Pintu bilik pejabatnya ditolak kasar. Fail dihempaskan di atas meja.
Tali leher dilonggarkan sedikit. Ingin mengambil angin meredakan
sedikit bahang kemarahan.
Kaki diayun ke arah sofa yang tersusun cantik di penjuru bilik. Firas
yang mengekori tidak jauh di belakang sekadar melemparkan senyum.
Dia mengambil tempat berdepan dengan Zarul yang selesa bersandar
sambil tangan kanan memicit perlahan tengkoknya.
"Cubalah control sikit baran kau tu, Rul. Ini tak. Depan-depan staf
kau nak membentak tak tentu pasal. Jatuh gengsi bhai dok buat perangai
budak-budak depan staf." Firas bersuara separuh memujuk.
Lahar kemarahan di hati Zarul perlu didinginkan segera.
"Macam mana aku tak baran? Kau sendiri nampak dan dengar bagus punya
dia dok complaint kertas kerja aku. Apa yang dia tahu pasal ni? Nama
pun aku ni head of advertising department. Aku tahulah kerja aku. Dia
jaga finance sudahlah. Yang nak menyebok ambil tahu kerja aku apa
kejadahnya." Bertalu-talu Zarul melepaskan kemarahan.
"Bukan senang aku dengan team aku perah otak cari idea terbaik untuk
buat iklan Honda tu tau. Bukan calang-calang company tu. Dia
senang-senang nak question itu ini." Zarul terus bersuara.
"Kau marah apa yang dia complaint atau kau marah sebab dia yang
complaint? Iyalah si Yasmin tu dah terang lagi jelas berlainan jantina
dengan kau, dengan aku. Aku rasa kalau yang complaint tu Andrew, Kunal
atau Hanafi, kau tak ada nak meradang sampai macam ni." Firas cuba
mengumpan.
Bukan dia tidak tahu apa yang bersimpul dalam benak rakan yang sudah
dikenali sejak awal remaja lagi.
Bukan tidak pernah hasil kerjanya dipertikai sebelum ini. Ideanya
pernah dikutuk oleh Ian Tan, pengurus kanan pemasaran Art Creative,
firma pengiklanan terkemuka itu.
Teruk mereka bertegang urat di dalam bilik mesyuarat tetapi sebaik
semuanya selesai, Zarul dan Ian boleh pula bergelak ketawa sambil
menjamu selera.
Cuma kali ini hasil kerjanya dicuit sedikit oleh Yasmin Mansur, gadis
yang diberi mandat oleh Datuk Zakaria untuk mengepalai jabatan
kewangan pada usia 28 tahun.
Zarul mendengus kasar mendengar telahan Firas.
"Nonsense! Aku profesional, ok? Bukan masalah dia bukan satu kaum
dengan aku atau dengan kau. Masalahnya dia tak hormat aku." Dia cuba
berdalih.
"Kau pun kenalah tahu hormat dia. Lagipun pendapat dia tadi aku rasa
tak ada macam nak cari salah. Dia tegur apa yang sepatutnya. Kat
Malaysia memang banyak tempat peranginan menarik, mengapa pula sampai
nak ke Thailand. Datuk pun setuju dengan pandangan dia.
"Dengan cara kau tengking dan bentak dia dalam mesyuarat tadi, nampak
sangat kau yang tak hormat dia." Firas bersuara perlahan. Cuba menjadi
air memandamkan bara kemarahan Zarul.
Zarul terdiam. Sedikit sebanyak dia mengakui kebenaran kata-kata
Firas. Memang dalam bilik mesyuarat tadi, kewarasannya dikaburi emosi
mendengar patah perkataan yang keluar daripada mulut Yasmin.
Tapi takkan dia nak mengaku? Oh! Tidak.
"Yang kau beriya-iya membela blue eye girl baba aku tu, mengapa? Kau
kawan aku ke kawan dia?" Pecah ketawa Firas mendengar lontaran soalan
keanak-anakan Zarul.
"Sebab kawan kaulah aku nasihatkan kau. Itulah namanya kawan. Kalau
nak biar je kau ikut baran kau tu, itu namanya lawan." Selamba dia
menjawab.
Zarul tergelak kecil mendengar leteran itu.
"Sudahlah pasal tu. Jom aku belanja kau lunch kat Hilton sempena
proposal aku diluluskan walaupun ada mulut tak berinsuran yang dok
pertikai itu ini." Zarul lantas bangun menuju ke pintu.
Firas menggeleng kepala.
"Orang lain buat dosa dengan kau, orang lain yang kena tempias." Firas
merungut kecil sambil kakinya diatur mengekori Zarul yang sudah ke
depan.
**********************************************************************
"Kau ok, Min?" Yasmin yang tekun meneliti lambakan fail di depannya
mengangkat kepala mendengar suara lembut Diana menyapa pendengaran.
Dia mengerutkan dahi. Sedikit tertanya arah soalan itu.
Dia sihat. Apa pulak yang tak kena?
"Aku ok. Mengapa? Nampak macam aku tak sihat ke?"
"Aku maksudkan hati kau tu. Ok ke tak lepas kena sembur dengan si
tedung selar tu? Berdesis sakan dalam bilik mesyuarat tadi sampai
dengar kat luar ni." Panjang lebar Diana memberi penerangan.
Yasmin tergelak. Agak tersentuh dengan keprihatinan rakan sepejabatnya
itu. Dia juga tahu kes dia dibentak dan dimarah dalam bilik mesyuarat
pastinya menjadi gossip hangat di pejabat itu untuk sekurang-kurangnya
dua hari lagi.
"Aku tak ada apa-apalah. Kau bukan tak biasa dengan encik Zarul tu.
Kalau bab nak mengamuk, tak kira tempat tak kira orang." Diana
mencebik mendengar kata-kata Yasmin.
"Tak kira tempat tu aku setuju tapi bab tak kira orang tu, ada sedikit
pembetulan. Kalau yang tegur dia tu perempuan memang dia tak kira.
Tapi kalau lelaki, tahu pulak nak menjawab dengan baik."
Yasmin tersenyum hambar. Satu fakta yang dia dan semua staf perempuan
di firma pengiklanan itu cukup maklum. Zarul cuma tidak berani
mengangkat suara di depan perempuan yang memegang status ibu, kakak
dan adik perempuannya.
"Nak kata bengap, sampai jadi head of advertising, dapat anugerah
iklan terbaik sana sini. Nak kata bijak, macam tak ada akal pula.
Sebab seorang, semua perempuan dia pandang sebelah mata." Diana masih
lagi merungut kecil sambil menapak balik ke tempatnya.
Mata Yasmin mengekori langkah Diana sambil hati sedikit tertanya-tanya
apa maksud 'sebab seorang, semua perempuan dia pandang sebelah mata'
yang diungkapkan rakannya itu.
Yasmin melepaskan keluhan panjang. Dia sendiri tidak menyangka
persoalan mengapa Thailand menjadi lokasi pilihan untuk iklan terbaru
yang dibangkitkan rupanya turut memercikkan api kemarahan yang bukan
sedikit di hati lelaki itu.
Terkulat-kulat dia diserang bertubi-tubi oleh Zarul sehingga pegawai
lain tidak berani bersuara. Cuma dengar campur tangan Datuk Zakaria,
barulah Zarul diam. Itupun tidak sepenuhnya. Masih bersisa
omelan-omelan kecil sehingga mereka melangkah keluar daripada bilik
mesyuarat.
Rasanya tidaklah teruk benar dia mengkritik pembentangan kertas kerja
Zarul untuk iklan itu. Dia pun ada hati perut. Bukan Yasmin tidak tahu
hampir dua minggu Zarul dan pasukannya berumah tangga di pejabat untuk
menyiapkan iklan yang memenuhi hati pelanggan.
Agaknya Zarul ada sejarah luka dengan makhluk bernama perempuan, tebak
Yasmin sendiri.
**********************************************************************
"Mengapa awak ni Zah? Gelisah semacam saya tengok dari tadi. Ke hulu
ke hilir." Datuk Zakaria melorotkan sedikit cermin mata memandang
tepat ke wajah isteri yang sudah pun melabuhkan punggung di atas sofa
di depannya.
"Saya ni bimbang dengan Zarul tu, bang."
"Mengapa pulak dengan Zarul?" Datuk Zakaria bersuara. Sedikit
kehairanan. Apa pulak yang tidak kena dengan anak bujangnya itu?
"Dia tu dah 33, bang. Kawan-kawan dia dah beranak pinak. Dia? Jangan
kata isteri, bayang calon pun tak ada."
Datuk Zakaria meletakkan buku yang dibaca di atas meja berdekatan.
Cermin mata ditanggalkan. Jari telunjuk dan jari ibu bergerak ke atas
ke bawah mengurut batang hidung.
Bukan dia tidak risau tapi dia bukanlah jenis yang suka memaksa
anak-anak. Selebihnya dia ingin membiarkan Zarul merawat pedih hatinya
walaupun tempoh lima tahun rasanya sudah cukup lama untuk anaknya
melupakan kisah cinta tidak kesampaian itu.
"Kita kena buat sesuatu, bang. Takkan nak dibiarkan si Zarul tu
membujang sampai ke tua." Suara Datin Zaharah kedengaran lagi.
"Awak nak buat apa?"
"Cari isteri untuk dia." Bulat mata Datuk Zakaria mendengar cadangan
itu. Dia menggeleng perlahan. Bukan tidak setuju tetapi dia sendiri
tidak pasti apa maknanya gelengan itu.
"Awak dah ada calon? Bukan setakat yang ada budi bahasa, baik
akhlaknya, kukuh imannya, cantik rupanya tapi yang paling penting,
sanggup berdepan dengan baran anak bujang awak tu?"
Mendengar pertanyaan itu, Datin Zaharah mengukir senyum. Sudah lama
dia menyimpan hasrat. Sudah lama dia memendam hajat. Malam ini
suaminya harus tahu apa yang ada dalam hatinya dan paling penting,
mesti setuju dengan keputusannya.
"Dah senyum sampai macam tu sekali maknanya adalah calonnya dalam
kepala awak tu, kan?" Datin Zaharah segera mengangguk.
"Siapa?"
"Yasmin." Datuk Zakaria sedikit tersentak mendengar nama itu meluncur
keluar daripada mulut isterinya.
"Yasmin, ketua jabatan kewangan ofis saya tu?" Laju Datin Zaharah mengangguk.
Datuk Zakaria terdiam. Pandangan mata tuanya tidak nampak apa yang
kurang pada Yasmin. Cantik, bijak, tekun bekerja, sopan, dengan selalu
berbaju kurung dan lengkap bertudung, mana-mana ibu atau bapa pun akan
berkenan untuk jadikan gadis itu menantu.
Masalahnya sekarang Zarul. Mahukah anak lelakinya itu menurut saja
cadangan menjodohkan dia? Dengan Yasmin pulak tu? Gadis yang kerap
dijadikan lawan berperang mulut dalam mesyuarat.
Sungguh Datuk Zakaria tidak dapat meneka pengakhiran rancangan
isterinya. Sekali lagi dia menggeleng perlahan.
