Friday, June 10, 2011

Story Time!!

Ku bawa memori itu

TAHUN ITU : 1997

"Alisya! Ijam! Cepat sikit. Pak Hussien dah lama tunggu kamu berdua." Jerit
Puan Mariana.
"Kamu berdua ni, kalau sorang lambat, dua-dua lambat." Mereka tersenyum
mendengar bebelan Puan Mariana.
Pak Hussien memberhentikan kereta di hadapan pagar sekolah. Setelah
mengucapkan terima kasih, mereka berjalan beriringan masuk ke kawasan
sekolah. Apabila loceng persekolahan bermula, mereka berpisah menuju ke
kelas masing-masing. Alisya ke kelas 2 Anggerik manakala Ijam menuju ke
kelas 3 Anggerik. Waktu persekolahan berjalan seperti biasa.
Tamat waktu persekolahan, berpusu-pusu pelajar keluar dari kelas menuju ke
pintu pagar sekolah. Seperti selalu, Alisya dan Ijam menunggu di tempat
biasa. Jam di tangan sudah menunjukkan 2.40 petang. Alisya mula gelisah.
"Abang Ijam, mana Pak Hussien ni?"
"Alisya ni macam tak biasa pulak. Kejap lagi sampailah tu." Ujar Ijam
menenangkan Alisya.
Sementara menunggu ketibaan Pak Hussien, mereka bermain teka-teki.
"Seekor lembu menghadap utara, kemudian pusing ke kanan 180 darjah, kemudian
270 darjah ke kiri. Ke arah mana lembu itu menghadap sekarang?"
"Ala...itu teka-teki ke, soalan matematik?" Alisya tak puas hati dengan
teka-teki yang diberi Ijam.
"Eh...teka-tekilah."
"Ish...susahnyer teka-teki tu. Erm.....ke selatan kot?"
"Tak...." Ijam menggeleng
"Jap yer....kalau ke kanan 180, ke kiri 270...ke belakang" Alisya meneka
lagi.
"Tak jugak....." Ketawa Ijam melihat telatah Alisya mencari jawapan.
"Habis tu apa? semuanya bukan."
"Ntah...Alisya carilah sampai dapat"
Geram Alisya mendengarnya. Dahlah bagi teka-teki yang susah, pastu tak nak
bagi jawapan.
"Dapat tak Cik Alisya?" Ijam mengusiknya. Muka Ijam dipandang.
"Dapat....lembu tu sekarang menghadap abang Ijam"
Ketawa besar Ijam dibuatnya mendengar jawapan Alisya. Lagi panas hati Alisya
melihat Ijam ketawa.
"Maknanya, lembu tu Alisyalah yer. Sebab yang duduk kat depan abang Ijam
sekarang adalah Alisya...." Alisya memukul lengan Ijam. Namun Ijam tak
berhenti ketawa. Bengang betul aku ngan mamat sekor ni. Ada yang kene tembak
ni. Melihatkan Alisya sudah menarik muka masamnya, barulah Ijam berhenti
ketawa.
"Alisya..." Diam.
"Merajuk pulak dah. Habislah aku." Usik Ijam lagi. Namun sepi jugak.
Ijam menoleh. Alisya memalingkan mukanya. Diam membisu. Tiba-tiba......
"Alamak!"
Belum sempat nak bagitau Ijam, Remy and the geng dah menghampirinya. Ijam
menoleh ke belakang.
"Hai Alisya, kau tunggu sape? Jomlah balik ngan aku"
"Kau ni Remy, tak nampak ke "bodyguard" dia ada kat sebelah tu. Tak
pasal-pasal lebam biji mata kau nanti." Ketawa Remy mendengar usikan
kengkawannya.
Ijam buat tak tahu dengan apa yang dikatakan oleh mereka. Kalau dilayan
nanti, makin menjadi-jadi.
"Janganlah jual mahal. Nanti sampai ke tua tak de orang nak." Kata-kata Remy
itu menjengkelkannya.
Alisya menarik tangan Ijam ke tepi menyebabkan Ijam terkebelakang. Ijam
berasa kurang senang dengan tindakan Alisya. Tetapi Alisya memberi isyarat
agar tidak masuk campur . Dia tidak mahu Ijam terlibat sama.
"Oit Remy!..mulut kau memang takde insurans ye." Remy tersenyum sinis. Sakit
hati ALisya melihat senyuman sinisnya itu.
"Siapa suruh kau buang surat yang aku kasi tu" Remy tetap tidak mahu
mengalah.
"Surat kata kau. Kalau kau bagi kat perempuan gila pun belum tentu dia nak
baca. Macam budak sekolah rendah nak bagi surat." Giliran Alisya pula
memerlinya.
"Kau memang tak sayang mulut. Budak ego." Tangannya ringan nak melempang
Remy. Kurang ajar mamat ni. Namun Ijam sempat menahan tangannya dari singgah
kat pipi Remy.
"Woi Ijam! Tak payah nak tunjuk herolah. Kalau kau berani, jomlah kita
tengok siapa betul-betul hero." Kawan-kawan Remy menjadi batu api melagakan
mereka berdua. Ijam memusingkan badannya tetapi dihalang oleh Alisya.
"Alisya, dia lelaki...." Belum sempat nak menghabiskan ayatnya, Remy menarik
kolar bajunya menyebabkan Ijam terpusing ke hadapan dan ketika itu tumbukan
Remy kena ke mukanya. Hampir terjatuh dibuatnya. Dia cuba berbuat baik namun
Remy tetap dengan kekasarannya. Budak lelaki mana yang suka dirinya
diperlekehkan. Pergelutan berlaku. Alisya cuba meleraikannya, namun tidak
termampu kudratnya melawan kekerasan kedua-dua lelaki itu.
Melihatkan Remy seperti tidak bermaya, kawan-kawannya mula campur tangan.
Air matanya mula bergenang melihat Ijam dibelasah. Sesungguhnya Allah itu
Maha Mengasihani. Ketibaan Pak Hussien membuatkan Remy and the geng lari
lintang-pukang.
"Woi! Kecik-kecik dah nak tunjuk samseng." Jerit Pak Hussien. Alisya segera
mendapatkan Ijam.
"Ya Allah, apa dah jadi ni Alisya, Ijam?"
Pak Hussien memapah Ijam menuju ke kereta sambil dibantu oleh Alisya. Ijam
dibawa ke klinik. Mujur tak luka teruk.
Tiba di rumah, Puan Mariana terperanjat melihat Ijam bertampal di dahi dan
di tangan. Dia memanggil Maksu Timah.
"Apa dah jadi ni Ijam? Dengan siapa kau bergaduh ni?" Melihatkan Ijam
teragak-agak nak menjawab, lantas Alisya menceritakan segalanya.

