Sunday, June 12, 2011

Story Time!!

Cintaku Tertinggal di Malaysia

Pagi itu sungguh nyaman. Nyaman seperti hari-hari sebelumnya di bumi
Jengka, Pahang Darul Makmur ini. Udara yang di hirup sungguh membuat
Linda terasa segar. Mungkin kerana bumi Jengka ini di penuhi oleh
tumbuh-tumbuhan yang tidak diusik oleh mana-mana tangan kotor yang
hanya memikirkan keuntungan mereka tanpa mengambil kira keadaan alam
semulajadi ciptaan tuhan ini.

"Mungkin kerana itulah UiTM ini diberi nama Kampus Khazanah Alam",
desis Linda dalam hati.

Matanya masih meliar memandang pepohon hijau di luar tingkap biliknya
yang melambai-lambai perlahan di tiup angin. Otak Linda terbang entah
ke mana. Sama terbang di bawa angin memikirkan hala tuju hidupnya
setelah tamat semester enam dalam jurusan Diploma Sains ini.

"Hoi Linda!! Tak habis-habis berangan!!"

Sepantas jeritan itu, tangan Linda juga pantas mencapai bantal
busuknya dan di lempar ke teman sebiliknya itu.

"Amik kau", ucap Linda dengan nada tidak puas hati.

Terdengar sisa tawa Syuhada di meja studynya yang bertentangan dengan
Linda. Di lihat temannya itu memandangnya sambil menayang-nayangkan
bantal busuknya di udara.

"Kau tak nak ke Linda bantal guling Pooh kesayangan kau ni? Kalau tak
nak aku buang kat tong sampah tu", tutur Syuhadah selamba sambil
menjuirkan bibirnya ke arah tong sampah yang terletak di sebelah pintu
bilik itu.

Bagaikan tindakan reflex, pantas Linda bangkit daripada kerusinya dan
mengambil semula bantal busuk kesayangannya itu dari tangan Syuhada.
Lantas di peluk bantal itu dengan erat supaya Syuhadah tidak merampas
semula bantal itu darinya.

Kini, bilik yang tidak sebesar mana itu telah dipenuhi dengan gelak
tawa ke tiga-tiga teman sebiliknya itu yang telah melihat drama
sebabak antara Linda dan Syuhadah.

Begitulah kehidupan mereka berempat di dalam bilik B2-06 di Kolej
Kediaman Siswi UiTM Jengka itu pada hujung minggu. Pasti ada salah
seorang yang menyakat dan yang lain hanya tumpang sekaki mentertawakan
orang yang di sakat. Bagi Linda, dengan cara ini hubungan mereka lebih
erat. Tiga semester Linda menghabiskan masa bersama mereka. Suka duka
mereka tempuhi bersama sepanjang tiga semester itu.

Syuhadah, atau lebih mesra dipanggil Adah, seorang teman yang cukup
sempoi bagi Fisha. Namun, Linda respect teman sebiliknya itu kerana
sesempoi manapun Adah, dia adalah pemegang Anugerah Dekan setiap
semester. Malah Linda mengagumi kepintaran Adah. Linda pun hanya mampu
mendapat Anugerah Dekan itu sebanyak tiga kali sepanjang berada di
Diploma itu.

Anugerah Dekan bukanlah anugerah yang biasa-biasa sahaja. Anugerah ini
diberikan oleh Dekan kepada siswa siswi UiTM yang mendapat CGPA dengan
nilai 3.5 dan ke atas. Kerana itulah sesiapa sahaja yang menerima
anugerah itu akan di beri jolokan budak pandai oleh teman-teman yang
lain. Tetapi Linda lebih senang jika mereka tidak mengutarakan hal
itu. Linda mahu berkawan dengan semua orang. Dia tidak memilih bulu.

Dua lagi teman sebiliknya adalah Wani dan Dayang. Wani, adalah teman
sebiliknya yang bagi Linda wajar mendapat jolokan Islamic girl.
Seorang yang sangat menjaga batas-batas pergaulan dan agak allergic
setiap kali persoalan cinta di utarakan di dalam bilik itu. Bagi Wani,
dia senang jika jodohnya adalah dari pilihan orang tuanya. Kagum
dengan sifat Wani yang taat kepada orang tuanya. Begitulah sifat
temannya yang sering diusik oleh kami dengan gelaran anak Tok Imam.
Sungguh, ayah Wani adalah seorang imam. Dayang, seorang yang agak
pendiam. Tidak banyak bicara. Hanya leka dengan dunianya. Namun manis
terlihat dengan tahi lalat yang menghiasi bibirnya.