"Mengapa? Abang tak suka budak Yasmin tu?"
"Bukan macam tu. Saya ingat awak yang tak suka. Iyalah budak tu orang
kampung, bukan anak datuk, anak tan sri." Guraunya yang diiringi
ketawa kecil melihat Datin Zaharah menarik muka.
"Abang ingat saya ni jenis lupa diri? Saya ni pun orang kampung, bang.
Saya tak lupa asal usul saya. Lagipun apa salahnya si Yasmin tu budak
kampung. Sejuk hati saya ni tengok budi bahasanya."
"Boleh saya tahu mengapa Yasmin?" Datin Zaharah tersenyum mendengar
pertanyaan si suami.
"Sebab saya dapat rasa Yasmin saja yang boleh handle anak bertuah awak
tu. Saya tahu kisah mereka berdua di pejabat. Perempuan lain langsung
tak berani angkat muka dengan Zarul tapi Yasmin berani je pertikai
hasil kerja Zarul.
"Dari situ saya tahu Yasmin je boleh ajar keras kepala dia tu."
Datuk Zakaria tergelak kecil dengan semangat isterinya.
"Saya ikut saja yang baik untuk Zarul. Yang saya nak tahu sekarang
macam mana nak pujuk Zarul? Kalau pun dia setuju, macam mana dengan
Yasmin pulak?"
"Tahulah saya caranya. Saya cuma perlukan kebenaran dan restu abang je."
"Benda elok. Nak ikut sunnah Nabi takkan saya tak sokong. Cuma awak
kena pastikan Yasmin tak terseksa nanti hidupnya kalau betul ada jodoh
mereka."
Datin Zaharah tersenyum lebar. Otaknya ligat mengatur rancangan. Anak
sulungnya, Zuraida, perlu diheret sekali menjayakan mission impossible
ini.
**********************************************************************
Hampir tersembur air teh suam yang baru dihirup sebaik wanita yang
amat dihormati di depannya membuka mulut. Cepat-cepat ditelan dan
akibatnya, Yasmin terbatuk kuat.
Zuraida yang duduk berdepan dengannya segera beralih ke sebelah.
Menepuk-nepuk belakangnya. Cawan di tangan diletakkan semula. Bulat
matanya memandang Datin Zaharah yang masih menyimpul senyum
didepannya.
Rasa hairan dan terperanjat melihat Datin Zaharah dan Zuraida muncul
di depan rumahnya petang itu sudah terjawab. Dalam hati dia sudah
dapat mengagak. Kunjungan itu membawa hajat cuma Yasmin tidak pernah
terfikir hajat itu ada kena mengena dengan masa depannya.
Sangkanya ia berkisar hal pejabat tapi sangkaan itu jauh tersasar.
Melencong entah ke mana-mana. Yasmin terkebil-kebil. Tidak tahu
jawapan yang bagaimana hendak diberi kepada lamaran Datin Zaharah.
Diluah mati bapa, ditelan mati emak, nak dikulum dia sendiri yang mati.
"Datin." Ayatnya terhenti di situ sebaik melihat wajah mencerut Datin Zaharah.
"Makcik." Panggilan segera ditukar dan wajah Datin Zaharah kembali
dihiasi senyuman.
"Min tak tahu macam mana nak jawab. Ini berkaitan masa depan Min.
Jujurnya Min tak pernah terfikir nak berkahwin dalam masa terdekat ni.
Lebih-lebih lagi dengan encik Zarul.
"Makcik jangan salah sangka. Min terharu sangat dengan lamaran makcik
tapi Min tak rasa Min calon yang sesuai untuk encik Zarul. Lagipun
encik Zarul tak sukakan Min." Perlahan dia mengatur ayat penolakan.
Datin Zaharah m
enarik nafas panjang. Misi memujuk gadis ini jauh lebih sukar daripada
mendapatkan persetujuan Zarul.
Semalam, titisan airmatanya sudah cukup melembutkan hati keras Zarul.
Esakannya membuatkan Zarul memberi persetujuan serta merta untuk
diikat dengan Yasmin.
Suara lantang Zarul menolak keras jodoh diatur itu hilang sebaik
melihat wajah muramnya. Sambil mencium tangan dan memeluknya erat
tanda meminta maaf, Zarul menyatakan persetujuan. Walaupun diiringi
keluhan panjang, dia sudah cukup lega dengan penerimaan Zarul.
Dia saling berbalas pandang dengan Zuraida. Meminta anak sulungnya itu
pula campur tangan.
"Min, kak Ida dan umi tak akan datang jumpa Min kalau Zarul tak
setuju. Macam mana Min boleh cakap dia tak suka Min? Kalau dia tak
suka, tak adalah dia nak terima Min."
Yasmin mengangkat kepala. Dahinya berkerut mendengar kata-kata
Zuraida. Encik Zarul setuju? Biar betul? Bukanke dia dicop musuh
paling ketat lelaki itu? Ini mesti ada unsur-unsur paksaan.
"Betul Min. Takkanlah makcik dan Zuraida nak tipu Min. Kami tak akan
datang kalau Zarul sendiri tak setuju." Datin Zaharah bagai menjawab
persoalan yang bermain dalam fikirannya.
Masing-masing terdiam. Datin Zaharah dan Zuraida berdebar menanti
jawapan Yasmin dan dia pula masih mencari alasan kukuh untuk menolak.
"Makcik tahukan latar belakang Min. Min bukan."
"Yang lepas biar lepas. Tak usah nak dikenang. Kita kena tengok depan.
Apa yang terjadi bukan salah Min langsung. Tak ada secalit dosa pun
pada Min dengan apa yang terjadi." Datin Zaharah pantas mencelah.
"Betul tu Min. Bukan Min yang minta apa yang terjadi. Latar belakang
Min tak menjadi kudis bagi kami sekeluarga. Kami dah jatuh sayang
dengan Min yang ada sekarang. Dengan Min yang didepan ni." Zuraida
pula menambah.
Mata Yasmin sudah berkaca. Kebaikan apakah yang dilakukan sehingga
Allah mengurniakan ganjaran sebegini besar kepadanya? Adakah ini
balasan kepada reda dan sabarnya kepada ujian besar yang menimpa dia?
"Makcik dan pakcik dah tak terdaya nak melayan keras kepala si Zarul
tu. Dalam ramai yang makcik perhatikan, entah mengapa hati makcik ni
yakin benar Min boleh ubah dia kembali menjadi Zarul seperti dulu.
Cuma Min yang boleh isi semula hati dia dengan cinta. Cinta yang dah
lama hilang daripada dia. Tolong makcik, Min. Tolong kembalikan anak
makcik yang hilang lima tahun ini."
Yasmin menarik nafas panjang. Dua wanita didepannya ini bukan
calang-calang orang. Datin Zaharah boleh saja memilih anak gadis
kalangan orang ternama untuk disandingkan dengan Zarul tetapi dia yang
menjadi pilihan. Apa istimewanya dia? Dan bagaimana pula dia yang
kerap disembur api kemarahan Zarul berupaya mengubah lelaki itu? Siapa
sebenarnya Zarul dulu dan ke mana hilangnya anak lelaki kesayangan
Datin Zaharah selama lima tahun ini?
Persoalan itu yang dibawa sejak Datin Zaharah dan Zuraida meninggalkan
rumah sewa yang diduduki secara percuma kerana Datuk Zakaria mahu dia
membayar dengan menjadi penjaga rumah semi D tiga tingkat itu.
Persoalan yang ditolak ketepi sebaik dia mengangkat takbir melakukan
istikharah memohon diberi petunjuk jawapan yang perlu diberikan kepada
harapan Datin Zaharah itu.
**********************************************************************
Wajah teman yang masih mengekek ketawa dipandang dengan hati membara.
Kalau yang didepannya itu bukan sahabat yang sudah diangkat menjadi
saudara dunia akhirat, harus Firas bermalam di hospital barang dua
tiga hari.
"Kau tak berhenti gelakkan aku, aku pergi cakap dekat minah dua orang
tu kau kirim salam." Zarul mengugut sambil muncung mulutnya
menunjukkan ke arah dua gadis seksi yang tidak segan-silu melemparkan
senyuman menggoda kepada mereka berdua sejak tadi.
Firas terdiam serta-merta. Dengan Zarul jangan cari pasal. Kalau dia
kata dia buat memang dia akan buat. Sekilas dia melihat ke arah dua
gadis yang dimaksudkan tetapi cepat pula melarikan pandangan sebaik
kedua-duanya melayangkan flying kiss.
"Kau ni. Kut ye pun nak kenakan aku carilah yang berjenis sikit. Yang
macam tu kau nak pass kat aku."
Giliran Zarul pula ketawa. Gelihatinya melihat wajah masam kelat Firas
diusik begitu.
"So, kiranya tiga bulan lagi memang title kau berubahlah. No more the
most eligible bachelor." Firas bersuara memecahkan kesunyian yang
seketika.
Zarul menarik nafas panjang. Masih terbayang di mata dan terngiang di
telinga wajah riang dan suara girang mamanya menyampaikan persetujuan
Yasmin menjadi isterinya.
Sungguh dia kelu dan terkedu ketika itu. Tidak pernah tercapai dek
akalnya Yasmin menerima lamaran itu memandangkan hubungan
Israel-Palestin mereka berdua. Langsung tidak pernah ada gencatan
senjata.
Hairannya bukan sedikit memikirkan bagaimana Yasmin bersetuju. Mesti
ada agenda lain. Perempuan! Semuanya sama.
"Masih ada masa untuk stop all this nonsense. Lagipun lambat lagi."
Selamba dia menjawab. Firas tidak jadi menyuap mee bandung. Sudu
diletakkan kembali.
"Apa lagi plan dalam kepala otak kau tu? Kau tak kesianke kat auntie?
Neraka tau tempatnya bagi anak lelaki yang buat air mata ibunya jatuh
walaupun setitik sebab kecik hati dengan perangai dia." Firas
memulakan syarahan.
Zarul sekadar mengangkat kening. Sudah selalu mendengar ustaz Firas berceramah.
"Kali ini bukan dari aku tapi aku nak buat sampai that girl sendiri
yang jumpa umi untuk batalkan semua ni. Kalau dia sendiri yang
batalkan, aku terlepas dari dosa mengecilkan hati umi. Betul tak?"
"Kalau auntie Zah tahu kau yang jadi mastermind pembatalan tu macam
mana?" Firas cuba menduga.
"Kalau umi tahu, kaulah yang beritahu." Firas sedikit tersentak. Aku
pula yang terkena. Hatinya sedikit menggerutu melihat wajah kacak di
depannya itu selamba menyedut barli ais.
"She is a nice lady. Bukan uncle seorang yang berkenan nak buat
menantu. Datuk Baha pun pernah bertanya si Min tu nak bagi kat Jeff.
Sikit punya buaya darat si Jeff tu tapi nak cari isteri pandai pula
cari stok baik-baik. Kak Muna pernah merisik Min untuk adik iparnya.
"Itu belum si Andrew yang sanggup convert kalau Min nak kahwin dengan
dia. Tak cantik? Kalau nak dipilih yang paling cantik di kalangan staf
perempuan kat ofis tu senang-senang Yasmin menang tanpa bertanding.