***************************************************

Usai menunaikan solat Zohor, Alisya turun menuju ke dapur.
"Maksu Timah nak ke mana?"
"Kalau dah anaknya sakit, takkanlah nak biarkannya tak makan, Alisya."
Alisya tersenyum.
"Tak apalah Maksu Timah, biar saya je yang bawa ke bilik abang Ijam."
"Tak payahlah Alisya." Maksu Timah segan.
"Bukannya saya merangkak pun, Maksu Timah ni." Alisya membawanya ke bilik
Ijam.
"Boleh masuk?" Ijam tersenyum menganggukkan kepalanya.
"Mmmm...sedapnya bau."
"Biasalah, lauk orang sakit memang sedap. Orang sakit kena makan makanan
yang berkhasiat, barulah cepat sembuh. Ops, lupa pulak...jangan takut makan
ubat."
"Alisya..." Alisya senyum mengejek. Bukan dia tak tahu, satu kelemahan Ijam
ialah makan ubat.
"Baiklah, saya dengar semua nasihat doktor Alisya." Ijam terseyum nakal.
Dia makan dengan berselera. Tanpa disedarinya, Alisya memerhatikan saja
telatah Ijam makan. Jauh di sudut hatinya tersentuh dengan apa yang
dilakukan oleh Ijam untuk dirinya. Beruntung rasanya mendapat seorang abang
yang amat menyayangi dirinya, walaupun Ijam bukanlah abang kandungnya.
Hatinya berkata : ~Macam manalah andai satu hari nanti dia terpaksa berpisah
dengan Ijam~...
"Alisya...Alisya..."
"Yup..err...dah habis makan?" Jawabnya sedikit gugup.
"Hai..merenung jauh nampak adik abang ni. Teringatkan Remy ke?"
"Mengarut je. Mana ada."
"Mana tau. Dalam diam-diam."
"Orang tak dengarlah." Alisya tetap tak mahu mengalah. Walaupun malu
sebenarnya. Ijam mengalah.
"Apalagi...makanlah ubat tu. Takut ke?"
"Tak payah boleh tak?"
"Eh..eh..kalau tak makan ubat, macam mane nak baik. Abang Ijamkan hero idola
Alisya. Takkan makan ubat pun takut."
Berbagai alasan diberi asalkan ubat tu tak masuk ke mulutnya. Namun akhirnya
dia mengalah dek ugutan Alisya. Ubat itu ditelan jua.
"Yek...pahit..." Alisya ketawa melihat mimik muka Ijam selepas menelan ubat
tu. Ijam bengang tengok Alisya mentertawakannya. Namun Alisya terus ketawa.
"Habis dah, ketawakan abang Ijam.."
"Kenapa..nak suruh Alisya ketawa lagi ke?" Nakal. Suara hatinya berkata.
"Alisya, boleh abang tanya sikit?"
"Banyak pun boleh."
"Tadi Remy ada sebut pasal surat. Dia tulis apa kat surat tu?" Dia
berkira-kira sama ada nak bagitau Ijam atau tak. Kalau \'orang tua\' ni tau,
confirm aku kene gelak sakan.
"Kalau tak nak cerita, tak pe." Ijam buat-buat merajuk.
"Dengan syarat..." Ijam memandang ke arahnya.
"Jangan ketawakan Alisya." Ijam mengangkat tangan sebagai isyarat yang dia
tak akan ketawa walaupun hakikatnya dia akan ketawa juga. Dari A hingga Z,
Alisya bercerita tentang isi surat tu. Seboleh-bolehnya Ijam menahan ketawa,
tapi tak boleh jugak. Sudahnya terkeluar juga ketawanya. Kan, aku dah agak,
tak boleh pakai janji mamat ni. Getus Alisya geram.
"Ada peminat rupanya adik abang ni." Melihat muka Alisya yang masam Ijam
berhenti ketawa.
"Janganlah merajuk lagi. Penat abang Ijam nak pujuk."
"Taklah...ketawalah sampai keluar anak tekak tu."
"Betul Alisya suruh abang Ijam ketawa lagi..." Ijam mengajuk kembali ayat
Alisya mengusiknya tadi. Alisya melemparkan bantal kecil yang berada di
sebelahnya ke muka Ijam. Namun Ijam sempat mengelak. Mula-mula nak merajuk
balik, tapi bila dengar Ijam ketawa, dia pun turut sama ketawa.
"Dahlah, lagi lama Alisya kat bilik ni, lagi gila dibuatnya."
"Eleh...gila-gila pun, orang kat bilik ni juga yang Alisya cari." Alisya
menjelirkan lidahnya. Perasan.
Alisya berhenti di pintu dan menoleh ke arah Ijam.
"Kenapa?"
"Thank\'s, tolong Alisya tadi."
Ijam tersenyum dan menganggukkan kepalanya.

