!"
Semua orang menyanyi dengan gembira. Lari dari kebiasaan.
"I'm gonna take it all like,
I'm gonna be the last one standing,
I'm alone and all I
I'm gonna be the last one landing"
Kio nyanyi solo. Eleana dan budak-budak kelas Kio tepuk tangan sambil
lambai tangan kat Kio.
"Cause I, I, I Believe it
And I, I, I
I just want it all, I just want it all
I'm gonna put my hands in the air
Hands in the air
Put your hands in the air"
Giliran Ainul nyanyi solo sambil tarik tangan Kie dan Rai ke udara.
Beberapa orang budak kelas mereka juga buat benda yang sama.
"I throw my hands up in the air sometimes
Saying Heyy Ohh!
Gotta let go!
I wanna celebrate and live my life
Saying Heyy Ohh!!
Baby, let's go!
'Cause we gon' rock this club
We gon' go all night
We gon' light it up
Like it's dynamite!
'Cause I told you once
Now I told you twice
We gon' light it up
Like it's dynamite!"
Serentak, mereka bertepuk tangan selesai menyanyikan lagu Taio.
Berpeluk bahu sesama mereka. Yes, kami akan menyinar macam Dynamite!
"Good Luck SPM guys!" Suara Jawar, ketua tingkatan kedengaran sebelum
dia di baling dengan tulang ayam oleh mereka yang lain.
"Spoiler.!!" Jawar pantas berlari bila Rai membuka langkah. Mereka
yang lain bangun mengejar Jawar dan Rai. Sebahagiannya beredar ke arah
meja barbeque.
"I love you voice Ain!" Kio duduk depan Ainul dan Kie. Ainul sengih
bila di puji sebelum bangun menuju ke meja barbeque bila Rai bagi
isyarat dari jauh suruh tinggalkan budak berdua itu.
"Firstly, Sorry. Really sorry." Redup mata Kio tengok Kie.
"Accepted!" Kie senyum. Dengan Kio, kan dia tak boleh marah lama-lama.
"Aku dengan Eleana.."
"Cuma sepupu!" Kie senyum. Balas senyum Kio yang melebar. Kio petik
gitar, menghasilkan irama yang buat Kie senyum. Perfect Two!
"You can be the peanut butter to my jelly
You can be the butterflies I feel in my belly
You can be the captain
And I can be your first mate
You can be the chills that I feel on our first date
You can be the heroin
And I can be your sidekick
You can be the tear That I cry if we ever split
You can be the rain from the cloud when it's stormin'
Or you can be the sun when it shines in the mornin'
Don't know if I could ever be Without you
Cause girl you complete me
And in time I know that we'll both see That we're all we need
Cause you're the apple to my pie
You're the straw to my berry
You're the smoke to my high
And you're the one I wanna marry
Cause you're the one for me (for me)
And I'm the one for you (for you)
You take the both of us (of us)
And we're the perfect two
We're the perfect two
We're the perfect two
Baby me and you
We're the perfect two
You can be the princess and I can be your prince
You can be the sweet tooth I can be the dentist
You can be the shoes and I can be the laces
You can be the heart that I spill on the pages
You can be the vodka and I can be the chaser
You can be the pencil and I can be the paper
You can be as cold as the winter weather
But I don't care as long as were together
Don't know if I could ever be
Without you 'cause girl you complete me
And in time I know that we'll both see
That we're all we need
Cause you're the apple to my pie
You're the straw to my berry
You're the smoke to my high
And you're the one I wanna marry
Cause your the one for me (for me)
And I'm the one for you (for you)
You take the both of us (of us)
And we're the perfect two
We're the perfect two
We're the perfect two
Baby me and you
We're the perfect two
You know that I'll never doubt ya
And you know that I think about ya
And you know I can't live without ya
I love the way that you smile
And maybe in just a while
I can see me walk down the aisle
Cause you're the apple to my pie
You're the straw to my berry
You're the smoke to my high
And you're the one I wanna marry
Cause your the one for me (for me)
And I'm the one for you (for u)
U take the both of us (of us)
And were the perfect two
Were the perfect two
Were the perfect two
Baby me and you
We're the perfect two(yeah, yeah)"
"Macho je kau nyanyi lagu perempuan eh?!" Kie gelak ayu bila Kio dah
stop nyanyi lagu Auburn.
"Nyanyi apa pun, aku memang macho!" Kio syok sendiri.
"Perasan!" 3 saat, tiada bicara antara mereka.
"I'm just 17 now. Can you wait for me?! Sampai aku berdiri di depan
kau, selayaknya lelaki yang boleh menjaga kau?!" Kio pandang mata Kie,
memecahkan kesunyian 3 saat antara mereka.
"Me too, I'm just 17. I have nothing! Kalau kau boleh tunggu aku,
berdiri di depan kau selayaknya perempuan yang boleh kau banggakan,
aku rasa aku boleh kot tunggu kau!" Kie tarik senyum lawan mata Kio.