Tak bijak? Oversea graduate tu. Pendek kata Yasmin tu melengkapi
ungkapan beauty with brain. Lebih cantik bila iman penuh di dada. Ada
lagi yang aku ketinggalan? Cuba kau explain sikit." Pinggan kosong
ditolak ke tepi. Tenang dia bersandar memandang tepat ke arah Zarul.
"Kau ni kalau pasal Yasmin tu tak ada cacat celanya."
"Itulah yang aku tanya kau. Kat mana tak kenanya Yasmin tu? Kut-kut
aku terlepas pandang."
Zarul terdiam mendengar panahan kata-kata berupa sindiran daripada
Firas. Jauh di sudut hati dia mengaku, pandangan mata kasar tiada
kurangnya gadis itu. Sungguh dia tidak tahu apa yang kurang mengenai
gadis hitam manis itu.
"Sudah-sudahlah pasal benda lalu. Tak bawa manfaat pun. Tak adil kau
hukum semua perempuan sebab salah seorang." Zarul masih diam.
"Allah tak jodohkan kau dengan dia sebab Allah dah sediakan seorang
perempuan yang jauh lebih baik daripada dia. Jujurnya Rul, aku sebagai
lelaki nampak Min 10 kali lebih baik daripada dia.
"Jangan butakan mata dan hati kau. Kau berhak untuk bahagia dan aku
percaya auntie dan uncle buat pilihan tepat memilih Yasmin untuk
bahagiakan kau."
Kata-kata Firas itu terus mengekorinya hingga ke saat dia melelapkan
mata malam itu.
**********************************************************************
"Mengapa you terima lamaran umi I?" Yasmin menarik nafas sebelum
menjawab soalan yang dilontarkan dengan nada sedikit sinis.
"Tujuh malam berturut-turut saya buat istikharah. Saya jumpa dua tiga
ustaz dan ustazah untuk minta pendapat mengenai bayangan yang saya
dapat setiap kali selepas istikharah. Semuanya menjurus kepada satu
jawapan: terima lamaran Datin." Satu persatu Yasmin mengatur ayat.
"Itu je alasannya? Atau ada agenda di sebalik semua ni?" Nada suara
Zarul semakin keras. Suhu marahnya hampir mencapai takat didih
medengar jawapan Yasmin.
"Maksud encik Zarul?"
"Iyalah you pun dah dekat 30. Boyfriend seorang pun tak ada. Yang
datang meminang you pula bukan sebarangan orang. Ada harta, ada nama,
ada kedudukan. You pula sebatang kara. Nanti-nanti boleh menumpang
senang."
Yasmin beristighfar panjang. Dinding kesabaran di hati segera
diperkukuhkan. Berdepan dengan lelaki seperti Zarul, dia perlu bijak
mengawal kemarahan. Dia berpendidikan. Keceluparan Zarul perlu dibalas
dengan cara paling halus.
"Apa yang membuatkan encik Zarul fikir saya ni anak dara tak laku?
Saya boleh bagi list nama lelaki yang berminat dengan saya. Apa pula
yang membuatkan encik Zarul ingat saya hadap sangat dengan harta, nama
dan kedudukan Datuk Zakaria? Saya ada kerjaya sendiri. Saya boleh cari
duit dengan kudrat saya."
"Dah tu? Mengapa kau tak pergi je kat jantan yang terhegeh-hegehkan
kau?" Zarul masih cuba mengumpan amarah Yasmin.
"Sebab istikharah saya menunjuk kepada seorang," Ringkas dia menjawab.
"Apa pun alasannya aku tak boleh terima pernikahan ni. Aku nak kau
pergi jumpa umi dan ayah aku beritahu kau nak batalkan semua benda ni.
"Perempuan ni semua menyusahkan. Dasar tak boleh dipercaya. Apa yang
aku tak beri pada dia? Almost everything. Aku lebihkan dia daripada
diri dan keluarga aku sendiri. Tapi apa yang aku dapat? Nothing. Asal
ada yang lebih kaya sikit, mula gelap mata. Tanpa sepatah kata, dia
tinggalkan aku macam sampah. Hati aku sakit. Jiwa aku sakit. Aku benci
perempuan!"
Zarul sedikit terjerit. Mujurlah restoran itu sudah tidak ramai pelanggannya.
Kecut juga hati Yasmin melihat tubuh Zarul menggeletar menahan marah.
Sedikit-sebanyak dia memahami punca kemarahan Zarul kepada makhluk
bernama perempuan. Tetapi menyalahkan semua perempuan tidak adil.
Lelaki ini perlu diajar.
"Kalau begitu dengan kisah saya pula. Then buat perbandingan apa yang
saya tanggung dengan apa yang encik Zarul tanggung."
"Aku tak ada masa nak dengar hikayat hidup kau."
Tanpa menghiraukan Zarul, Yasmin terus membuka mulut.
"Saya anak bongsu daripada dua beradik. Kedua-duanya perempuan. Kakak
saya tiga tahun lebih tua. Ayah saya kaki judi, kaki botol, kaki
perempuan. Emak saya menjadi mangsa belasahan ayah bila dia mabuk dan
kalah judi. Bukan sekali dua dia berzina dengan perempuan lain dalam
bilik tidur, atas katil mereka. Emak saya sudah kering airmata untuk
menangis. Kami berdua yang beri dia kekuatan untuk bertahan.
"Ayah saya tak bekerja. Duit gaji mak sebagai cikgu setiap bulan
dirampas untuk berjudi dan minum arak. Emak saya meninggal dunia sebab
barah rahim masa usia saya 12 tahun tahun. Kami tidak ada duit nak
ubatkan penyakit mak.
"Bila ayah tak ada sumber kewangan, dia pinjam daripada along. Kakak
saya yang baru berusia 16 tahun menjadi galang ganti membayar pinjaman
yang sudah mencecah puluhan ribu ringgit. Masa tu saya baru 13 tahun.
"Ayah saya sanggup melacurkan anak sendiri demi judi dan arak. Saya
menjadi saksi kakak saya dirogol along bergilir-gilir. Bukan sekali,
bukan dua kali. Saya sendiri tak ingat berapa kali kakak saya menjadi
mangsa nafsu serakah jantan-jantan keparat tu sehingga kakak saya
mengalami tekanan jiwa.
"Dalam keadaan kakak saya yang sudah hilang akal itu ayah masih lagi
ambil kesempatan. Kakak terus dilacurkan, Akhirnya kakak meninggal
dunia ketika melahirkan anak yang entah siapa bapanya.
"Selepas kakak meninggal, saya jadi sasaran ayah. Tetapi Allah masih
menyayangi saya. Pada malam jahanam itu saya sempat melarikan diri ke
rumah penghulu. Ayah ditangkap dan dipenjarakan. Ayah meninggal
selepas ditembak kerana cuba melarikan diri.
"Saya ada 1,001 sebab untuk membenci lelaki. Ayah saya menyebabkan
kematian dua manusia paling saya sayang, paling saya kasih. Ayah
menjadikan saya sebatang kara dalam dunia ini. Ayah saya dan
jantan-jantan keparat menjadikan kehidupan kanak-kanak saya penuh
sengsara dan derita.
"Tetapi saya tak bencikan lelaki kerana saya tahu masih ramai lagi
lelaki yang penuh kebaikan dalam dunia ini. Salah seorangnya Datuk
Zakaria. Saya terhutang budi dengan Datuk. Datuk banyak mendidik saya,
memberi kasih sayang seorang ayah yang tak pernah saya rasai sebelum
ini.
"Datuk membuatkan saya percaya cuma ada segelintir lelaki berjiwa
haiwan. Menjadikan saya yakin masih ramai lagi lelaki yang tahu
menghargai wanita, yang meletakkan wanita di tempat paling tinggi,
yang sanggup melindungi kami.
"Dan encik Zarul membenci perempuan hanya kerana pernah dikecewakan?
Shame on you, encik Zarul. Shame on you. By the way, jika encik Zarul
tidak mahu teruskan dengan pernikahan ini, beritahu sendiri dengan
Datuk dan Datin. Perkara itu tidak akan keluar daripada mulut saya.
Bukan kerana saya nak sangat berkahwin dengan lelaki lemah macam encik
Zarul tetapi kerana saya tak sanggup hampakan harapan Datuk dan Datin.
Saya pergi dulu. Assalamualaikum."
Zarul terpempan. Mulutnya tidak dapat berkata apa-apa melihat Yasmin
laju mengatur langkah meninggalkannya yang masih terpinga-pinga cuba
memahami apa yang diperdengarkan kepada sebentar tadi. Ungkapan maaf
pun tidak dapat disuarakan.
Sungguh dia tidak menyangka gadis yang kelihatan begitu tegas dan kuat
rupanya menyimpan derita yang bukan sedikit. Dan tiba-tiba dia rasa
malu yang bukan kepalang. Dia sebenarnya yang tidak layak berdampingan
dengan gadis itu.
Min, saya minta maaf.
**********************************************************************
"Min." Yasmin yang duduk di birai katil dalam bilik pengantin segera
menoleh mencari empunya suara. Dia lantas berdiri sebaik melihat
Zarul.
"Saya minta maaf." Dahi Yasmin sedikit berkerut.
"Untuk?"
"Untuk keceluparan saya sebelum ini. I'm really really sorry." Wajah
penuh kesal Zarul ditatap lama.
"It's ok." Balasnya sambil tersenyum. Sungguh dia tidak menyangka
jodohnya dengan Zarul sekuat itu.
Sehari selepas dia menceritakan latar belakangnya kepada lelaki itu,
dia dikunjungi Datin Zaharah yang memeluknya erat.
"Terima kasih Min. Terima kasih kerana kembalikan anak umi. Terima
kasih kerana kembalikan Zarul yang dulu." Katanya dengan sedu sedan.
Yasmin juga hampir tumbang apabila diberitahu Zarul mahu
mempercepatkan tarikh perkahwinan.
Sejak itu juga, Zarul seperti berubah 360 darjah. Tiada lagi suara
kasarnya menjerkah mana-mana kakitangan perempuan. Tiada lagi barannya
mengamuk memarahi jika hasil kerjanya dipertikaikan dalam mesyuarat.
Dia semakin mesra menyapa staf perempuan setiap kali terserempak malah
tidak segan silu menyertai kakitangan bawahan makan tengah hari di
café. Senyuman mahalnya satu ketika dulu sudah boleh ditatap hampir
sepanjang masa.
"Aduh! Aku boleh jatuh cinta dengan senyuman dia tu. Tak makan pun tak
kisah kalau aku boleh tengok senyuman dia selalu." Begitu kata Diana.
Dia cuma ketawa gelihati.
Perubahan yang menjadi bahan bualan seluruh kakitangan firma pengiklanan itu.
"Dah lama sangat rasanya kak Muna tak lihat encik Zarul ceria macam
tu. Apalah yang Min hembus pada dia sampai dia berubah begitu sekali?"
Usik setiausaha Datuk Zakaria ketika dia menyerahkan kad undangan
perkahwinan.