**************

Dilihat Adah tersenyum seorang diri sambil menaip sesuatu di laptopnya.

"Macam kerang busuk dah budak ni", tutur Linda seraya tersenyum.

Di hampiri temannya itu dari belakang.

"Hoi, kerang busuk!!", sepantas itu Linda lari keluar dari bilik dan
memegang tombol pintu dari luar.

Kedengaran dari dalam bilik Adah terjerit-jerit bagai orang di rasuk hantu.

Linda hanya ketawa kerana dia dapat membayangkan tindakan Adah yang
ekstrim itu. Dia bakal di kejar dengan penyapu sekeliling level dua
itu jika dia tidak memegang tombol pintu itu.

"Linda, baik kau bukak pintu ni."jerit Adah dari dalam.

"Aku tak nak bukak. Nanti kau kejar aku satu level", jerit Linda dari luar.

"Baik kau bukak Linda",ugut Adah lagi.

"Mana ada orang bukak pintu dari luar Adah. Bukak pintu kena dari
dalam",sambut Linda dengan tawa di hujung bicaranya.

"Main-main eh kau", balas Adah lagi.

"Assalammualikum. Makcik Adah, saya ni datang nak beraya", tutur Linda
dengan tawa yang meledak lagi.

"Makcik Adah tak ada kat rumah nak. Anak pergi la balik", suara Adah
kedengaran geram dari dalam.

"Eh, makcik, kalau tak ada kat rumah kenapa ada orang yang jawab ni.
Ni mesti hantu Makcik Adah ni. Ke hantu Mak Limah", usik Linda lagi.

"Linda!! Bukak cepat pintu ni", Adah masih tidak berputus asa menarik
pintu itu dari dalam.

"Boleh cik kerang busuk, tapi dengan satu syarat", balas Linda.

"Ha, ok. Syarat apa?",Adah tidak sabar mahu membalas perbuatan Linda kepadanya.

"Makcik Adah kerang busuk. Awat tadi makcik senyum
sorang-sorang",jerit Linda dari luar.

"Makcik tengah chatting la nak", Adah masih menarik pintu itu.

"Makcik ajar Linda chatting boleh tak", soal Linda lagi.

"Boleh. Tapi Linda kena buka pintu ni dulu", tutur Adah sambil menarik
pintu itu dengan sepenuh tenaga perempuannya.

Linda melepaskan tangannya dari tombol pintu. Serentak itu kedengaran
jeritan Adah dari dalam.

Di kuak daun pintu dan dilihat Adah telah terduduk di atas tikar yang
di hampar di tengah bilik itu.

"Keji punya budak. Sakit punggung aku ni",bebel Adah.

Linda tertawa dan merapati Adah. Di bantu temannya itu untuk berdiri.

"Dah kau cakap suruh bukak pintu tu, aku bukak la", tutur Linda
selamba dengan tawa yang masih bersisa.

"Roger-roger la dulu kalau nak bukak pun", bebel Adah lagi.

"Yela, sorry Adah sayang. Ha, tadi kau kata nak ajar aku chatting",
Linda mengingatkan kembali pada syarat yang dipersetujui oleh Adah
tadi.

"Nah, amik software ni. Install dulu. Nanti kau pandai la tu chatting
kalau dah install benda tu", tutur Adah sambil menghulurkan
pendrivenya kepada Linda.

"Thanks Cik Kerang Busuk", jawab Linda sambil mengambil pendrive itu
dan sempat mengenyitkan matanya kepada Adah.

Adah hanya mampu mengeleng-gelengkan kepalanya. Linda memang bersifat
keanak-anakan.

****************

Big Ant. Salah satu free web chatting selain Softros yang terdapat
dalam kampus ini yang di kendalikan oleh pelajar Diploma in Computer
Science yang sememangnya pakar dalam bidang IT dan yang sewaktu
dengannya.

Dan dari situlah Linda mengenali Nizam, cinta hatinya.