*******************************************

2 TAHUN KEMUDIAN.....

Hari ini merupakan hari terakhir bagi semua pelajar tingkatan 4 Sains untuk
menghantar kertas kerja Biologi. Suasana di kelas Sains 1 agak riuh.
Rata-rata pelajar sibuk menyemak kerja-kerja akhir agar tiada yang
tertinggal termasuklah Alisya. Kalau tak, markahnya akan ditolak. Alisya
bergegas menuju ke bilik guru. Dalam berlari-lari menaiki anak tangga, entah
macam mana agaknya kaki kanannya tergelincir. Menyebabkan badannya tersadung
ke hadapan. Nasibnya agak baik kerana tangannya sempat disambut seorang
pelajar yang kebetulan sedang menuruni tangga. Alisya tergamam dengan
insiden itu.
"Awak ok?" Pelajar itu bertanya selepas melepaskan pegangan tangannya.
"Errrr..ok." Alisya berasa malu yang teramat sangat lalu bergegas
meninggalkan pelajar itu. Iqbal hanya memandang dan tersenyum melihat
gelagat pelajar perempuan tadi.

************************************************

Entah kenapa hari ini pula Puan Marlisa mahu kelas Sains 1 dan Sains 2
digabungkan untuk projek amali kimia. Alisya dan Tasya melangkah masuk ke
dalam makmal yang dimaksudkan oleh Puan Marlisa. Mereka memilih "port" yang
baik punya. Sengaja mereka memilih tempat di situ, kerana kedudukannya yang
betul-betul di bawah kipas. Ketika sedang mengeluarkan buku nota kimianya,
mata Alisya tertumpu kepada seorang budak lelaki yang sebaris dengannya.
Macam pernah tengok je mamat ni, tapi kat mana yer....Ligat otaknya
berfikir. Oppss...budak ni rupanya.
"Kau kenapa Alisya?" Tasya menyoalnya.
"Kalau kau nak tahu Tasya, tulah budak yang tolong aku masa kat tangga
tadi."
"Ooooo...ye ke..."
Belum sempat nak suruh Irwan panggilkan, Puan Marlisa sudah masuk ke makmal.
Batal program aku. Alisya tidak dapat menumpukan perhatiannya pada
pembelajarannya. Rasa bersalah menyelubungi dirinya. Tasya menyiku Alisya
setelah melihat gadis itu seakan berkhayal.
Tamat waktu Kimia, Alisya mengambil kesempatan untuk berjumpa pelajar
tersebut.
"Err...awak.." Pelajar itu menoleh.
"Awak ni kan...yang tolong saya masa kat tangga tengahari tadi?" Tanya
Alisya sedikit gugup. Pelajar itu tersenyum dan menganggukkan kepalanya.
Fuh..nasib baik tak salah orang.
"Saya Alisya, awak?"
"Adam Iqbal, panggil Iqbal je."
"Thank\'s ye pasal tadi. Kalau Iqbal tak tolong, mesti saya kat hospital
sekarang."
"Perkara kecil je tu. Kebetulan saya lalu masa tu. Alisya kelas Sains 1 yer,
kelas budak pandai?" Iqbal bertanya.
"Alah..sama je."
Di hujung luar pintu makmal, Tasya kelihatan gelisah. Dia dapat merasakan
kelewatan untuk masuk kelas Mr.Chan. Ada yang kena berdiri luar kelas ni.
Tasya menggerutu sendirian di dalam hati.
"Alisya...!" Jeritnya sambil menunjukkan jam di tangannya sebagai isyarat
dah lewat.
Alisya melambaikan tangannya.
"Dia my bestfriend, Tasya. Mmmm..oklah. Rasanya dah lewat ni nak masuk kelas
Mr.Chan. Faham-faham jelah. Kita jumpa lagi yer." Perbualan singkat mereka
terhenti di situ. Alisya dan Iqbal melangkah menuju ke kelas masing-masing.
"Kalau kena berdiri kat luar kelas, kau belanja aku KFC." Tasya mengenakan
syarat atas kelewatannya. Alisya hanya tersenyum mendengar bebelan Tasya.