Zarul juga semakin mesra dengannya. Tiada lagi maki hamun dengan
tegurannya dalam mesyuarat. Sebarang kemusykilan dijawab sopan oleh
Zarul yang sesekali menghadiahkan kenyitan mata sehingga mengundang
usikan pegawai lain.
"Min." Dia tersentak. Zarul tersenyum. Pertama kali melihat Yasmin
tanpa tudung, Zarul mengakui kata-kata Firas. Memang Yasmin jauh lebih
cantik daripada seseorang itu. Lebih membahagiakan cuma dia seorang
yang menikmati kecantikan Yasmin, tidak lagi berkongsi dengan lelaki.
"Berangan." Wajah Yasmin bertukar warna mendengar teguran itu. Kala
langkah Zarul mendekatinya, degupan jantung Yasmin berubah rentak.
"Jom turun. Umi panggil nak kenalkan dengan keluarga saya." Zarul
bersuara sambil menarik tangan isterinya menuju ke tingkat bawah.
Selepas berkenalan dengan anggota keluarga mentuanya yang masih
memenuhi rumah dan menikmati hidangan malam yang penuh meriah, Yasmin
meminta diri kembali ke bilik tidur.
Matanya tidak mahu berkompromi lagi. Letih menguruskan majlis
perkahwinan seakan merentap segala tenaga dalam tubuh. Hendak ke bilik
air untuk membersihkan diri sebelum tidur pun seperti hendak
merangkak.
Yasmin baru merebahkan badan di atas katil apabila terdengar pintu
bilik dibuka. Tanpa berpaling dia tahu siapa. Encik suami yang segera
menyalin baju sebelum ke bilik air.
Segala gerak geri Zarul diintip sepasang mata yang entah mengapa tidak
pula mahu lelap. Saat pintu bilik air dibuka, Yasmin pura-pura memejam
mata.
"Jangan nak pura-pura tidurlah cik kak. Saya tahu awak tak lena lagi."
Sapa Zarul yang mengambil tempat di sebelahnya.
Yasmin tergelak. Matanya dibuka luas berpaling menatap Zarul yang
mengiring di kanannya.
"Sambunglah lagi kisah awak kalau itu tak menjadi masalah." Zarul
bersuara sambil tangan menolak anak rambut yang menutupi wajah Yasmin.
"Kisah apa?"
"Apa jadi selepas awak lari daripada ayah awak? Macam mana awak kenal
baba dan umi?"
"Saya ditempatkan di rumah anak yatim. Keterangan saya sudah cukup
kuat memasukkan ayah dalam penjara. Di rumah anak yatimlah saya kenal
dengan baba dan umi. Baba dan umi yang banyak pulihkan semangat saya.
Banyak bantu saya.
"Saya belajar di universiti atas ihsan baba. Semua belanja baba yang
keluarkan. Saya amat terhutang budi sampai saya pernah berjanji kepada
diri sendiri demi baba dan umi, nyawa pun saya sanggup korbankan."
"Jadi, this marriage sebab nak balas budi?" Yasmin terdiam mendengar
soalan Zarul. Benarkan dia menerima Zarul atas dasar balas budi?
"You want to know the truth?" Zarul pantas mengangguk kepala.
"Pada awalnya mungkin tapi istikharah yang saya buat buat saya yakin
untuk terima lamaran umi."
"Just wondering apa perasaan awak pada saya sekarang?" Zarul bertanya.
Untuk menjawab soalan itu, Yasmin mengumpul kekuatan. Dia mahu
berterus-terang. Dia mahu ikatan suci ini dimulakan dengan kebenaran.
Biarlah jika dia dipandang serong sebab kebenaran itu. Dia tidak
melakukan kesalahan, dia cuma meluahkan kebenaran. Itu satu tuntutan.
"Right now I love you so much. Saya cintakan awak, Zarul. Saya
cintakan suami saya sepenuh hati." Senafas dia meluahkan rasa hatinya.
Yasmin melarikan pandangan mata. Tidak sanggup berbalas pandang dengan
Zarul yang tajam merenungnya. Wajahnya terasa tebal tiba-tiba.
"Sejak bila?"
"Sebaik awak lafazkan akad. Saya tak pernah lupa berdoa supaya rasa
cinta kepada kaum Adam dihadirkan dalam hati saya hanya untuk suami.
Suami yang dapat membimbing saya dan anak-anak dunia dan akhirat.
"Sebab itu saya menolak ramai lelaki yang mengharapkan cinta saya.
Cinta saya hanya untuk suami. Agaknya doa saya selama ini dimakbulkan.
Sebaik akad nikah, saya pandang awak dengan pandangan berbeza. Saya
tidak pernah bercinta tapi saya tahu apa yang saya rasa untuk awak itu
cinta."
Zarul tersenyum mendengar kata-kata daripada mulut Yasmin. Hati lelaki
mana yang tidak bangga jika cinta pertama seorang isteri adalah untuk
dirinya.
Dia mencium lembut dahi Yasmin.
"Thanks. And I beg you to give me time to built same feeling towards
you." Yasmin sekadar mengangguk. Ambillah sebanyak mana masa, sayang.
Min akan tunggu.
"Tonight I want to prove that you are wrong." Yasmin mengerutkan dahi.
Tidak mengerti maksud kata-kata Zarul.
"Meaning?"
"Min pernah cakap tak hadap nak kahwin dengan lelaki lemah macam saya.
Now I want to prove that saya tak lemah." Zarul bersuara sambil
mengangkat kening. Ada senyuman nakal mengiringi kata-kata itu.
Menyedari maksud kata-kata dan senyuman nakal Zarul, wajahnya sekali
lagi bertukar warna. Dia tidak sempat membuka mulut mahu membantah
kerana Zarul lebih pantas bertindak.
**********************************************************************
"How's your married life?" Pertanyaan Firas dipandang sepi. Matanya
dihalakan ke skrin komputer di depan. Banyak kerja perlu dibuat
selepas dua minggu bercuti daripada nak melayan pertanyaan mengena
Firas.
"Bro! Aku tanya ni. Sombong pulak lepas dapat mem besar." Firas tidak
berpuas hati tetapi senyuman masih bermain di bibir.
"Kau kahwin dulu. Lepas tu kita bertukar-tukar maklumat." Bersahaja
dia menjawab pertanyaan Firas. Jawapan itu disambut ketawa besar
Firas.
"Dah pandai menyusun kata rupanya kawan aku ni. Aku kena tabik kat
Min. Cepat betul dia dapat ubah kau. Daripada serius memanjang,
sekarang ni dah pandai buat lawak. Satu bangunan bercerita pasal
perubahan kau."
Zarul sekadar mengangkat kening. Bangga.
"Ceritalah sikit." Firas terus mendesak. Zarul mengangkat muka
memandang wajah mengharap Firas.
"Hidup aku makin teratur dan tenang. Tiap-tiap pagi aku dengan Min ke
surau untuk jemaah subuh. Balik ke rumah, baju seluar dah sedia.
Breakfast pun. Dinner tak adalah nak melantak bungkus memanjang. Kalau
balik awal, maghrib dan isyak pun kami jemaah kat surau.
"Aku pun tak adalah nak melangut depan tv selalu. Aku dan Min masih
dalam proses nak kenal hati budi. So, kami selalu bercerita pasal diri
masing-masing."
Firas terdiam.
"One thing yang aku agak musykil." Firas memandang tepat ke arah
Zarul. Mengangkat kening bertanyakan apa yang masih terbuku di hati
sahabat itu.
"Min cakap dia jatuh cinta dengan kau sebaik aku lafazkan akad nikah.
Katanya doa dia cuma mahu menyerahkan cinta untuk suami dimakbulkan
Allah. Kau tak rasa pelik ke? Padahal aku dengan dia sebelum ni kau
pun tahu macam mana. Bolehke orang jatuh cinta secepat tu dengan
somebody yang dah macam musuh?"
"Apa yang peliknya? Apa pula tak boleh pulak? Sedangkan gunung pun
Allah boleh terbalikkan, ini pula hati manusia. Dengar kau cerita pun
aku yakin Min tak main-main bila dia kata dia cintakan kau. Malah for
me, itu yang betul. Min serahkan cinta dia pada orang yang tepat.
Suami dia. Kau tu. Macam mana?"
Zarul menarik nafas panjang. Dia menggaru-garu kepala yang tak gatal.
Tidak tahu hendak menjawab soalan itu. Firas tersenyum melihat gelagat
rakan di depannya. Tahu cinta untuk Yasmin belum ada.
"Aku tak nak tahu jawapan kau tapi satu perkara yang perlu kau tahu.
Yasmin terbaik untuk kau sebab tu kau dijodohkan dengan dia.
Lupakanlah dia. Dengan apa yang dia buat, memang patut sangat kau
lupakan dia."
"Doakan aku Firas. Aku tak mahu sia-siakan Yasmin."
Firas sekadar mengangguk. Memang dia tak pernah lupakan mendoakan
kebaikan untuk sahabatnya itu.
**********************************************************************
Zarul mengeluh kasar. Mesej yang terpampang di skrin Sony X Peria itu
direnung sekali lagi. Selepas hampir enam tahun menghilangkan diri
tanpa sebarang pamit, Sherina kembali. Kembali dengan harapan amat
tinggi. Ingin kembali ke pangkuannya.
Dia sendiri kaku untuk seketika apabila Sherina tiba-tiba muncul di
depannya dua minggu lalu. Sejak itu kehidupannya mula tidak tenteram.
Rumah tangga yang tenang enam bulan ini sudah menampakkan tanda
kocakan.
Memang dia bencikan Sherina tetapi jauh di sudut hati, gadis itu masih
kuat melekat di tangkai hati.
"Zarul." Suara lembut Yasmin mengejutkan dia dari lamunan.
"Lately ni awak nampak stress sangat. Teruk sangatke projek kali ni?"
Tanpa menjawab soalan, Yasmin ditarik ke dalam pelukan. Terasa damai.
Hilang seketika resah di hati.
Mengapa tiada cinta untuk wanita ini? Hatinya merintih sendiri.
"Mengapa ni? Tak pernah saya tengok awak resah sampai macam ni sekali.
Ada apa yang boleh saya tolong?" Perlahan Yasmin meleraikan pelukan
erat Zarul. Kedua-dua tangan dibawa memegang pipi suami yang dicintai
sepenuh hati.
Zarul menggeleng perlahan. Tangannya menggenggam jari jemari Yasmin
dan dibawa ke mulut.
"How much do you love me?" Yasmin mengerutkan dahi. Hairan dengan
pertanyaan itu.
"Hanya Allah yang tahu." Zarul tersenyum mendengar jawapan itu.
"Mengapa ni? Jangan takutkan saya, Zarul. Awak lain benar lately ni."
Zarul tergelak kecil.
"Tak ada apalah. Agaknya saya tertekan sangat memikirkan proposal
untuk iklan LG tu." Yasmin sekadar mengerutkan dahi. Zarul faham
benar. Wanita sebijak Yasmin tidak akan percaya dengan alasan itu.
"Listen dear. Whaterver that bothering you, spill it out. Saya akan
sentiasa untuk awak. Remember that." Zarul merenung lembut ke wajah
Yasmin.