Teringat kali pertama menggunakan chatting itu. Berbekalkan nama
Fareez dan gambar tampilan lelaki, Linda telah memperdaya semua
pengguna laman itu bahawa dia seorang lelaki. Dengan mudah Linda dapat
bergaul dengan semua teman alam mayanya itu kerana rata-rata pengguna
web itu adalah lelaki. Malah jika di kira dengan nisbah, boleh
dikatakan jumlah lelaki dalam chatting itu berbanding perempuan adalah
10:1. Dengan alasan itulah Linda merahsiakan identiti sebenarnya
adalah seorang perempuan. Nak selamat, fikirnya.

Alien9 : Fareez, kau budak apa?

Fareez : Aku budak AS.

Alien9 : AS banyak.

Nizam : Budak Sains ke, Ladang ke, Kayu ke?

Aqustatic : Entahnya Fareez ni.

Fareez : Ladang boleh, Sains boleh, Kayu pun boleh juga. Haha.

Alien9 : Kenapa aku rasa kau ni macam budak sains ek?

Nizam : Betul Alien9. Aku sokong.

Aqustatic : Aku pun.

Fareez : Kenapa aku tak rasa apa yang korang rasa? Haha.

Nizam : Sebab kau tak ada perasaan kot. LOL. Haha.

Alien9 : Haha. Setuju Essay.

Dan begitulah Linda dalam web chatting itu. Tidak sesekali dia membuka
identitinya sebagai seorang perempuan dan student DIS. Dia sekadar
ingin mempunyai ramai teman. Bukan setakat teman yang sama course
dengannya. Malah dia mahu mempunyai teman dari course yang lain supaya
dia dapat belajar dari mereka. Jika di beritahu dia adalah pelajar
Diploma in Science atau lebih dikenali sebagai DIS yang di label budak
pandai dan skema oleh pelajar course lain, maka akan berkuranglah
temannya.

*****************

Kuliah hari itu selesai awal. Di lihat jam di dinding. Baru pukul tiga
desis hatinya. Dua katil double decker yang terdapat dibiliknya itu di
pandang kosong sambil punggungnya di labuhkan di atas kerusi studynya.
Adah, Wani dan Dayang masih belum pulang. Terasa bilik itu sunyi.
Linda bangkit dan membuka almarinya. Dikeluarkan Laptop Acer miliknya.
Di letakkan di atas meja. Sambil menunggu laptopnya loading, Linda
meniup habuk-habuk yang melekat di papan kekunci laptop itu.

"Nak melawat budak-budak Big Ant la. Apa diorang buat petang-petang ni
agaknya",bisik hati Linda.

Di buka browser Big Ant. Tertera semua nama ahli yang online pada
petang yang sunyi itu. Namun mata Linda terlekat pada satu nama.
Nizam. Ya, nama itu. Kenapa hatinya begitu ingin tahu siapakah pemilik
nama itu. Pantas jari-jemari runcing miliknya membawa tetikus ke nama
Nizam dan di klik nama itu. Dan muncullah chatbox lain di skrinnya
kini.

Fareez : Hello there. Salam.

Nizam : Hye there. W'salam.

Fareez : You tak ada class ke petang ni?

Nizam : Baru je habis? How about you?

Fareez : Same la.

Nizam : Jom makan roti canai.

Farez : Dining ada roti canai ke?

Mata Linda sempat melirik ke arah kad makan di rak bukunya. Lama
sungguh dia tidak menggunakan kad itu. Sudah lama dia tidak berkunjung
ke dining. Dining adalah dewan makan yang di sediakan oleh UiTM di
mana semua pelajar mendapat subsidi makanan percuma. Satu hari,
peruntukan adalah sebanyak RM4.

"Bagus juga kalau dining ada jual roti canai. Boleh guna kad ni", bisik hatinya.

Nizam : Ada pulak kat dining roti canai.

Linda hampa. Baru nak guna kad.

Fareez : Dah tu dekat mana? Bandar?

Nizam : Kat cafe la. Jumpa kat cafe bawah.

Fareez : Cafe kolej siswi ke?

Nizam : Sejak bila cafe mama kat kolej siswi tu jual roti canai? Cafe
siswa la beb.

Linda menekup mulutnya. Baru dia sedar identitinya hampir terbongkar.