***************************************************

Udara pagi di tasik Desa Meranti terasa nyaman. Ijam dan Alisya mengorak
langkah menyusur laluan yang sememangnya disediakan sebagai kemudahan untuk
joging di sekitar tasik itu. Matahari sudah mula menampakkan dirinya dan
mula menyebarkan cahayanya ke segenap ruang.
"Fuh...penatlah kalau dah lama tak joging." Keluh Alisya kepenatan.
"Abang Ijam biasa je."
"Amboi berlagaknya ayat. Kita \'stop\' kat sini jelah." Ijam akur dengan
permintaan Alisya. Mereka memilih kerusi kosong untuk meredakan kepenatan.
"Lepas ni nak sambung lagi tak?"
"Wooo...surrender. Silap-silap pengsan kat tengah jalan nanti."
"Lagi bagus. Nanti abang Ijam boleh tolong angkatkan." Ijam mengusik.
"Gatal." Jerit Alisya sambil mencubit lengan Ijam.
Disebabkan Alisya yang \'surrender\' awal, jadi dia di suruh oleh Ijam untuk
membeli sarapan.
"Huh...tak pe. Kali ni abang Ijam menang, lainkali jangan harap."
"Kot ada lainkali tu cik Alisya." Alisya sempat menjelirkan lidahnya ke arah
Ijam sebelum beredar.
Sementara menanti Alisya, Ijam menjadi pemerhati setia gelagat pengunjung di
tasik itu. Anak matanya terhenti di hujung tasik. Kelihatan sebuah keluarga
sedang menikmati sarapan bersama. Jauh di sudut hatinya, tersentuh melihat
adegan itu. 10 tahun yang lalu, ayahnya pergi ke bandar dengan niat untuk
mencari pekerjaan. Setelah beberapa bulan menanti, ayahnya tidak pulang
sehinggalah ke hari ini. Tiada khabar berita tentang ayahnya sehingga kini.
Takdir telah menentukan segalanya. Ibunya terpaksa mencari rezeki untuk
menampung perbelanjaan mereka berdua. Sesungguhnya Allah itu Maha
Mengasihani, ibunya telah mendapat kerja sebagai orang gaji di rumah Tuan
Harris, iaitu ayah Alisya. Tanpa perbezaan darjat, Tuan Harris dan Puan
Mariana menganggap mereka berdua seperti saudara sendiri.
Tanpa disedari oleh Ijam, Alisya sudah lama berada di sisinya. Melihatkan
airmata Ijam yang mengalir, dia membiarkan saja sehinggalah Ijam sendiri
yang menyedari kehadirannya. Tangannya menyeka airmata agar Alisya tidak
perasan. Alisya menghulurkan minuman yang dibelinya tadi.
"Tasya pernah bercerita dengan Alisya, kalau kita ada masalah...kita jangan
pendam seorang diri. Kita kena kongsi dengan orang yang kita percayai. Kalau
tak, hati kita akan sentiasa terbeban dengan apa yang kita pendamkan."
Alisya bersuara, cuba menyelami apa sebenarnya yang menyebabkan lelaki ini
menangis. Selama dia mengenali Ijam, tak pernah rasanya melihat Ijam
menangis tapi tak tau pula kalau di belakangnya.
"Alisya ni, abang Ijam oklah." Ijam menafikannya.
"Bukannya baru semalam Alisya kenal abang Ijam, dah hampir 10 tahun. Bak
kata orang, dah cukup lama untuk kita mengenal hati budi orang tu. Salah ke
kalau seorang adik nak ambil berat pasal abangnya, Encik Mohd Izham
Iskandar?"
Angguk pun tidak, geleng pun tidak. Selama ini Tuan Harris sekeluarga dah
banyak membantunya. Tapi sampai bila dia dan ibunya harus menumpang ehsan
dari mereka.
"Kadang-kadang abang Ijam cemburu melihat orang lain ada ayah. Dah lama
perkataan ayah itu tidak keluar dari mulut ni, Alisya....Entahlah."
Bercerita tentang ayah, hatinya mudah tersentuh. Mudah menjadi sebak. Beban
cinta terhadap ayahnya amat berat ditanggung.
"Alisya tahu beban yang abang Ijam tanggung. Tapi apa yang boleh Alisya
katakan, pasti satu hari nanti abang Ijam akan bertemu juga dengan ayah.
Kita sebagai manusia hanya berusaha dan berdoa agar apa yang kita inginkan
akan termakbul oleh-NYA." Alisya cuba memujuk.
"Tapi bila?"
"Abang Ijam yang Alisya kenal, tak pernal kenal erti putus asa. Tak macam
ni. Perjalanan kita masih panjang lagi. Kita takkan tahu apa yang akan
berlaku di masa akan datang. Alisya sendiri pun tidak pasti apa yang akan
berlaku dalam diri Alisya di masa akan datang. Abang Ijam kena berani dan
sabar menghadapi ujian ini. Janganlah macam ni." Ijam hanya senyap mendengar
apa yang diperkatakan oleh Alisya.
"Janganlah macam ni. Abang Ijam kan hero idola Alisya." Alisya cuba
mengembalikan senyuman di wajah Ijam. Dia tak mahu Ijam bersedih. Ijam
mengeluh perlahan.
"Betul cakap Alisya. Mungkin satu hari nanti, siapa tahu abang Ijam akan
bertemu dengan ayah." Alisya tersenyum melihat Ijam.
"Yes...macam tulah hero idola Alisya."
"Thank\'s Alisya."
"Eh..salahlah, Doktor Alisya."
Ijam ketawa mendengar Alisya menggelar dirinya doktor Alisya. Begitu juga
Alisya. Siapalah yang dapat menentukan apa yang akan berlaku di masa akan
datang melainkan Allah Yang Maha Esa.