Masih sanggupkan awak bersama saya kalau tahu apa yang ada dalam hati
ini. Zarul memang tidak tahu jawapannya.
**********************************************************************
"Min dengan Zarul, ok?" Yasmin pantas menoleh memandang Zuraida di
sebelah sebaik mendengar pertanyaan itu. Sesekali matanya melirik
memandang tiga anak Zuraida yang riuh rendah bergusti dengan Zarul dan
abang iparnya, Hadi, di laman depan.
"Maksud kak Ida?"
"Biarlah kak Ida terus-terang. Kak Ida datang ni boleh dikatakan
serampang dua mata. Nak bawak budak-budak itu jenguk mak ngah dan pak
ngah. Bising sangat mulut mereka ajak kak Ida dan abang ke sini. Satu
lagi nak risik Min dan Zarul bagi pihak umi."
"Min masih tak faham kak. Nak risik kami?"
"Umi tu bimbang. Min dan Zarul dah dekat lapan bulan kahwin tapi belum
ada tanda-tanda Min berisi. Umi bimbang kalau-kalau Zarul buat
perangai. Min jangan marah kalau kak Ida tanya. Min dan Zarul
pernah.?"
Yasmin tergelak besar mendengar pertanyaan Zuraida. Sungguh dia tidak
menyangka perkara itu yang difikirkan ibu mentua dan kakak iparnya.
Cuma kerana dia masih belum mengandung.
"Min tak mengandung sebab belum ada rezeki kak. Pasal Min dengan Zarul
tu beritahu umi jangan bimbang. Kami tidur sebilik dan pasal hak dia
yang satu tu, awal-awal lagi Zarul dah tuntut.
"Hubungan Min dan Zarul macam suami isteri lain. Tak adanya nak tidur
bilik asing. Tak berpeluang pun. Dia sebut je dah mengantuk alamatnya
Min kena tinggal semua kerja." Zuraida menarik nafas panjang. Yasmin
masih dengan ketawa kecil.
"Bukan setakat umi, kak Ida pun bimbang jugak. Manalah tahu Zarul tu
buat perangai bodoh tak nak sentuh isteri sendiri ke, disuruhnya Min
tidur bilik asing ke. Iyalah dah kena paksa kahwin."
Yasmin tergelak sekali lagi. Tak nak sentuh isteri sendiri? Iyalah tu.
Tak sempat mengelak adalah, hatinya berkata sendiri.
"Mengapa dia macam tu sebelum kahwin dengan Min? Maksud Min macam
berdendam dengan orang perempuan?"
"Dia tak cerita?" Zuraida menyoal. Agak hairan.
"Min tak pernah tanya."
"Frust. Bercinta sejak sekolah menengah dengan Sherina tu. Tapi umi,
baba dan kami adik beradik memang tak berkenan dengan budak tu. Mak
bapanya orang biasa saja tapi lagaknya mengalahkan anak hartawan. Nak
kata cantik, Min lagi cantik. Entah apalah yang si Zarul nampak kat
budak tu. Mak bapak dia pun sama naik tocang. Sakit sikit tak ada
kelas nak pergi hospital kerajaan. Masuk hospital swasta. Bil
beribu-ribu Zarul yang bayar.
"Apa yang Zarul tak beri pada Sherina. Kondo, kereta, wang belanja
bulanan walaupun belum ada ikatan. Dua minggu sebelum bertunang dia
lari ikut bos orang putihnya ke London. Alasannya dengan Zarul dia tak
bebas. Iyalah Zarul tak kasi dia pakai dedah sana sini, tak bagi dia
ke kelab malam, marah sebab dia merokok.
"Dia kata dah jemu dengan imej ustaz-ustaz Zarul. Lagipun jantan tu
dah beli rumah banglo untuk dia, beli BMW sport. Bukan sekadar kondo
dengan Vios yang Zarul berikan kat dia."
Yasmin mengangguk perlahan. Baru mengerti cerita sebenar. Kalau begitu
caranya memang sayang betul Zarul pada gadis bernama Sherina itu.
Tiba-tiba saja cemburunya membuak-buak.
Memang Zarul melayannya dengan baik. Tidak pernah berkasar dengannya.
Marah pun tidak. Tetapi dia tidak merasakan getaran cinta dalam setiap
layanan, sentuhan dan belaian Zarul. Tetapi Yasmin tidak pernah jemu
menunggu. Itu tekadnya.
**********************************************************************
"I mengaku I salah tinggalkan you. The biggest mistake I've ever done.
I menyesal sangat. Please dear, bagi I peluang untuk tebus kesilapan
I. I sanggup melutut depan wife you minta izin dia untuk kita kahwin."
Zarul merengus perlahan.
"You jangan babitkan wife I dalam hal ni. Jangan cuba-cuba pergi jumpa
dia." Keras dia bersuara. Sherina sedikit tersentak. Zarul tidak
pernah meninggikan suara di depannya sebelum ini.
Hati Sherina membengkak saat seraut wajah Yasmin terlintas di minda.
Jika wanita secantik itu yang menjadi teman tidur Zarul saat ini,
Sherina tahu dia perlu berusaha keras. Berusaha untuk mendapatkan
semula hati Zarul. Dan dia tahu hati Zarul. Penuh dengan kemaafan.
Kesempatan itu tidak akan dipersiakan.
Sherina juga sedar dia perlu bertindak pantas merayu Zarul
mengahwininya kerana nyawa dalam perutnya cuma menunggu masa untuk
jelas pada pandangan ramai.
Bukan sedikit dia menyumpah seranah Lionel Smith, bekas majikannya
yang langsung tidak mahu bertanggungjawab di atas kandungan itu.
Sherina tidak mahu lagi menggugurkan kandungannya. Selepas tiga kali,
tindakan menggugurkan janin itu kali ini mengundang bahaya pada
nyawanya. Itu amaran doktor.
Matanya ralit meneliti seraut wajah tampan di depannya. Lelaki yang
pernah menggilainya separuh mati. Tangan Zarul yang berada di atas
meja dielus perlahan.
Hati Sherina sedikit melonjak apabila Zarul tidak menarik tangannya.
Ia seolah-olah petanda lelaki itu juga merinduinya dan masih
mencintainya. Jika tidak, masakan Zarul akan membiarkan kulitnya
disentuh wanita bukan muhrim.
"I love you Zarul. Perasaan I tak pernah berubah. Cuma dulu I tersilap
langkah. Please, bawa I balik ke pangkal jalan. I tak mahu hanyut
lagi." Perlahan dia menyusun ayat.
Biarlah walau patah perkataan yang keluar langsung tidak selari dengan
niat di hati. Sherina hanya ingin Zarul terharu dengan kata-kata dia
ingin ke pangkal jalan dan mungkin diusik sedikit rasa serba salah
jika membiarkan Sherina terus hanyut. Baju kurung dilengkapi tudung
sedikit sebanyak akan mengaburkan mata Zarul dengan niat sebenar
Sherina.
Jika Zarul termakan dengan kata-kata itu, Sherina akan melaksanakan
pelan seterusnya - bernikah dan seterusnya mencari jalan menyingkirkan
Yasmin dan menjadi pemilik mutlak kepada harta Zarul.
Genggaman yang semakin erat menyedarkan Zarul dan lantas dia menarik
tangannya. Hatinya segera beristighfar.
Sherina di depan ditatap sungguh-sungguh. Selepas hampir enam tahun,
wanita itu tampil lebih matang, lebih jelita walaupun ada seraut wajah
lain yang membayangi Sherina di matanya.
Berdepan dengan Sherina, hati Zarul semakin goyah. Entah ke mana
hilangnya kebencian yang meluap-luap yang pernah hadir untuk wanita
itu. Rayuan Sherina yang ingin kembali ke pangkal jalan dan janji
untuk setia kepadanya seakan meruntun hati lelakinya yang masih terisi
dengan nama wanita itu.
"I nak kita nikah cepat-cepat. I dah tak sanggup lagi nak tanggung
dosa jika kita masih terus begini. Tak mengapalah walau majlis kita
kecil." Sherina masih terus memujuk.
"Bagi I sikit masa untuk berterus-terang dengan wife I." Sebaris ayat
daripada mulut Zarul sebelum mereka berpisah malam itu sudah cukup
membuatkan Sherina tersenyum lebar.
Untuk sekian kali, kau sekali lagi menjadi milikku Zarul. Aku nak
tengok bagaimana kali ini umi dan baba kau yang kolot itu akan
menentang.
**********************************************************************
Airmata ditahan sungguh-sungguh ketika membawa kaki melangkah ke ruang
tamu sambil tangannya memegang erat beberapa helai borang. Sejak
seminggu lalu, Yasmin sudah banyak membuang airmata dan malam ini dia
tidak mahu ia menitis lagi.
Lagipun dia sudah nekad, hasratnya sudah bulat. Dia cintakan Zarul dan
akan berbuat apa saja demi kebahagiaan Zarul selagi ia tidak
bercanggah dengan agama. Dan apa yang bakal dilakukan ini langsung
tidak ditegah agama.
Di ruang tamu, perlahan-lahan dia melabuhkan punggung di atas sofa
bersebelahan Zarul yang asyik menonton siri CSI:NY.
Bahunya dipaut erat. Yasmin melentokkan kepala ke bahu sasa Zarul.
"Manja lain macam je malam ni. Nak ke? Tak nak tunggu malam Jumaat?"
Usikan Zarul dibalas dengan cubitan di paha.
"Adoi! Sakit sayang."
"Lain kali otak tu cuci sikit. Asyik nak melencong je."
"Sebab otak dah kena cuci yang saya tanya tu. Biar lama-lama nanti
sangkut kat mana-mana. Awak juga yang merana."
Tangan Yasmin sekali lagi mencari sasaran tetapi sempat disambar
Zarul. Jari jemari runcing itu dikucup lembut. Rasa sebak mula
bertandang melihat perlakuan itu. Sungguh dia cintakan lelaki ini dan
rasa cinta itulah yang mendorong Yasmin melakukan pengorbanan sebegini
besar.
"Orang perempuan ni memang dilahirkan dengan kepakaran tahu mencubit
ke? Atau perlu belajar kat mana-mana untuk dapatkan jenis cubitan yang
standardize gitu? Min punya cubit dengan umi, dengan kak Ida sama je."
Rungut Zarul.
Jelingan tajam Yasmin sekali lagi mengundang ketawa Zarul. Sepantas
kilat satu ciuman dihadiahkan di pipi Yasmin. Penuh kudus.
Tolonglah airmata. Jangan kau menitis lagi jika ikhlas mahu berikan
kebahagian kepadanya.
"Zarul."
"Hmm." Bahu Yasmin masih dipaut erat.
"You know that I love you. Awak tahu saya sanggup buat apa saja untuk
bahagiakan awak." Bahu Yasmin dilepaskan perlahan. Zarul beralih
mengadap Yasmin yang tenang di sebelah kirinya.
Tangan menarik bahu Yasmin duduk mengadapnya. Seraut wajah tenang
tetapi penuh sendu itu ditatap lama.