Fareez : Saja je. Manalah tau cafe mama tu dah maju.

Nizam : By the way, are sure you are not a girl?

Fareez : Why?

Nizam : Nothing. Rasanya semua tahu cafe bawah ni ada jual roti canai.
Pelik you sorang je tak tahu.

Nak kantoi dah ni. "Ya Allah, selamatkanlah hambaMu ini", sempat Linda berdoa.

Fareez : Tau la.

Nizam : My instinct said that you are girl.

Fareez : Kalau ye kenapa?

Nizam : Rusuhan nanti kat Big Ant. Semua ingat you lelaki.

Fareez : And I am a boy.

Nizam : And all of us dalam Big Ant dah cari you dekat tiga blok siswa
ni and we didn't find any of guy with that name from Science, Wood n
Planters. So, who are you?

Demn. Caught.

Fareez : Belanja I ice-cream. Jumpa dekat koop besar in 15 minutes.

Nizam : Ok. 15 minutes from now. See you there girl.

Linda mencapai tudungnya. Bersiap-siap untuk berjumpa insan bernama
Nizam ini sekaligus mendedahkan identitinya. Sungguh, dia tidak tahu
kenapa dia tidak mahu membohongi insan ini. Inikah yang dinamakan
cinta?

****************

14 minit. Linda sudah berada di hadapan ATM BSN yang terletak di
belakang Koperasi UiTM berhad. Memerhati setiap orang yang lalu-lalang
di situ. Cuba mengecam wajah Nizam melalui gambar tampilannya di laman
chatting itu. Masih tiada bayang Nizam.

Di sebelahnya, seorang lelaki berdiri dengan tenang. Tidak berganjak
dari tembok itu sedari tadi. Lagak lelaki ini seperti menunggu
seseorang. Sama sepertinya.

Tidak betah berdiri di situ, Linda mengatur langkah ke koperasi untuk
membeli Ice-Cream. Dan sepertinya, lelaki itu turut melangkah ke dalam
koperasi.

Dan setiba di koperasi, Linda pantas menuju ke peti menyimpan ice-cream.

Terasa seseorang memegang tangannya sebaik sahaja Linda mahu membuka
peti itu. Seolah-olah terkena renjatan elektrik,Linda pantas menarik
tangannya.

"Opps, sorry, tak sengaja", tutur lelaki itu seraya melemparkan
sekuntum senyuman.

"Mata letak mana?", soal Linda dalam nada geram.

"Letak kat sini,"jawab lelaki itu sambil mengarahkan jari telunjuknya
ke arah matanya.

Linda hampir tergelak melihat gelagat selamba lelaki di hadapannya
ini. Namun geramnya masih bersisa.

"Kenapa tak letak kat sini?",soal Linda sambil tangannya di halakan ke
lututnya. Berani sungguh Linda.

"Kalau letak kat situ, I tak nampak you Fareez.

Fareez? Macam mana dia tahu. Budak-budak Big Ant je tau aku guna nick
Fareez tu. Siapakah gerangan lelaki ini. "Hard core fan aku ke",bisik
hati kecil Linda. Silap orang kot. Linda menyedapkan hatinya.

"Janganlah pandang ice-cream tu lama-lama, nanti cair semua ice-cream
dalam peti ni. You amik satu,I bayar", tutur lelaki itu dengan tenang.

"Kalau I amik 30, you nak bayar jugak ke?",sindir Linda seraya
tangannya mencapai ice-cream Cornetto.

Nizam hanya memandang wajah gadis di hadapannya ini dengan sekuntum
senyuman. Di lihat gadis itu sedang membelek-belek sampul ice-cream
itu yang bertemakan Show Your Love dan menuju ke kaunter untuk
membayar.

"Saya bayar",dengan cepat Nizam berkata sekaligus menghulurkan duit
kepada penjaga kaunter itu.

"Thanks", tutur Linda dan berlalu meninggalkan lelaki yang sungguh
budiman itu lalu duduk di tangga berhampiran ATM BSN itu sambil
menikmati ice-creamnya.

Sedapnya ice-cream ni. Wahai ice-cream, kenapa kau sedap? Linda
bermonolog seolah-olah bercakap dengan ice-cream itu.

"Macam mana saya tak sedap, ada orang belanja Fareez makan saya",
tutur satu suara disebelahnya.