*******************************************

27 JULAI 1999 - Birthday Aliyatul Alisya

Hari ni aku kena keluar dengan Iqbal. Gulp. Biar betul. Ni semua abang Ijam
punya pasal. Gara-gara nak bertaruh main teka-teki, akhirnya aku kalah lagi.
Dahlah teka-teki 2 tahun lepas aku tak boleh nak jawab, ni kan nak jawab
teka-teki baru. Huh..pertaruhannya nyer pulak, siapa yang kalah akan keluar
dengan orang pilihan si menang. Jadi, si kalahnya aku, si menangnya abang
Ijam dan si pilihannya ialah Adam Iqbal. Adush....Lepas ni taubat aku tak
nak bertaruh lagi apatah dengan abang Ijam. Nak pergi ke tak
nak........Abang Ijam pagi-pagi dah keluar. Nak ajak Tasya, dia balik
kampung pulak. Terpaksalah pergi seorang diri.
Mana pulak mamat ni. Janji kat sini pukul 11.00, ni dah 11.30. Alisya masih
setia menunggu. Tiba-tiba seorang budak perempuan mencuit lengannya. Huh
semangat....sape pulak budak ni.
"Nama akak ni Alisya kan?"
"Err..ya..tapi adik ni siapa?" Kalut aku sekejap.
"Tadi masa saya lalu kat kedai depan tu, ada orang minta saya bagi kad ni
kat akak." Kad itu bertukar tangan.
"Boleh akak tahu siapa orang tu?" Budak itu hanya menjungkitkan bahunya
sebagai tanda yang dia tak tahu. Kemudian dia berlalu pergi meningggalkan
Alisya tertanya-tanya. Pelik bin ajaib. Kad itu dibuka.......

Dear Aliyatul Alisya,
Happy birthday. May Allah Bless You. Jumpa kat tempat lepak biasa.

Hampeh...ayat terakhir tu aku tahu siapa punya keje. Siapa lagi kalau bukan
abang Ijam. Dia je yang suka guna ayat tu "jumpa kat tempat lepak biasa."
Kakinya melangkah masuk ke cafe. Serentak itu lagu Happy Birthday bergema.
Alisya tercegat. Untuk aku ke. Seorang budak perempuan membawa kek menuju ke
arahnya. Eh...budak ni...
"Happy birthday kak Alisya"
"Happy birthday Aliyatul Alisya."
"Kau..Iqbal.." Iqbal tersenyum melihat Alisya yang semakin pelik wajahnya.
"Happy birthday my lovely friend." Tasya menghadiahkan ciuman di pipiku.
"Ohhh..balik kampung konon."
Selang beberapa minit, Ijam menghampirinya dengan sejambak bunga.
"Happy birthday my naughty sweetheart." Jambangan bunga bertukar tangan.
"Tak guna punya orang. Dalam diam-diam buat surprise."
"Kalau Alisya tahu, bukan surprise namanya."
"Jahat tau." Alisya mencubit lengan Ijam.
"Jahat-jahat pun, sayangkan.."
"Uwek..." Iqbal dan Tasya ketawa melihat gelagat mereka berdua. Tak sah
kalau tak bertekak.
Ni semua rancangan Ijam termasuk Iqbal dan Tasya. Eh..ada lagi sorang,
Amylia anak buah Iqbal. Dalam diam hatinya berdetik. Thank\'s abang
Ijam...you are always in my heart.

*************************************************

"Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Pengumuman ini ditujukan kepada
Aliyatul Alisya Binti Harris, pelajar 4 Sains dan Mohd Izham Iskandar Bin
Amin pelajar 5 Kejuruteraan Awam, sila hadirkan diri anda ke bilik pengetua
dengan kadar segera. Sekian harap maklum."
Semua mata tertumpu ke arah Alisya. Terasa tiba-tiba jantungnya berdegup
kencang. Kenapa pulak ni. Begitu juga Ijam.
"Glamour nampak. Macam kat SOGO lak." Lan di sebelahnya mengusik.
"Kau kene \'tangkap basah\' dengan adik kau ke?" Anisah yang duduk di
belakangnya mencelah.
"Eh..shhh...cuak aku ni." Lan cuba menenangkannya. Setelah kebenaran di
minta dari Puan Yoh, Ijam melangkah ke bilik pengetua. Kelihatan Alisya
sudah sampai dahulu darinya. Sempat dia mencuit Alisya.
"Kenapa cikgu panggil kita?"
"Alisya pun tak tau kenapa."
"Bukan paklong ke tu. Bila masa pulak dia balik Malaysia?" Matanya memandang
lelaki yang keluar dari bilik pengetua itu.
"Paklong...bila balik sini?" Alisya bersuara sambil menyalam tangan orang
tua itu. Begitu juga Ijam. Namun ada riak sedih di sebalik wajah garang
paklongnya itu. Tuan Imran memandang anak saudaranya itu. Timbul rasa
simpati di hati. Bagaimana agaknya reaksi anak ini apabila mendengar berita
sedih yang akan disampaikan.
"Anything happen?" Alisya bertanya. Cemas. Dari wajah Tuan Imran, Ijam
seperti sudah dapat menjangkakan apa yang telah berlaku. Namun dia berdiam
sahaja.
Tuan Imran memegang bahu Alisya perlahan.
"Alisya..dengar baik-baik ye nak, apa yang paklong cakapkan ni. Papa dan
mama kemalangan dan mereka........dah meninggal dunia." Airmata Alisya
mengalir laju. Tak mungkin.
"Paklong jangan bergurau dengan Alisya." Dia menidakkan berita yang
didengarinya.
"Benda kematian ni bukan boleh dibuat bergurau Alisya. Papa dan mama kamu
sudah meninggal." Gementar lututnya taktala mendengar pengakuan kedua
paklongnya itu. Ini kenyataan. Hampir rebah Alisya, namun tubuhnya sempat
disambut oleh Ijam. Dia menangis di bahu Ijam.
"Abang Ijam.....betul ke apa yang Alisya dengar."
"Betul Alisya." Semakin berterusan dia menangis. Ijam dan Tuan Imran memujuk
agar bersabar menerima kenyataan ini.
"Ini semua ujian Allah nak. Banyak-banyak bersabar."