"Deal! Lagi 8 tahun aku confess kat kau lagi? Okey?!" Kio senyum.
"Set! Tapi, the next time boleh tak kau confess kat tempat romantik sikit?!"
"Kenapa?! Library sekolah kita tak romantik ke?!" Kio gelak tengok
bibir Kie yang menjuih.
"Langsung tak!" Kie cebik bibir. Tapi di situlah banyak kenangan
indahnya terlakar. Cinta zaman sekolahnya yang pertama bermula di
situ. Bila tengok gelak Kio yang semakin melarat, Kie senyum juga
akhirnya. Dia, cinta pertama ku di zaman sekolah!
"Kau rasa, dorang tu betulkah couple?!" Ainul teguk air suam dalam
cawan plastik.
"Entah!" Rai duduk di kirinya sibuk meratah tulang ayam. Sedap!
"Kau rasa, posibble ke si perfect Tengku Kaif Illyas tu confess kat si
trouble maker Keysha Iris yang super duper clumsy tu?" Ainul capai
ayam goreng di pinggan Rai.
"Possible!" Suara Rai kedengaran lain. Mungkin sebab isi ayam penuh di
dalam mulut.
"Eh?!" Ainul gigit peha ayam itu perlahan.
"Keysha, dia uniK. Ada tarikannya yang tersendiri, yang tak ada dalam
diri orang lain" Suara Rai kedengaran lagi. Masih lain, takkan tak
abis lagi telan isi ayam tu. Ainul kalih ke tepi, ke kanannya.
"Crap! Kau rupanya!" Ainul urut dada yang terkejut tengok Eleana duduk
di sebelahnya. Rai di kirinya pun turut telopong tengok Eleana.
Lebih-lebih lagi bila dengar ayat yang baru di ucapkan okeh Eleana
tadi.
"I tought you love him. You always bring up the past between you and
him." Ainul pandang muka Eleana yang tengah sibuk menilik wajah Kie
dan Kio dari jauh.
"Yes, I do. But, he's didn't." Eleana senyum. Kalau Kaif bahagia
dengan Keysha, mengapa dia perlu sakitkan hati Kaif lagi?! Dia cuma
mahu lelaki itu bahagia.
"Oh! So?!" Rai rasa macam tengok Witch turn to Fairy!
"Just.. I'm not the one" Eleana bangun, tinggalkan mereka berdua.
"Aku rasa, kepalanya terhantuk kat batu tadi." Rai hantar langkah
Eleana dengan pandangan pelik.
"Takpun kepalanya masuk air banyak sangat." Giliran Ainul buat
andaian. Sesaat kemudian, pecah ketawa mereka berdua menarik perhatian
Kio dan Kie yang rancak bercerita.
Esok, mereka akan tinggalkan kenangan di Air terjun Mampir ini.
Kemudian, bila kembali semula ke rumah, mereka cuma ada sebulan
sebelum peperiksaan SPM bermula!
**************
"Keysha, aku rasa aku sayang kau." Kio tarik nafas, hembus perlahan.
Suasana bilik yang di penuhi bunga ros itu terasa sunyi, dingin.
"Aku pun. Rasa sayang kau juga." Kie turut tarik nafas. Menenteramkan
perasaannya yang bergelora. Letak kapal Titanic pun, belum tentu
selamat dengan gelora perasaannya.
"Jadi isteri aku?!" Kio telan air liur. Pertama kali propose anak dara orang.
"Ehh?!" Kie rasa dia tak salah dengar, tapi dia masih nak Kio ulang
ayat itu sekali lagi.
"Keysha.." Suara yang keluar dari mulut Kio kedengaran lain.
"Ya Kio." Tapi dia mengabaikannya. Mungkin kena throat infection kot tiba-tiba.
"Keysha.." Kenapa suara Kio semakin lain ni?! Macam suara..
"Keysha Iris!"
Kie pantas membuka matanya. Badannya di tegakkan. Matanya di tala ke
depan. Bulat matanya bila di sapa oleh satu pandangan dingin. Okey!
Aku tidur time kuliah lagi. Tiada Kio di USM ni, Kio di Germany. Tiada
bunga ros, even bunga plastik pun tiada. Yang ada, berpuluh pasang
mata yang tengah tengok aku kena sergah oleh pemilik mata Domentor di
depan aku nie.
"Kantoi!" Kie sengih, tarik senyum comel menentang panahan mata Dr.
Mahjana yang tajam, Lecture subjek Anatomy and Physiologynya.
Tolonglah, jangan sedut kegembiraanku, kebahagiaanku!
"Jumpa saya selepas kelas!" Keras suara Dr. Mahjana. Membuatkan
senyuman Kie mati tiba-tiba. Oh-My-God! Denda akan sentiasa mengikut
ku ke mana-mana pun. Menghapuskan semua kebahagiaan dan kegembiraanku
yang bersisa.
Kio.!!! Tolonglah pinang aku cepat-cepat!!!