"Mengapa ni? Apa yang tak kena?" Lembut Zarul bersuara. Jika Yasmin
sudah bersuara mungkin ini masanya dia mengorek apa yang mengganggu
isterinya kebelakangan ini.
"Do you love me?" Zarul segera melarikan pandangan mendengar pertanyaan itu.
"Min, please."
"It's ok. Saya tak perlukan jawapan. Soal hati tak boleh dipaksa."
Yasmin cepat-cepat memotong percakapan.
"Awak bahagia dengan saya?" Pantas Zarul mengangguk. Itu kenyataan.
Dia tidak mahu menafikan. Cuma ada kekosongan yang sesekali membuatkan
dia menjeruk rasa.
"Awak pula? Bahagia dengan saya?" Giliran Zarul bersuara.
"Saya bahagia kalau awak bahagia. Awak sanggup buat apa demi
kebahagiaan saya?" Sekali lagi Zarul pantas mengangguk. Kalaulah ada
sesuatu yang boleh membuatkan dia mengubah rasa cinta tidak bertepi
itu kepada wanita di depannya, Zarul mengeluh dalam hati.
"Then, do this." Ucapnya ringkas sambil menghulurkan borang yang
sedari tadi diterbalikkan.
Zarul kaku tidak bersuara sebaik melihat borang yang dihulurkan
Yasmin. Dahinya berkerut. Riak wajahnya tidak dapat dibaca Yasmin.
Marahkan dia? Terharu? Bahagia? Gembira?
"Apa ni, Min?"
"Borang kebenaran poligami." Yasmin cuba berjenaka melindungi hati
yang sudah bengkak. Renungan tajam Zarul dibalas lembut.
"Saya cintakan awak bukan sekadar di dunia. Saya cintakan awak
sehingga ke akhirat. Saya berusaha menjadi isteri solehah supaya nanti
awak terlepas daripada menanggung dosa saya.
"Saya tak boleh pejam mata lihat awak membuat dosa. Cinta saya
mendorong saya lakukan semua ini. Saya nampak awak dan Sherina di
restoran tempoh hari. Saya nampak Sherina pegang tangan awak dan awak
tak biarkan. Itu dosa, Zarul. Dosa besar. Awak dengan dia bukan
muhrim.
"Saya tak akan biarkan awak terus lakukan dosa tu. So, please. Marry
her. I know you love her. Cuma ini mampu saya lakukan supaya awak dan
dia tak terus bergelumang dosa dan pada masa sama, saya bahagiakan
awak. Hanya satu yang saya minta. Jangan ketepikan saya daripada hidup
awak. Saya tak boleh tanpa awak, Zarul. I just can't."
Airmata tidak dapat ditahan lagi. Yasmin tidak mampu berpegang kepada
ikrar sendiri.
Zarul segera menarik tubuh langsing itu ke dalam dakapan. Sungguh dia
tidak menyangka gerak-gerinya selama ini dalam pengetahuan Yasmin. Di
kala dia baru mencari ayat yang sesuai untuk disampaikan, Yasmin sudah
pun mendahuluinya. Demi kebahagiannya, Yasmin tega menoreh luka di
hati sendiri. Dan dia? Tegakah untuk terus membiarkan luka itu terus
berdarah dengan mengahwini Sherina.
Hangat airmata Yasmin dibahu terus terbawa-bawa sepanjang malam.
**********************************************************************
Merah padam wajah Datin Zaharah menahan marah. Datuk Zakaria
beristighfar panjang memujuk hati yang membara. Zuraida merenung tajam
Zarul seolah-olah mahu ditelan adik lelaki yang tidak tahu diuntung
itu. Hadi tersandar di sofa tidak percaya.
Zarul menikus. Pandangan dihala ke karpet buatan Iran yang menghiasi
ruang tamu banglo milik umi dan babanya itu. Cuma Yasmin yang masih
tenang. Tangan Zarul digenggam erat bagaikan memberi semangat.
"Kamu sedar apa yang kamu cakap ni, Zarul?" Datin Zaharah sedikit
terjerit. Perlahan Zarul mengangguk.
"Apa kena kamu ni? Umi carikan permata asli untuk kamu, kaca juga yang
kamu berkenan. Apa kurangnya Yasmin?" Nada suaranya masih tinggi.
"Yasmin sempurna, umi. Rul yang banyak kurangnya."
"Habis, apa lagi yang kamu kejar betina tu? Dah ada isteri baik,
cantik, betina yang pernah lari ikut jantan lain tu jugak yang kamu
tergila-gilakan. Kat mana kamu letak akal kamu?" Jerkah Datin Zaharah.
Yasmin segera bangun mendapatkan ibu mentuanya. Ditarik perlahan tubuh
tua itu duduk di atas sofa di sebelahnya.
"Menyesal umi pinangkan Yasmin untuk kamu. Berdosanya umi dengan
Yasmin." Datin Zaharah kembali merintih.
"Umi jangan cakap macam tu. Min yang izinkan Zarul kahwin dengan
Sherina." Yasmin cuba menenangkan keadaan. Empat menentang dua pasti
tak susah meneka pihak mana yang akan menang.
"Mengapa Min buat macam tu?" Zuraida bersuara.
"Sebab Min sayangkan Zarul. Min tak pernah menyesal berkahwin dengan
Zarul dan menjadi menantu umi dan baba. Min bahagia dengan Zarul. Min
tak akan tukarkan kebahagiaan ini dengan apa pun. Min hanya ingin
Zarul rasa bahagia seperti apa yang Min rasa. Cuma Sherina yang boleh
beri kebahagiaan itu kepada Zarul. Bukan Min."
"Rul dengar apa yang Min kata tu?" Zarul mengangguk mendengar
pertanyaan Zuraida.
"Dia sanggup berkorban sampai macam tu sekali untuk Rul. Tergamak ke
Rul nak buat Min macam ni? Dengan Sherina pulak tu? Perempuan yang
pernah malukan Rul. Pernah lari dengan jantan lain. Kak Ida malu ada
adik dayus macam Rul ni. Orang dah tak nak, Rul pulak nak kutip."
Zarul mengangkat kepala mendengar kata-kata keras Zuraida.
Tajam matanya menentang mata Zuraida yang sudah berkaca tetapi kembali
melarikan pandangan. Tidak mampu menahan sinaran amarah yang terpancar
daripada mata Zuraida.
"Kamu dah nekad nak kahwin dengan budak perempuan tu?" Datuk Zakaria
pula bersuara selepas cuma menyaksikan perang lisan antara anak dan
isterinya.
Zarul mengangguk tetap masih lagi tidak berani mengangkat muka. Datin
Zaharah mendengus keras.
"Kalau Rul kahwin jugak dengan betina tu, Rul jangan balik dah ke
sini. Menantu umi cuma seorang. Yasmin. Jangan panggil umi ni, umi.
Umi tak ada anak macam Rul."
Zarul menerpa memegang lutut uminya. Wajah Datin Zaharah yang basah
dengan airmata ditatap sayu. Tiada seorang wanita pun dapat mengambil
tempat umi dalam hati. Tidak Sherina sekalipun. Biarlah dia hilang
Sherina sekali lagi tetapi untuk membuang umi, tidak sekali-kali.
"Umi.Rul."
Belum sempat dia bersuara, Yasmin pantas mencelah.
"Umi, Min mohon umi dan baba restu Zarul bernikah dengan Sherina. Demi
Min. Tolonglah. Min tak pernah rasa apa yang Min buat ni satu
pengorbanan tetapi sebagai hadiah tanda kasih sayang Min pada Zarul.
"Kalau umi dan baba benar sayangkan Min, tolonglah bahagiakan orang
yang Min sayang. Zarul." Tubuh Yasmin dipeluk erat Datin Zaharah.
Sungguh dia tidak salah memilih menantu. Anaknya yang tidak tahu
diuntung.
"Umi dan baba restu tapi bukan sebab kami suka dengan Sherina tapi
sebab Min. Ingat tu Zarul. Sebab Yasmin, isteri kamu. Kalau kamu dah
nekad nak berpoligami, baba anggap kamu dah faham hukum-hakamnya.
"Cuma satu baba nak ingatkan. Secuit Yasmin terasa hati dengan
tindak-tanduk kami dan bakal bini kedua kamu tu, baba akan guna kuasa
veto baba sebagai ketua keluarga. Kamu tunggu apa yang baba akan buat.
Jangan ingat baba tak bagi kamu amaran." Datuk Zakaria bersuara tegas.
"Jangan sesekali bawa bini kedua kamu tu ke sini. Umi tak izin." Datin
Zaharah menambah.
"Jangan bawa ke rumah kak Ida juga. Jangan sesekali Rul nak mengadu
apa juga masalah Rul dengan betina tu pada kak Ida. Kak Ida tak ada
masa nak dengar." Zuraida turut memberi amaran.
"Abang pun tak benarkan Rul bawa Sherina jumpa anak-anak abang. Nanti
rosak anak-anak abang dihasut dek bakal bini kamu tu." Hadi tidak lupa
memberi peringatan keras. Zarul cuma mampu mengiyakan.
"Majlis nikah kamu, uruskan sendiri. Kami tak akan masuk campur."
Ringkas Datuk Zakaria bersuara sambil berlalu membawa diri ke bilik
bacaan.
Datin Zaharah dan Zuraida serta Hadi turut melangkah meninggalkan
Zarul yang masih terduduk di depan sofa dan Yasmin yang erat
memeluknya.
**********************************************************************
Kemarahannya dikawal sebaik mungkin. Dia wanita berpendidikan dan
mempunyai jawatan penting. Keceluparan Sherina perlu ditangani sehalus
mungkin tetapi tidak mencacatkan imej sebaliknya meninggalkan kesan di
hati perempuan itu.
Sesekali melintas rasa menyesal memilih untuk bersetuju bertemu dengan
bakal madu yang langsung tidak tahu menghormati dirinya sebagai isteri
Zarul.
"You know yang Zarul cintakan I. Jadi, jangan pula nak menuduh I cuba
nak control Zarul kalau nanti masa dia lebih banyak dengan I. Memang
you isteri pertama dia tapi sebagai isteri, I ada hak yang sama. I tak
suka you call atau ganggu dia kalau dia bersama I.
"Kalau you rasa dia tak adil, terpulang pada you kalau masih nak
bersama dia. Kalau you pilih nak bercerai, I akan make sure you dapat
apa yang sepatutnya."
Yasmin membawa tangan ke dada, menyabarkan diri sendiri mendengar
patah perkataan yang keluar daripada mulut wanita yang wajahnya
diconteng dengan pelbagai warna.
Berbaju T hitam singkat tanpa lengan serta seluar jeans ketat, Yasmin
sendiri tidak tahu maksud Sherina ingin berubah. Kalau benar ingin
menjadi lebih baik, sekurang-kurangnya pakailah yang bersopan sikit,
hatinya berbisik.
"Cik Sherina, memang Zarul cintakan you tapi satu perkara yang you
perlu ingat, I menantu terpilih, kalau jadi you kahwin dengan Zarul,
you akan jadi menantu terbuang. Kat situ pun you kena sedar diri.