**********************************************

Perkarangan rumahnya sudah dipenuhi dengan kereta. Rata-ratanya adalah
saudara dan sahabat kedua-dua arwah. Apabila kakinya melangkah masuk,
maklong terus menerpa ke arahnya. Dia terus memeluk maklong dan menangis.
"Bawa bersabar nak."
Maksu Timah mengusap belakang Alisya. Kasihan dia melihat anak itu hilang
tempat bermanja. Tidak dapat dibayangkan oleh Ijam, wajah yang selalu ceria
kini bertukar watak. Menjadi seorang yang menanggung kesedihan yang teramat
sangat. Setelah menukar baju dan mengambil wudhu, Alisya duduk di tepi
jenazah orang tuanya untuk membaca Yassin. Begitu juga Ijam.
Satu-persatu airmata Alisya gugur menitis jatuh ke atas kitab Yassin yang
dibaca. Selang beberapa ketika, kelihatan gadis itu menyapu airmatanya.
"Kuatkan semangat Alisya. Tak baik menangis. Nanti mereka lagi terseksa."
Ijam berbisik ke telinga Alisya. Dengan perlahan dia mengangguk. Bacaan
Yassin diteruskan sehinggalah tiba masa untuk disembahyangkan.
Tiba waktu dikebumikan, Alisya berdoa agar diberikan ketabahan untuk
merelakan mereka pergi meninggalkannya buat selama-lamanya. Ya Allah,
berikanlah hambamu ini kekuatan dalam menghadapi dugaan yang berat ini.
"Kita pulang yer Alisya. Dah lama Alisya duduk kat sini. Paklong pun dah
lama menunggu tu." Pujuk Ijam perlahan. Alisya bangun dan terus menuju ke
kereta. Diam seribu bahasa. Ijam mengekori dari belakang. Dia tahu, Alisya
masih dalam keadaan terperanjat mendengar berita kematian papa dan mamanya.
Suasana di rumah itu sunyi. Tidak seperti dulu. Tiada lagi kedengaran suara
mamanya memanggilnya makan, tiada lagi kelihatan papanya membaca akhbar di
kerusi rotan malasnya. Semuanya tiada lagi. Semenjak pulang dari tanah
perkuburan, Alisya mengunci dirinya di dalam bilik. Frame gambar ditangannya
direnung lama. Setitis demi setitis air matanya mengalir membasahi pipinya.
Dia seperti tidak percaya, dua insan yang amat disayanginya pergi menyahut
seruan Ilahi. Kini, semua itu tinggal kenangan. Kenangan yang tidak akan
luput dari minda dan sanubarinya.
Alisya seperti dapat merasakan ada orang di pintu biliknya. Dia tahu siapa.
Namun dia tak mahu diganggu buat masa ini.
"Please abang Ijam...leave me alone. Alisya tak nak diganggu." Mendengar apa
yang dikatakan oleh Alisya, Ijam menutup kembali pintu bilik itu. Dia agak
tersinggung dengan kata-kata Alisya, namun dia memahami situasi Alisya.
"Alisya macam mana Ijam?" Tuan Imran bertanya.
"Dia masih lagi macam tadi. Mungkin kejap lagi eloklah tu." Ijam memberi
alasan.
Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 1.30 malam. Perutnya sudah mula
berbunyi. Semenjak siang tadi, dia tidak menjamah apa-apa. Dengan perlahan,
Alisya keluar dari biliknya. Sunyi. Dilihat bilik Ijam masih terang lantas
dia mengetuk bilik itu.
"Alisya.....kenapa?"
"Alisya lapar. Temankan Alisya makan."
"Jom."
Selesai makan, Ijam menghantar Alisya ke bilik. Tetapi Alisya terus menuju
ke balkoni rumah itu. Ijam menuruti saja langkah Alisya.
"Abang Ijam....Alisya minta maaf pasal tadi. Alisya tak patut cakap macam tu
kat abang Ijam." "Mula-mula memang abang Ijam terasa sebab Alisya tak pernah
macam tu. Tapi sekarang tak lagi."
"Kenapa?" Pelik.
"Sebab sekarang Alisya dah bercakap dengan abang Ijam." Ada garis senyum di
wajah Alisya.
"Alisya sedihlah."
"Alisya.....jangan macam ni. Alisya kena banyak bersabar dan berdoa. Allah
lebih menyayangi mereka. Yang pergi tetap pergi. Kehidupan tetap kita kene
teruskan. Kita kena ingat, semuanya telah ditentukan. Kita kena redha dengan
takdir Allah. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya."
"Alisya akan cuba abang Ijam....thank\'s for support me. Alisya sayang abang
Ijam."
"Abang Ijam pun sayang Alisya jugak." Ijam mengenyitkan matanya kepada
Alisya. Seperti biasa, ejekan yang diterima. Alisya bersyukur kerana masih
mempunyai insan tempat untuk dia meluahkan rasa sedihnya.