Pantas Linda mengangkat mukanya.

Siapa lagi la yang kacau aku ni. Nak makan ice-cream pun tak senang.

Sick. This guy again.

"Who are you? Kenapa dari tadi you follow i?", soal Linda bertubi-tubi
kepada lelaki itu.

"Nizam here", tutur lelaki itu sopan.

Dan serta merta pipi Linda memerah. Di ulang ayat yang dituturkan
lelaki itu, Nizam here.

"You dah lambat 7 minit Fareez. You nak kena denda ke?",soal lelaki
itu dengan senyuman manis yang terukir di bibirnya.

"Sorry. Tak tau you Nizam. Anyway, thanks for the ice-cream", Linda
berbicara seolah tiada apa-apa terjadi sebelum ini. Namun dalam
hatinya hanya tuhan yang tahu. Nizam, nice to see in person. Just
nice. Bisik hati kecilnya lagi.

Nizam juga berlagak seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku antara
mereka. Namun,dalam hatinya bagai ada pertunjukan bunga api yang di
lepaskan sewaktu sambutan Hari Kebangsaan setiap 31 Ogos. Fareez,
cantik. Bisik hati kecilnya.

Dan hari itu, identiti Linda bukan sekadar terbongkar di hadapan
Nizam. Malah dengan cepat berita itu tersebar di kalangan penghuni Big
Ant. Dia tahu memang tinggi risikonya apabila dia mengambil keputusan
berjumpa dengan Nizam. Mungkin ada antara penghuni Big Ant yang
mendengar perbualan mereka tadi. Linda juga tahu rata-rata penghuni
Big Ant itu merupakan pelajar Computer Science yang seangkatan dengan
Nizam. Maka, tidak hairanlah cerita itu tersebar. Pasti mereka juga
ada bersama-sama mereka tadi antara puluhan siswa yang lalu-lalang di
kawasan itu tadi. Cuma Linda yang tidak mengenali mereka.

Serve you right Linda.

*************

Linda masih di terima di dalam Big Ant. Malah semua jejaka yang ada di
situ begitu mengambil berat terhadapnya apabila mengetahui dia adalah
seorang perempuan.

"Alhamdulillah", tutur Linda mengucapkan kesyukuran kepada Yang Maha
Esa kerana dia tidak kehilangan teman.

Kini, bulan berganti bulan dan hubungan Linda dan Nizam semakin akrab.
Malah ada beberapa kali mereka keluar bersama teman yang lain ke pasar
malam di Bandar Jengka pada hari Sabtu. Linda juga bakal menamatkan
zaman diplomanya dalam waktu dua hari lagi.

Satu kiriman sms dari Nizam benar-benar menimbulkan tanda tanya pada
Linda. Nizam mahu berjumpa dengannya.

Di baca semula sms itu. Kita jumpa dekat tasik at 4. Di lihat jam di
pergelangan tangannya. 5 minit lagi.

Setibanya Linda di tasik yang terletak di belakang kolej lelaki itu,
di lihat Nizam sudah menunggu. Langkah kaki di hayun menuju ke arah
Nizam.

"Assalammualikum. Sory lambat. In 5 minutes you expect me to be here.
Pintu kolej I jauh En. Nizam. Lainlah pintu kolej you ni. Sekangkang
kera je dengan tasik ni", tutur Linda bersahaja.

"Waalaikummussalam. Sit. ", tutur Nizam sambil mengarahkan Linda untuk
duduk bersebelahan dengannya.

Akur dengan arahan Nizam, Linda duduk di kerusi itu. Nafasnya masih
belum stabil. Mana tidaknya, puas dia berlari menuruni tangga kolej,
merentas MEDEC, merentas kolej siswa, merentas padang ragbi, barulah
akhirnya dia berjaya tiba di sini, di tasik yang indah dipenuhi dengan
bunga teratai. Dilihat Nizam berjalan menuju ke tepi tasik dan
mengambil sekuntum bunga teratai. Linda hanya memandang dari kerusi
itu. Tidak larat rasanya mahu mengikuti Nizam. Dengan senyuman, Nizam
berjalan kembali kearahnya dengan sekuntum bunga teratai di tangan
kanannya.