Kedudukan I di sini umi dan baba Zarul jauh lebih kukuh berbanding
you.
"Jadi, jangan ingat so called cinta Zarul pada you saja dah boleh bagi
jaminan kedudukan you tak akan tergugat. I am very sure Zarul masih
ingat amaran baba dia. Secuit I terasa hati dengan dia atau you, both
of you akan terima padah. Kalau I sampaikan apa yang you cakap ni pada
Zarul, you akan gigit jari. Kalau pun you putar belit apa yang I cakap
jangan assume Zarul akan terus percaya. You dah pernah tipu dia
sekali. Jangan sombong sangat. Kalau tak kerana I yang pujuk umi dan
baba Zarul, jangan harap you boleh bernikah dengan Zarul.
"You kata you dah kenal Zarul. Tentu you pun tahu yang Zarul tak akan
membantah kata-kata umi dan baba dia kalau mereka tak izinkan dia
bernikah dengan you.
"Since perkataan cerai came out from your lips first, saya nak beri
amaran. Jangan sampai kata-kata memakan tuan. Bimbang you langsung tak
dapat apa-apa. Rasanya setakat ini pertemuan kita. Assalamualaikum."
Yasmin tidak menunggu lama. Bimbang ringan tangannya menampar pipi Sherina.
Kurang ajar kau, Yasmin. Kau belum kenal siapa aku. Zarul akan jadi
hak aku seorang, Sherina membentak sendiri.
**********************************************************************
Luluh hatinya melihat Zarul segak mengenakan sepasang baju Melayu
putih yang lengkap bersamping hitam dengan benang emas. Terketar-ketar
tangannya memakaikan butang baju Melayu itu.
Tidak lama lagi. Cuma tiga jam saja untuk dia menerima madu. Madu yang
menjadi racun mengenangkan pertemuan pertama dan terakhirnya dengan
Sherina minggu lalu. Pertemuan yang dirahsiakan daripada Zarul dan
kedua mentuanya.
Mata Zarul yang tidak berganjak memerhatikan dia yang cuba menunjukkan
lagak bersahaja mengenakan butang baju Melayu kemudian berpura-pura
membetulkan samping tidak dihiraukan.
Yasmin tidak mahu menentang sinaran mata itu kerana tahu dia tidak
cukup kuat menahan airmata untuk terus mengalir. Dia tidak mahu
airmata mengiringi langkah Zarul menerima akad memiliki seorang lagi
isteri.
Yasmin mahu melangkah selepas selesai membetulkan samping apabila
tubuhnya diraih ke dalam dakapan. Erat.
"How should I thank you, Min?" Bergetar suara Zarul kedengaran di telinga.
"Just love me." Ringkas dia menjawab.
Terasa sedu-sedan Zarul, Yasmin segera meleraikan pelukan. Airmata
sang suami disapu lembut. Ciuman dihadiahkan di kedua-dua pipi Zarul.
"Don't cry. Awak nak melangkah ke gerbang kebahagiaan yang awak cari
selama ni. Saya tak nak airmata ni buat awak teragak-agak."
Tangan Yasmin dikucup lembut. Di mana lagi dia hendak mencari wanita
seistimewa ini? Sherina sendiri tidak begitu. Dia bertuah kerana
menjadi wanita pertama dicintai Zarul. Itu saja.
"I'm sorry. I really am. Awak paling istimewa dalam hati saya, Min.
Tak akan ada yang dapat ambil alih tempat tu. Tidak Sherina
sekalipun."
Yasmin tersenyum mendengar kata-kata Zarul. Perlahan dia merebahkan
kepala ke dada bidang suaminya. Ingin mendengar degup jantung buat
kali terakhir sebagai satu-satunya isteri Zarul sebelum berkongsi
meletakkan kepala di dada itu dengan wanita lain. Wanita yang lebih
dicintai suaminya.
Kepala Yasmin diusap lembut. Harum rambut hitam lebat itu dihidu
sepuas-puasnya. Jika tiba-tiba ada rasa cinta untuk Yasmin ketika itu,
sumpah dia sanggup membatalkan majlis pernikahan dengan Sherina.
Lama mereka begitu sehingga deringan telefon mengejutkan kedua-duanya.
Mata Yasmin cekap menangkap nama yang terpampang di skrin. Tak
menyempat-nyempat, kutuknya dalam hati.
"Pergilah. Nanti terlewat pulak. Awak pandu hati-hati. Kalau Firas
ada, tak adalah saya bimbang sangat."
"Firas dah macam berpatah arang dengan saya lepas tahu saya nak nikah
dengan Sherina. Tak tahulah macam mana nak pujuk dia."
"Lama-lama oklah tu. Dia tu mana boleh berpisah lama dengan awak.
Kadang-kadang saya lebih cemburu pada Firas daripada Sherina."
Zarul ketawa hambar. Sejak mengetahui dia mahu mengahwini Sherina,
Firas bersemuka dengannya. Pertama kali dalam sejarah persahabatan
mereka, dia dan Firas hampir bertumbuk jika bukan Yasmin yang
meleraikan.
"Aku akan buktikan betina tu ada agenda nak kahwin dengan kau." Itu
kata-kata terakhir yang keluar daripada mulut Firas.
Sejak itu mereka bagaikan tidak mengenali satu sama lain. SMS dan
panggilan telefon tidak pernah dijawab Firas. Sahabatnya juga lebih
senang menggunakan medium emel, nota ringkas atau setiausahnya jika
ingin berbincang mengenai kerja. Sungguh Zarul merindui sahabatnya
yang satu itu.
Dengan kucupan lama di dahi, Zarul melangkah daripada bilik tidurnya
tanpa berpaling lagi. Airmata yang ditahan sejak tadi mencurah
bagaikan air paip di pipi Yasmin yang sudah terduduk di birai katil.
"Selamat pengantin baru, abang. Min doakan abang beroleh kebahagiaan
dengan Sherina. Maafkan Min tak dapat membahagiakan abang selama ni."
Dia merintih sendiri.
Yasmin bangun menuju ke almari. Tiket kapal terbang yang disorokkan
ditarik dan diteliti. Biarlah dia membawa diri pada hari bahagia Zarul
untuk sementara.
"Ampunkan Min keluar dari rumah tanpa kebenaran abang."
**********************************************************************
Yasmin memejamkan mata menikmati hembusan angin laut yang mendamaikan.
Seketika tangannya membetulkan tudung yang sedikit kurang kemas ditiup
angin.
Suasana damai awal pagi itu dinikmati dengan jiwa yang sedikit tenang.
Selendang pashmina dibalut ke tubuh menahan kedinginan.
Sudah empat hari dia berkelana ke Negeri Di Bawah Bayu. Membawa diri,
mengubat hati, merawat luka yang dicipta sendiri. Selebihnya ingin
memberi peluang kepada Zarul menikmati keindahan berumah tangga dengan
wanita yang dicintainya.
Penat berjalan di gigi air, Yasmin membawa langkah duduk di bawah
sebatang pokok rending. Matanya ralit menyaksikan matahari pagi yang
semakin menampakkan sinar.
Rindunya kepada Zarul usah dicakap. Seakan ingin dilaungkan ke seluruh
alam betapa dia merindui suaminya itu. Bukan sekali dua dia mahu
mengemas pakaian kembali ke pangkuan Zarul.
Tetapi mengenangkan tujuh hari yang ditetapkan untuk anak dara yang
berkahwin dengan lelaki bergelar suami belum tamat tempohnya,
disabarkan hati.
Untuk sekian kali, airmatanya mengalir lagi. Bukan hatinya tidak
tercalar apabila Zarul sedikit pun tidak membantah saat dia meminta
suaminya itu mengahwini Sherina. Bukan perasaannya tidak terluka
membayangkan saat bahagia Zarul memadu kasih dengan isteri keduanya.
Tetapi Yasmin sendiri tidak tahu mengapa dia begitu tega menyerahkan
suami untuk menikahi wanita lain.
Sudah mencapai taraf isteri solehahkah dia? Apa benar taraf isteri
solehah cuma boleh digapai dengan membenarkan suami menikah lain?
Belum cukup solehahkah dia yang selama ini sedaya boleh menjaga solat
dan puasa serta berusaha mentaati Zarul?
Apa tinggi benarkan statusnya dengan pengorbanan itu? Layakkah dia
menerima payung emas dengan merelakan suaminya diulit wanita lain
sebagai isteri? Jika hatinya cuma separuh rela membenarkan pernikahan
itu.
"Abang, Min rindukan abang. Rindu sangat-sangat." Airmata mengalir
lagi. Dibiarkan saja. Biarlah ia mengalir semahu-mahunya. Biarlah
kalau itu boleh mengubat rasa duka dan lukanya.
"Abang, Min rindu. Abang tak rindukan Min ke?" Perlahan dia bersuara
lagi sambil memejamkan mata. Membayangkan Zarul berada di depan mata.
"Kalau rindu mengapa tinggalkan abang? Mengapa biarkan abang seorang
diri macam orang gila rindukan Min?"
Yasmin kaku. Cuba menenangkan diri. Suara itu terlalu dekat dengannya.
Suara yang amat dirindui itu seolah-olah bermain di telinga. Menjawab
laungan rindunya selama empat hari ini.
Tak mungkin Zarul. Zarul yang dikenali tidak pernah menyimpan rindu
untuknya. Itu bukan Zarul. Itu cuma khayalannya kerana terlalu
rindukan suaminya itu.
"Aik! Kata rindu tapi tengok muka abang pun tak nak." Kali ini Yasmin
yakin. Dia bukan berkhayal. Itu memang suara Zarul. Itu nada suara
Zarul setiap kali mahu mengusiknya.
Yasmin segera berpaling. Dia terus berdiri dan pantas menutup mulut
menatap seraut wajah yang amat dirindui itu tersenyum lebar melihatnya
yang terkejut.
Yasmin tidak sempat bersuara, tubuhnya yang dingin disapa angin pagi
terasa panas dalam pelukan erat Zarul.
"Tuhan! I miss you so much, wife." Yasmin masih kaku dalam pelukan Zarul.
Macam mana dia ada kat sini? Macam mana dia tahu aku ada kat sini?
Semua itu hanya berlegar dalam kepala. Tidak terluah oleh mulutnya.
Saat Zarul meleraikan pelukan Yasmin masih membisu. Aksinya mengundang
ketawa besar Zarul. Saat bibir Zarul menyentuh dahi, pipi dan
bibirnya, barulah dia tersedar.
"Macam mana awak ada kat sini?"
"Dah tukar panggilan pulak. I'm your husband and five years older than
you. I seriously think I deserve to be called 'abang'." Zarul sedikit
mengomel tanpa menjawab pertanyaan Yasmin.
"I'm serious, Zarul? How come awak ada kat sini? Bukanke sepatutnya
awak masih dengan Sherina?"
"I'll tell you from A to Z. Just call me abang again. Please, sayang.
I'm dying to hear you call me by that word." Renungan tajam Yasmin
disambut dengan sengihan nakal.
Tangan Yasmin ditarik duduk di sebelah. Bahu si isteri dipaut erat.
"Do you really love me, Yasmin?" Yasmin menghadiahkan jelingan tajam
sebagai jawapan.