***************************************************

"Alisya macam mana?" Lan bertanya tentang Alisya kepada Ijam. Kalau Ijam
pindah sekolah, Alisya macam mana pulak. Agak lama Ijam terdiam setelah
mendengar soalan Lan. Dengan perlahan dia menjawab.
"Dia....ikut paklong balik UK. Duduk kat sana. Lagipun kat sini dia takde
sesiapa."
"Maksud kau, dia bermastautin kat sana." Ijam mengangguk.
Ijam dipandang sepi. Lan memahami perasaan kawannya itu. Hati siapa yang tak
sedih, apabila orang yang sentiasa bersama kita akan pergi jauh.
Seperti biasa Ijam dan Alisya menanti kedatangan Pak Hussien. Masing-masing
diam seribu bahasa melayani fikiran sendiri. Di saat akhir-akhir begini
bagaikan sukar untuk berkata-kata.
"Abang Ijam, tak sangkakan begitu besar dugaan yang Alisya hadapi. Mula-mula
alisya kehilangan papa dan mama. Sekarang Alisya akan pergi jauh
meninggalkan abang Ijam."
"Alisya...setiap dugaan yang diturunkan kepada kita, Allah dah tentukan. Dia
Maha Mengetahui keupayaan setiap insan dalam menghadapi dugaan yang
diberikan. Yang penting Alisya kene kuat menghadapinya. Jangan sebab
kehilangan ini, Alisya patah semangat. Ingat tak, dulu kat tasik Alisya
pernah cakap kat abang Ijam. Perjalanan kita masih jauh. Kita tak tau apa
yang akan berlaku pada kita di masa hadapan, yang penting kita kena berani
dan sabar. Ingat tak ayat tu?"
"Ingat...tapi terasa peritnya bila kita menghadapi kehilangan itu." Ijam
menoleh ke arah Alisya.
"Hanya orang yang menghadapinya akan memahami erti keperitan itu." Alisya
tersenyum dalam sedu.
"Abang Ijam ingat tak kes Remy dulu. Di tempat inilah kejadian tu berlaku.
Alisya takkan lupa."
"Mana boleh lupa. Habis abang Ijam dibelasahnya. Tapi kalau kengkawan dia
tak masuk campur confirm abang Ijam menang. Betul tak Alisya?"
"Abang Ijam kan hero idola Alisya." Mereka ketawa, seakan mengetahui ini
adalah hari-hari terakhir mereka bersama.

***************************************************

Semenjak pemergian Tuan Harris dan Puan Mariana, Maksu Timah dan Ijam tidak
lagi tinggal di situ. Mereka mengambil keputusan untuk pulang ke kampung.
Alisya pula akan tinggal bersama paklong di UK. Tiada siapa lagi yang akan
tinggal di banglo permata milik arwah tuan Harris. Banglo yang dulunya
sentiasa penuh dengan keceriaan dan gelak tawa, kini hanya sunyi dan sepi.
Semua yang berlalu itu hanya tinggal sebagai kenangan yang tidak akan luput
diingatan.
Di hari terakhir Maksu Timah dan Ijam meninggalkan banglo itu, hanya air
mata yang mengiringi perpisahan.
"Alisya...jaga diri baik-baik ye nak di tempat orang. Banyakkan bersabar.
Ini semua dugaan. Mungkin ada hikmah disebaliknya." Alisya tidak dapat
menahan kesedihannya, lantas memeluk Maksu Timah dengat erat. Esakannya
semakin kuat. Maksu Timah mencium dahi dan pipi Alisya. Anak itu sudah
dianggap seperti anaknya sendiri. Tiada bezanya.
Saat berhadapan dengan Ijam, hatinya semakin meronta. Galak airmatanya
mengalir. Insan yang sentiasa berada di sisinya saat suka dan duka, insan
yang banyak melayani kerenahnya, insan yang banyak berkorban untuk
dirinya...hanya dia insan itu...Mohd Izham Iskandar.
Hati Alisya sebak sehingga tidak dapat menuturkan kata-kata. Ijam hanya
tersenyum. Tetapi pilu di hatinya hanya Allah yang tahu. Ijam mesti kuatkan
semangat agar airmatanya tidak tumpah di hadapan Alisya. Dengan perlahan dia
menyeka air mata Alisya dengan jarinya. Alisya memandang wajah itu dengan
pandangan yang sayu.
"Jaga diri di tempat orang. Be yourself. Jangan berputus asa dan tabahkan
hati. Sentiasa berdoa dan jangan lupa solat. Abang Ijam doakan semoga
cita-cita Alisya untuk menjadi seorang doktor akan tercapai." Kata-kata Ijam
itu menambahkan kesayuan di hatinya. Dalam tersekat-sekat dia berkata.
"Jangan tinggalkan Alisya." Dia memeluk Ijam seakan tidak merelakan
perpisahan ini. Tetapi apakan daya. Ijam meleraikan pelukan itu perlahan.
Sempat dia berbisik ke telinga Alisya.
"Jangan lupakan abang Ijam dan kenangan kita bersama." Lantas dikucup dahi
Alisya sebagai tanda kasih seorang abang kepada adiknya.
Teksi yang disewa untuk membawa Ijam dan ibunya sudah pun tiba. Hanya
lambaian dan airmata menghiasi perpisahan itu. Semakin jauh, semakin sayu
dan semakin hilang lambaian itu, semakin Alisya seperti nak berlari
mendapatkan teksi itu. Namun akalnya masih waras. Kata-kata semangat Ijam
bersemi di mindanya. Surat ditangan digenggam erat.
"Ingat..baca bila Alisya dah berada atas kapal terbang nanti. Ini janji
Alisya pada abang Ijam."
Benarlah, perpisahan itu amat mudah dilafazkan tapi apabila menghadapinya
terasa perit yang teramat sangat.