Setiba di kerusi mereka, Nizam melutut di hadapan Linda. Linda yang
terkejut dengan situasi itu hanya terpaku memandang Nizam dengan penuh
persoalan.

"Can you be my lover Linda?", terkeluar juga ayat itu dari mulut Nizam.

Linda masih terpaku. Nizam ni demam agaknya.

"Nizam, bangun la. Apa ni.", tutur Linda. Di lihat banyak mata
memandang mereka di tasik itu.

"Say yes Linda", tutur Nizam yang tidak langsung menghiraukan
mata-mata yang memandang mereka. Biarlah apa kata mereka. Sudah lama
dia menyimpan perasaan ini terhadap Linda. Dia tidak mahu kehilangan
Linda setelah Linda menamatkan diplomanya sedangkan dia masih
mempunyai dua semester lagi di sini.

"Nizam, I lagi tua dari you", tutur Linda perlahan. Nizam menarik
nafas dalam. Dia tahu pasti Linda akan mengungkit hal ini. Dia akui
Linda lebih tua dua tahun daripadanya. Namun dia tidak kisah semua
itu.

"I tau you lagi tua daripada I Linda. Tapi cinta I pada you juga bukan
bohong", tutur Nizam perlahan.

Lirih hati Linda mendengarnya. Bukan dia tidak mahu menyambut cinta
yang di hulurkan oleh NIzam. Namun dia takut suatu masa nanti Nizam
akan meninggalkannya setelah menemui orang yang lebih muda darinya.

"Linda, you tak kesian kat I ke? Penat da ni I melutut depan you macam
patung dalam muzium",Nizam bertutur lagi setelah dia melihat air muka
Linda seolah-olah kusut memikirkan sesuatu.

Perlahan tangan Linda mencapai bunga teratai itu. Dia juga tidak mahu
kehilangan Nizam.

"Thanks dear, accept this flower and you are mine", ucap Nizam.

***************

Kini sudah hampir tujuh bulan hubungan mereka. Semuanya berjalan
lancar walupun mereka berjauhan sekarang. Nizam masih di Jengka, namun
Linda di terima masuk di UiTM Shah Alam melanjutkan pelajarannya ke
peringkat degree.

Sehinggalah suatu hari Linda menerima surat tawaran melanjutkan
pelajaran dalam bidang kedokteran. Bukan di UiTM. Tetapi di salah
sebuah universiti di Indonesia. Permohonannya untuk ke universiti itu
di terima setelah Linda lulus dalam entrance exam yang di hadirinya di
Pejabat Kedutaan Besar Indonesia di Malaysia.

Berita itu di khabarkan Linda kepada Nizam. Berita gembira sekaligus
mengundang duka. Menerima tawaran ini berarti Linda harus meninggalkan
Nizam. Namun, Linda juga tidak mahu menghampakan harapan kedua orang
tuanya yang telah banyak menghabiskan duit untuknya.

"Nizam, I dapat offer letter from Indonesia", tutur Linda.

"You nak pergi dear?", perlahan suara Nizam di talian.

"I have too, dear", lirih kedengaran suara Linda.

"Then go. I'll wait for you here", tenang suara Nizam menuturkan
sungguhpun air mata lelakinya mula membasahi pipi.

"Thanks dear," balas Linda.

"Bila berangkat?", soal Nizam.

"21 ni", jawab Linda pendek.

"I tak cuti. Ada kuliah", nafasnya di hela lagi.

Linda tahu Nizam tidak cuti ketika hari dia berlepas nanti. Masakan
dia mahu Nizam ponteng kuliah semata-mata untuk menghantarnya di
lapangan terbang nanti.

"I know. It's ok. I nak tidur dah ni." , tutur Linda.

"Good night dear. Sleep well. Assalammualaikum.", suara Nizam
kedengaran di talian.

"Waalaikummussalam", Linda lantas mematikan talian telefon itu.

Malam itu Linda dan Nizam masing-masing tidak dapat melelapkan mata
mereka. Empat hari lagi Linda akan meninggalkannya. Nizam pasti akan
merindui Linda sepanjang Linda berada di sana. Linda tidak tahu adakah
Nizam akan setia menunggunya.