"Answer me, please." Zarul sedikit merayu.
"Yes, I do."
"Then mengapa senang benar Min lepaskan abang pada Sherina? Langsung
tak nak bersaing?"
"Selepas setahun Min rasa dah letih. Min dah tak berdaya nak buat
abang lupakan Sherina tapi pada masa sama, Min tak boleh berpisah
dengan abang. The best thing ialah izinkan abang kahwin dengan Sherina
dan Min masih dapat hidup dengan abang. Tak kisahlah walau berkongsi
pun."
"Apa kebaikan yang abang dah buat sampai Allah bagi isteri sebaik Min
pada abang?" Pipi Yasmin dicium lagi.
"Mengapa abang kat sini? Bukanke Sherina patut dapat tujuh hari dengan
abang selepas kahwin? Ini baru hari keempat."
"Abang tak kahwin pun dengan dia. Apa kejadahnya nak spend sampai
seminggu dengan dia. Cari penyakit." Selamba Zarul menjawab tetapi
sudah cukup membuatkan mata Yasmin terbeliak.
"Min. Tak. Faham." Sepatah-sepatah Yasmin berkata.
"Apa yang tak fahamnya? Abang. Tak. Jadi. Kahwin. Dengan. Sherina."
Zarul turut menerangkan sepatah-sepatah diiringi ketawa kecil.
"Mengapa jadi macam tu?"
"Mula tu memang abang nak nikah dengan dia. Tapi bila sampai kat rumah
dia, berdepan dengan kadi, abang rasa kosong sangat di tengah riuh
orang ramai. Langsung tak rasa excited. Rasa seronok jauh sekali. Dua
kali lafaz akad, dua kali abang sebut nama Min, then abang realize
something. Something yang sepatutnya dah lama abang sedar.
"Hati abang rupanya selama ni dah tak ada dengan abang. Hati abang ada
dengan Min. Macam mana nak kahwin dengan Sherina kalau dah macam tu.
Kat mana abang nak isi Sherina kalau hati abang sendiri Min yang
pegang. Kalau lain kali nak sangat abang nikah lain, bagilah balik
hati abang. Pulangkan hatiku."
"Habis Sherina? Majlis nikah?"
"Lantak dialah. Biarlah dia cari mana-mana pak sanggup yang nak jadi
bapa anak luar nikah dia tu." Sekali lagi Yasmin seakan-akan kaku.
"Dia.dia mengandung?" Zarul mengangguk.
"Macam mana abang tahu? Bila abang tahu?"
"Lepas abang tinggalkan majlis. Balik rumah rupa-rupanya Firas, kak
Ida dan abang Hadi dah tunggu depan rumah. Rupanya betul Firas serius
bila kata dia nak cari bukti betina tu ada agenda lain nak nikah
dengan abang. Patutlah tak menyempat-nyempat. Ini kali keempat dia
mengandung luar nikah. Sebelum ini dia gugurkan tapi kali ini doktor
nasihatkan jangan sebab bahayakan nyawa dia."
Yasmin menutup mulut yang sudah ternganga luas. Kalau dia tahu sejak
awal itu rancangan Sherina, mati hidup balik dia tak akan izinkan
Zarul menikahi perempuan itu.
"Dia tak buat kecohke?"
"Apa tidaknya. Sampai ke depan rumah menyusul abang. Mak bapa dia
punya maki hamun abang. Nyaris nak kena penampar dengan abang Hadi.
Siap bawa lawyer. Tapi semua senyap sunyi bila abang tunjuk bukti.
Firas bagi warning akan saman mereka satu keluarga sebab menipu
Sherina anak dara kalau mereka nak saman abang pasal batalkan majlis."
"Jadi, abang batalkan majlis tu bukan sebab Sherina dah mengandung?
Sebab Min?" Hati sudah sedikit melonjak.
"Iya sayang. Lepas abang lari balik barulah Firas beritahu. Abang tak
jadi nikah dengan Sherina sebab Min. Abang tak sedar perasaan abang
pada Min selama ni sebab Min selalu ada depan abang. Sentiasa dekat
dengan abang. Sentiasa ada di sisi abang. Bila Min tak ada baru abang
rasa kosong, sepi. Rasa sunyi yang abang tak pernah rasa sebelum ni.
Yang tak pernah abang alami walaupun masa Sherina tinggalkan abang
dulu. Kali ini sakit sangat.
"Terduduk abang bila baca surat Min. Tak pernah-pernah abang menangis
depan Firas. Itulah kali pertama sebab abang takut sangat abang akan
hilang Min buat selama-lamanya. Bengkak juga telinga dengar pakcik tu
berleter."
"Macam mana abang tahu Min kat sini?"
"Firas minta tolong kawan adiknya yang kerja dengan MAS check ada tak
nama Min dalam mana-mana penerbangan. Dah dapat tahu Min ambil flight
ke Sabah, jenuh juga menelefon resort dan hotel nak cari Min. Akhirnya
sampailah abang kat sini. Jangan buat abang macam ni lagi, sayang.
Kalau Min nak tinggalkan abang, tolong jangan bawa hati abang."
Pelukan dibahu turun ke pinggang Yasmin. Erat. Kepada Yasmin ditolak
perlahan ke bahunya. Mereka menghala pandangan ke laut lepas.
"So, how is my baby?" Pertanyaan Zarul bagaikan memberikan kejutan
elektrik kepada Yasmin. Dia keras seketika dalam pelukan Zarul.
"A.Abang tahu?"
"Sampai hati Min rahsiakan daripada abang."
"Min minta maaf, bang. Bukan niat Min nak sembunyikan daripada abang.
Min dapat tahu dua hari sebelum abang bernikah dengan Sherina. Min tak
mahu berita ni buat abang berbelah bagi."
Zarul sekadar tersenyum. Dahi Yasmin dikucup lama.
"Macam mana abang tahu?"
"Well, let say abang ni bukan suami yang teruk sangat. Prihatin dengan
perubahan isteri. I know your body very well. Sebagai suami yang
sangat kagum dengan bentuk tubuh isteri, sikit perubahan pun abang
dapat rasa."
Wajah Yasmin mula bertukar warna. Walaupun sudah setahun, setiap kali
bicara Zarul yang menjurus ke arah perhubungan suami isteri, Yasmin
tidak dapat menahan wajahnya daripada terasa kebas.
"Your bottom tu nampak sangat pejal lately ni. Itu yang buat tangan
abang gatal je nak picit. Not to mention your full chest. Really
drives me crazy. Dulu Min pakai bra saiz 34B tapi sekarang ni 38D,
kan?"
Yasmin cepat-cepat menutup mulut Zarul. Tidak mahu lagi lelaki itu
berkata-kata yang cuma menambah rasa malunya yang sudah tidak tahu
bagaimana untuk ditutup.
Sungguh dia tidak menyangka Zarul dapat menangkap semua perubahan itu.
Tapi bila pula che abang ni ada masa membelek saiz coli aku? Selama ni
seluar kecik dia pun aku yang sediakan.
Zarul menarik perlahan tangan Yasmin yang menutup mulutnya. Masih mahu
mengusik si isteri. Rasanya sudah lama dia tidak melihat aksi kelam
kabut Yasmin dan cuma Allah yang tahu bagaimana dia rindu hendak
menatap wajah malu isterinya setiap kali diusik.
"Satu lagi."
"Min tak dengar. Min tak dengar." Pantas Yasmin memotong sambil menutup telinga.
Zarul beralih tempat. Melutut di depan Yasmin, dia menarik tangan
Yasmin yang kuat menutup telinganya. Tenaga lelakinya mudah menarik
tangan Yasmin dan digenggam erat. Yasmin menarik muka melihat sengihan
nakal Zarul. Benci bila Zarul buat muka gatal macam tu.
"Min yang tanya macam mana abang tahu, kan? Ini abang nak beritahulah.
Min kena dengar. Sebenarnya abang dah rasa lain macam bila Min so wild
in bed. Selalunya abang yang merayu tapi dalam sebulan dua ini, Min
yang kerap menggoda. Don't get me wrong. I love to be seduced by you
in bed. Really. Sekali sekali bila Min yang jadi pihak lebih dominan,
abang suka sangat. Sometime, I prefer to be a slave, sayang." Zarul
berbisik romantik.
Wajah Yasmin sudah hampir sampai ke tanah. Angin laut tidak lagi
berupaya mendinginkan wajahnya yang kepanasan mendengarkan bicara
berunsur 18sx itu walaupun keluar daripada mulut suami sendiri.
"Abang kumpul semua maklumat tu dan rujuk dengan pakar sakit puan yang
kita percaya iaitu Puan Zuraida Zakaria. Kata Dr Zuraida semua itu
tanda-tanda awal wanita hamil selain loya dan muntah. High sex drives
tu because perubahan hormone. Jadi, kesimpulan yang abang boleh ialah,
Min sedang mengandungkan buah hati kita berdua. Tanda cinta dan kasih
kita.
"Lagipun, abang perasan dah bulan Min tak cuti solat, kan?" Wajah
Yasmin diangkat perlahan. Yasmin sekadar mengangguk mengiyakan.
"Dah berapa bulan, sayang?"
"Last check up enam minggu."
"Lepas ni Min kena buat check up dengan kak Ida. Arahan mandatori. Tak
boleh tidak." Yasmin tergelak.
Tangan Yasmin yang masih dalam genggaman dibawa ke dada. Seraut wajah
jelita didepannya ditatap penuh kasih. Bagaimana dia sanggup menduakan
wanita ini? Cukuplah sekali dia hampir tersilap langkah.
Kedua-dua pipi Yasmin dipegang. Dibawa wajah yang amat dicintai itu
selari dengan wajahnya. Dahi Yasmin dicium lembut.
"Yasmin, my wife. I love you. Abang cintakan Min. Abang sayangkan Min.
Maafkan abang kerana lambat sedar yang tempat Sherina dalam hati abang
dah pun berganti. Tiada siapa lagi dapat menggantikan tempat Min dalam
hati abang. Itu janji abang." Tegas kata-kata itu meluncur keluar
sebaik ciuman terlerai.
Airmata menderu lagi. Terbang sudah segala rasa sedih dan pedih
mendengar pengakuan luhur itu. Tubuh Zarul dipeluk erat. Terima kasih
Tuhan kerana untuk sekian kali Kau memakbulkan doaku yang mahukan
cinta lelaki ini.
"Jomlah balik bilik. Rasanya otak abang dah kena service ni." Tumbukan
keras di tengah belakang mengundang ketawa Zarul. Macamlah sakit
sangat kena penumbuk manja dia tu.
Beriringan balik ke hotel dalam pelukan Zarul cukup membahagiakan
Yasmin. Dan dia mahukan kebahagiaan itu berkekalan.
"So, tak ada chance abang nak tambah satu lagi lepas ni?"
"Jangan harap. Buat jugak Min cincang lumat hati abang." Yasmin
bersuara keras. Zarul menghamburkan ketawa sekali lagi.
Simpanlah hati abang, Min. Hatiku kini yang sudah menjadi milikmu,
tidak akan kupinta ia dipulangkan semula.