***************************************************

Pesawat yang membawa para penumpang ke United Kingdom selamat berlepas dari
landasan KLIA. Pandangannya dihalakan ke luar tingkap kapal terbang itu.
Setitis demi setitis air matanya gugur dari kelopak mata. Jari halusnya
menyeka air mata itu agar tidak terus mengalir. Surat yang berada di
tangannya dibuka perlahan.

ALIYATUL ALISYA......
Disaat Alisya membaca surat ini, mungkin dirimu sudah berada di atas awan
biru meninggalkan seribu kenangan buat kita bersama. Abang Ijam bukanlah
seorang budak lelaki yang pandai bermadah tetapi cukuplah sekadar dapat
menulis titipan ini untuk Alisya sahaja. Jangan bagi sesiapa baca tau surat
ni, malu.....

Air matanya gugur bersama senyuman dibibir. Bacaannya diteruskan.

ALIYATUL ALISYA......
Sampai di sana nanti, teruskanlah cita-citamu untuk menjadi seorang doktor.
Abang Ijam berdoa dari jauh semoga impianmu itu akan tercapai. Alisya pasti
boleh. Kan Alisya selalu berangan nak jadi "Doktor Alisya". Bagi abang Ijam,
dirimu sudah lama abang Ijam gelarkan sebagai doktor Alisya kerana sejak
dulu lagi, Alisya lah pengubat suka duka di mata dan di hati insan ini.
Ingat tak cara Alisya ugut abang Ijam makan ubat......lepas ni dah takde
orang boleh ugut abang Ijam. Sebab Alisya dah tiada di sisi abang Ijam.

Diseka air mata yang menitis.....

ALIYATUL ALISYA.......
Jangan lupa sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah papa dan mama. sebagai anak,
hanya itu yang mampu dilakukan buat bekalan mereka di sana kelak. Abang Ijam
akan sentiasa melawat pusara papa dan mama bagi pihak Alisya.

Papa..mama...akan ku pulang menziarahi pusaramu suatu hari nanti....

ALIYATUL ALISYA.....
2 tahun yang lalu, abang Ijam ada memberi satu teka-teki pasal lembu. Tapi
sampai sekarang Alisya tak mampu menjawabnya. Saban hari alisya akan
bertanya apa jawapannya. Sehinggalah ke saat ini....jawapannya ialah KE
BAWAH! IA MASIH TETAP MENGHADAP KE BAWAH DAN MEMAKAN RUMPUT. Kalau Alisya
ada kat sebelah, confirm abang Ijam dah kena lepuk. Tapi sekarang tidak
lagi, sebab....sebab Alisya dah terbang jauh meninggalkan abang Ijam.

Abang Ijam....dihujung noktah ada titisan tulisan seakan terkena air. Sudah
pasti dia menangis taktala menulis surat ini. Abang Ijam..suka sangat
menyembunyikan kesedihan untuk diri sendiri. Semakin laju air matanya
mengalir sehingga sedikit tersedu. Tak sanggup untuknya meneruskan titipan
itu....Abang Ijam...Alisya rindu....

ALIYATUL ALISYA ....
Di penghujung titipan ini, abang Ijam minta maaf seandainya sepanjang kita
bersama ada terkasar kata yang menyinggung perasaanmu, Alisya. Abang Ijam
hanya insan biasa yang tidak dapat lari dari melakukan kesilapan. Abang Ijam
dah cuba lakukan yang terbaik untukmu sepertimana janji abang Ijam pada
arwah papa dan mama Alisya. Kita berpisah bukan bermakna hubungan kita putus
di sini. Hubungan itu akan tetap berkekalan kerana di hati kita sudah
terukir memori yang telah kita pahatkan bersama. Seandainya suatu hari nanti
kita ditakdirkan bertemu kembali janganlah Alisya lupa pada insan kerdil
ini. Akhir kata, abang Ijam bingkiskan Alisya satu pujangga......

Semalam kita berkawan......
Kerana kenangan silam,
Hari ini kita masih berkawan.....
Kerana janji semalam,
Esok kita akan terus berkawan....
Kerana hari ini kita saling mendoakan,
Hari-hari kemudian kita akan terus berkawan....
Kerana esok kita ada azam,
Tetapi andai esok tiada lagi.....
Kita tetap berkawan sampai bila-bila.

Tersedu-sedu dia menangis membaca bingkisan terakhir titipan itu...Ini janji
Alisya pada abang Ijam....."Akan ku bawa memori itu bersamaku sebagai
inspirasi di dalam diri ini sampai bila-bila..I never forget you...You are
always in my heart....Mohd Izham Iskandar a.k.a abang Ijam......

- TAMAT -