******************

Tiket penerbangan sudah ada di genggaman. Selesai sesi taklimat tadi,
seramai 47 orang pelajar di beri tiket penerbangan. Kini, masa berlalu
denagan pantas. Semuanya seolah-olah mimpi. Linda di sini dan bakal
terbang ke Indonesia sebentar lagi. Terbang meninggalkan keluarganya,
terbang meninggalkan cintanya, terbang menyambut cita-citanya, terbang
menunaikan harapan keluarganya.

Terdengar tangis sendu rakan-rakan seperjuangannya. Kelihatan 46 orang
sedang di peluk oleh ibu bapa dan ahli keluarga mereka yang lain.
Berbagai pesan di ingatkan oleh ibu bapa kepada anak mereka.

Dalam keasyikan Linda memerhati keadaan sekeliling, tangannya di
pegang lembut oleh mamanya. Di capai tangan itu lalu di kucup tangan
ibu yang membesarkannya selama ini. Tangan inilah yang membesarkannya
sehingga dewasa. Kini, tibalah masanya memenuhi impian mamanya untuk
melihat dia menjadi seorang doktor.

Dan ibu itu memeluk anaknya penuh erat. Tidak mudah bagi seorang ibu
melepaskan anaknya belajar di luar negara tanpa ada peneman. Namun di
cekalkan hati agar dia redha pemergian anak kesayangannya itu. Anak
ini tidak pernah mengingkari perintahnya sejak kecil. Ibu itu
mengerti, Linda menerima tawaran itu bukan kerana minatnya. Tetapi,
anak itu masih menuruti permintaannya. Si ibu mengucup dahi dan pipi
ananknya itu.

Linda memeluk ibunya sepuas-puasnya. Dia bakal tidak pulang dalam
tempoh setahun. Berbekalkan pelukan inilah dia akan sentiasa
mengingati mamanya. Dan kini, air mata itu gugur jua baik di pipi si
anak mahupun si ibu. Malah ahli keluarganya yang lain turut
mengalirkan air mata. Jika dahulu, Linda belajar di Jengka, mamanya
sudah terasa jauh dengannya. Kini di Indonesia. Malah anaknya kini
merentas lautan. Mamanya pasti merasa ketiadaan Linda nanti.

Linda melangkahkan kaki ke pintu perlepasan. Di serahkan passport dan
tiket penerbangan kepada pegawai yang bertugas di situ. Di toleh ke
belakang dan Linda dapat melihat wajah sugul mamanya bersama
harapannya. Wajah tua ayahnya yang selama ini membesarkannya. Wajah
dua adiknya yang masih lagi mengalir air mata. Lambaian tangan dari
mereka begitu menyentuh hati Linda.

Hati Linda teringat kepada Nizam. Di cari wajah Nizam antara ribuan
manusia di LCCT itu tadi namun tidak di jumpainya. Sememangnya Nizam
tidak berjanji akan menghantarnya. Namun Linda berharap agar dia dapat
melihat wajah itu sebelum dia berangkat. Kini hatinya di runtun pilu.
Hingga saat terakhir pun sebelum hilang di sebalik escalator itu Linda
hanya dapat melihat wajah keluarganya. Tiada wajah Nizam.

Di kuatkan hati. Di pasang azam dalam diri.

Di sebalik dinding, Nizam menghanatar pemergian Linda dengan linangan
air mata. Dia tahu Linda menanti kehadirannya. Namun dia tidak sanggup
melihat wajah itu di basahi air mata. Dia tidak mahu Linda terseksa.

Cinta.

Kejarlah cita-cita.

Jangan engkau terus kecewa.

Tabahlah engkau di sana.

Aku di sini akan setia.

Air matanya di seka. Linda kini berada di perut pesawat. Kedengaran
arahan dari ketua pramugari agar semua penumpang memasang tali
pinggang keledar. Tali pinggang keledar di pasang. Duduknya di
perbetulkan. Linda membetulkan nawaitunya.

Pesawat mula bergerak perlahan. Di buang pandangnnya ke luar tingkap.
Hanya ini berbisik di hatinya.

Cinta.

Tinggallah engkau di Malaysia.

Aku ingin menyambut cita-cita.

Bertahanlah engkau di sana.

Kelak pasti kita berjumpa.

Pesawat mulai mendarat di bumi Indonesia setelah 3 jam perjalanan.
Hati Linda dengan pasti berkata,

Ya, Cintaku Tertinggal di Malaysia.

**************